SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR
06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN.
PERASMIAN OLEH :
Yang Berbahagia
Datuk Haji Awang Bin Hashim .
( TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA ,
MALAYSIA )
TARIKH : 14 OKTOBER 2021
HARI : KHAMIS
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : KEDIAMAN MASING – MASING
PELANTAR : MICROSOFT TEAMS
1
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Atur cara Majlis 3
2. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 21 4
3. Minit Mesyuarat Agung PIBG ke – 21 5-9
4. Laporan Aktiviti 2020 10
5. Laporan Kewangan 2020
6. Pembentangan Usul 11-12
7. AJK PIBG 13-18
8. Kehadiran Mesyuarat
9. Lampiran 19
20
21
2
ATUR CARA MAJLIS
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE- 21 TAHUN 2021
TARIKH : 14 OKT 2021 ( khamis )
TEMPAT : KEDIAMAN MASING – MASING ( microsoft teams )
2.00 petang Pendaftaran Waris SMK Tobiar
2.30 petang Ketibaan Para jemputan
2.45 petang
Ketibaan Tetamu Utama Yang Berbahagia Datuk Haji Awang
3.15 petang Bin Hashim .
5.00 petang ( Timbalan Menteri Sumber Manusia , Malaysia )
Majlis Bermula
Nyanyian Lagu Kebangsaan
Bacaan Doa
Gimik dan Montaj Mesyuarat Agung PIBG SMKTb
Ucapan Alu – aluan dan Laporan Pengetua SMK Tobiar
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Ucapan Tetamu Utama dan Perasmian mesyuarat agung pibg
kali ke- 21 tahun 2021
Penyampaian Cenderahati
Mesyuarat Agung Bermula
Bersurai
3
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR
06700 PENDANG , KEDAH DARUL AMAN
_____________________________________________________________________
“ KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSORMASI “
Ruj Kami : SMKTb ( PIBG ) 60/002/4/4 (0)
Tarikh : 23 SEPT 2021
Yang Berbahagia Dato/ Datin/Tuan / Puan
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 21 SMK TOBIAR TAHUN 2021
Dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 14 Okt 2021
Hari : Khamis
Masa : 2:00 petang
Tempat : Rumah masing - masing ( microsoft teams )
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1 Ucapan YDP PIBG
2.2 Ucapan penasihat PIBG
2.3 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke - 20
2.4 Perkara-perkara berbangkit
2.5 Membentang laporan aktiviti PIBG
2.6 Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan bagi tempoh berakhir
31.12.2020
2.7 Membentang dan membahaskan usul - usul
2.8 Hal – hal lain
2.9 Ucapan penangguhan .
3. Sehubungan dengan itu, diharap tuan/puan dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK
Tobiar kali ke -21 bagi tahun 2021.
Sekian, terima kasih
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah ,
……………………………………………………..
( AHMAD ZAKI BIN HARUN )
Setiausaha PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar,
06700 Pendang.
4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR
06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN
_________________________________________________
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 TAHUN 2020
Tarikh : 12 MAC 2020
Hari : KHAMIS
Masa : 1.00 PETANG
Tempat : Dewan An Najah SMK Tobiar
Perasmi : YBhg.DATO HAJI HUSSAIN BIN HJ ABDULLAH
(DSDK, AMK, BKM, JP) Managing Director, Pronas Development Sdn
Bhd.
AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI PIBG
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab
1.2 En Shamsudin bin Mohd Isa selaku YDP PIBG SMK Tobiar mengucapkan ribuan
terima kasih atas kehadiran semua waris ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20
Tahun 2020. Diharapkan semua waris dapat menunggu sehingga selesai
mesyuarat agung kerana terdapat pelbagai cabutan bertuah disediakan.
1.3 Pengerusi PIBG juga mengharapkan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan
guru ada demi kepentingan sekolah serta untuk kebaikan anak-anak pelajar di
SMK Tobiar.
AGENDA 2 : MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
En Ahmad Zaki bin Harun memohon maaf atas sebarang kesulitan kerana terdapat tiga
program yang dijalankan pada hari ini iaitu Ceramah Kesihatan Pergigian , Ceramah
Isra’ Mikraj dan Mesyuarat Agung PIBG.
2.1 En Ahmad Zaki bin Harun membentangkan minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-19
Tahun 2019 yang bertarikh 28 Februari 2019 dan mohon ia disahkan.
2.2 Pn Siti Aminah binti Hassan mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima
dan disahkan.
2.3 Pn Noor Ani binti Md Zain menyokong.
AGENDA 3 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.
5
AGENDA 4 : MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG
4.1 En Ahmad Zaki bin Harun membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang
tahun 2019 dan mohon disahkan( rujuk lampiran edaran mesyuarat)
4.2 Pengesahan oleh En Azmi bin Mohd Nor.
AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN 2019
5.1 Pn Zanita binti Ghazali selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan PIBG bagi tahun 2019 dan mohon disahkan.
5.2 En Mohd Adib bin Bakar mencadangkan penyata kewangan diterima dan
disokong.
5.3 En Rosni bin Khamis menyokong.
Tindakan :
Makluman
AGENDA 6: MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL-USUL
6.1.Usul pertama (daripada pihak sekolah)
i. Pn Sharipah binti Md Isa, Pengetua SMK Tobiar mengusulkan agar
sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM40.00 dan mohon diterima dan
disahkan.
ii. En Zubaidi bin Ibrahim ,PK HEM SMK Tobiar memaklumkan kepada waris
bahawa sumbangan PIBG hanya perlu dibayar seorang sahaja dalam satu
keluarga.
iii. Semua waris telah sebulat suara mempersetujui bahawa bayaran
sumbangan PIBG dikekalkan iaitu sebanyak RM40.00
iv. En Hamdi bin Shaari membuat pengesahan dan mohon disokong.
v. En Azmi bin Mohd Noor menyokong.
6.2 Usul kedua (daripada waris)
i. Memandangkan SMK Tobiar adalah rintis ‘Open Classroom’, Pn Noor Azlina
binti Md Daud waris kepada Nur Isma binti Ishak (1AG) mengusulkan
kepada pihak sekolah agar menyediakan lokar kepada pelajar bagi
mengelakkan kes kecurian kerana majoriti ibu bapa hanya bekerja sendiri
dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Oleh itu, menjadi masalah
kepada mereka untuk membeli barang yang hilang seperti kalkulator dan
sebagainya.
ii. Pengerusi PIBG memaklumkan bahawa pihak sekolah kekurangan dana
bagi menampung perbelanjaan untuk menyediakan lokar kepada 410
orang pelajar SMKTb. Akan tetapi sekiranya waris dapat memberi
sumbangan atau mencari penyumbang adalah amat dialu-alukan untuk
keselesaan anak-anak mereka.
iii. Tuan Pengetua menyatakan bahawa rak untuk meletak beg pelajar telah
disediakan, iaitu pelajar lelaki di Blok A manakala untuk pelajar perempuan
di Blok C. Namun begitu, beliau meminta PIBG membantu untuk
mendapatkan dana supaya pihak sekolah dapat menyediakan lokar yang
lebih selesa untuk menampung kapasiti murid seramai 410 orang.
iv. PK HEM menyatakan bahawa beliau telah membuat ‘check list’ pelajar-
pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dan PdPc mereka akan
dijalankan di Bilik Digital, Bilik Transformasi dan sebagainya. Hal ini bagi
6
memudahkan pelajar tersebut supaya tidak perlu lagi untuk menaiki serta
menuruni tangga kerana guru-guru akan pergi kepada pelajar tersebut
semasa waktu PdPc.
6.3 Usul ketiga (Waris tidak hadir, usul dibacakan oleh Tuan Pengetua)
i. Usul daripada Pn Rodziah binti Mustaffa waris kepada Nur Aleeya Zulaika
binti Mohd Ali (3A2), beliau mencadangkan agar pihak sekolah
mengadakan kelas tambahan pada hari sekolah.
ii. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa kelas tambahan memang sedia ada
dilaksanakan pada waktu petang. Di samping itu, pihak sekolah juga telah
melaksanakan kelas tambahan pada awal pagi atau disebut sebagai Kelas
Fajar. Justeru, beliau memohon kepada semua waris agar memastikan
anak-anak mereka dapat hadir ke sekolah lebih awal iaitu sebelum pukul
7.20 pagi agar mereka tidak ketinggalan kelas tambahan tersebut.
6.4 Usul keempat (Waris tidak hadir, usul dibacakan oleh PK HEM)
i. Usul ditulis oleh Pn Azizah binti Jain waris kepada Nur Hafiqah binti Ishak
(3A2), beliau mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan ‘water
cooler’ untuk kegunaan pelajar-pelajar.
ii. PK HEM memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak menggunakan ‘water
cooler’ disebabkan oleh air tapisannya yang kurang bersih walaupun ianya
sejuk. Namun demikian, guru-guru dan staf SMKTb telah menyumbang
sebuah penapis air Coway yang telah diletakkan di dalam bilik guru untuk
kegunaan semua warga sekolah.
iii. Minuman pelajar akan disediakan oleh Pn Siti Hawa dengan meletakkan
balang air beserta gelas untuk kegunaan pelajar.
iv. PK HEM juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan penapis air
Coway yang telah diberikan oleh guru-guru dan staf yang terlibat.
6.5 Usul kelima (Waris tidak hadir, usul dibacakan oleh Tuan Pengetua)
i. Usul ditulis oleh En Abdullah bin Halim waris kepada Muhammad Iqbal
Hafiz bin Abdullah (2A3), beliau mencadangkan pihak sekolah agar
memasang kipas di kantin sekolah.
ii. Pengetua memaklumkan bahawa kedudukan kantin SMKTb adalah di atas
bukit. Oleh itu, secara tidak langsungnya akan memberikan rasa sejuk yang
semulajadi kepada sesiapa yang berada di situ.
iii. Di samping itu, pemasangan kipas di kantin juga dirasakan agak membazir
kerana pelajar-pelajar gemar berada atau berehat di kawasan kaki lima
sekolah ketika rehat berbanding di kantin sekolah.
iv. Pihak sekolah juga telah mengambil inisiatif menyediakan ‘food bank’ di
laluan ke kantin untuk kegunaan pelajar-pelajar yang kurang
berkemampuan. Dengan adanya ‘food bank’ ini, diharapkan tiada lagi
pelajar yang kelaparan atau tidak makan di sekolah yang boleh
menjejaskan tumpuan mereka untuk belajar dengan lebih baik.
Sumbangan berupa roti, nasi lemak, kuih, minuman dan sebagainya
diberikan oleh penaja mahupun guru-guru SMKTb. Namun, sekiranya ada
di antara waris yang ingin memberi sumbangan adalah amat dialu-alukan.
Tindakan dan makluman : Guru
dan waris
7
AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN
7.1 PK HEM memaklumkan bahawa tahap disiplin pelajar-pelajar di SMKTb masih
terkawal. Harapan beliau supaya waris dapat bekerjasama dengan guru-guru
dalam mengawal serta menangani disiplin anak-anak mereka di sekolah
mahupun di rumah. Jika masalah disiplin anak-anak berlaku di rumah, waris
dikehendaki memberi maklum kepada pihak sekolah sekiranya perlu.
7.2 Kes ponteng juga perlu diambil berat oleh ibu bapa terutamanya pelajar-
pelajar dari tingkatan empat. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar
tingkatan empat mempunyai rekod ponteng sekolah yang agak teruk
berbanding kelas-kelas lain. Surat amaran telah dihantar dan tindakan juga
akan diambil kepada pelajar-pelajar tersebut. Akan tetapi, pihak sekolah
menghadapi masalah untuk menghubungi waris terbabit kerana nombor
telefon yang diberikan dalam APDM tidak dikemaskini. Sehubungan itu, semua
waris dikehendaki untuk memberi alamat serta nombor telefon terkini kepada
guru kelas untuk dikemaskini bagi memudahkan sebarang urusan.
7.3 Penularan penyakit berjangkit iaitu Covid19 adalah amat merunsingkan negara
pada ketika ini kerana penyakit ini boleh meragut nyawa. Justeru, ibu bapa
hendaklah mengawasi pergerakan serta memastikan anak-anak sentiasa
berada di rumah. Sekiranya terdapat simptom yang berlaku kepada anak
masing-masing seperti demam berlarutan batuk serta selsema, ibu bapa
hendaklah membawa anak-anak ke hospital atau pun klinik dengan segera
untuk diperiksa mahupun dirawat.
7.4 Selain itu, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak di bawah jagaan mereka
memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal datang ke sekolah.
Sekiranya pelajar sudah cukup umur, digalakkan mengambil lesen memandu
untuk keselamatan diri dengan undang-undang jalan raya. Waris juga
dikehendaki memastikan anak-anak mereka tiba ke sekolah dengan betul,
kerana terdapat kes ponteng sekolah pelajar tersebut telah menipu ibu bapa
mereka untuk pergi ke tempat lain, contohnya pergi melihat rakan-rakan
menyertai acara sukan dan olahraga walaupun mereka tahu mereka tidak
terlibat.
7.5 Sekiranya anak-anak pulang ke rumah membawa cerita atau perkara-perkara
yang belum diketahui punca dan kesahihannya, waris dikehendaki datang ke
sekolah untuk berbincang dengan guru serta pentadbir agar penyebaran
maklumat palsu atau fitnah dapat dielakkan.
7.6 Majoriti pelajar telah mempunyai uniform ko-kurikulum yang lengkap, namun
terdapat segelintir pelajar terutamanya pelajar tingkatan satu yang memakai
uniform separa lengkap. Justeru , ibu bapa disarankan agar cuba untuk
membeli kelengkapan baju ko-kurikulum secara berperingkat mengikut
kemampuan supaya semua anak-anak SMKTb dapat memakai uniform yang
seragam mengikut unit uniform pada setiap hari Rabu.
7.7 Tuan Pengetua memaklumkan cuti persekolahan akan bermula pada 13 Mac
2020 dan berakhir pada 22 Mac 2020. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
memastikan anak-anak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan kepada
mereka kerana semua tingkatan telah dibekalkan set latihan sepanjang cuti
sekolah.
Tindakan dan makluman : Guru
dan waris
8
AGENDA 8: UCAPAN PENANGGUHAN
En Shamsudin bin Mohd Isa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua waris
yang sudi hadir dan sanggup menunggu sehingga selesai majlis. Jutaan terima kasih
juga beliau ucapkan kepada Tuan Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Ko-
Kurikulum, Guru-Guru Kanan, guru-guru, staf serta pekerja yang telah bertungkus
lumus bagi menjayakan majlis pada hari ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima
kasih kerana masih diberi kepercayaan untuk memegang jawatan YDP PIBG. Beliau
menangguhkan mesyuarat agung PIBG pada jam 1.55 petang dengan bacaan Tasbih
Kafarah dan Surah Al-Asr.
Pencatat Minit Mesyuarat 1 Pencatat Minit Mesyuarat 2
………………………….. ………………………...
PN WAN SHUHADAH WAN ABDUL RAHIM PN HEZRIN BINTI ABDULLAH
Pencatat Minit Mesyuarat 3 Disediakan oleh,
………………………….. ………………………...
PN ROSNITA BINTI MOHD YUSOF EN AHMAD ZAKI BIN HARUN
Setiausaha PIBG
Disemak oleh, SMK Tobiar
EN ZUBAIDI BIN IBRAHIM Disahkan oleh
MOHD ISA
PK HEM TN. HJ. SHAMSUDIN BIN
SMK Tobiar YDP PIBG
SMK Tobiar
9
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN TAHUN 2020
1. Sumbangan Kematian Suami Pn. Sopiah binti Ismail ( Guru)
2. Sumbangan Kematian Waris Pelajar : Adam Harith (2AG), Muhammad
Syammer B. Idris (4KK2), Siti Balqis
( 5 SNS) dan pelajar Pendidikan Khas
3. Jamuan Mesyuarat AJK PIBG (1)
4. Keceriaan Bilik-bilik Diskusi Program Subject Base Classroom (SBC)
5. Jamuan untuk Program SBC
6. Sumbangan kepada guru-guru bilik diskusi sempena Pelancaran Program SBC
( keceriaan)
7. Jamuan Mesyuarat AJK PIBG (2)
8. Pembelian Buku catatan Minit Mesyuarat PIBG
9. Sumbangan untuk Karnival Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat daerah Pendang (Cek)
10. Cenderahati AJK PIBG 2019
11. Cenderahati VIP Mesyuarat Agung PIBG 2020
12. Jamuan waris dan tetamu Mesyuarat Agung PIBG
13. Sumbangan Kematian Suami Pn. Faridah binti Derani (Guru)
14. Banner Mesyuarat Agung PIBG
15. Pembelian Bahan-bahan pembukaan sekolah selepas PKP ( Cek)
16. Sumbangan kematian ibu Pn. Haniza Lutpi (Guru) dan ibu Pn. Shahriza Daud
(Guru).
17. Jamuan Mesyuarat AJK PIBG (3)
18. Pembelian Alatan dan bahan-bahan untuk pembukaan sekolah selepas PKP (
tambahan – dalam bentuk).
19. Pembelian Bahan-bahan PDPC selepas PKP
20. Jamuan kepada semua pelajar hari pertama pembukaan semula sekolah
selepas PKP
21. Bayaran Penyelenggaraan Tandas / Main Hole Sekolah ( Cek)
22. Belian Buku Tunai PIBG
23. Sumbangan Jamuan Akhir Tahun dan Persaraan En. Harun Mamat
(PK 1)
24. Belian TV untuk Pdpc ( 1 Buah) (Cek)
25. Sumbangan kepada AJK PIBG kemalangan ( Pn. Hasmawati binti Abidin)
26. Sumbangan Perjalanan Ustaz Ahmad Zaki bin Harun - Setiausaha PIBG ke
Langkawi untuk Majlis Anugerah Pengurusan PIBG Terbaik Daerah (Cek)
27. Sumbangan Pembinaan Pondok Ilmu dan Tobiar Garden (Cek)
10
PENYATA KEWANGAN PIBG BERMULA PADA 1. 1. 2020
HINGGA 31 . 12 . 2020
PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
1. Baki dibawa ke hadapan 6,462.19 28. Sumbangan Kematian Suami Pn. 100.00
(2019) Sopiah ( Guru) 120.00
1,185.00
2. Tunggakan Sumbangan PIBG 2019 11,360.00 29. Sumbangan Kematian Waris 117.00
3. Sumbangan PIBG 2020 ( 284 orang) 3,000.00 Pelajar : Adam Harith (2AG), 2,000.00
4. Sumbangan AmBank Islamic (Cek) Muhammad Syammer B. Idris 200.00
2,000.00 (4KK2), Siti Balqis 2,000.00
(Zakat) ( 5 SNS) dan pelajar Pendidikan 127.00
5. Sumbangan Individu untuk Pelancaran 1,000.00
3,000.00 Khas 6.00
Program SBC 100.00
6. Sumbangan PNA Sofea Resources 30. Jamuan Mesyuarat AJK Pibg (1)
7. Sumbangan Ahli Parlimen Pendang 31. Keceriaan Bilik-bilik Diskusi 139.25
96.15
( Cek) Program Subject Base Classroom 1,500.00
(SBC) 100.00
32. Jamuan untuk Program SBC 211.00
33. Perbelanjaan sumbangan individu 3,000.00
untuk Pelancaran Program SBC 200.00
34. Jamuan Mesyuarat AJK PIBG (2)
35. Buku catatan Minit Mesyuarat 112.00
PIBG 2,000.00
36. Karnival Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah Kementerian 1,000.00
Pendidikan Malaysia Peringkat 1,000.00
daerah Pendang (Cek)
37. Cenderahati AJK PIBG 2019 1,000.00
38. Cenderahati VIP Mesyuarat 21.20
Agung PIBG 2020 500.00
39. Jamuan waris dan tetamu
Mesyuarat Agung PIBG
40. Sumbangan Kematian Suami
Pn. Faridah (Guru)
41. Banner Mesyuarat Agung PIBG
42. Bahan-bahan pembukaan sekolah
selepas PKP ( Cek)
43. Sumbangan kematian ibu Pn.
Haniza Lutpi (Guru) dan ibu Pn.
Shahriza Daud (Guru).
44. Jamuan Mesyuarat AJK PIBG (3)
45. Alatan dan bahan-bahan untuk
pembukaan sekolah selepas PKP
(Cek).
46. Bahan-bahan PDPC selepas PKP
47. Jamuan kepada pelajar hari
pertama pembukaan semula
sekolah selepas PKP
48. Bayaran Penyelenggaraan Tandas
/ Main Hole Sekolah ( Cek)
11
49. Belian Buku Tunai PIBG 2,580.00
50. Sumbangan Jamuan Akhir Tahun 50.00
500.00
dan Persaraan En. Harun Mamat
(PK 1) 3,000.00
51. Belian TV untuk Pdpc ( 1 Buah) 21,779.60
(Cek)
52. Sumbangan AJK PIBG kemalangan
( Pn. Asmawati)
53. Sumbangan Perjalanan Ustaz Zaki
( Setiausaha PIBG) ke Langkawi
untuk Majlis Anugerah
Pengurusan PIBG Terbaik Daerah
(Cek)
54. Sumbangan Pembinaan Pondok
Ilmu dan Tobiar Garden (Cek)
6,227.59
JUMLAH PERBELANJAAN
BAKI DI CIMB
JUMLAH 28,007.19 JUMLAH 28,007.19
PENGAKUAN PEMERIKSA KIRA-KIRA :
Kami telah memeriksa imbangan kira-kira di atas dan didapati berbetulan dengan kira-kira
yang telah disediakan berakhir pada 31.12.2020.
……………………………. …………………………….. ..…………………………… ………………………………
(PN. ZANITA BT GHAZALI) (EN. MOHD FAIZ B. MOHAMAD) (EN.ROSHIDI B. DERANI) (EN. SHAMSUDIN B.
MOHD ISA) PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 YDP PIBG SMK TOBIAR
BENDAHARI PIBG
12
PEMBENTANGAN USUL
1. USUL DARIPADA PIHAK SEKOLAH
Berdasarkan kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG kali - 1 bertarikh 18 Feb 2021 ,
mesyuarat memutuskan supaya sumbangan PIBG pada tahun 2021 dikekalkan iaitu
RM40.00
Bil SENARAI TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN
SUMBANGAN 1 2 3 4 5
1. SUMBANGAN RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00
PIBG
USUL DARIPADA WARIS
1.MELUASKAN JALAN
1. Narimah binti shuib Cadangan mereka supaya
2. Amran bin Ahmad membesarkan jalan masuk
3. Azmi bin Ahmad sekolah dari pagar sekolah
4. Rozita binti Saad hingga ke parking
5. Ishak bin Lateh
2.MENYEDIAKAN MESIN AIR
6. Ahmad bin Anas
7. Roshidi bin Ismail
Cadangan supaya pihak
8. Wan Mahzan bin Wan sekolah atau pibg
Bakar
menyediakan mesin air untuk
9. Hazhirah binti Musa minuman pelajar
10. Abdul Halim Bin Jusoh
11. Zamri bin Abu Bakar
12. Roslinda binti Abd
Rahman
13. Mohd Johari bin Saad
3.PERBAIKI TANDAS
14. Khalijah bin Shaari
4.KURANGKAN DUIT YURAN
15. Nurhayati binti
Muhammadan
13
5.KELAS TAMBAHAN Beliau mencadangkan supaya
16. Ruzaini binti Bakar diadakan kelas tambahan
khususnya pelajar SPM
7.PUBLIC PHONE Mencadang supaya pihak
18. Sharizal bi Ahmad sekolah menyedia pondok
telefon lebih dari satu
Zakaria bin Hashim
Zaini binti Abdullah
14
LAMPIRAN
15
16
17
18
JAWATANKUASA PIBG SMK TOBIAR
SESI 2019/2021
Penasihat
PN. SHARIPAH BINTI MD ISA
Yang Dipertua
TUAN HJ. SHAMSUDIN BIN MOHD ISA
Naib Yang Dipertua
FIESOL BIN IBRAHIM
Setiausaha
AHMAD ZAKI BIN HARUN
Naib Setiausaha
SOPIAH BINTI ISMAIL
Bendahari
ZANITA BINTI GHAZALI
AJK IBUBAPA AJK GURU
EN. ZULKIFLI BIN LATIF - KG KEPALA BUKIT SHAHRIZA BINTI DAUD ( KAUNSELOR)
EN.MAHMUD BIN HUSIN – KG GELONG GAJAH ROSLY BIN HUSSIN
EN AHMAD SAFUAN BIN HJ HARUN - KG KEPALA BUKIT MUNAWWARAH BINTI ROFIE
PN SALMAH BINTI HASSAN – KG SUNGAI MATI MUNAWWARAH BINTI ROFIE
PN ROBASHAH BINTI MD ISA - KG KUALA LANJUT ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
PN HASMAWATI BINTI ABIDIN - KG PERMATANG LIMAU
EN ASMAN BIN ABU – KG KUALA LANJUT
EN YAHYA BIN KHAMIS – KG GULAU
Juruaudit ( 2 ) Ibu Bapa Juruaudit ( 1 ) Guru
ROSHIDI BIN DERANI MOHD FAIZ BIN MOHAMMAD
19
KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SMK TOBIAR 2019-2021
BIL NAMA 8/7/19 15/1/20 18/2/20 22/6/20 18/2/2021 18/5/21 22/9/21
1 PN SHARIPAH BINTI MD ISA // / / / / /
2 EN ZUBAIDI BIN IBRAHIM // / / / / /
3 EN HARUN BIN MAMAT // / / PENCEN PENCEN PENCEN
4 EN. SHAMSUDIN BIN MOHD ISA - YDP / / / / / //
PIBG
5 EN AHMAD FIESOL BIN IBRAHIM - 0 0 0 0 0 00
TIMBALAN YDP PIBG
6 EN. ASMAN BIN ABU – KG KUALA LANJUT 0 / / / / //
7 EN. ZULKIFLI BIN LATIF - KG KEPALA BUKIT 0 0 0 0 0 00
8 EN YAHYA BIN KHAMIS - KG GULAU 0/ 0 / 0 00
9 EN.MAHMUD BIN HUSIN – KG GELONG 0 0 0 0 0 00
GAJAH
10 EN SAFUAN BIN HJ HARUN -KG KEPALA 0 0 0 0 0 00
BUKIT
11 PN SALMAH BINTI HASSAN – KG SUNGAI 0 0 0 0 0 00
MATI
12 PN ROBASHAH BINTI MD ISA - KG KUALA / / / / / //
LANJUT)
13 PN HASMAWATI BINTI ABIDIN – KG / / / / / //
PERMATANG LIMAU
14 EN . AHMAD ZAKI BIN HARUN // / / / / /
15 PN. SOPIAH BINTI ISMAIL // / / / / /
16 PN. ZANITA BINTI GHAZALI // / / / / /
17 PN .ROHIZA BINTI MAHAMUD // / / / / /
18 TN HAJI ROSLY BIN HUSSIN // / / / / /
19 PN HJH MUNAWWARAH BINTI ROFEI / / / / / / /
20 PN SHAHRIZA BINTI DAUD // / / / / /
JUMLAH KEHADIRAN 13/20 15/20 14/20 15/20 14/19 13/19 13/19
20
LAMPIRAN
SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021
BI SENARAI TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN
L SUMBANGAN 1 2 3 4 5
RM RM RM RM RM
1. SUMBANGAN 40.00 40.00 40.00 40.00 40.00
PIBG ***
2. PROGRAM 45.00 45.00 70.00 45.00 75.00
PENINGKATAN
AKADEMIK
3. KELAS 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00
KOMPUTER
4. BAHAN 20.00
PENDIDIKAN
SENI VISUAL
5. TABUNG 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
KEBAJIKAN
***
6. AMAL JARIAH 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
SURAU
JUMLAH 120.00 120.00 145.00 120.00 170.00
CATATAN :
⮚ BAYARAN YURAN SEKOLAH BERMULA RM 33.50 DIBAYAR OLEH KERAJAAN.
⮚ *** SEORANG SAHAJA YANG PERLU DI BAYAR BAGI SATU KELUARGA IAITU
BAGI TINGKATAN YANG LEBIH RENDAH .
21