The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sury323248, 2023-06-08 19:32:43

178 3. NOTA RINGKAS TINGKATAN 4-1-11

178 3. NOTA RINGKAS TINGKATAN 4-1-11

1 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI Standard Kandungan: 1.1 KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS Standard Pembelajaran : 1.1.1 Mentakrif ilmu ekonomi. Takrif Ilmu Ekonomi Cara sesebuah isi rumah memperoleh, mengagihkan, dan menggunakan pendapatannya untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya sehingga mencapai kepuasan yang maksimum. Ilmu ekonomi mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad. Standard Pembelajaran : 1.1.2 Menjelaskan konsep kekurangan dan pilihan berasaskan sumber ekonomi terhad dan kehendak tidak terhad. Kehendak Manusia Kehendak manusia tidak terbatas berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad telah membawa kepada masalah kekurangan. Keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah tidak terhad dan berbeza antara individu berdasarkan tingkat pendapatan dan cita rasa sentiasa bertambah dan berubah dari masa ke semasa Standard Pembelajaran : 1.1.4 Mendefinisikan kos lepas. 1.1.5 Menganalisis sesuatu situasi untuk menerangkan kos lepas. 1.1.6 Menilai implikasi pilihan yang dibuat oleh individu, kerajaan atau masyarakat dari aspek kos lepas dengan menggunakan contoh. Masalah Ekonomi yang dihadapi oleh 3 unit ekonomi : Unit Ekonomi/ Masalah ekonomi 1)Kekurangan (Kekurangan ialah keinginan manusia yang jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad.) 2)Pilihan (Masalah pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan) 3)Kos Lepas (Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin daripada barangbarang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat pemilihan sesuatu barangan) 1) Isi Rumah Seorang individu, sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi Pendapatan / wang Memilih barang yang memaksimumkan kepuasan Kepuasan yang mungkin daripada barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang dipilih


2 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home 2) Firma Sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan Faktor pengeluaran / modal Memilih keluaran / projek pelaburan yang memaksimumkan keuntungan Keuntungan yang mungkin daripada keluaran/projek pelaburan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat keluaran/projek pelaburan yang dipilih 3) Kerajaan Sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undangundang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial Hasil negara Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan masyarakat Kebajikan yang mungkin diperoleh daripada projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat projek pembangunan yang dipilih Standard Pembelajaran : 1.1.3 Mendefinisikan faktor pengeluaran iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan. Faktor Pengeluaran Faktor pengeluaran Maksud Ganjaran Contoh Tanah - Sumber alam semula jadi - Penawaran tanah adalah terhad - Tidak mempunyai mobiliti tempat - Mempunyai mobiliti kegunaan Sewa sumber dapat dibaharui :hasil hutan dan sumber laut sumber yang tidak dapat dibaharui: bijih timah, Usahawan - Seorang individu yang kreatif,inovatif, berani menghadapi risiko dan tidak mudah berputus asa - Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan - Bertujuan untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum atau meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang maksimum. Untung Pemilik kilang sarung tangan


3 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Modal - Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. - Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi mudah dipindahkan seperti mesin. - Bangunan dan kilang pula adalah tidak mempunyai mobiliti geografi yang tinggi. Faedah Mesin, Jentera dan Kilang Buruh - Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau mental dalam proses pengeluaran. - Terdiri daripada buruh : Mahir – berpendidikan tinggi atau memiliki kemahiran profesional tertentu. Tak mahir – berpendidikan rendah atau tidak memiliki kemahiran profesional tertentu - Buruh mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi iaitu mudah bertukar pekerjaan dan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Upah Akauntan, Pegawai bank, Arkitek dan Operator pengeluaran Standard Pembelajaran : 1.1.7 Menganalisis keluk kemungkinan pengeluaran untuk menunjukkan kos lepas. Keluk Kemungkinan Pengeluaran Fungsi KKP Menerangkan perkaitan antara masalah kekurangan, pilihan & kos lepas Maksud KKP KKP ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu Andaian menganalisis KKP Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh (pengangguran = 4% atau kurang daripada 4%). Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang. Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap. Tingkat teknologi adalah tetap


4 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Contoh jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran pakaian dan makanan Jadual KPP Kombinasi Pengeluaran Pakaian (ribu helai) Makanan (tan metrik) A Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan pakaian (10 ribu helai) dan tiada makanan dikeluarkan (0 tan metrik 10 0 B 8 3 C 6 4 D 4 13 E Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan makanan (5 tan metrik) dan tiada pakaian dikeluarkan (0 ribu helai) 0 5 Masalah ketidakupayaan ekonomi/masalah kekurangan dapat digambarkan oleh Titik kombinasi pengeluaran yg berada di luar keluk kemungkinan pengeluaran iaitu titik G. Kombinasi G tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah keluaran. Kombinasi G hanya boleh dicapai jika wujudnya pertambahan faktor pengeluaran, peningkatan tingkat teknologi dan peningkatan produktiviti buruh. Masalah pilihan pula ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran iaitu A,B, C dan D Semua sumber ekonomi telah digunakan sepenuhnya (tingkat guna tenaga penuh) Keluaran telah berada pada tahap maksimum Tambahan pengeluaran makanan akan berlaku jika pengeluaran pakaian dilepaskan (wujud kos lepas)


5 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Masalah pengeluaran yang tidak cekap ditunjukkan oleh titik F kerana ekonomi gagal menggunakan faktor pengeluaran yang ada dengan sepenuhnya,iaitu berlaku masalah pembaziran sumber / pengangguran Pengeluaran dapat dihasilkan tetapi tidak mencapai tahap maksimum kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya Formula untuk mengira kos lepas : Kos lepas barang X = perubahan barang Y perubahan barang X Kos lepas barang Y = perubahan barang X perubahan barang Y Tanda negatif menunjukkan bentuk keluk KKP yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan iaitu mempunyai kecerunan negatif. Untuk menambah 1 ribu helai pakaian, semakin banyak makanan yang perlu dilepaskan. Kos lepas pakaian semakin meningkat akibat daripada factor pengeluaran yang tidak sama cekap. Kos lepas yang semakin meningkat ditunjukkan oleh KKP yang berbentuk cembung ke titik asalan. Kos lepas yang semakin meningkat bermaksud untuk menambahkan satu unit sesuatu barang, ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang yang lain dengan jumlah yang semakin meningkat pada setiap titik pengeluaran. Konsep Kos Lepas Kos lepas meningkat Kos lepas malar KKP Cembung menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat KKP Garis lurus menunjukkan kos lepas adalah malar (tetap). Jadual Kombinasi pilihan Makanan (unit) Pakaian (unit) A 0 10 B 1 9 C 2 7 D 3 4 Jadual Kombinasi pilihan Makanan (unit) Pakaian (unit) A 0 10 B 1 8 C 2 6 D 3 4


6 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Pakaian 10 A 9 B 7 C 4 D 0 1 2 3 Makanan Pakaian 10 A 8 B 6 C 4 D 0 1 2 3 Makanan kos lepas dari A ke B = 1 kos lepas dari B ke C = 2 kos lepas dari C ke D = 3 kos lepas dari A ke B = 2 kos lepas dari B ke C = 2 kos lepas dari C ke D = 2 Ciri-ciri Barang Ciri-ciri Percuma Awam Ekonomi Bayaran Tak perlu bayaran Tak perlu bayaran / sedikit bayaran Perlu bayaran Penawaran Tak terhad Terhad Terhad Pengeluar Anugerah tuhan Kerajaan Swasta Penggunaan Semua orang boleh menggunkannya Semua orang boleh menggunkannya Hanya yang mampu Kos lepas Tiada kos lepas Ada kos lepas Ada kos lepas Contoh Udara, cahaya matahari Hospital Daerah Gerik, Balai bomba Klinik Azhar dan Rakanrakan, rumah


7 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Standard Kandungan : 1.2 SISTEM EKONOMI DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI Standard Pembelajaran : 1.2.1 Menghuraikan masalah asas ekonomi iaitu apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan. MASALAH EKONOMI: 1. APA YANG HENDAK DIKELUARKAN Merujuk kepada penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan. Pengeluar akan memilih untuk mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia. diselesaikan berdasarkan permintaan /cita rasa masyarakat. Dapat menentukan corak agihan/peruntukan sumber dalam ekonomi. Dapat memastikan pengguna memperoleh kepuasan yang maksimum, pengeluar memperoleh keuntungan yang maksimum, dan kerajaan menjana kebajikan masyarakat yang maksimum. 3. BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN Merujuk kepada penentuan cara / kaedah / teknik pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan. Pengeluar harus menggabungkan faktor pengeluaran secara optimum untuk meminumkan kos pengeluaran. Memilih sama ada menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal atau berintensifkan buruh. Kaedah berintensifkan modal bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor modal berbanding dengan faktor buruh. Kaedah berintensifkan buruh bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor buruh berbanding dengan faktor modal. Pemilihan cara pengeluaran dibuat berrdasarkan harga relatif antara faktor buruh dan faktor modal atau teknik pengeluaran yang paling cekap. Jika harga faktor buruh secara relatif lebih murah berbanding dengan faktor modal, pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh dan sebaliknya. 2. BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN Merujuk kepada penentuan kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan. Persoalan ini adalah untuk memastikan tidak berlaku masalah kekurangan atau lebihan sesuatu barangan dalam pasaran. Masalah kekurangan barang akan menyebabkan kenaikan harga barang. Masalah lebihan barangan pula akan menyebabkan stok sesuatu barangan bertambah dan membawa kepada penurunan harga. Persoalan ini dapat ditentukan berdasarkan permintaan masyarakat dan faktor pengeluaran yang diperuntukkan untuk mengeluarkannya. 4. UNTUK SIAPA DIKELUARKAN Merujuk kepada penentuan corak pengagihan barangan kepada masyarakat yang menjadi sasaran. Penyelesaian ini berasaskan kepada corak agihan pendapatan wang iaitu bergantung kepada kemampuan / kuasa beli masyarakat. Golongan yang berpendapatan tinggi biasanya memperoleh lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.


8 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Standard Kandungan : 1.2.2 Mengenal pasti ciri-ciri utama sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi campuran. Perbandingan Ciri-ciri 3 Sistem Ekonomi – Ringkasan Ciri-ciri Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Campuran 1.Pemilikan Faktor pengeluaran pengguna / pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk memiliki faktor pengeluaran dan keluarkan barang dan perkhidmatan pengguna / pengeluar bebas memiliki factor pengeluaran kerajaan campurtangan untuk mengeluarkan barang awam bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat 2. Penentu kehendak pengguna / pengeluar bebas membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ekonomi pengguna bebas menentukan jenis barang dan perkhidmatan ang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti) pengeluar bebas membuat keputusan tentang penggunaan faktor pengeluaran untuk memaksimumkan keuntungan kerajaan membuat semua keputusan tentang masalah asas ekonomi. kerajaan merancang dan mengawal peruntukan faktor pengeluaran kepada masyarakat dan agihan barang dan perkhidmatan pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Pengguna bebas menentukan corak permintaan barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti) Pengeluar bebas besaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memaksimumkan keuntungan Kerajaan mengeluarkan barang bagi menjaga / memaksimumkan kebajikan masyarakat.


9 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home 3. Pembuat Pilihan pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini pengeluara bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos pengguna tidak bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini. pengeluar tidak bebas menggunakan factor pengluaran pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini pengeluara bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos kerajaan mengawal kebebasan melalui undang-undang untuk mengelakkan penyelewengan 4. contoh negara Amerika Syarikat dan Hong Kong Korea Utara dan Cuba Malaysia dan Thailand Standard Kandungan : 1.2.3 Membincangkan penyelesaian masalah asas ekonomi oleh setiap sistem ekonomi tersebut. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Masalah Asas Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Campuran Apa yang hendak dikeluarkan diselesaikan oleh kuasa permintaan pengguna dan kuasa penawaran pengeluar. pengguna bebas memilih barang untuk memaksimumkan utility pengeluar mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan diselesaikan oleh kuasa kerajaan / badan perancangan pusat kerajaan berkuasa mutlak menentukan jenis barang kerajaan keluarkan barang awam. diselesaikan melalui kuasa pasaran/mekanisme harga dan kuasa kerajaan. pengguna bebas memilih baranganu untuk memaksimumkan kepuasan pengeluar swasta bebas mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan KERAJAAN keluarkan barang awam/barang yang tidak dikeluarkan oleh firma swasta untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat


10 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Berapa hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme harga/kuasa pasaran interaksi kuasa permintaan dan kuasa penawaran menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan. diselesaikan melalui kuasa mutlak kerajaan. kuantiti barang yang dikeluarkan mengikut keperluan masyarakat supaya mencukupi. FIRMA keluarkan barang ekonomi berdasarkan mekanisme har ga / permintaan & penawaran interaksi antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran menentukan jumlah barang ekonomi KERAJAAN keluarkan barang awam ikut keperluan masyarakat. KERAJAAN akan menambah barang yang tidak cukup dikeluarkan oleh pihak swasta Bagaimana hendak dikeluarkan diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap /meminimumkan kos. pilih samada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah. kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap pada kos pengeluaran yang minimum akan dipilih oleh pengeluar diselesaikan oleh kerajaan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran / mengurangkan pengangguran matlamat kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan masyarakat diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran pilih samada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah. bagi barang ekonomi, FIRMA SWASTA pilih cara pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan. bagi barang awam, KERAJAAN pilih cara pengeluaran paling cekap untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat. Untuk siapa dikeluarkan diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi dan akan dapat lebih banyak barang agihan kekayaan dalam masyarakat adalah tidak sama rata. diselesaikan oleh kerajaan memastikan barangan diagih secara adil menggunakan system kopun / catuan. kerajaan kawal harga barang untuk menjamin kebajikan masyarakat diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang bagi barang ekonomi. golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi memperoleh lebih banyak barang pihak KERAJAAN akan agihkan barang untuk semua individu KERAJAAN campur tangan dalam agihan barang melalui sistem percukaian dan subsidi. KERAJAAN mengagih barang awam kepada semua individu.


11 Ekonomi Tingkatan 4 Modul #Learning@home Standard Pembelajaran : 1.2.4 Menerangkan ciri-ciri utama ekonomi Islam. Ciri-ciri Ekonomi Islam 1. Ciri-ciri Utama Ekonomi Islam matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu mencapai keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat di dunia dan akhirat. segala kegiatan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam dianggap sebagai ibadah dan akan diberi ganjaran pada hari akhirat. keputusan ekonomi mestilah berdasarkan prinsip dan hukum Islam iaitu Al-Quran dan Hadis. pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan aktiviti ekonomi yang dijalankan mencerminkan keseluruhan hidup Islam. aktiviti ekonomi yang tidak halal seperti penyeludupan, perjudian, pengedaran dadah dan penipuan adalah diharamkan sama sekali. 2. Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu individu dan swasta adalah bebas mencari/memiliki kekayaan di dunia demi kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat asalkan tidak bertentangan dengan hukum Islam. pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. pengguna mempunyai kebebasan memilih barang/perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi. pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk memperoleh keuntungan asalkan mematuhi hokum syarak.. kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang-undang dan peraturan. 3. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu kerajaan akan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran barang awam untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat terjamin. sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat. setiap individu dijamin memperolehi barang keperluan asas. prinsip kesederhanaan amat dipentingkan dalam aspek penggunaan dan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat untuk diagihkan kekayaan mereka kepada golongan yang kurang kemampuan / golongan yang layak menerima zakat.


Click to View FlipBook Version