The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zhenyee1026, 2021-04-24 12:16:15

keunikan rakyat malaysia_clone

Tingkatan 5:pendidikan moral

BUKU SKRAP DIGITAL
KUNTIKAN RAKYAT MALAYSIA

Sekolah: SMK SUBANG
Nama: YEE MING ZHEN

Kelas:5 SIGMA

Keunikan Kaum Cina Di Malaysia

Muka Surat:
Asal Usul Kaum Cina
Bahasa
Makanan
Tradisi & Pantang Larang
Perayaan
Rujukan

Asal Usul Kaum Cina

Orang Cina Malaysia adalah warganegara Malysia yang berketurunan Bangsa Han. Mereka
merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan
mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa
pemerintahan Disnati Ming sekitar abad ke-15, Disnati Qing dan Republik China

Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa
dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li
Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara
China ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian.
Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan
penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh

didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah
Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan)

i. Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah
Melayu. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong,
Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di
negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih
timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka
juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang.
Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat
terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Manakala, Bangsa
Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau
Pinang dan Singapura.

ii. Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan
sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan
berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang.
Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan
pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai.
Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Bangsa
Han dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada
hitam dan gambir. Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah
dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di
bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa Han. Setiap
Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang
dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah
pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk
ke Johor melalui sistem Kangchu ini.

iii. Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan
imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang
ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk
keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.

Bahasa

Bahasa Cina atau Bahasa Han merupakan bahasa bangsa Han yang membentuk sebahagian
keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur
dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling
ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.

Contoh : Bunga Apa Khabar Minta Maaf

花 你好吗 对不起

Pakaian

Samfoo

membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia
diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah
pakaian tradisional kepada Orang Manchu.

Cheongsam
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam
majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara
tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras
lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

Makanan
Kuih bakul atau kue keranjang (Ind. tmsk Medan, Cina: 年糕; pinyin: nián gāo) ialah makanan

Cina yang dibuat daripada tepung pulut dan gula[3] lalu dibentukkan seakan
seperti dodol. Sungguhpun kuih ini boleh dimakan pada bila-bila masa, secara

tradisi kuih ini paling selalunya dimakan ketika sambutan Tahun Baharu
Cina.[4][5][6] Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini
kerana namanya: "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih'
dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud 'tinggi'

melambangkan erti "tahun demi tahun semakin tinggi" (年年高升, niánnián gāoshēng) atau
mafhum ringkasnya, "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Jiaozi (transliteratsi bahasa Cina) atau gyōza (transliterasi bahasa
Jepun) atau mandu (transliterasi bahasa Korea), ialah sejenis ladu Cina,
dan mempunyai sejarah tidak kurang dari tujuh ribu tahun, amat
popular di China dan Jepun dan juga di luar Asia Timur terutamanya
di Amerika Utara.

Tradisi & Pantang Larang
Tarikh hari Tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan
buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan
tersebut.
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka
secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat
rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis
pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Perayaan

Tahun Baharu Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié) merupakan
perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.

Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun
Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.

Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Cina

https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/cina.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bakul

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jiaozi

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina


Click to View FlipBook Version