The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESL50622 Nor Adjwa Binti Mohammad Halimi, 2024-03-10 13:35:04

BUKU LOG PANDU PUTERI MALAYSIA

MPU3441a TUGASAN 1 : PENULISAN

Keywords: PANDU PUTERI MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN NAMA : NOR ADJWA BINTI MOHAMMAD HALIMI UMUR : 21 TAHUN BANGSA : MELAYU AGAMA : ISLAM TEMPAT ASAL : IPOH, PERAK CAWANGAN : IPGKPM PATROL : KENANGA


Pengurusan & struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan & struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan & struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun ISI KANDUNGAN Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata & Lambang Pandu Puteri Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu Dunia Taps Siang Taps Malam Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Lagu-lagu kumpulan berenam Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya Bendera Dunia dan maksudnya Sejarah perkembangan World Association Girl Guides & Girl Scouts (WAGGGS) Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perancangan tahunan program Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas i.PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN ii.PRINSIP ASAS PANDU PUTERI iii.SEJARAH PERKEMBANGAN & STRUKTUR ORGANISASI iv.ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


i. PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN


Pengurusan & struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia


Pesuruhjaya Keahlian PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY Pesuruhjaya Program CIK ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM @ SALIM Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer PUAN AZLUL ADILAH ZAGHLOL Pesuruhjaya Antarabangsa CIK GOH YUE WAY (JUDY) Penaung Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Yang Dipertua YB DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DATO' DR. WAN ISMAIL Timbalan Yang Dipertua YM DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’ PADUKA TENGKU SULEIMAN Ketua Pesuruhjaya YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas PUAN JULIA ZAINIRA BINTI ZAIMON Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja PUAN HARIYANI BINTI MOHAMED Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan PUAN CRYSTAL WONG


Pesuruhjaya Latihan PUAN HINDON BINTI AHMAD Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat DR. ZANARIAH BINTI AHMAD Pesuruhjaya Guild PUAN JURIAH BINTI MOHAMED Pesuruhjaya Kelip-kelip PUAN MAIZATUL AKMAM BINTI HASAN HUSAINI


Pengurusan & struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM


Penaung (Rektor IPGM) DR MOHD AZAM BIN AHMAD Yang Dipertua Cawangan DR ZANARIAH BINTI IBRAHIM Ketua Pesuruhjaya Cawangan DR SITI ROSNI BINTI MOHAMAD YUSOFF Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan / Memangku Bendahari Kehormat DR NOOR HABIBAH BINTI KADERAN Setiausaha Kehormat Puan shahaliza binti halim Penolong Setiausaha Kehormat Puan AZIZAH BINTI ALIAS Pesuruhjaya Trefoil Guild DR HAJAH ZAINAB NAWAB KHAN Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas PUAN NORLIZA BINTI SAMIN Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan DR THIRUMAGAL A/P NAKAR SALAPAN Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat CIK MAZNAH BINTI SAARI


Pesuruhjaya Latihan PUAN RUZIATON BINTI JAMROS Pesuruhjaya Antarabangsa DR CHRISTINA JOHN Pesuruhjaya Program DR SHOLEHAH BINTI ISMAIL Pesuruhjaya Keahlian CIK LUVRINA BINTI JAMALUDIN


Pengurusan & struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun


Yang Dipertua KOL. BERSEKUTU (PA) MOHD SAAT BIN ABBAS, BCN Penasihat DR ROHAYA BINTI AHMAD Pengerusi Tang xin wei, angelina Naib Pengerusi VANEESHA A/P JEEVA KUMAR Setiausaha VAISHNAVI SUBRAMANIAM Naib Setiausaha nor adjwa binti mohammad halimi Bendahari sorfina maisarah binti saberi AJK NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN AJK NUR NABILA HUDA BINTI EIRWAN AJK FATIN NUR SYASYA BINTI ABDUL KARIM AJK NUR ADREENA BINTI AZUDDIN AJK KHARISYA ANDRIANA BINTI KHAIRUL ANUAR


ii. PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


Perlembagaan Pandu Puteri


Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala !umpur, Malaysia PERKARA 1 Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia NAMA, STRUKTUR, & LOKASI


PERKARA 2 Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undangundang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut : Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya : menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-undang Kepanduan. Undang-undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 4. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6.Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN & UNDANG -UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-undang asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert BadenPowell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.


2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi : i. Komitmen melalui Persetian dan Undangundangi ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme


Ahli Tidak Aktif Setiap ahli tidak aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap ahli tidak aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli tidak aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi ahli aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, + 18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmatdan pembangunan serta teknologi maklumat. 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut : Ahli Aktif Setiap ahli aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13 : Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. PersatuanPandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap ahli aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi : Bahagian Kepanduan 5-25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6 - 12 tahun Pandu Puteri Remaja 12 - 15 tahun Pandu Puteri Renjer 15 - 18 tahun Pandu Puteri Kadet 18 tahun + Pandu Puteri Siswi 18 tahun + Pandu Puteri Dewasa 18 tahun + Bahagian Dewasa 18 tahun + Pemimpin Tidak Berwaran 18 tahun + Penolong Pemimpin 18 tahun + Pemimpin 21 tahun + Jurulatih 24 tahun + Pesuruhjaya 24 tahun + Guild Mantan Pesuruhjaya tahun 30 tahun + Guild Pandu Puteri Diraja tahun 18 tahun + Guild Trefoil 24 tahun +


Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour’ adalah muktamad


Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : a)mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan danmeningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas b)melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia c)menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum didalam negara dan seluruh dunia d)untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia PERKARA 3 TUJUAN & OBJEKTIF


PERKARA 4 USUL 8 : Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan 'Persatuan Pandu Puteri Malaysia' di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hak cipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya) ,bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untukmenggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. LENCANA


Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut : -mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. -menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. -menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia PERKARA 5 PENAUNG


PERKARA 6 LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada PegawaiPegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex-socio dilantik dari semasa ke semasa


Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya. Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia jalah Perdana Menteri Malaysia. Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut. untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun. selanjutnya tanpa had tempoh keseluruhannya. Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan. Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendaharń Kehormat. PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun. keseluruhannya. 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu perliga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa. oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan. kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.


6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum and Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan. dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: TigaSete (34) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18- 3530 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. PERKARA 7 BADAN UNDANGAN


Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Wakil Cawangan Tiada hak untuk mengundi Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 16 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam puluh (160) undi. USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurulatihan. Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi. Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada hak untuk mengundi.


7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. 7.4 Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis. Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setian Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun. tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil ini; viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


PERKARA 8 KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada manamana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan. harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.


Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii. USUL 9: Maktah Rendah Sains Mara iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawaipegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 9 CAWANGAN PERSATUAN


PERKARA 10 PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir, USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh manamana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat MajlisKebangsaan


Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 11 PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri


PERSETIAAN PANDU PUTERI UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan, mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.” Seorang Pandu Puteri boleh : 1.boleh dipercaya 2.sentiasa taat dan setia 3.suka menolong orang lain 4.bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5.sentiasa bersopan santun 6.sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7.sentiasa menurut perintah bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan 8. 9.sentiasa berjimat cermat 10.suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan


Cogan kata & Lambang Pandu Puteri


LAMBANG PANDU PUTERI COGAN KATA PANDU PUTERI Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tida rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya Tiga ringkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetian. Cantuman tiga daun itu melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini. Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah-dengan cantuman dauh itu bererti wujudnya perpaduan antans 13 buat regeri serta Wilayah Persekutuan di negara int Ini penting kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahlinya walaupun terdin caripatta pelbaga bangsa, agama dan budaya. Selalu Sedia


Isyarat dan hormat Pandu Puteri


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Hormat ialah tabik Pandu Puteri atau perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. CARA MEMBERI HORMAT : Pandu Puteri berada dalam kedudukan setia. 1. Tangan kanan dinaikan keatas bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. 2. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat pandu puteri. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. 4. Lafazkan persetiaan pandu puteri semasa dalam kedudukan begini. 5.


Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga manjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengam orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi. Ia juga sebagai tanda untuk bertegur sapa sesame ahli dan antara ahli dengan pamimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord and Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletkkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden-Powellterus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. Berjabat tangan sesama ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kiri Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kanan


Lagu-lagu Pandu Puteri


LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song.


TAPS SIANG Kami puji, nikmat diberi, Matahari, bintangbintang, Langit biru, Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and praise, for the days, 'Neath the sun, 'Neath the stars, 'Neath the sky, As we go, this we know, God is nigh. Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is nigh. TAPS MALAM


Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas


LAGU KUMPULAN BERENAM LAGU KUMPULAN SIANTAN Siantan datang berkawan, Berani macam pahlawan LAGU KUMPULAN CEMPAKA Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa LAGU KUMPULAN KENANGA Kami bernama kenanga, Berjasa bertenaga LAGU KUMPULAN MELUR Cempaka bersukaria, Menolong orang duka


LAGU KUMPULAN BERENAM LAGU KUMPULAN KESIDANG Kami kesidang datang, Menolong pagi petang Teratai nama kami, Bekerja setiap hari LAGU KUMPULAN TERATAI


Bendera Malaysia dan maksudnya


JALUR GEMILANG Bendera Malaysia terdiri daripada garisan 14 jalur merah dan putih berselang-seli dan lambang bulan sabit dan bintang 14 mata dikenali sebagai Bintang Persekutuan. 14 jalur, dengan lebar yang sama, mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini. Bulan sabit : agama Islam sebagai agama negara. Biru : perpaduan rakyat Malaysia. Kuning : Kedaulatan Raja Berpelembagaan Merah : Keberanian dan bersedia dalam menghadapi sebarang rintangan Putih : Kesucian, keikhlasan dan kesungguhan


Click to View FlipBook Version