SKRIP PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN AZIM & SHIRA
JUMAAT 19/8/2022
CUE PERKARA CATATAN
Permulaan Majlis (Zikir dimainkan)- Pengantin berarak ke dewan
(Pengantin masuk dewan) diiringi keluarga Pengantin sebelah
perempuan dan lelaki di belakang pengantin
Ucapan Alu Diiringi oleh paluan kompang, sama cantik dan sama padan,
Aluan beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang
segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja
Sehari.
AZIM FIRDAUS DAN SHIRA
(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin) (Pengantin
duduk sedia atas pelamin)
Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T.
Yang diraikan pasangan mempelai, AZIM dan SHIRA
Yang dihormati, ahli keluarga, saudara-mara, teman dan rakan
mempelai, hadirin dan hadirat serta para tetamu yang dirahmati
sekalian.
Bagi pihak tuan rumah, pertama sekali saya ucapkan selamat
datang kepada Ahli Keluarga Rombongan Pengantin
Perempuan. Terima kasih atas kesudian meraikan Majlis
Perkahwinan AZIM DAN SHIRA.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati
Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa ini.(Bacaan Doa oleh AHMAD MUIM)
Amin Amin Ya Rabbal Al Amin.
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemua jua
Menepung tawar Bagi tidak membuang masa lagi, majlis diteruskan dengan
acara menepung tawar.
Dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput; Ibu bapa
pengantin lelaki, Ayahanda Tuan Hj Zainal Abiddin Mohd
Noor dan dan isteri Puan Hajjah Noorlaili Mohd Kassim.
Dipersilakan. Seterusnya dijemput; Ibu dan ayah pengantin
perempuan,
________________________________________.
Dipersilakan.
Seterusnya dijemput; Pak Long dan Mak Long Azim sebelah
ibu, Prof Amir Hashim Mohd Kassim dan Prof Madya Radin
Maya Saphira.
Dipersilakan.
Seterusnya dijemput; Pak Long dan Mak Long Azim sebelah
bapa, ___________________________________
_________________________________________________
Dipersilakan.
Seterusnya dijemput; Ibu bapa pengantin perempuan,
Dipersilakan.
Seterusnya dijemput;????
Makan beradab Dipersilakan.
Demikianlah tadi, acara menepung tawar bagi memeriahkan
majlis persandingan pasangan raja sehari. Puan dibawa ke
Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab, Pinggan
mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.
Dengan rasa majlis dengan segala hormatnya menjemput
pasangan pengantin ke meja makan yang disediakan untuk
bersama ahli keluarga bagi menikmati hidangan yang disajikan.
(Pengantin berjalan dari pelamin ke meja makan) (Pengantin
duduk sedia di meja)
Memotong Kek Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan, Lauk pauk
penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan .
Bagi hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah
malu janganlah segan untuk sama-sama menikmati juadah enak
yang disediakan.
Dipersilakan semua tetamu untuk menjamu selera
(Selepas 15 minit)
Seterusnya, majlis dengan ini menjemput kedua mempelai
untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan. (Pengantin memotong kek)
Tidak terungkap yang mampu dilafazkan selain rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada ahli keluarga
buat semua, atas kesudian untuk hadir dan memeriahkan majlis
pada hari yang penuh keberkatan ini. Sebelum mengakhiri
majlis, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan pasangan pengantin dan juga keluarga
pengantin perempuan untuk sesi fotografi di atas pelamin.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kami bagi pihak keluarga pengantin memohon maaf atas
segala kekurangan sepanjang mengacarakan majlis ini. Pergi ke
dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa bali, Jari disusun
maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali. Sekian.
Wabillahitaufiq Walhidayah.
Assalamualaikum WBT