Panduan Penggunaan T A P A K R E K O D P E R O L E H A N B U K U P U S A T S U M B E R S E K O L A H ( R P B P S S ) S A R A W A K KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
PANDUAN PENGGUNAAN TAPAK REKOD PEROLEHAN BUKU PUSAT SUMBER SEKOLAH (RPBPSS) SARAWAK TABLE OF CONTENTS Penerangan User Interface 1.0 Login masuk ke dalam tapak RPBPSS Sarawak 1.1 Tukar kata laluan untuk Admin Sahaja. 1.2 Help Center 2.0 Tambah Rekod Buku 3. mencari rekod buku 3.1 dalam senarai perolehan sekolah 3.2 dalam DB seluruh Sarawak 4. Urus rekod 4.1 Edit rekod 4.2 Duplicate rekod 4.3 delete rekod 5. jana kod QR buku 6. semak stok buku 7. menjana laporan 8. Memaparkan rekod mengikut keadaan buku. RPBPSS PSPSARAWAK.COM DATE: MM/DD/YYYY 1
Penerangan User Interface A.Dropdown Menu PPD B.Dropdown Menu Senarai Sekolah C.Kata Laluan Lampiran: Laman Login Lampiran: Laman Utama Tapak RPBPSS Sarawak A.Menu Utama RPBPSS B.Filter Khas mengikut keadaan buku. C.Senarai rekod buku yang didaftarkan. D.Urus Rekod RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 2
1.0 Login masuk ke dalam tapak RPBPSS Sarawak Penerangan Fungsi : Memberikan akses kepada admin atau wakil untuk menggunakan tapak RPBPSS Sarawak. Sebilangan fitur seperti menukar kata laluan dan delete rekod akan diberikan kepada Admin Sahaja. Langkah : A. Pada laman login, pilih PPD anda. B. Pilih Sekolah anda. C. Masukkan kata laluan anda. i.Bukan Admin Kata laluan : kod sekolah sahaja (huruf kecil dan bersambung) Cth : yba3400 ii.Admin Kata laluan : admin<kod sekolah> (huruf kecil dan bersambung) Cth : adminyba3400 1.1Tukar kata laluan untuk Admin Sahaja. Penerangan Fungsi : Memberi kebenaran kepada admin sekolah untuk mengubah kata laluan secara default. RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 3
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 4 Langkah : A.Setelah berjaya login sebagai admin, pilih “TUKAR KATA LALUAN”. B. Masukkan kata laluan yang baharu. Elakkan spacing dalam kata laluan baharu. 1.2 Help Center Penerangan Fungsi : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, admin dan bukan admin boleh menghubungi Help center yang dapat dijumpai di bawah setiap halaman. Langkah : A.Tekan “Hubungi Kami” di bawah setiap halaman. B.Untuk balik ke halaman utama, tekan icon “back” pada browser.
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 5 2.0 Tambah Rekod Buku Penerangan Fungsi : Halaman ini untuk mengisi maklumat buku yang diperolehi seperti dalam buku perolehan. Langkah : A. Pada Laman utama tapak RPBPSS , tekan “TAMBAH” B. Isikan maklumat buku i. Nombor Perolehan : Running number terkini dari number perolehan sebelumnya. Nombor perolehan adalah unik dan tidak boleh sama dengan buku lain. ii. Pengarang : Pengarang buku. Sekiranya tiada, letakkan penerbit buku. iii.Bahasa Buku : Bahasa utama yang digunakan oleh pengarang menulis buku. Sekiranya terdapat lebih daripada satu Bahasa, Bahasa buku ditentukan menerusi tajuk buku yang pertama. Terdapat 7 kategori Bahasa untuk dipilih . ( Bahasa Melayu BM, Bahasa Inggeris BI, Bahasa Cina BC, Bahasa Iban IBN , Bahasa Arab ARB , Bahasa Perancis PRCS, dan Bahasa Sepanyol SPNYL) iv. Judul Buku : Tajuk utama buku. Huruf Bahasa lain boleh digunakan
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 6 v. Penerbit : Syarikat buku yang menerbitkan buku vi. Tempat Terbit : Tempat penerbitan. vii. Tahun Terbit : tahun penerbitan buku. viii. Pengkelasan buku : terdapat 12 kelas buku : 000 - KARYA AM, 100 – FALSAFAH, 200 – AGAMA, 300 - SAINS KEMASYARAKATAN, 400 – BAHASA ,500 - SAINS TULIN & MATEMATIK ,600 – TEKNOLOGI, 700 – KESENIAN, 800 – KESUSATERAAN, 900 – GEOGRAFI & SEJARAH , F – FIKSYEN , P – PERMULAAN. ix. Nomber Panggilan : Kombinasi nombor pengkelasan dan 3 abjad pertama dari nama pengarang atau judul (jika tiada pengarang). Contoh cara menulis: 723.1 DEW x. Harga (RM) : Harga pembelian seunit buku. Sekiranya harga tidak diketahui, letak nombor 0. Tidak perlu letak “RM”. xi. Punca Bayaran : Peruntukan kewangan diperoleh daripada K- Kerajaan , S- Suwa, atau H- Hadiah ixii. Punca Perolehan : Nombor Rujukan perolehan buku (cth: No. Invoice dan sebagainya) xiii. Tarikh Perolehan : Tarikh penerimaan buku xiv. III/Tbg : Ill – buku yang berillustrasi atau bergambar . Tgb – buku yang tidak bergambar xv. Bil M.S. : Bilangan muka surat bercetak xvi. Catatan : perkara lain tentang buku. C.Tekan Tambah untuk menambahkan rekod buku. 3.0 Mencari rekod buku Penerangan Fungsi : Mencari rekod buku yang telah didaftarkan dalam pangkalan data. Terdapat 2 cara pencarian iaitu 3.1 -Pencarian dalam Senarai perolehan sekolah dan 3.2 Pencarian dalam DB seluruh Sarawak.
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 7 3.1 Pencarian dalam senarai perolehan sekolah Penerangan Fungsi : Pencarian rekod buku yang didaftar dalam sekolah sendiri. Langkah : A. Pada laman utama Tapak RPBPSS Sarawak , tekan butang “CARIAN” pada menu utama. B. isikan sebahagian maklumat seperti Judul buku , number perolehan atau number panggilan. C. Tekan butang “Cari”.
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 8 3.2 Pencarian dalam DB seluruh Sarawak Penerangan Fungsi : Pencarian rekod buku yang didaftar dalam pangkalan data bersepadu untuk semua sekolah di Sarawak. Langkah : A. Pada laman utama Tapak RPBPSS Sarawak , tekan butang “DB Buku Sarawak” pada menu utama. B. isikan sebahagian maklumat seperti Judul buku atau number panggilan. C. Tekan butang “Cari”. Sekiranya ada rekod , senarai carian akan terpapar di bawah. D. Tekan “Duplicate” sekiranya ingin membuat Salinan rekod ke dalam senarai perolehan sekolah.
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 9 4. Urus rekod Penerangan Fungsi : Bahagian pengurusan rekod yang dapat diakses setelah login dan terdapat sekurang-kurangnya satu rekod. Bahagian ini mempunyai 3 fitur : 4.1 Edit rekod , 4.2 Duplicate rekod dan 4.3 delete rekod. 4.1 Edit rekod Penerangan Fungsi : Fungsi mengubah atau mengemaskinikan maklumat rekod buku kecuali nombor perolehan. Langkah : A.Pilih mana rekod pada laman utama Tapak RPBPSS yang ingin diubah atau dikemaskini. Tekan “Edit”. B.Kemaskinikan maklumat buku. C.Tekan butang “Kemaskini” untuk mengemaskini maklumat atau Tekan butang “Batal” untuk Kembali ke Laman utama.
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 10 4.2 Duplicate rekod Penerangan Fungsi : Fungi menyalin semula rekod buku tertentu kecuali nombor perolehan. Langkah : A.Pilih mana rekod pada laman utama Tapak RPBPSS yang ingin disalin semula. Tekan “Duplicate”. B.Kemaskinikan nombor perolehan buku. C.Tekan butang “Duplicate” untuk membuat Salinan maklumat buku atau Tekan butang “Batal” untuk Kembali ke Laman utama.
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 11 4.3 Delete rekod Penerangan Fungsi : Fungsi membuang rekod buku. Hanya Admin mempunyai akses kepada fungsi ini. Rekod yang dibuang tidak dapat dikembalikan semua ke pangkalan data. Langkah : A. Pilih mana rekod pada laman utama Tapak RPBPSS yang ingin dibuang. Tekan “Delete”. 5. Jana kod QR buku Penerangan Fungsi : Fungsi menjana kod QR buku yang mengandungi rekod buku yang didaftarkan dalam pangkalan data. Kod QR buku dapat dicetak untuk tujuan pemprosesan buku. Langkah: A. Pada Laman utama tapak RPBPSS , tekan butang “Jana Kod QR Buku” . B. Pilih rekod buku tertentu atau tekan kotak “Pilih semua” untuk semua rekod. C. Tekan butang “Jana Kod QR”. Satu pautan “Papar Kod QR” akan wujud. D. Tekan “Papar Kod QR” untuk ke laman cetakan Kod QR buku.
6. Semak stok buku Penerangan Fungsi : Fitur mencari kod QR buku dan memaparkan rekod buku. Peranti atau komputer riba mesti mempunyai kamera yang berfungsi untuk menggunakan Fitur ini. Langkah: A. Pada Laman utama tapak RPBPSS , tekan butang “Semak stok buku” . B. Tekan butang “Request Camera Permission”. Bagi pengguna komputer riba , pastikan anda memberikan kebenaran kepada tapak untuk menggunakan kamera. i.Pilih kamera yang digunakan untuk mengimbas kod QR. Tekan “Start Scanning”. C. Imbas kod QR dalam Ruang kotak yang ditetapkan. D. Maklumat rekod buku akan terpapar sekiranya imbasan kod QR berjaya. RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 12
7. Menjana laporan Penerangan Fungsi : Tapak akan menjana rumusan keseluruhan rekod buku dalam senarai perolehan sekolah. Terdapat 2 laporan yang dapat dijana : laporan statistic buku mengikut status, Bahasa & pengelasan buku dan senarai buku perolehan. Langkah : A. Pada Laman utama tapak RPBPSS , tekan butang “Laporan” . B. Pilih “laporan statistic buku mengikut status, Bahasa & pengelasan buku” atau senarai buku perolehan. RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 13
Contoh : laporan statistic buku mengikut status, Bahasa & pengelasan buku RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 14 Contoh :senarai buku perolehan 8. Memaparkan rekod mengikut keadaan buku. Penerangan Fungsi : Tapak akan memaparkan senarai buku mengikut keadaan buku. Terdapat 5 filter yang disediakan iaitu : Asal : Kembali ke senarai asal rekod buku. Elok : Papar senarai buku yang berkeadaan elok. Rosak : Papar senarai buku yang dilabelkan rosak. Hilang : Papar senarai buku yang dilabelkan hilang. Lupus : Papar senarai buku yang telah berjaya dilupuskan mengikut tatacara dan Panduan Pelupusan Rekod Awam. Langkah : A. Pada Laman utama tapak RPBPSS , pilih senarai mengikut keadaan buku. B. Hanya 10 rekod akan terpapar dalam satu paparan. Tekan muka surat seterusnya untuk paparan rekod yang lain. C. Tekan “Asal” untuk Kembali ke senarai asal rekod buku.
RBPPSS SARAWAK : pspsarawak.com 15
Terima Kasih