The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULAN KEMERDEKAAN
SK BERISU
TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhayati.sarkawi, 2021-08-11 10:02:01

PERTANDINGAN MEMBACA BERITA

BULAN KEMERDEKAAN
SK BERISU
TAHUN 2021

ANJURAN
PANITIA BAHASA MELAYU

12 hingga 22 Ogos 2021

MEMBACA BERITA
(TAHAP 1 DAN 2)

• Murid membaca petikan berita yang disediakan oleh guru.
(Pilih 1 sahaja)

• Murid membuat rakaman video, aksi membaca berita
dengan intonasi yang betul, lancar dan jelas sebutan bakunya
serta gaya yang sesuai.

• Hantar video kepada hakim (guru BM kelas masing-masing)
sebelum 20 Ogos 2021 (Jumaat).

HAKIM PERTANDINGAN MEMBACA BERITA

PUAN RADIAH BINTI IBRAHIM

TAHUN 5 & 6

ENCIK MOHD DANIAL BIN OMAR PUAN NORHAYATI BINTI SARKAWI

TAHUN 3 & 4 TAHUN 1 & 2

TEKS BERITA (1957) -TAHAP 1

Pada tanggal 31 Ogos 1957, pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu tepat pada pukul 12.00 tengah malam di Padang
Kelab Selangor, Kuala Lumpur.

Pengisytiharan itu telah diiringi dengan laungan ‘MERDEKA’ yang
bergema dengan penuh bersemangat dan menandakan lahirnya sebuah negara
baharu yang berdaulat dan merdeka.

Dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu,
maka berakhirlah penjajahan Inggeris ke atas Persekutuan Tanah Melayu sejak
lebih 170 tahun. Semoga bumi bertuah ini terus menjadi tanah berdaulat.

TEKS BERITA (2020) -TAHAP 1

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, mengambil semangat Allahyarham Tunku Abdul
Rahman, dari 63 tahun lalu, ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia.
Justeru, Perdana Menteri mengimbau detik itu dengan berdiri di tempat sama ketika
menyampaikan Perutusan Khas Hari Kebangsaan Ke-63 di sini, malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk terus
menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi negara yang tercinta dan
sekaligus memartabat agenda untuk membina negara. Semangat MALAYSIA
PRIHATIN hendaklah disemarakkan dalam segenap segi kehidupan masyarakat, bukan
sahaja dalam usaha menamatkan terus wabak Covid-19, tetapi juga dalam usaha
memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik.

Semoga Malaysia terus aman makmur dan berdaulat. Selamat menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 63.

TEKS BERITA (1957) -TAHAP 2

Pada tanggal 31 Ogos 1957, pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang
pertama telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu tepat pada pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur.

Pengisytiharan itu telah diiringi dengan laungan ‘MERDEKA’ yang bergema
dengan penuh bersemangat dan menandakan lahirnya sebuah negara baharu yang
berdaulat dan merdeka.

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu secara
rasmi telah disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
pada pukul 9.30 pagi di hadapan Raja-Raja Melayu dan ribuan rakyat serta perwakilan
dari 30 negara-negara Komanwel.

Dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu, maka
berakhirlah penjajahan Inggeris ke atas Persekutuan Tanah Melayu sejak lebih 170
tahun. Semoga bumi bertuah ini terus menjadi tanah berdaulat.

TEKS BERITA (2020)- TAHAP 2

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, mengambil semangat Allahyarham Tunku Abdul Rahman, dari

63 tahun lalu, ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia. Justeru, Perdana Menteri

mengimbau detik itu dengan berdiri di tempat sama ketika menyampaikan Perutusan Khas Hari

Kebangsaan Ke-63 di sini, malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk terus menyemarakkan

keharmonian yang dikecapi selama ini demi negara yang tercinta dan sekaligus memartabat

agenda untuk membina negara. Semangat MALAYSIA PRIHATIN hendaklah disemarakkan dalam

segenap segi kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam usaha menamatkan terus wabak Covid-

19, tetapi juga dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih

baik.

Pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020

di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jalur Gemilang merupakan

lambang kedaulatan dan kemerdekaan negara dan bukan sekadar selembar kain yang

mencorakkan perlambangan negara. Oleh itu, amalan mengibar Jalur Gemilang seharusnya

sudah dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat setelah sekian lama negara menikmati

kebebasan dan kemerdekaan.




Click to View FlipBook Version