The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhayati.sarkawi, 2023-03-19 06:50:27

BUKU PERATURAN SK BERISU

PERATURAN SKB

2 | P a g e


3 | P a g e MAKLUMAT PERIBADI MURID 1) Nama : ………………………………………………………………... 2) No. Sijil Lahir : ………………………………………………………… 3) Tarikh Lahir : ………………………………………………………… 4) Kelas : ………………………………………………………………… 5) Bil. Pendaftaran Sekolah : ……………………………………….. 6) Alamat Tetap : ……………………………………………………….. ……………………………………………………………………………. 7) No. Telefon : …………………………………………………………. 8) Nama bapa/penjaga : ……………………………………………. 9) Pekerjaan : ……………………………………………………………. GAMBAR MURID


4 | P a g e Bil Kandungan Mukasurat 1. Punca Kuasa - Buku Peraturan Sekolah Dilaksanakan 6 2. Lagu NegaraKu, Lagu Sekolah Falsafah Pendidikan Kebangsaan Visi, Misi dan Moto Sekolah 7 3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Definisi Disiplin, Matlamat Disiplin 8 4. Peraturan Sekolah 9 5. Garis Panduan Peraturan Disiplin Sekolah Untuk Murid Perkara 1 : Peraturan Am 1.1 Waktu Persekolahan 1.2 Ketidakhadiran 1.3 Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 10 10 11 11 6. Perkara 2 : Perhimpunan Sekolah 12 7. Perkara 3 : Waktu Rehat 12 8. Perkara 4 : Kebenaran keluar masuk kelas 13 9. Perkara 5 : Buku Kawalan Kelas 13 10. Perkara 6 : Pakaian dan Rambut 6.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki 6.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan 6.3 Pakaian Seragam Pengawas 6.4 Pakaian Pendidikan Jasmani 13 13 13 14 15 11. Perkara 7 : Lencana dan Tanda Nama 15 12. Perkara 8 : Rambut 16 13. Perkara 9 : Kebersihan Diri Dan Perhiasan 16 14. Perkara 10 : Keselamatan 10.1 Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah 17 15. Perkara 11 : Kenderaan 17 16. Perkara 12 : Perjalanan Lalu lintas 17 17. Perkara 13 : Barang-barang Larangan dan Kehilangan Barang 18 18. Perkara 14 : Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah 19 19. Perkara 15 : Tingkahlaku Musnah Dan Jenayah 19 20. Perkara 16 : Lawatan Sambil Belajar 19 21. Perkara 17 : Tatatertib 17.1 Kawasan Sekolah 17.2 Kelas 17.3 Pusat Sumber/Makmal Komputer/Ruang Solat 17.4 Tandas 20 20 21 22 22 ISI KANDUNGAN


5 | P a g e 17.5 Kantin 22 22. Perkara 18 : Kawasan-kawasan Larangan 22 23. Perkara 19 : Latihan Kebakaran Dan Kecemasan 23 24. Perkara 20 : Lantikan Pemimpin Kecil Sekolah 24 25. Perkara 21 : Lembaga Pengawas 25 26. Perkara 22 : Lawatan/Pelawat/Ibubapa 25 27. Perkara 23 : Kemalangan 23.1 Dalam Kawasan Sekolah 23.2 Di Luar Kawasan Sekolah 25 28. Perkara 24 : Kegiatan Luar 26 29. Perkara 25 : Peperiksaan 26 30. Perkara 26 : Bayaran Tambahan 27 31. Perkara 27 : Sakit Dan Penyakit Berjangkit 27 32. Perkara 28 : Rawatan Atau Cuti Sakit 27 33. Perkara 29 : Alatan Sukan 28 34. Perkara 30 : Harta Benda Sekolah 28 35. Perkara 31 : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 28 36. Perkara 32 : Peraturan Khas 29 37. Perkara 33 : Budi Pekerti/Tingkahlaku/Kelakuan yang Patut diamalkan. 29 38. Perkara 34 : Khidmat Nasihat 30 39. Perkara 35 : Makluman Umum 30 40. Perkara 36 : Jenis-jenis Kesalahan Disiplin 30 41. Perkara 37 : Hukuman 31 42. Perkara38 : Jenis Kesalahan, Hukuman dan Punca Kuasa 32 43. Borang Pengakuan 37


6 | P a g e Para 4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk MuridMurid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah -Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib. 4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing. Para 6 Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guruguru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975


7 | P a g e Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan. Raja Kita Selamat Bertakhta Berusaha Tak Kira Masa Gedung Ilmu Kan DI Terokai Isikan Dada Ilmu Berguna Cabaran Sedia Di Tempuhi Kami Anak Warisan Bangsa Walau Maju Tetap Berbudaya Bantu membantu Saling Hormati Hidupkan Diberkati Oh Sekolahku Namamu Terunggul SK Berisu Yang Masyhur Tingkat Kualiti Dan Prestasi Dengan Ikrar Kami Semua Kan Kami Pertahnakan Bersama Maruah Agama, Bangsa, Negara Malaysia Yang Merdeka FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI, MISI DAN MOTO VISI Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. MISI Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. MOTO SEKOLAH Hidup Berjasa LAGU NEGARAKU LAGU SEKOLAH


8 | P a g e DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : “…… kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menggangu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat .” MATLAMAT 1. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran murid dari masa ke semasa. 2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid. 3. Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin, bersatu padu dan setia kepada negara. 4. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama. 5. Melahirkan insan yang kamil. 6. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : • Keadilan dan layanan samarata • Pertimbangan minat dan keperluan pelajar • Kebebasan-tertakluk kepada undang-undang • Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni • Perpaduan masyarakat dan negara PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH


9 | P a g e 1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulia berketerampilan serta bertanggungjawab. 2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang baik. 3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan pelajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dan sepanjang murid berada di sekolah. 4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia. 5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibubapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah untuk meningkatkan disiplin diri. 6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid, guru-guru, ibubapa atau penjaga serta kakitangan sekolah. 7. Buku Peraturan Sekolah ini, hendahlah dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah. PERATURAN SEKOLAH


10 | P a g e PERKARA 1 : PERATURAN AM 1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN 1.1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib pada hari-hari persekolahan. 1.1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut: HARI WAKTU PERSEKOLAHAN Waktu Pulang TAHAP 1 TAHAP 2 Isnin 7.45 pagi 1.05 pm 1.05 pm Selasa 7.45 pagi 12.35 pm 1.05 pm Rabu 7.45 pagi 12.35 pm 1.05 pm Khamis 7.45 pagi 12.35 pm 1.05 pm Jumaat 7.45 pagi 12.35 pm 12.35 pm 1.1.3 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin. 1.1.4 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah. 1.1.5 Kelas tambahan atau sekolah gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid. 1.1.6 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. 1.1.7 Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng berbunyi kerana perhimpunan harian diadakan pada 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan Sekolah. Guru waktu pertama akan mengiringi murid masuk bersama ke dalam kelas. 1.1.8 Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diberitahu jika ada perubahan. 1.2 KETIDAKHADIRAN 1.2.1 Murid yang tidak hadir kerana sakit kerana atau sesuatu sebab tertentu hendaklah : • memberitahu sekolah melalui guru kelas dengan segera dan GARIS PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID


11 | P a g e • membawa bersama-sama surat akuan doktor atau makluman daripada ibubapa apabila hadir semula ke sekolah dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah. 1.2.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau lebih hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor/ibu bapa/penjaga. 1.2.3 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor/ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan. 1.2.4 Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum. 1.2.5 Murid yang sampai lewat daripada jadual waktu sekolah akan diambil tindakan yang sewajarkan. TINDAKAN HARI TIDAK HADIR (BERTURUTTURUT/BERTERUSAN) HARI TIDAK HADIR (TIDAK BERTERUSAN/BERKALA) 1. Surat Amaran Pertama Pada hari ke 3 (tidak hadir hari ke 3) Pada hari ke 10 (tidak hadir hari ke 10) 2. Surat Amaran Kedua 7 hari selepas surat Amaran Pertama ( Tidak hadir hari ke 10) 10 hari selepas amaran pertama (tidak hadir hari ke 20) 3. Surat Amaran Terakhir 7 hari selepas surat Amaran Kedua ( Tidak hadir hari ke 17) 20 hari selepas amaran kedua (tidak hadir hari ke 40) 4. Buang Sekolah 14 hari selepas Surat Amaran Terakhir (tidak hadir hari ke 31) 20 hari selepas surat amaran terakhir (tidak hadir hari ke 60) JUMLAH HARI TIDAK HADIR 30 HARI BERTERUSAN 60 HARI BERKALA 1.3 KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM 1.3.1 Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib untuk semua murid tahun 4,5 dan 6 mengikut jadual yang disediakan setiap Hari Rabu. 1.3.2 Semua murid Tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga unit kokurikulum berikut : • Unit Beruniform • Persatuan / Kelab Akademik • Permainan / Sukan


12 | P a g e PERKARA 2 : PERHIMPUNAN SEKOLAH PERKARA 3 : WAKTU REHAT 1.3.3 Murid mestilah memakai pakaian unit beruniform atau baju pendidikan jasmani sekolah setiap kali mengikuti aktiviti kokurikulum. 1.3.4 Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan. 1.3.5 Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikulum tiga kali berturut-turut tanpa sebab tindakan akan dikenakan. 2.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Kehadiran semua guru dan murid adalah diwajibkan. 2.2 Apabila mendengar loceng isyarat perhimpunan, murid- murid hendaklah segera ke tapak perhimpunan. 2.3 Berjalan ke tapak perhimpunan dengan tenang dan tidak bising dengan diiringi oleh Pengawas bertugas. 2.4 Murid tidak dibenarkan membuat bising serta mendengar segala pesanan dan mematuhi arahan di perhimpunan. 2.5 Peraturan berbaris : murid yang rendah dihadapan dan murid yang tinggi dibelakang. 2.6 Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat), dikehendaki terus ke tempat perhimpunan dan beratur di barisan paling belakang di dataran Perhimpunan Sekolah. 2.7 Murid mesti berdiri tegak (sedia) bila lagu Kebangsaan, Negeri dan sekolah dinyanyikan. 2.8 Semasa berjalan masuk ke kelas, murid kekal dalam barisan kelas masing-masing dan berjalan dalam suasana yang tenang dan tidak hingar-bingar. 3.1 Murid hanya boleh keluar ke kantin untuk rehat sejurus sahaja loceng rehat dibunyikan. 3.2 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali diarah oleh guru. 3.3 Waktu rehat murid ialah: TAHAP WAKTU MULA WAKTU AKHIR Tahap 1 10.15 pagi 10.35 pagi Tahap 2 10.15 pagi 10.35 pagi


13 | P a g e PERKARA 5 : BUKU KAWALAN KELAS PERKARA 6 : PAKAIAN DAN RAMBUT 4.1 Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR, tanpa pas dianggap tanpa kebenaran. 4.2 Keluar kelas ke tandas atau sebarang urusan, murid mesti mendapat kebenaran guru (sedang mengajar) atau ketua/penolong ketua darjah jika guru tiada. 4.3 Murid perempuan digalakkan bergerak berdua untuk keselamatan. 5.1 Untuk merekod kehadiran murid dan guru yang masuk setiap waktu PdPc dan ditulis setiap hari persekolahan. 5.2 Ketua Kelas hendaklah mengambil buku ini di pejabat, dan guru waktu terakhir hendaklah memastikan buku ini dihantar semula ke pejabat oleh ketua kelas. 5.3 Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama pula akan merekod kehadiran murid pada hari tersebut. 5.4 Guru Mata Pelajaran boleh merekod salah laku murid yang selalu menimbulkan ‘masalah’.di dalam kelas. 6.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI 6.1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap. 6.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh. 6.1.3 Baju kemeja sekolah berwarna putih, berlengan pendek atau panjang, berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Sekiranya memakai baju kemeja lengan panjang tidak dibenarkan melipat lengan baju tersebut. Baju dimasukkan ke dalam seluar. 6.1.4 Kasut kanvas hitam bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku lali. 6.1.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. 6.1.6 Tali pinggang hendaklah berwarna gelap yang kepalanya tidak besar dan tidak berhias. PERKARA 4 : KEBENARAN KELUAR-MASUK KELAS


14 | P a g e Pakaian Murid Lelaki PAKAIAN MURID PEREMPUAN 6.1.7 Baju kurung sekolah berwarna putih, berlengan panjang. Tidak berfesyen, tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang. 6.1.8 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 6.1.9 Bertudung putih dan anak tudung berwarna putih sahaja. 6.1.10Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal daripada buku lali. 6.1.11Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. 6.1.12Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas ke sekolah. Pakaian Murid Perempuan


15 | P a g e PERKARA 7 : LENCANA DAN TANDA NAMA 6.2 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH 6.2.1 Lelaki Baju biru muda lengan panjang, seluar panjang berwarna biru gelap dan tali leher berlambang sekolah serta Blazer. Kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam. 6.2.2 Perempuan Baju kurung biru muda dengan sarung berwarna biru tua dan tudung biru muda, Blazer serta Kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam. 6.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI 6.3.1 Murid dikehendaki memakai baju t-shirt dan seluar trek Pendidikan Jasmani yang mempunyai logo dan nama sekolah sahaja yang dibeli di kedai buku sekolah. 6.3.2 T-shirt putih lengan pendek atau panjang sementara sahaja dibenarkan sebelum memdapat t-shirt berlogo sekolah. 6.3.3 Murid dilarang memakai uniform semasa pelajaran Pendidikan Jasmani. 6.3.4 Murid digalakkan menampal tanda nama di baju t-shirt sekolah. 7.1 Murid-murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag) samada pada hari-hari persekolahan biasa atau semasa menyertai aktiviti lawatan kokurikulum. Contoh Kedudukan Lencana Dan Tanda Nama


16 | P a g e PERKARA 9 : KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN 8.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu : 8.2 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu. 8.3 Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang diarah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2/1976 . 8.4 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah didandan atau diikat dengan kemas menggunakan riben warna putih atau biru tua. 8.5 Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 9.1 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali. 9.2 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang. 9.3 Murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki. 9.4 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass). 9.5 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. 9.6 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada dikawasan sekolah. PERKARA 8 : RAMBUT


17 | P a g e PERKARA 11 : KENDERAAN 10.1 KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH 10.1.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran. 10.1.2 Murid yang perlu pulang semasa pembelajaran dijalankan atas sebab yang mustahak mesti mendapat kebenaran bertulis Guru Besar/Penolong Kanan dan mencatat nama dalam BUKU KELUAR KAWASAN SEKOLAH serta diiringi penjaga. 10.1.3 Murid yang memerlukan rawatan doktor hendaklah mendapat BORANG RAWATAN dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan. 10.1.4 Murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar atau pelawat termasuk ibubapa semasa waktu belajar kecuali dengan kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan. 10.1.5 Jika terdapat orang luar yang mencurigakan di dalam Kawasan sekolah, hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Guru Besar / Penolong Kanan/Guru Bertugas. 10.1.6 Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam Kawasan sekolah mestilah diberitahu kepada Guru Bertugas/Guru Pengawas. 10.1.7 Murid perempuan tidak dibenarkan berada di tempat sunyi berseorangan. 11.1 Basikal yang digunakan mesti dalam keadaan lengkap dengan loceng, lampu, tongkat, brek dan kunci. 11.2 Ketika di sekolah semua basikal mestilah diletakkan dengan teratur di tempat yang disediakan dan hendaklah berkunci. 10.2 Murid di larang berkumpul di tempat basikal pada sebarang masa. 10.3 Semua basikal dilarang diletakkan/disimpan di luar Kawasan sekolah. Sekolah tidak bertanggu ngjawab jika berlaku sesuatu kehilangan dan sebagainya. 10.4 Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah. PERKARA 10 : KESELAMATAN


18 | P a g e PERKARA 13 : BARANG-BARANG LARANGAN DAN KEHILANGAN BARANG 12.1 Semua murid dikehendaki mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya dan peraturan-peraturan perjalanan dalam kawasan sekolah. 12.2 Murid mesti berjalan dalam barisan di tempat khas untuk pejalan kaki. 12.3 Murid yang menggunakan bas hendaklah berbaris dan tidak berebut-rebut semasa menaiki dan menuruni bas serta menjaga kelakuan semasa di dalam bas. 12.4 Murid yang datang dengan kereta/motor/bas dilarang berhenti depan pagar sekolah atau menghalang jalan masuk/keluar ke kawasan sekolah. 12.5 Murid yang melintas jalanraya hendaklah menggunakan jejantas yang disediakan. Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main atau duduk di tangga jejantas. 13.1 Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke kawasan sekolah iaitu : 1) Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK (SPI 4/1997), VAPE atau sebarang jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI 8/1986) 2) Radio walkman, MP4, discman dan sebarang jenis mainan. 3) Telefon bimbit termasuk charger, SIM card, kamera dan lainlain alat aksesori berkaitan. (Rujuk SPI 2/2009) 4) Rokok/ mancis/pemetik api. 5) Gula-gula getah (chewing gum ) 6) Minuman keras. 7) Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin baju. 8) Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah. 9) Benda-benda tajam dan berbahaya. 10) Makanan ‘junk food’ 11) Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar tidak perlu dan membahayakan keselamatan pelajar. 13.2 Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK dipulangkan kepada pelajar. 13.4 Murid-murid yang membawa telefon bimbit di kawasan sekolah akan diambil tindakan disiplin. Guru akan mengambil dan PERKARA 12 : PERJALANAN LALU LINTAS


19 | P a g e PERKARA 14 : KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH PERKARA 15 : TINGKAHLAKU MUSNAH DAN JENAYAH menyimpan telefon tersebut serta memaklumkan tindakan tersebut kepada ibubapa /penjaga. (Rujuk SPI 2/2009) 13.5 Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada Guru Kelas/Guru Bertugas/Penolong Kanan HEM. 13.6 Murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam Kawasan sekolah, hendaklah menyerahkannya kepada manamana guru/Guru Bertugas / Pengawas/Penolong Kanan HEM. Adalah menjadi kesalahan kepada murid yang menyimpan barang yang dijumpai tanpa kebenaran. 13.7 Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah serta menggunakan alat-alat yang mahal harganya. 14.1 Tingkahlaku sopan dan berbudi bahasa. 14.2 Menghormati guru, pengawas dan murid/kawan. 14.3 Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran. 14.4 Tidak berkelakuan membahayakan diri dan kawan. 14.5 Tidak ponteng kelas, sekolah, perhimpunan,kelas tambahan, kegiatan kokurikulum atau lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 14.6 Di larang datang awal ke sekolah dan tidak berkeliaran di Kawasan sekolah. 14.7 Tidak makan di luar waktu rehat yang ditetapkan dan sentiasa menghargai kepentingan masa. 15.1 Tidak merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kantin dan kawan-kawan. 15.2 Dilarang mencederakan guru/pengawas atau murid lain. 15.3 Dilarang menganggotai kumpulan haram,memeras ugut, mencabul kehormatan. 15.4 Dilarang menunjuk perasan/menganggu ketenteraman sekolah. 15.5 Dilarang membawa benda berunsur lucah dan tidak bermoral. 15.6 Tidak menjudi/bertaruh,mencuri,melawan/ /mengancam/memukul.


20 | P a g e PERKARA 17 : TATATERTIB 16.1 Murid tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri atau kumpulan atas nama sekolah. 16.2 Hendahlah mendapat surat izin waris dan memakai pakaian seragam sekolah ketika lawatan. 16.3 Hendaklah menjaga tingkahlaku dan peraturan lawatan yang ditetapkan oleh guru pengiring. 17.1 KAWASAN SEKOLAH 17.1.1 Murid adalah diwajibkan berada di dalam kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 17.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan keluar mestilah memakai “PAS KELUAR”. 17.1.3 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas kecuali mendapat kebenaran guru. 17.1.4 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. 17.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas. 17.1.6 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 17.1.7 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas dengan mengisi borang daftar sakit. Maklumat tersebut mesti diserahkan kepada guru bertugas mingguan. 17.1.8 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru kelas dengan mengisi borang Daftar Keluar Murid. PERKARA 16 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR


21 | P a g e 17.2 KELAS 17.2.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab. 17.2.2 Semua murid di dalam kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 17.2.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut. 17.2.4 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai Pas Kebenaran Keluar Kelas. Murid perempuan digalakan bergerak berdua untuk keselamatan. 17.2.5 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar jika guru berada di dalam kelas dan meminta izin ketua kelas ketika jika tidak ada. 17.2.6 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat. 17.3 PUSAT SUMBER/ MAKMAL KOMPUTER/ RUANG SOLAT/ BENGKEL 17.3.1 Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke pusat sumber, makmal komputer, bengkel dan bilik-bilik khas yang lain. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya. 17.3.2 Murid adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam pusat sumber/makmal komputer/ruang solat/bengkel. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab.


22 | P a g e 17.4 TANDAS 17.4.1 Murid wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan. 17.4.2 Murid yang memakai “PAS KELUAR” sahaja dibenarkan berada di tandas kecuali pada waktu rehat. 17.4.3 Murid tidak dibenarkan bermain-main di tandas. 17.4.4 Murid yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas dan tidak mengikut tatacara penggunaan tandas yang betul akan dikenakan tindakan disiplin. 17.5 KANTIN 17.5.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat. 17.5.2 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. 17.5.3 Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu rehat sahaja. 17.5.4 Murid wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan. 17.5.5 Murid diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin. 17.5.6 Peraturan kantin : • Beratur semasa membeli makanan. • Jangan berebut ketika membeli makanan. • Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab ketika membeli makanan. • Selepas membeli makanan, duduk ditempat yang disediakan. • Basuh tangan sebelum dan selepas makan. • Membaca doa sebelum dan selepas makan. • Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran. • Letakkan bekas makanan dan minuman yang telah digunakan ke dalam besen yang disediakan. • Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah. • Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang ada di kantin. • Jimatkan penggunaan air. • Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu pagi, rehat dan balik sahaja.


23 | P a g e PERKARA 19 : LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN 18.1 Semua murid DILARANG berada di tempat-tempat berikut kecuali dengan dengan kebenaran guru/pihak berkuasa sekolah. • Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal dan pondok keselamatan sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas waktu balik. • Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya. • Tandas guru dan sekitarnya. • Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas pelajar perempuan bagi murid lelaki. • Kawasan letak kereta guru. • Kantin sekolah jika bukan waktu rehat. • Dewan sekolah • Lain-lain tempat yang diumumkan dari masa ke semasa. 19.1 Sesiapa setelah ternampak kebakaran hendaklah tanpa raguragu membunyikan loceng isyarat (Penggera kebakaran) atau fire alarm yang berhampiran. 19.2 Sekiranya loceng penggera kebakaran dibunyikan hal ini bermaksud amaran bahawa / kejadian kecemasan / kebakaran berlaku dalam bangunan itu. 19.3 Apabila loceng isyarat dibunyikan (masa berdering adalah lama), murid-murid hendaklah segera beratur dalam satu barisan dengan serta merta, kemudian meninggalkan bilik darjah mengikut laluan atau tangga yang telah ditetapkan bersama-sama dengan guru mengajar pada masa itu. 19.4 Murid-murid mestilah berjalan dengan senyap dan pantas tanpa terburu-buru berlari dan tanpa potong-memotong sehingga sampai ke tapak perhimpunan atau padang / kawasan lapang yang telah ditetapkan. 19.5 Murid-murid yang berada ditempat lain (bilik-bilik khas) juga hendaklah segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke laluan yang paling hampir. 19.6 Berkumpul (barisan duduk) mengikut kelas yang telah ditetapkan. Ketua kelas hendaklan memastikan bilangan murid dan memaklumkan kepada guru kelas dengan segera jika jumlah murid tidak mencukupi. 19.7 Guru kelas hendaklah membawa buku kedatangan kelas masing-masing dan membuat bancian serta melaporkan PERKARA 18 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN


24 | P a g e PERKARA 20 : LANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH dengan segera kepada guru bertugas atau pihak pentadbiran jika ada kehilangan pelajar. 19.8 Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah (atau guru yang berada dalam pejabat) hendaklah mengambil semua buku kedatangan pelajar (jika ada) 19.9 Patuhi segala arahan semasa berada di tempat berkumpul atau sentiasa berada dalam tertib/duduk berbaris. Jangan bergerak sehingga dimaklumkan. 19.10 Guru-guru hendaklah mengawal segala pergerakan pelajar untuk menghindarkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 19.11 Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan tanpa kebenaran Guru Bertugas. 20.1 Perlantikan dan pemilihan pemimpin kecil sekolah akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Pemilih yang diketuai oleh Guru Besar. 20.2 Jawatankuasa Pemilih ini boleh menyingkirkan seseorang itu dari sebarang jawatan pemimpin kecil sekolah yang dipegangnya sekiranya perlu dengan sebab-sebab yang munasabah. 20.3 Jawatan yang diwatikahkan kepada Permimpin Kecil ini tidak bersifat hakiki. Lantikan ini akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada kelayakkan murid dan perlantikan akan dilakukan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemilih. 20.4 Kriteria-kriteria kelayakan: • Prestasi akademik yang baik • Akhlak dan sahsiah yang terpuji • Sifat kepimpinan • Penampilan diri yang kemas • Aktif dalam kegiatan sekolah dan aktiviti kokurikulum • Kehadiran ke sekolah yang memuaskan 20.5 Lain-lain kelayakan : • Bertanggungjawab dengan sepenuhnya • Berwibawa dan bekerjasama • Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan • Jujur • Menepati masa 20.6 Semasa menjalankan tugas, pemimpin-pemimpin kecil sekolah perlu bersikap tegas dalam masa yang sama bersopan santun dengan semua murid. 20.7 Pemimpin-pemimpin kecil sekolah tidak boleh bertindak sesuka hati diluar batas undang-undang sekolah.


25 | P a g e PERKARA 21 : LEMBAGA PENGAWAS 20.8 Sekiranya terdapat murid yang enggan mengikut arahan pemimpin kecil sekolah atau melanggar peraturan, segera laporkan kepada guru. 20.9 Berikut adalah jawatan-jawatan bagi pemimpin kecil sekolah : • Pengawas Sekolah • Pengawas Pusat Sumber (PSS) • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) • Ketua Kelas • Penolong Ketua Kelas 20.10 Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin Sekolah)1959.Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang ditakrifkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas, tiada seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan nyata dari Guru Besar dalam sesuatu hal yang tertentu. 20.11 Pemimpin Kecil Sekolah yang terlibat dengan salahlaku disiplin yang serius akan digugurkan dan hilang kelayakkan memegang jawatan yang disandang. 21.1 Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Disiplin. Lembaga Pengawas bertanggungjawab dan berfungsi sebagai mata dan telinga pihak pentadbiran sekolah untuk mengekalkan disiplin yang baik. 21.2 Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturanperaturan disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid lain dalam segala bidang. 21.3 Pengawas sebagai pemimpin kecil di kalangan murid dan menjadi penghubung diantara murid dengan pihak pentadbir sekolah serta membantu guru-guru atau pihak sekolah dalam hal yang tertentu. 21.4 Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah dan hendaklah melaporkan kepada Guru Disiplin sebarang kejadian yang melanggar peraturan sekolah. 21.5 Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan pelajar tetapi tidak boleh mengenakan sebarang hukuman kepada pelajar. 21.6 Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.


26 | P a g e PERKARA 23 : KEMALANGAN PERKARA 24 : KEGIATAN LUAR 22.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan memberi salam kepada mana-mana pelawat yang hadir ke sekolah ini. 22.2 Semua pelawat termasuk ibu bapa/penjaga perlu berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran. Pelawat tidak dibenarkan pergi sendiri ke kelas atau ke bilik guru untuk berjumpa dengan murid atau guru. 22.3 Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di tempat yang dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja. 22.4 Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat individu-individu yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah. 23.1 DALAM KAWASAN SEKOLAH 23.1 Pelajar hendaklah melaporkan segera pada Guru Bertugas. 23.2 Pelajar yang cedera mesti dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalan. 23.3 Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas akan menghantar pelajar berkenaan ke klinik Lekir, dan melaporkan kepada ibubapa/penjaga pelajar. 23.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH 23.2.1 Pelajar hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan. 23.2.2 Ibubapa/penjaga segera laporkan kepada pihak sekolah dengan dokumen yang lengkap untuk urusan tuntutan insuran. 24.1 Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada guru/ibubapa/penjaga. 24.2 Murid-murid adalah dilarang keras melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. PERKARA 22 : LAWATAN /PELAWAT/IBUBAPA


27 | P a g e PERKARA 26: BAYARAN TAMBAHAN PERKARA 27 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 25.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menduduki sebarang peperiksaan mengikut jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan. 25.2 Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan tanpa alasan yang munasabah dikira TIDAK HADIR dan tidak dibenarkan untuk mengulang semula kertas peperiksaan tersebut. 25.3 Murid dilarang meniru waktu peperiksaan/ujian dan ketidakhadiran tanpa sebab boleh dianggap gagal dalam matapelajaran yang tidak diambilnya. 26.1 Semua murid dikehendaki menjelaskan bayaran tambahan sekolah yang diluluskan Jabatan Pelajaran Perak kepada guru kelas. 26.2 Derma untuk PIBG bagi satu keluarga ditetapkan pada jumlah RM20.00 dan sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa. 26.3 Resit bayaran rasmi atau sementara bagi menandakan bayaran telah dibuat hendaklah disimpan sebagai bukti semasa membuat bantahan atau bila-bila masa dikehendaki. 27.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Kelas atau Guru Bertugas. 27.2 Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 27.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan dan mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 27.4 Murid-murid yang uzur ( kurang sihat ) dan tidak boleh mengikuti Pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki berada di lapangan Pendidikan Jasmani juga. Tidak dibenarkan berada di dalam kelas. 27.5 Murid-murid yang kurang sihat tidak sepatutnya hadir ke sekolah kerana mereka tidak berupaya mengikuti pembelajaran seperti biasa.Ibubapa/Penjaga seharusnya membawa anak-anak mendapatkan rawatan terlebih dahulu. PERKARA 25 : PEPERIKSAAN


28 | P a g e PERKARA 29 : ALATAN SUKAN PERKARA 30 : HARTA BENDA SEKOLAH 28.1 Pelajar yang hendak ke hospital/klinik hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas dengan mengisi borang rawatan. Murid-murid yang hendak ke rumah sakit mesti dengan ibubapa / penjaga 28.2 Pelajar yang mendapat cuti dibenarkan pulang ke rumah.. 28.3 Sekiranya pelajar tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu berehat, pelajar dibenarkan berehat di bilik yang sesuai dengan kebenaran guru bertugas dan dicatatkan dalam buku kawalan kelas. 28.4 Pelajar yang sakit hanya dibenarkan pulang dengan dijemput oleh ibubapa/penjaga atau dintar oleh Guru Bertugas. 29.1 Mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani/Permainan/Sukan mestilah mendapat kebenaran guru dan tidak dibenarkan murid mengambilnya sendiri. 29.2 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik 29.3 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani. 29.4 Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi tanggungjawab kepada murid yang berkenaan. 29.5 Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan yang telah digunakan ke dalam stor sukan dalam keadaan baik dan teratur. 30.1 Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama. Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, dalam masa yang sama bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta benda sekolah. 30.2 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid/kumpulan murid terlibat dikehendaki mengganti/membayar harga barang tersebut. PERKARA 28 : RAWATAN ATAU CUTI SAKIT


29 | P a g e PERKARA 32 : PERATURAN KHAS Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian serius dan dipatuhi oleh pelajar yang meminjam buku teks. 31.1 Semua Buku teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan. 31.2 Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks kepada pelajar yang layak menerimanya berdasarkan syaratsyarat yang ditetapkan oleh SPBT KPM. 31.3 Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku Teks SPBT dari pelajar jika : a) Berhenti atau tamat sekolah b) Pihak sekolah mendapati pelajar tersebut tidak layak c) Pelajar didapati cuai menjaga buku teks SPBT. 31.4 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. 31.5 Murid diwajibkan menulis nama di bahagian belakang buku teks dan menyampul/membalutnya dengan plastik pembalut buku jernih. 31.6 Murid dilarang menulis sebarang catatan atau melukis /menconteng/mengotorkan buku teks kecuali menulis nama dan kelas di ruangan yang disediakan. 31.7 Pindaan hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali mendapat kebenaran guru SPBT. 31.8 Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas atau dimana-mana tempat lain. 31.9 Buku Teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera guru kelas atau guru SPBT untuk tindakan selanjutnya. 31.10 Pelajar yang terjumpa buku teks SPBT hendaklah mengembalikan kepada pelajar berkenaan atau Guru SPBT. 31.11 Pelajar yang tidak memulangkan dan telah merosakkan buku teks mestilah membayar gantirugi mengikut nilai buku dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak sekolah berhak menuntut daripada ibubapa/penjaga. Dan pelajar tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya. 31.12 Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawa bersama buku Teks tersebut. 32.1 Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-murid, perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan. 32.2 Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada PERKARA 31 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


30 | P a g e PERKARA 33 : BUDI PEKERTI / TINGKAHLAKU / KELAKUAN YANG PATUT DIAMALKAN PERKARA 34 : KHIDMAT NASIHAT PERKARA 35 : MAKLUMAN UMUM ibubapa/penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah. 32.3 Ibu bapa/penjaga yang menghantar anaknya ke sekolah dengan menggunakan kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Mereka boleh menurunkan anak-anak di hadapan pondok pengawal keselamatan sahaja. 33.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan /pesanan/nasihat dan amanah yang diberikan oleh guru. 33.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah dan di luar sekolah. 33.3 Bersopan santun semasa bercakap/berbicara dengan guru, kakitangan sekolah, pekerja-pekerja sekolah, pelawat-pelawat yang datang ke sekolah dan kawan-kawan iaitu memulakan perbualan dengan ucapan salam hormat. 33.4 Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah. 33.5 Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari merahsiakan/bersubahat sebarang kegiatan jahat yang mereka lihat/ketahui di kawasan sekolah. 34.1 Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling/Kaunselor untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat. 34.2 Murid-murid boleh membuat janji temu dengan kaunselor sama ada pada waktu persekolahan ataupun semasa luar waktu persekolahan. Jika murid perlu berjumpa kaunselor semasa waktu persekolahan murid perlu meminta izin dari guru yang mengajar pada waktu tersebut. 35.1 Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada penyesuaian masa/keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib sekolah atau atas nasihat Guru Besar. 35.2 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku peraturan ini murid-murid wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini.


31 | P a g e PERKARA 36 : JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN PERKARA 37 : HUKUMAN 35.3 Murid-murid juga dikehendaki mematuhi arahanarahan/peraturan-peraturan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. 35.4 Murid-murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran hendaklah memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana jua kita berada. 35.5 Justeru itu semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa selagi menjadi murid di SK Lekir. 36.1 Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan sederhana dan kesalahan berat : i) Kesalahan ringan menggunakan kod R ii) Kesalahan sederhana menggunakan kod S iii)Kesalahan berat menggunakan kod B 36.2 Ianya dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian yang utama iaitu: i. Tingkahlaku Jenayah ii. Tingkahlaku Lucah iii. Tingkahlaku Anti-Sosial iv. Tingkahlaku Tidak Jujur dan v. Tingkahlaku Tidak sopan 37.1 Hukuman yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, berdasarkan kepada jenis dan beratnya salahlaku tersebut : i. Tindakan menghukum ii. Tindakan pencegahan iii. Tindakan polis 37.2 Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah : • Amaran • Denda • Penahanan dalam kelas • Hukuman Rotan • Gantung Persekolahan • Buang daripada sekolah


32 | P a g e 37.3 Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah berlakunya salahlaku dari perbuatan melanggar disiplin. 37.4 Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patut dikenakan,Guru Besar/Guru Disiplin akan menimbangkan keperluan mengenakan satu hukuman yang boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa, bahkan juga kepada yang melakukan salahlaku itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi salahlaku itu. Satu sistem hukuman bersifat mencegah bergantung kepada beratnya hukuman itu.


33 | P a g e 38. 1 Kesalahan Berat PERKARA 38 : JENIS KESALAHAN, HUKUMAN DAN PUNCA KUASA


34 | P a g e


35 | P a g e 38.2 Kesalahan Sederhana


36 | P a g e 38.3 Kesalahan Ringan


37 | P a g e Guru Besar, SK Berisu 78100 Lubok Cina Pos, Melaka. BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH 1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang. 3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. Tanda tangan Pelajar : Nama : Saya sebagai Ibubapa/Penjaga maklum akan perkara yang tersebut di atas. Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : Nama : BORANG PENGAKUAN


38 | P a g e


39 | P a g e


40 | P a g e SKL/12/2019


Click to View FlipBook Version