The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siddiqsalleh, 2023-01-10 20:19:13

MINIT_AGM_KESUKA_KE_26

MINIT_AGM_KESUKA_KE_26

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

KALI KE- 26

Tarikh : 24 Mac 2008
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Utama Tingkat 3,

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

KEHADIRAN

1. Pn. Norhalidza bt. Mohd Nor
2. Pn. Norhayati bt. Hassan
3. Pn. Rukiah bt. Abd. Hadi
4. En. Sharani b. Nsaruddin
5. En. Anuar b. Aksah
6. En. Mohdi bin Darim
7. Pn. Suhaila bt. Muhaji
8. En. Zainuddin b. Tasiman
9. Pn. Noryatimah bt. Jamari
10. Pn. Rezawati bt. Mohd
11. Pn. Halimatus Sa’adiah bt. Abdullah
12. Pn. Jisma bt. Yahaya
13. Cik. Siti Marhana bt. Marman
14. Pn. Mariati bt. Husin
15. En. Ismail b. Mohammed Manshor
16. En. Arifin b. Saad
17. Pn. Nihayah bt. Ebni Hajar
18. Cik. Siti Mohairah bt. Yahaya
19. Pn. Masilah bt. Md. Yatim
20. En. Busran b. Masan
21. Pn. Hikmah bt. Hassan
22. En. Norazhan b. Sahlan
23. En. Mohd Anuar b. Sulong
24. En. Sarwani b. Abd . Jalal
25. En. Arif b. Arifin
26. En. Bustamam b. Hj. Md. Arif
27. Pn. Nora bt. Adnan
28. En. Nizam b. Harun
29. Pn. Rozainees bt. Kamaruddin
30. Pn. Jamaliah bt. Jamil
31. Pn. Asmah bt. Mohd Zin
32. En. Saiful Bahri b. Abd. Hamid
33. Pn Asilatulsyila bt. Ahmad Shukari
34. Cik. Norelmin bt. Sapuan
35. Pn. Ruhani bt. Mohamed Sanusi
36. Pn. Neti Dahlia bt. Othman
37. Pn. Isnani bt. Awang Mat Yassin
38. En. Abdullah b. Majid
39. En. Mohamed Fadzli b. Mohd Fauzi
40. En. Daud b. Yacob
41. En. Bahrum b. Sadikin
42. En. Abd Razak b. Md. Jusoh.
43. Cik. Raihan bt. Mohd Monir
44. En. Noor Jasmin b. Jumhar

1

45. Pn. Suzliana bt. Abd. Hamid
46. Pn. Zaiton bt. Mohd Nor
47. Cik Siti Noorakmar Ahmad
48. En. Norkhairul Nizam b. M. Sadon
49. Pn. Parameswari a/p Gonivdasamy
50. Pn. Norakmar bt. Alaudin
51. Cik Raihan Mohd Monir
52. Pn. Nazaleeza bt. Hassan
53. Pn. Zurianti bt. Zulkifli
54. En. Shahrol Nizam b. Johol
55. Pn. Juliana Es bt. Mohamed Munawir
56. En. Mohd Rifa’i b. Ahmad Kasim
57. Cik Norchempawan bt Mat Abu
58. Cik Siti Yusrina bt. Mohd Jainuddin
59. Pn. Vijiya a/p Kandasamy
60. En. Abd Kadir b. Abu Bakar
61. En. Nazrin b. Harun
62. Cik Miskiah Sarbani
63. En. Nordin Desa
64. Pn. Arnely Dewi Afrizal
65. Pn. Hanawiyah Mat Mail
66. Pn. Jassuhana Jasni
67. Pn. Mazuin Shaharuddin
68. En. Mohd Sulhu Talha Ahmad
69. Cik Noor Hafiza Md. Isa
70. Pn. Noorfazilla Mohd Rashid
71. Cik Nor Islinda Tukiman
72. Pn. Noraini Markam
73. Cik Norhafiza Kasnon
74. Cik Norliza Kamaronzaman
75. Cik Normasitah Mohd Nor
76. Pn. Siti Asninora Mohamed Rosty
77. Cik Siti Zubaidah Ibrahim
78. Cik Suria Noor Lina Sulaiman
79. Pn. Suzana Isrum
80. Pn. Yusrina Mohd Yusuf
81. Pn. Ajijah bt Abd Hamid
82. Pn. Bunga bt. Zakaria
83. En. Gnanaprakasam a/l Muthu
84. En. Jafri b. Zakaria
85. En. Md. Nasar b. Md. Yatim
86. En. Mohd Zin b. Mohd Isa
87. En. Muhammad Rasaffie b. Ramli
88. Pn. Munalizan bt. Mohd Salih
89. Pn. Munaziah bt. Salim
90. Cik. Nor Asikin bt. Md. Yatim
91. En. Shahrul Azhar b. Mohd Sharif
92. Zainab bt. Amron
93. En. Mustamam b. Hj. Md. Jonan
94. Pn. Nor Raihan bt. Ahmad
95. Cik Nurul Hidayah bt. Bujang
96. Cik Siti Norsalizah bt. Mahmud
97. Cik Zahratul Shima bt. Kamaruddin
98. Pn. Nor Faizah bt. Sufian Sari

Jumlah ahli tidak hadir : 73 orang
Jumlah Keseluruhan : 171 orang

2

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1. En. Sarwani b. Abd. Jalal selaku Pengerusi memberi salam penuh
keberkatan dan memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah.
Seterusnya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ILAHI kerana
dengan rahmat-NYA ahli dapat berkumpul dalam Mesyuarat Agung KESUKA
kali ke- 26.

1.2. Beliau telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah
diatas kelulusan beliau kepada pihak Kelab KESUKA untuk menjalankan
mesyuarat agung ini. Terima kasih juga kepada Ketua-ketua Bahagian yang
telah memberikan sokongan terhadap aktiviti KESUKA yang dijalankan
seterusnya Barisan Ahli jawatankuasa yang begitu memberikan komitmen
mengadakan aktiviti dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli yang menyokong
dan memberi kerjasama yang padu kepada pengurusan Kelab.

1.3. Pengerusi turut menyentuh tentang program yang telah dibuat seperti
Hadiah hari lahir ahli, hadiah kuih raya dan Sambutan Hari Keluarga yang
telah diluluskan. Bagaimanapun, kemaafan dipohon kerana Jamuan Hari
Raya 2007 tidak dapat dibuat kerana kekangan kewangan PPAS.
Beliau juga turut memaklumkan bahawa kertas kerja skim Insurans kelompok
kakitangan, peruntukan (geran kewangan) yang pada dasarnya telah
diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah. Peluang ini secara langsung dapat
menambahkan lagi bentuk sumbangan kebajikan, hadiah dan
seumpamanya kepada ahli dari semasa ke semasa.

1.4. Tambah beliau, pada tahun 2008, hadiah hari lahir telah disediakan
berupa sehelai kain (baju korporat) dan akan disampaikan kepada ahli
sekaligus.

1.5. Pesta Sukan Se Malaysia 2007 akan diadakan di Kuala Terengganu pada
5-9 Julai 2007 (bukan cuti sekolah) dan diharap ia bukan masalah kepada
PPAS untuk terus turut serta.

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KESUKA KALI KE- 25

Pengerusi, En. Sarwani b. Abd. Jalal mewakili Setiausaha, En. Arif b. Arifin
telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung KESUKA kali ke – 25 yang telah
diadakan pada 26 Februari 2007.

Sedikit pembetulan perlu dibuat iaitu tarikh mesyuarat di muka luar minit
tercatat 24 Mac 2008 ditukar kepada 26 Februari 2007.

3

Pembetulan kedua pada muka surat 5, iaitu calon Pengerusi, Puan
Parameswari ditukar kepada En. Norazhan b. Sahlan.

Setelah itu, Puan Hikmah bt. Hassan telah mencadangkan agar minit
mesyuarat disahkan dan disokong oleh En. Mohd Anuar Sulong. Mesyuarat
sebulat suara menerima dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung KESUKA kali
ke 25.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1. Hari Keluarga PPAS

Hari Keluarga PPAS 2007 telah berjaya dilaksanakan pada 18/7/2007 di
Sunway Lagoon dengan secara keseluruhannya mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada semua kakitangan.

Kertas kerja permohonan peruntukan Hari Keluarga 2008 telah dihantar
untuk kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

3.2. Sumbangan Kebajikan

Beliau mendapat maklumat, ada ahli yang berhak mendapat
sumbangan masih belum menerima. Penjelasan Pengerusi iaitu ahli
hendaklah membuat tuntutan berpandukan syarat-syarat yang
diberikan dalam Mesyuarat Agung ke 23 yang lalu. Mereka yang
terlibat hendaklah mengisi borang yang disediakan dan serahkan
kepada jawatankuasa terlibat untuk memudahkan urusan
pembahagian.

3.3.. Mewujudkan Tabung Kebajikan/ Pinjaman

Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa Tabung tersebut masih aktif dan
berjalan mengikut yang dibincangkan. Ini terbukti beberapa ahli telah
menggunakan peluang ini.

3.5. Penjualan T-shirt lengan panjang @ baju batik

Mesyuarat telah dimaklumkan perkara ini telah berjaya dilaksanakan.
Pada tahun ini, Kelab telah menjual T’shirt lengan panjang dan pendek
berpandukan tempahan daripada ahli sahaja.

4

4 . MEMBENTANGKAN LAPORAN KEGIATAN TAHUNAN KESUKA 2007

Setiausaha telah membentangkan kegiatan Kelab sepanjang tahun 2007
sebagaimana yang diedarkan.

Laporan Kegiatan KESUKA 2007 telah diterima sebulat suara oleh ahli yang
hadir.

5. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN KELAB YANG BERAKHIR PADA 31
DISEMBER 2007

Pn. Mariati bt. Husin, selaku Bendahari telah membentangkan Penyata
Kewangan Kelab yang berakhir pada 31 Disember 2007. Penyata turut
diedarkan kepada hadirin. Baki kewangan berakhir 31 Disember 2007 ialah
RM 36,470.02 sen.

Berlaku susut nilai berbanding 2006 lebih kurang RM2,000 tetapi jika dilihat
pengurangan ini adalah selaras dengan pelbagai aktiviti, sumbangan
kebajikan dan seumpamanya telah dijalankan.

6. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL

6.1. Cenderahati Ahli

Makluman daripada kakitangan Cawangan Tanjung Karang yang masih
belum menerima cenderahati kelahiran. Pengerusi memaklumkan, ahli yang
layak tetapi masih belum mendapat cenderahati, diminta berhubung
dengan ajk terlibat. Segala bentuk sumbangan, hadiah dan seumpamanya
memang telah disediakan oleh pihak KESUKA.

Kakitangan juga mencadangkan agar diadakan perlawanan persahabatan
antara kakitangan mengikut zon sebanyak 3 kali setahun. Tujuannya untuk
mencungkil bakat dan kebolehan bersukan mewakili PPAS.

6.2. Pertandingan/Sukan Dalaman

6.2.1. Cadangan dari Pn. Jisma Yahaya agar KESUKA dapat mewujudkan
satu bentuk sukan/permainan untuk kakitangan veteran yang tidak
berupaya melibatkan diri dalam sukan lasak dan bertenaga. Contoh boling
padang.

5

6.3. Penghargaan

6.3.1. En. Mohd Anuar Sulong mencadangkan setiap Pesta Sukan
Perpustakaan Awam diadakan, pihak KESUKA dapat membawa ahli yang
lama dan setia turut serta.

6.4. Perbarisan Kemerdekaan

6.4.1. Puan Hikmah mencadangkan KESUKA dengan arahan PPAS dapat
menghantar kontinjen perbarisan dalam perbarisan tersebut.

6.4.2. Beliau juga memberi pendapat agar atlet PPAS hanya dikalangan
kakitangan PPAS sahaja.

6.5. Perlantikan Ahlijawatankuasa daripada Daerah/Zon

6.5.1. En. Mustamam b. Hj. Md. Jonan mencadangkan pihak Pengerusi dan
ahlijawatankuasa melantik seorang wakil Daerah/ Zon menduduki
jawatankuasa Kelab.

6.6. KESUKA melibatkan diri dalam sukan memanah.

6.6.1. Puan Juliana Es Mohd Munawer memberi cadangan yang menarik
supaya Kelab dapat melibatkan ahli dalam acara sukan memanah.
Terdapat satu kelab tersebut yang menyediakan harga pakej untuk
kelengkapan sukan tersebut.

6.7. Penjualan barang-barang terpakai ( car boot sale)

6.7.1. Pn. Asilatulsyila Ahmad Shukari mencadangkan Kelab menjalankan
aktiviti mengumpul barang terpakai tetapi mempunyai nilai jualan balik
seperti bunga telur, pakaian, cenderahati dan sebagainya. Ia dapat
menambah dana Kelab

6.8. Bantuan kepada ahli ditimpa bencana

6.8.1. En. Anuar Aksah mengesyorkan agar pihak KESUKA dapat memberi
bantuan segera kepada ahli yang ditimpa bencana yang tidak dijangka. Ia
sedikit sebanyak dapat meringankan beban, kesulitan dan tekanan
perasaan yang dialami.

7.1. UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI

Pengerusi KESUKA merakamkan setinggi –tinggi penghargaan dan terima
kasih di atas kerjasama semua ahli menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan
pada kali ini.

6

Segala cadangan, saranan dan pendapat adalah baik sekali kerana
keseluruhannya menjurus kepada memberi manafaat kepada ahli.

Namun ia akan diperhalusi dalam mesyuarat Jawatankuasa. Perkara yang
difikirkan relevan akan cuba direalisasikan mengikut keupayaan dan
keperluan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ARIF BIN ARIFIN) (SARWANI B. ABD. JALAL)
Setiausaha Pengerusi

7


Click to View FlipBook Version