Tahun Teguh Bersama KOSWIP KOPERASI OPERASI KOSWIP MA OSWIP MALAYSIA BERHAD
Diterbitkan oleh: KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD IBU PEJABAT: A-01-01 dan A-01-02, Pantai Business Centre, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur Tel : (603) - 2201 0009 Fax : (603) - 2201 3312 Emel : [email protected] Laman Sesawang : www.koswip.org.my © HAK CIPTA TERPELIHARA. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juapun, sama ada dengan secara elektronik, mahupun rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis dari Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad terlebih dahulu. Reka Bentuk & Dicetak Oleh: Perniagaan Normahs
KANDUNGAN 01 Perkara 02 Pendahuluan 03 Pembuka Bicara Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia 04 Sekapur Sireh Pengerusi KOSWIP 05 Seulas Pinang Setiausaha KOSWIP 06 Pemanis Kata Pengurus Besar KOSWIP 07 BAB 1 – LATAR BELAKANG – Sejarah Gerakan Koperasi Malaysia – Sejarah Penubuhan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
KANDUNGAN 08 BAB 2 – KEPIMPINAN KOSWIP 09 BAB 3 – PENCAPAIAN DAN INDEKS KOSWIP 10 BAB 4 – AKTIVITI KREDIT DAN KEBAJIKAN ANGGOTA 11 BAB 5 – ASET-ASET 12 BAB 6 – HALA TUJU 13 GALERI 14 PENUTUP
Pendahuluan
2 Teguh Bersama KOSWIP PENDAHULUAN Perjalanan satu abad yang merentasi pelbagai zaman telah membawa perubahan besar kepada Koperasi KOSWIP. Pelbagai kisah suka dan duka pastinya telah ditempuhi sepanjang tempoh ini. Pada awalnya tujuan dan maklamat penubuhan KOSWIP ialah untuk membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah yang menghadapi masalah kewangan daripada meminjam dan terus ditindas oleh ceti-ceti haram pada ketika itu. Pada 27 Julai 1923 maka tertubuhlah Koperasi KOSWIP yang dinamakan The Selangor Government Servant Co-Operative Thrilf and Loan Society Limited. Sesuai dengan peredaran zaman kemudian namanya telah ditukar kepada nama Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad sehingga ke hari ini. Tanggal 27 Julai 2023 maka genaplah usia ke 100 penubuhannya. Tanggal ini merupakan hari yang amat bersejarah bukan sahaja kepada warganya malahan kepada Gerakan Koperasi Negara. Sesungguhnya perjalanan, pengalaman dan kejayaan yang dicapai amat berharga dan menjadi kebanggaan kepada semua anggota dan warga kerjanya. KOSWIP terus berkembang selari dengan perkembangan negara melalui beberapa fasa pembangunan. Sebagai sebuah koperasi kredit yang pertama di Tanah Melayu, KOSWIP telah melalui beberapa fasa pembangunan yang seiring dengan Gerakan Koperasi Negara yang bermula sejak di era penjajah, kemudiannya di era perang dunia pertama dan kedua dan seterusnya di era kemerdekaan Malaysia sehingga ke hari ini. Bagi menghargai dan mengenang jasa serta sumbangan bakti pemimpin, anggota dan kakitangan dahulu dan sekarang, KOSWIP telah mengabadikan
Teguh Bersama KOSWIP 3 sebuah kisah dan sejarah penglibatan mereka sepanjang 100 tahun penubuhannya melalui sebuah NASKAH KHAS 100 TAHUN PENUBUHAN KOSWIP. Naskah ini mengisahkan secara ringkas sejarah penubuhan, barisan kepimpinan, pencapaian, aktiviti, aset-aset dan hala tuju KOSWIP berdasarkan maklumat yang diperolehi. Naskah ini juga menzahirkan penghargaan KOSWIP kepada kerajaan khasnya kepada agensiagensi berkaitan seperti Jabatan Pembangunan Koperasi yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang telah banyak membantu dan membimbing KOSWIP secara langsung sehingga menjadikan KOSWIP salah sebuah koperasi yang berjaya, berdaya maju, kekal bertahan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan juga anggota. Buku ini adalah nukilan sebuah nostalgia yang diilhamkan oleh Anggota Lembaga, Pengurusan dan kakitangan KOSWIP yang telah diterjemahkan sepenuhnya oleh mereka. Buku ini wajar dibaca oleh anggota dan bekas anggota, warga kerja KOSWIP dan masyarakat umum sebagai satu bahan rujukan sejarah perjalanan penubuhan KOSWIP selama satu abad.
4 Teguh Bersama KOSWIP Pembuka Bicara Y.Bhg. En. Rusli b. Jaafar Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Teguh Bersama KOSWIP 5 Sekapur Sireh Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan limpah kurnia rahmat dan izinNya KOSWIP Berjaya menerbitkan sebuah buku yang menceritakan sejarah 100 Tahun penubuhannya. Setinggi penghargaan dan syabas kepada Anggota Lembaga, Pihak Pengurusan, dan Anggota KOSWIP yang telah menyokong usaha menerbitkan buku ini tanpa jemu dan penat sehingga berjaya menghasilkan sebuah buku yang penuh bermakna. Koperasi KOSWIP yang ditubuhkan pada 27 Julai 1923 dengan nombor pendaftaran 4/1923 merupakan sebuah koperasi yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Tempoh satu abad ini merupakan satu tempoh yang panjang yang pastinya KOSWIP telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk terus kekal dan maju sehingga ke hari ini. Paling istimewa ialah KOSWIP terletak dalam senarai 100 buah koperasi terbaik dalam Malaysia. KOSWIP akan terus berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan dan pencapaiannya seiring dengan koperasi-koperasi besar yang lain. Saya penuh yakin dengan kewibawaan Anggota Lembaga KOSWIP, KOSWIP akan terus maju dan memainkan peranan utama dalam gerakan koperasi negara. Dengan penuh harapan saya agar buku 100 Tahun Penubuhan KOSWIP ini akan dijadikan sumber bahan rujukan kepada anggota dan koperasi lain di masa akan datang. Sekian terima kasih. En Mas’ud b. Hussain Pengerusi KOSWIP
6 Teguh Bersama KOSWIP Seulas Pinang Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Mencapai usia 100 Tahun atau satu abad adalah suatu anugerah Allah yang paling berharga. Pelbagai peristiwa, pengalaman, pencapaian, cabaran pahit dan manis telah diharungi. Istimewanya Koperasi KOSWIP yang ditubuhkan semasa zaman penjajahan British masih kekal sehingga kini. Kewujudannya sehingga kini merupakan sesuatu rahmat kepada anggota dan negara yang harus dicontohi. Usaha untuk menerbitkan buku 100 Tahun Penubuhan KOSWIP adalah usaha yang murni dan harus dipuji. Buku ini memaparkan pelbagai peristiwa, sejarah, pengalaman dan pencapaian sepanjang tempoh penubuhannya dan boleh dijadikan rujukan di masa akan datang. Buku ini adalah inisiatif daripada Anggota Lembaga dan pihak Pengurusan KOSWIP. Syabas dan terima kasih kepada yang terlibat yang tidak kenal erti penat dan jemu sehingga berjaya menerbitkan sebuah buku yang julung kalinya dalam sejarah penubuhan KOSWIP. Walaupun intipatinya ringkas namun ianya penuh dengan makna dan berguna sebagai rujukan kepada anggota. Sekian terima kasih. Mohamad Akhir b. Abdul Rahman Setiausaha KOSWIP
Teguh Bersama KOSWIP 7 Pemanis Kata Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tugas, tanggungjawab dan sokongan pihak pengurusan serta kakitangan keatas pembangunan dan kemajuan KOSWIP sememangnya tidak dinafikan. Pihak pengurusan KOSWIP senantiasa berkerja keras dan memastikan pengurusan KOSWIP dapat diurus dengan baik dan berfungsi sebagaimana yang diamanahkan. Sejak penubuhannya pengurusan dan kakitangan KOSWIP telah menyantuni pelbagai lapisan anggota melalui pelbagai skim pembiayaan, Tabung Kebajikan dan kemudahan yang disediakan. Pengurusan dan Kakitangan sedaya upaya menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin supaya kebajikan, kemudahan kepada anggota dapat disampaikan dengan baik. Sesungguhnya kerjasama dan hubungan baik antara pekerja dengan Anggota Lembaga adalah elemen penting yang menyumbangkan kepada kemajuan dan kecemerlangan KOSWIP. Pengurusan juga bertindak sebagai penasihat kepada Lembaga untuk memastikan KOSWIP terus berada di landasan yang betul. Pengurusan dan kakitangan KOSWIP akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada anggota dan perkara ini perlu direalisasikan sepanjang penubuhan dan akan memastikan KOSWIP terus maju dan kekal relevan sepanjang masa. Sekian terima kasih. Hjh Afiza bt. Ibrahim Pengurus Besar KOSWIP
FALSAFAH : “Ramai Bagi Satu, Satu Bagi Ramai” bermaksud anggota dan Koperasi saling memerlukan “Anggota memerlukan KOSWIP, KOSWIP memerlukan anggota”. WAWASAN : Menjadikan KOSWIP sebuah koperasi yang cemerlang, komited dan berdaya saing serta memenuhi keperluan anggota. MISI : Menyediakan bantuan dan perkhidmatan kepada anggota dan masyarakat yang memerlukan. 8 Teguh Bersama KOSWIP
Latar Belakang FALSAFAH : “Ramai Bagi Satu, Satu Bagi Ramai” bermaksud anggota dan Koperasi saling memerlukan “Anggota memerlukan KOSWIP, KOSWIP memerlukan anggota”. WAWASAN : Menjadikan KOSWIP sebuah koperasi yang cemerlang, komited dan berdaya saing serta memenuhi keperluan anggota. MISI : Menyediakan bantuan dan perkhidmatan kepada anggota dan masyarakat yang memerlukan. BAB 1
10 Teguh Bersama KOSWIP 1926 1934 1935 1922 1922 1923 1924 Majlis Perundangan Persekutuan undang-undang koperasi pertama di Tanah Melayu iaitu Cooperative Societies Enactment pada 28 Jun 1922. Koperasi Pertama iaitu Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Pekerjaan Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad didaftarkan pada 21 Julai 1922. ''The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited' ditubuhkan pada 27 Julai 1923 (Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad). Lembaga Koperasi sebagai penasihat kepada kerajaan dalam perkara yang berkaitan gerakan koperasi telah ditubuhkan. G. Hawkins dilantik sebagai Penolong Pengarah Koperasi dari tahun 1934 hingga 1946. Enakmen 1922 disemak dan disiarkan sebagai FMS Cap. 97. Jabatan Pembangunan Koperasi (The Office of Director of Cooperation) ditubuhkan pada Julai 1922. Kapten Noor Mohamed Hashim dilantik sebagai Penolong Pendaftar (Pegawai Melayu pertama yang dilantik sebagai Penolong Pendaftar Koperasi). ''Alexander Cavendish, Pengarah Koperasi pertama dilantik dari tahun 1923 hingga 1933. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA
Gerakan Koperasi menyatakan dalam Laporan Tanah-tanah Jajahan (20 Mac 1946 dan 23 April 1946) daripada Setiausaha Negeri untuk Tanah- tanah Jajahan kepada kerajaan penjajahan di London bahawa di Malaysia satu keputusan segera berkaitan dengan dasar yang menganjurkan penglibatan lebih besar kerajaan dalam perkembangan koperasi perlu dibuat. 1948 1949 1956 1945 1946 1948 1948 Rancangan Pembangunan Ekonomi di Tanah Jajahan British bermula selepas Perang Dunia Kedua, selepas diluluskan Akta Kebajikan dan Pembangunan Tanah Jajahan United Kingdom 1945. Co-Operative Societies Ordinance telah diperkenalkan. Ordinan ini menggantikan Undang-undang Syarikat Kerjasama yang sedang berkuatkuasa. Laporan Jawatankuasa Kredit Pertanian telah dikeluarkan oleh Gabenor Malayan Union bertujuan menangani isu hutang. Maktab Bekerjasama-sama Malaya ditubuhkan pada 13 November 1956 untuk memberikan latihan bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran koperasi. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Jabatan Pembangunan Koperasi (The Office of Commisioner of Co- operative Societies) ditubuhkan. Dalam tahun 1948, dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Ordinan No. 33 telah diluluskan bagi seluruh Malaya. Dengan ini Jabatan Pembangunan Koperasi dapat disatukan dan diketuai oleh Pesuruhjaya Kemajuan Koperatif Persekutuan Tanah Melayu yang juga menjadi Pendaftar Koperatif. Satu siri panduan dasar telah dikeluarkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan yan menetapkan peranan kerajaan dalam perkembangan koperasi. Gerakan Koperasi mula diperkenalkan di negeri Sarawak selepas Sarawak Cooperative Societies Ordinance 1939 telah diluluskan. Datuk Abdul Majid bin Haji Mohamed dilantik sebagai pengetua pertama Maktab Bekerjasama-sama Malaya. Teguh Bersama KOSWIP 11
1964 1966 1968 1957 1959 1961 1963 Kerajaan menubuhkan Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama Tanah Melayu. Sabah Co-operative Ordinance 1958 telah diluluskan. Falsafah asas yang mendasari peranan koperasi-koperasi dalam Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965 dimasukkan. Perbendaharaan telah memperkenalkan Tabung Amanah Kredit Koperasi yang diwujudkan untuk memberikan bantuan modal serta Kredit Koperasi Jangka Sederhana dan Bantuan Kewangan kepada Rancangan-rancangan Industri Perikanan. Maktab Kerjasama Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun persekutuan melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang telah diluluskan di Parlimen pada 11 September 1968. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali Jabatan Kemajuan Kerjasama. Kongres Koperasi Malaysia untuk membincangkan konsep penubuhan Kesatuan Koperasi peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Universiti Malaya. Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama Tanah Melayu. 12 Teguh Bersama KOSWIP
1982 1983 1985 1971 1975 1976 1977 Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah diadaftarkan pada 12 Mei 1971. Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) menggalakkan koperasi di negara ini untuk bergabung pada peringkat daerah dengan menubuhkan Koperasi Perdagangan dan Perindustrian Daerah. Rancangan Malaysia Ketiga (RMK- 3) 1976 - 1980 mula dilaksanakan untuk meninggikan taraf sosioekonomi pengeluar-pengeluar hasil utama, menambah peluang kerja dalam bidang industri dan perusahaan yang bukan bercorak pertanian dan mengembeleng modal anggota-anggota untuk menjalankan berbagai-bagai kegiatan ekonomi sesuai dengan Dasar Ekonomi Baru. Penekanan institusi koperasi sebagai agen pembangunan luar bandar diperkemas dan dimantapkan dengan kerajaan memulakan satu dimensi baru kepada gerakan koperasi di Malaysia. Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) dibentuk untuk memberikan pinjaman kepada koperasi yang hendak melaksanakan projek berdaya maju. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Jabatan Pembangunan Koperasi dan Maktab Kerjasama Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Pertanian. Kementerian Pembangunan Negara didaftarkan pada 2 Disember 1983 dan dilancarkan secara rasmi pada 8 April 1984. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar melancarkan Era Baru Koperasi yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Ghafar Baba pada 28 Februari 1982. Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM33.7 juta khusus untuk pembangunan koperasi dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) 1986 - 1990. Penjenamaan Jabatan Kemajuan Bersama sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi. Semakan ke atas Ordinan koperasi 1948 dan dikenali sebagai Akta Koperasi 1948 (semakan 1983). Teguh Bersama KOSWIP 13
1995 1997-1998 2002 1990 1991 1993 1994 JPK dan Maktab Kerjasama Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dalam bulan Oktober 1990. Program Diploma Pengurusan Koperasi mula diperkenalkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia bagi meningkatkan profesionalisme gerakan koperasi di Malaysia. Akta Koperasi 1993 telah mendapat persetujuan diraja pada 22 Januari 1993 dan diterbitkan dalam warta 4 Februari 1993. Peraturan-peraturan Koperasi 1995 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1995. Pada 21 Julai 2022, sambutan Hari Koperasi Negara kali pertama berlangsung dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Akta Koperasi 1993 dikuatkuasakan pada 22 Januari 1994. Pelebaran sayap pembangunan modal insan koperasi di Borneo melalui penubuhan cawangan Maktab Kerjasama Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Akta Koperasi 1993 dipinda dengan menambah seksyen baharu 71A iaitu panduan pembubaran dan penyusunan semula sesebuah koperasi kepada syarikat. Pengenalan Kursus Wajib Koperasi oleh Maktab Kerjasama Malaysia kepada seluruh Anggota Lembaga Koperasi di Malaysia melalui penguatkuasaan Garis Panduan 5 Jabatan Pembangunan Koperasi. 14 Teguh Bersama KOSWIP
2009 2010 2011 2004 2005 2007 2008 Dasar Koperasi Negara 2002 - 2010 (DKN 2002 - 2010) dilancar pada 29 Januari 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Penubuhan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan Malaysia. Pindaan Akta Koperasi 1993 untuk diselaraskan dengan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2007. Jabatan Pembangunan Koperasi dan Maktab Kerjasama Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan setelah MeCD dibubarkan. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) telah dijenamakan kepada Maktab Koperasi Malaysia melalui pindaan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diperbadankan pada 1 Januari 2008, tarikh berkuatkuasa Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665]. Dasar Koperasi Negara 2011 - 2020 (DKN 2011 - 2020) telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kuantan, Pahang sempena Sambutan Hari Koperasi Negara pada 16 Julai 2010. Jabatan Pembangunan Koperasi dan Maktab Kerjasama Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Teguh Bersama KOSWIP 15
2016 2017 2018 2012 2014 2015 2016 Pemetraian Deklarasi Putrajaya antara SKM, MKM, dan ANGKASA mengukuhkan kerjasama agensi yang membangun gerakan koperasi. Pengisytiharan Menara SKM di Changkat Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur sebagai ibu pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Garis Panduan Tadbir Urus Syariah dilancarkan oleh YB Dato' Sri Ismail Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 1 Mei 2015. Pelancaran dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016 - 2020. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Sambutan Hari Koperasi Negara peringkat negeri dilaksanakan di seluruh negara pada 21 Julai hingga 20 Ogos 2016. SKM, Maktab Koperasi Malaysia dan Bank Rakyat diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada 19 November 2018. Pelancaran Pelan Pembangunan Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi 2016 - 2020 oleh YB Dato' Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi ANGKASA d dan Kepenggunaan (KPDNKK). ilantik sebagai pengerusi ASEAN Cooperative Organization (ACO). Pelan Strategik ANGKASA 2017 - 2050 (PESAN). 16 Teguh Bersama KOSWIP
2021 2021 2021 2019 2020 2021 2021 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyasarkan penubuhan sebuah universiti koperasi khas melalui Institut Koperasi Malaysia. SKM mengumumkan moratorium bayaran balik pinjaman kepada koperasi selama 6 bulan akibat pandemik COVID 19. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden International Cooperative Alliance-Asia and Pasific (ICCAP). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengumumkan peruntukan pemulihan ekonomi koperasi berjumlah RM 20 juta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Pelancaran Pelan TransKoM 2021 - 2025 oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Mac 2021. Penubuhan federasi koperasi di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta 502) untuk menggariskan keperluan kursus serta syarat kelulusan bagi penubuhan dan pengoperasian sesebuah koperasi. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dijenamakan sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Penjenamaan semula Maktab Koperasi Malaysia kepada Institut Koperasi Malaysia telah diluluskan di Parlimen. Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Julai 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Teguh Bersama KOSWIP 17
2022 2022 2022 2021 2021 2021 2022 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan peruntukan RM230 juta bagi pelaksanaan produk baharu dalam Tabung Modal Pusingan (TMP) SKM. Institut Koperasi Malaysia yang dulunya menggunakan akronim IKMa kini dikenali sebagai IKMa sejajar usaha meperkukuh peranan institut itu sebagai pusat latihan dan pembangunan modal insan koperasi di Malaysia. Akta Koperasi (Pindaan) 2021 diwartakan pada 1 April 2021. Buku Lanskap Promosi Koperasi dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pada 12 Februari 2022 untuk menyelaras promosi antara agensi dan kementerian. SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Koperasi (PTPMIK) 2022 - 2025 dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pada 12 Februari 2022 bagi memeta pembangunan modal insan koperasi di Malaysia. Pemeteraian Aspirasi Koperasi Malaysia antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia dan ANGKASA dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar pada 12 Februari 2022. Pelan Strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2021 - 2025. 18 Teguh Bersama KOSWIP
2022 2022 2022 2022 2022 2022 2022 Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) pada setiap Julai. Pelan Strategik Insititut Koperasi Malaysia 2022 - 2025 Majlis penyerahan surat penubuhan Universiti Keusahawanan koperasi Malaysia oleh YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi kepada YM Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 28 Mac 2022. Pelan Digitalisasi Koperasi Malaysia 2025 dibangunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). SEJARAH GERAKAN KOPERASI MALAYSIA Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi Parlimen (MPUKP) diperkenalkan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM9.5 juta kepada 150 koperasi yang terjejas akibat COVID 19. Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pada 12 Februari 2022. Teguh Bersama KOSWIP 19
20 Teguh Bersama KOSWIP Para pengasas koperasi pertama (Sumber : ANGKASA) The Rochdale Pioneers, Koperasi Moden Pertama di Dunia (Sumber : ANGKASA) Sir Alexander Cavendish Beliau selaku Penolong Penasihat Inggeris di Kedah. Sir Arthur Henderson Young Memulakan idea untuk memperkenalkan koperasi di Malaysia pada tahun 1907. Sir George Maxwell Penasihat Inggeris di Kedah.
Teguh Bersama KOSWIP 21 Suasana kehidupan nelayan pada awal 1960-an.
22 Teguh Bersama KOSWIP Foto zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu (Sumber : Arkib Negara Malaysia) Penduduk-penduduk yang dipindahkan ke kampung-kampung baru di bawah Rancangan Briggs sedang turun dari keretapi membawa barangan masing-masing. (Sumber : Arkib Negara Malaysia)
Teguh Bersama KOSWIP 23 Bangunan Syarikat Bekerjasama, Pos dan Telekom Berhad (Sumber : ANGKASA)
24 Teguh Bersama KOSWIP SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad ditubuhkan pada 27 Julai 1923 dengan nama asalnya ‘The Selangor Government Servant Cooperative Thrift and Loan Society Limited. KOSWIP merupakan antara koperasi tertua di Malaysia dengan no. pendaftarannya 4/1923 dan koperasi yang keempat didaftarkan di Malaysia. KOSWIP ditubuhkan oleh kakitangan kerajaan yang sering ditindas oleh ceti-ceti haram. Ketika itu kakitangan kerajaan terutama yang berpendapatan rendah sering mengadu nasib kepada ceti-ceti haram yang mengambil kesempatan di atas kesusahan yang mereka hadapi. Ada segelintir kakitangan kerajaan menyedari perkara ini terutama kakitangan yang terdiri daripada kaum India. Mereka ini telah lama ditindas sejak sekian lama telah sepakat dan merancang untuk menubuhkan koperasi yang boleh membela nasib mereka semasa menghadapi kesusahan. Pada awal penubuhan keanggotaan KOSWIP hanya bermula dengan 138 orang anggota yang terdiri daripada kakitangan awam yang pendapatan rendah. Keanggotaan ini terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah kepada 80,000 orang anggota pada suatu ketika. Walaubagaimanapun jumlah ini mula merosot oleh kerana pelbagai faktor seperti umur, persaraan, meninggal dunia dan lain-lain. Dalam masa yang sama kemerosotan keanggotaan ini disebabkan oleh pengwujudan koperasi-koperasi baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Keanggotaan KOSWIP kini seramai 20,205 orang.
Teguh Bersama KOSWIP 25
26 Teguh Bersama KOSWIP Pada usianya yang telah mencecah 100 tahun KOSWIP masih lagi relevan, kukuh dan mampu membantu anggota-anggotanya yang menghadapi masalah. KOSWIP tidak pernah gagal dalam menjaga kebajikan anggotanya. Berkat dengan kesungguhan dan keribawaan anggota Lembaganya dari dahulu hingga sekarang koswip terus maju dan berdaya saing. Sepanjang penubuhanya KOSWIP telah menerima pelbagai pengiktirafan keatas kejayaanya. Antara kejayaan terbesar pengiktiran diterima ialah pada tahun 2011 dengan penerimaan ‘Anugerah Koperasi Berklaster Besar’ yang meletakkan KOSWIP di tangga ke 6 daripada 100 koperasi yang terbaik di Malaysia. Kemudiannya disusuli pula dengan penarafan 4 bintang (baik) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2012 berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan. KOSWIP telah menyediakan pelbagai produk pembiayaan muamalat dengan kadar keuntungan yang kompetitif kepada anggotanya. Antaranya adalah Skim Pembiayaan Bai Al Inah dengan jumlah pembiayaan sehingga RM150 ribu iaitu setaraf dengan koperasi besar yang lain. Melalui Skim Pembiayaan Murabahah pula KOSWIP telah menawarkan pakej-pakej pelancongan dan pembelian barangan pengguna. Koswip turut menawarkan produk-produk insuran dengan kadar caruman bulanan yang rendah. Sesungguhnya KOSWIP amat prihatin kepada anggotanya yang terdesak dan memerlukan kewangan di waktu kecemasan. Skim Pembiayaan Al Qardhul Hassan diwujudkan bertujuan membantu anggota yang mengalami keadaan tersebut. Skim ini tidak mengenakan ban mengenakan sebarang caj keuntungan.
Teguh Bersama KOSWIP 27
28 Teguh Bersama KOSWIP KOSWIP juga memiliki rumah rehat di Port Dickson Negeri Sembilan yang disewa kepada anggota dan orang perseorangan. Bangunan pejabat kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk menyewa. Kakitangan KOSWIP sentiasa bersedia memberi perkhidmatan dengan mesra dan mengutamakan pelanggan yang terdiri daripada anggotanya. Kakitangan sentiasa peka dan sedia mendengar apa sahaja masalah anggota dan akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah mereka. Kakitangan yang terlatih dan berpengalaman senitiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anggota. Kakitangan KOSWIP amat komited dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Ternyata satu abad yang merentasi zaman telah membawa pelbagai perubahan dan sejarah kepada Koswip. Usia 100 tahun merupakan tempoh yang panjang yang telah mewarnai KOSWIP dengan pelbagai pengalaman berharga. Tempoh ini turut menceritakan segalanya mengenai kepimpinan dahulu dan sekarang yang telah banyak menabur bakti mereka hingga membawa pelbagai kejayaan kepada KOSWIP hingga ketahap ini.
Teguh Bersama KOSWIP 29
30 Teguh Bersama KOSWIP
Teguh Bersama KOSWIP 31
32 Teguh Bersama KOSWIP
Teguh Bersama KOSWIP 33 Kepimpinan BAB 2
34 Teguh Bersama KOSWIP KEPIMPINAN KOSWIP Perkembangan dan kemajuan KOSWIP berkait rapat dengan kepimpinannya. Tidak dinafikan peranan pemimpin dahulu dan sekarang banyak mempengaruhi perkembangan KOSWIP. KOSWIP beruntung kerana mempunyai barisan pemimpin dan Anggota Lembaganya daripada dahulu hingga sekarang yang berwibawa dan bercita-cita tinggi. Sumbangan mereka terbukti apabila KOSWIP terus maju dan dan bertahan hingga kini. Terdapat beberapa peringkat dalam pemilihan kepimpinan KOSWIP yang bermula daripada Mesyuarat Agung Kawasan iaitu memilih perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Tujuh (7) orang perwakilan yang mendapat undi terbanyak akan membentuk Jawatankuasa Kawasan dan memilih salah seorang dari mereka Pengerusi dan Setiausaha Kawasan. Jawatankuasa Kawasan bertanggungjawab sebagai penghubung di antara koperasi dengan anggota-anggota dalam kawasan berkenaan. Di samping melaksanakan segala ketetapan dan arahan Lembaga dalam menjalankan apa-apa tugas yang berkaitan bagi kebaikan kawasan khasnya dan koperasi ini amnya. Salah satu fungsi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ialah memilih dua belas (12) orang (12) Anggota Lembaga di kalangan perwakilan. Mesyuarat Lembaga pertama diadakan sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan akan melantik seorang Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi menerajui pengurusan dan pentadbiran KOSWIP. Anggota Lembaga bertanggungjawab memastikan pentadbiran dan pengurusan KOSWIP dikendalikan dengan teratur. Untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan KOSWIP diurus dengan baik Anggota Lembaga perlu melantik pengurusan dan kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar bagi memastikan sistem pentadbiran KOSWIP mematuhi Akta Koperasi, Undang-undang Kecil dan Peraturan-peraturan yang ditetapkan. SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CCAARRTTAA OORRGGAANNIISSAASSII KKOOSSWWIIPP MESYUARAT AGUNG KAWASAN PERWAKILAN ANGGOTA LEMBAGA PENGURUS BESAR PENGURUS PENTADBIRAN & PERSONEL / ASET PENGURUS KEWANGAN PENGURUS KREDIT
Teguh Bersama KOSWIP 35 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CCAARRTTAA OORRGGAANNIISSAASSII KKOOSSWWIIPP MESYUARAT AGUNG KAWASAN PERWAKILAN ANGGOTA LEMBAGA PENGURUS BESAR PENGURUS PENTADBIRAN & PERSONEL / ASET PENGURUS KEWANGAN PENGURUS KREDIT
Tn. Hj. Jamian b. Mohamad No. Anggota : 22055 Tarikh Lahir : 23 Januari 1943 Tarikh Jadi Anggota : 9 Disember 1968 Pengerusi KOSWIP di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Yang Ke 63 pada 2 Mei 1988 hingga 31 Disember 1988. Tn. Hj. Mohamad Hazis b. Ngah Syarikat KOSWIP Holding Sdn. Bhd. tahun 1994 modal berbayar RM1 juta Membeli Syarikat Rihlah Travel & Tours Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada KOSWIP Travel & Tours pada tahun 1997 Menubuhkan anak syarikat KOSWIP Trading Sdn. Bhd. pada 15 Julai 199 Menubuhkan pejabat Cawangan Putrajaya pada tahun 2001 No. Anggota : 33685 Tarikh Lahir : 2 Ogos 1940 Tarikh Jadi Anggota : 24 Oktober 1974 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 1 Januari 1989 hingga 25 April 2004 Pentadbiran Tn. Hj. Mohamat b. Abu Bakar No. Anggota : 52152 Tarikh Lahir : 16 Mac 1953 Tarikh Jadi Anggota : 6 Disember 1980 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 24 Jun 2001 hingga 30 Jun 2002 PENGERUSI KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD Tan Sri Cempaka Puan Hajjah Kontik Kamriah bt. Ahmad No. Anggota : 4277 Tarikh Lahir : 1 Januari 1917 Tarikh Jadi Anggota : 15 Julai 1935 Dilantik Menjadi Yang Di Pertua KOSWIP : 1952 - 1956 Wanita Pertama yang dilantik Yang Di Pertua KOSWIP Allahyarham Ishak b. Idris Pindaan Undang-undang Kecil pertukaran nama dari Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Negeri Selangor Dengan Tanggungan Berhad. Nama dan wajah baru iaitu "Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad'' atau ringkasnya "KOSWIP" pada 19 April 1987. Pindaan Undang-undang Kecil mengenai pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Anggota ditukar kepada sistem Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 63 (1988) diperkenalkan buat pertama kalinya. Sebagai permulaan sebanyak 22 kawasan dan telah diwujudkan 12 kawasan. No. Anggota : 19371 Tarikh Lahir : 5 April 1943 Tarikh Jadi Anggota : 1965 Tarikh Dilantik Menjadi Anggota Lembaga : 24 Julai 1975 Tarikh Dilantik Menjadi Timbalan Yang Di Pertua : 1978 Tarikh Dilantik Menjadi Yang Di Pertua : 6 Julai 1980 Tarikh Meninggal Dunia : 19 Disember 1987 Pentadbiran 36 Teguh Bersama KOSWIP
Tn. Hj. Jamian b. Mohamad No. Anggota : 22055 Tarikh Lahir : 23 Januari 1943 Tarikh Jadi Anggota : 9 Disember 1968 Pengerusi KOSWIP di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Yang Ke 63 pada 2 Mei 1988 hingga 31 Disember 1988. Tn. Hj. Mohamad Hazis b. Ngah Syarikat KOSWIP Holding Sdn. Bhd. tahun 1994 modal berbayar RM1 juta Membeli Syarikat Rihlah Travel & Tours Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada KOSWIP Travel & Tours pada tahun 1997 Menubuhkan anak syarikat KOSWIP Trading Sdn. Bhd. pada 15 Julai 199 Menubuhkan pejabat Cawangan Putrajaya pada tahun 2001 No. Anggota : 33685 Tarikh Lahir : 2 Ogos 1940 Tarikh Jadi Anggota : 24 Oktober 1974 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 1 Januari 1989 hingga 25 April 2004 Pentadbiran Tn. Hj. Mohamat b. Abu Bakar No. Anggota : 52152 Tarikh Lahir : 16 Mac 1953 Tarikh Jadi Anggota : 6 Disember 1980 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 24 Jun 2001 hingga 30 Jun 2002 PENGERUSI KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD Tan Sri Cempaka Puan Hajjah Kontik Kamriah bt. Ahmad No. Anggota : 4277 Tarikh Lahir : 1 Januari 1917 Tarikh Jadi Anggota : 15 Julai 1935 Dilantik Menjadi Yang Di Pertua KOSWIP : 1952 - 1956 Wanita Pertama yang dilantik Yang Di Pertua KOSWIP Allahyarham Ishak b. Idris Pindaan Undang-undang Kecil pertukaran nama dari Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Negeri Selangor Dengan Tanggungan Berhad. Nama dan wajah baru iaitu "Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berhad'' atau ringkasnya "KOSWIP" pada 19 April 1987. Pindaan Undang-undang Kecil mengenai pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Anggota ditukar kepada sistem Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 63 (1988) diperkenalkan buat pertama kalinya. Sebagai permulaan sebanyak 22 kawasan dan telah diwujudkan 12 kawasan. No. Anggota : 19371 Tarikh Lahir : 5 April 1943 Tarikh Jadi Anggota : 1965 Tarikh Dilantik Menjadi Anggota Lembaga : 24 Julai 1975 Tarikh Dilantik Menjadi Timbalan Yang Di Pertua : 1978 Tarikh Dilantik Menjadi Yang Di Pertua : 6 Julai 1980 Tarikh Meninggal Dunia : 19 Disember 1987 Pentadbiran Teguh Bersama KOSWIP 37
Munir b. Bijan Memberi 5 unit pejabat di Plaza Sentral Membeli 3 unit kedai pejabat di Semenyih Sentral No. Anggota : 23496 Tarikh Lahir : 14 September 1952 Tarikh Jadi Anggota : 2 Februari 1970 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 25 April 2004 hingga 25 Jun 2006 Pentadbiran Dato' Hj. Nik Hassan Fauzi b. Hj. Nik Abdullah Sistem pembiayaan konvensional kepada islamik Jumlah maksima pembiayaan sehingga RM 150,000.00 Meningkatkan mudah tunai KOSWIP Membeli bangunan di Melaka Sentral Membeli bangunan di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur No. Anggota : 56434 Tarikh Lahir : 8 Mac 1958 Tarikh Jadi Anggota : 24 Mac 1982 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 25 Jun 2006 hingga 26 September 2020 Pentadbiran Mas'ud b. Husain No. Anggota : 71094 Tarikh Lahir : 16 Januari 1962 Tarikh Jadi Anggota : 4 September 1987 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 25 September 2020 hingga kini 38 Teguh Bersama KOSWIP
Munir b. Bijan Memberi 5 unit pejabat di Plaza Sentral Membeli 3 unit kedai pejabat di Semenyih Sentral No. Anggota : 23496 Tarikh Lahir : 14 September 1952 Tarikh Jadi Anggota : 2 Februari 1970 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 25 April 2004 hingga 25 Jun 2006 Pentadbiran Dato' Hj. Nik Hassan Fauzi b. Hj. Nik Abdullah Sistem pembiayaan konvensional kepada islamik Jumlah maksima pembiayaan sehingga RM 150,000.00 Meningkatkan mudah tunai KOSWIP Membeli bangunan di Melaka Sentral Membeli bangunan di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur No. Anggota : 56434 Tarikh Lahir : 8 Mac 1958 Tarikh Jadi Anggota : 24 Mac 1982 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 25 Jun 2006 hingga 26 September 2020 Pentadbiran Mas'ud b. Husain No. Anggota : 71094 Tarikh Lahir : 16 Januari 1962 Tarikh Jadi Anggota : 4 September 1987 Dilantik Menjadi Pengerusi KOSWIP : 25 September 2020 hingga kini Teguh Bersama KOSWIP 39 1987 1989 1989 AHLI LEMBAGA KOSWIP AHLI LEMBAGA KOSWIP 1990
40 Teguh Bersama KOSWIP AHLI LEMBAGA KOSWIP 1991 AHLI LEMBAGA KOSWIP 1992 AHLI LEMBAGA KOSWIP 1993
Teguh Bersama KOSWIP 41 AHLI LEMBAGA KOSWIP 1997 AHLI LEMBAGA KOSWIP 2002/2003
42 Teguh Bersama KOSWIP AHLI LEMBAGA KOSWIP 2001/2002 AHLI LEMBAGA KOSWIP 2004/2005 AHLI LEMBAGA KOSWIP 2006/2007
Teguh Bersama KOSWIP 43 AHLI LEMBAGA KOSWIP 2007/2008
44 Teguh Bersama KOSWIP AHLI LEMBAGA KOSWIP 2013/2014 AHLI LEMBAGA KOSWIP 2022/2023 Teguh Bersama KOSWIP
45 Teguh Bersama KOSWIP 45
46 Teguh Bersama KOSWIP