The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh:
En Muhd Ilham bin Ciding
En Muhammad Rafiq bin Ahmad Shuhaimi

Daripada:
Jabatan Multimedia Kreatif & Komputeran
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafiqshuhaimi8194, 2023-01-10 03:42:34

Modul Perisian Rekaan Grafik (Canva)

Disediakan oleh:
En Muhd Ilham bin Ciding
En Muhammad Rafiq bin Ahmad Shuhaimi

Daripada:
Jabatan Multimedia Kreatif & Komputeran
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Keywords: canva,kursus rekaan grafik,perisian rekaan grafik

MODUL

KURSUS ASAS REKAAN
GRAFIK (CANVA)

OBJEKTIF KURSUS

OBJEKTIF KURSUS

OBJEKTIF KURSUS

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:
1. Menggunakan semua elemen yang terdapat pada Canva.
2. Menghasilkan poster yang menarik dan interaktif.
3. Memahami konsep dan prinsip sesebuah rekabentuk visual.
4. Mempelbagaikan pengetahuan aplikasi Multimedia.
5. Mempelbagaikan pengetahuan aplikasi Multimedia

1 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

TOPIK KURSUS

TOPIK KURSUS

TOPIK KURSUS

Prinsip Rekabentuk Visual
Perkara Asas dalam Grafik
Pengenalan Aplikasi CANVA
Menu dan Fungsi CANVA
Tutorial penggunaan CANVA
Latihan Amali

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 2

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

PRINSIP REKABENTUK VISUAL

Prinsip sesebuah rekabentuk visual adalah konsep untuk menyusun maklumat visual.
Prinsip ini merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita dapat mengamati dan
memproses maklumat visual serta memberikan idea bagi menghasilkan sesebuah
rekaan grafik seperti poster.

Prinsip rekabentuk membantu untuk membuat keputusan tentang bagaimana meng-
gunakan elemen-elemen rekabentuk.

Prinsip rekabentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan
menyenangkan bila dilihat.

EMPHASIS ALIGNMENT
(PENEKANAN) (SEIMBANG)

CONTRAST REPETITION
(PERBEZAAN) (SERAGAM)

PROXIMITY SIMPLICITY
(PENYATUAN) (RINGKAS)

3 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

1. EMPHASIS (PENEKANAN)

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil
dalam sesuatu gubahan.

Fungsi penekanan adalah untuk menarik perhatian, memberi fokus dan mengelakkan
kebosanan.

Penekanan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan
objek yang hendak ditekankan.

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 4

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

2. CONTRAST (PERBEZAAN)

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu rekaan.
Fungsi kontra adalah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosa-
nan dan kesan pergerakan.
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan berlainan.

5 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

3. PROXIMITY (PENYATUAN)

Penyatuan wujud pada sesuatu rekabentuk apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya
mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.

Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan
pada sesuatu rekabentuk visual.

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 6

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

4. ALIGNMENT (SEIMBANG)

Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan.
Prinsip keseimbangan dipengaruhi oleh empat perkara iaitu saiz, kedudukan, warna
dan ruangan.
4 jenis keseimbangan: Imbangan simetri, Imbangan tidak simetri, Imbangan membulat.

7 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

5. REPITITION (SERAGAM)

Pengulangan/Irama merupakan suatu prinsip rekabentuk yang menunjukkan pergera-
kan apabila sesuatu elemen berulang.

Pengulangan wujud apabila bentuk positif diulang beberapa kali dan dipisahkan dari-
pada bentuk negatif. Biasanya mempunyai rentak yang konsisten. Contohnya susunan
motif dengan bentuk & ruang yang sama pada setiap ulangan.

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 8

PRINSIP
REKABENTUK VISUAL

6. SIMPLICITY (RINGKAS)

Sesebuah rekaan grafik haruslah memungkinkan kefahaman yang lebih cepat dan jelas
yang mengandungi sedikit elemen agar mudah untuk dilihat.
Sebaik-baiknya hadkan 15 hingga ke 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan
rekabentuk grafik poster.
Idea yang banyak di dalam sesebuah rekaan poster boleh menyebabkan kekeliruan ter-
hadap isi kandungan yang ingin di sampaikan.

9 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PERKARA ASAS
DALAM GRAFIK

PERKARA ASAS
DALAM GRAFIK

PERKARA ASAS DALAM GRAFIK

Rekaan grafik merupakan sesuatu paparan atau persembahan rekabentuk komunikasi
visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik ataupun digital.

Rekaan grafik pada masa kini banyak digunakan sebagai media utama untuk
menyampaikan atau mengiklankan sesuatu maklumat/mesej.

FONT TITLE/INFORMATION
(JENIS TULISAN) (TAJUK/MAKLUMAT)

Gunakan 2 jenis Font: Tajuk utama (penting):
Serif & Sans-serif. Font Besar/Jelas
Penerangan: Gunakan
ELEMENT Font sederhana/jelas
(ELEMEN) Tidak penting: Kecil.

Untuk menyampikan maksud, COLOUR
Menyokong Tajuk, (WARNA)

Menggantikan perkataan. Penggunaan roda warna:
Warna Primer, Warna Sekunder,
Warna Tertiari.

ADJUSTMENT
(SUSUN ATUR)

Trial & Error, saiz frame,
susun atur

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 10

PENGENALAN
APLIKASI CANVA

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

CANVA DAN POWERPOINT

1. Merupakan platform rekabentuk grafik percuma.
2. Mempunyai pelbagai template yang menarik dan interaktif.
3. Layout dan susun atur yang mudah untuk diubahsuai.
4. Pilihan font, warna, elemen serta imej yang pelbagai dan mudah digunakan.
5. Perkongsian hasil rekaan grafik yang mudah.

11 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

APA ITU CANVA?

Canva adalah sebuah aplikasi yang menyediakan tools untuk membuat reka bentuk
grafik dan penerbitan online. Canva dilancarkan pada tahun 2013, Canva kini
merupakan salah satu aplikasi rekaan grafik yang terkenal kerana ia mudah untuk
digunakan.

Canva boleh diakses melalui website, aplikasi PC atau telefon mudah alih. Aplikasi ini
memudahkan seseorang untuk menjadi kreatif. Canva terkenal dengan kemudahan
akses dan penggunaannya, tidak hairanlah Canva menjadi pilihan mereka yang ingin
mencipta kandungan visual tanpa perlu menjadi pakar dalam bidang tersebut.

Aplikasi Canva juga menyediakan beribu-ribu template yang boleh digunakan, oleh
sesiapa yang ingin belajar menggunakannya dengan sangat mudah. Setiap orang
boleh menggunakan aplikasi ini secara percuma, tetapi terdapat juga versi berbayar
dengan alat tambahan dan template yang lebih lengkap.

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 12

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

MENU & FUNGSI CANVA

BOLEH UPLOAD GAMBAR DAN VIDEO
DARI GALERI PC DAN HANDPHONE

MASUKKAN TEKS, GAMBAR DAN
VIDEO DALAM REKAAN POSTER

TEMPLATE REKAAN POSTER
DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

BOLEH MASUKKAN AUDIO DAN VIDEO
DI CANVA UNTUK EDITING VIDEO

BOLEH DOWNLOAD DAN
KONGSIKAN REKAAN SECARA PERCUMA

13 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

1. UPLOAD GAMBAR & VIDEO DARI
GALERI PC & HANDPHONE

Muatnaik
Gambar

Canva menyediakan fungsi yang membolehkan untuk memuatnaik gambar yang ingin
di masukkan di dalam poster atau video. Anda hanya perlu klik butang ‘Upload Media’
dan kemudian aplikasi Canva akan terus pergi ke Galeri handphone atau pc anda.

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 14

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

2. MASUKKAN TEKS, GAMBAR &
VIDEO DALAM REKAAN POSTER

Klik disini untuk
masukkan teks

Teks @ tulisan merupakan elemen penting sewaktu kita mencipta sesuatu rekabentuk
untuk poster atau video. Contohnya ketika hendak menulis ayat untuk maklumat
hendak disampaikan dalam rekaan poster, anda boleh klik pada simbol ‘T’ seperti
gambar di atas dan taip perkataan yang anda ingin masukkan.

15 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

3. TEMPLATE REKAAN POSTER
DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

Pelbagai pilihan
Template

Setiap rekaan grafik memerlukan saiz dan ukuran yang berbeza. Sebagai contoh, anda
memerlukan template yang berbeza untuk Facebook Cover, Instagram Stories, Insta-
gram Post, Busines Card, Poster, Banner dan macam-macam tujuan lain. Jadi apa yang
menariknya di sini adalah Canva memang sudah menyediakan ready made template
tersebut. Anda hanya perlu pilih dan touch up mengikut citarasa anda.

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 16

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

4. BOLEH MASUKKAN AUDIO &
VIDEO DI CANVA UNTUK EDITING

Muatnaik
Media

Fungsi ini sangat menarik kerana orang lebih tertarik dengan media yang bergerak dan
berbunyi. Kebiasaannya info atau mesej lebih cepat untuk disampaikan bila
menggunakan video dan audio. Rujuk gambar di atas, anda boleh upload media dan
klik butang audio dan pilih audio yang ingin di masukkan atau digunakan.

17 Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva

PENGENALAN APLIKASI
CANVA & POWERPOINT

5. DOWNLOAD & KONGSIKAN
REKAAN SECARA PERCUMA

Klik disini

Fungsi ini sangat menarik kerana orang lebih tertarik dengan media yang bergerak dan
berbunyi. Kebiasaannya info atau mesej lebih cepat untuk disampaikan bila
menggunakan video dan audio. Rujuk gambar di atas, anda boleh upload media dan
klik butang audio dan pilih audio yang ingin di masukkan atau digunakan.

Kursus Asas Rekaan Grafik Poster Menggunakan Canva 18

Click to View FlipBook Version