AGUNG PIBG 2023 Sabtu Tempat: Dewan SK Chinchin Masa: 9.00 pagi Tempat: Dewan SK Chinchin Masa: 9.00 pagi 47 Mesyuarat Dirasmikan Oleh: YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim 24 JUN 2023 JUN 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN KM36, JALAN CHINCHIN, 77000, JASIN, MELAKA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Chinchin sentiasa berusaha memastikan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak SK Chinchin. Warga sekolah sedar bahawa anak-anak didik adalah tanggungjawab guru-guru.Namun , dengan Kerjasama yang erat sudah pasti pihak sekolah dan PIBG SK Chinchin mampu merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti yang sejajar dengan keperluan semasa bagi mencapai Hasrat KPM iaitu Kualiti Pengurusan Sekolah dan Kualiti Kemenjadian Murid. Seperti mana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KPPM, Datuk Pkharuddin Ghazali yang mahu warga pendidik mehairkan generasi ABC iaitu anak-anak yang baik lagi cerdik. Kami di seluruh warga SK Chinchin saban tahun akan merancang demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anakanak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah. Pohon sirih pohon selasih , Tumbuh merimbun di hujung laman, Kalungan budi junjungan kasih, Menjadi kenangan sepanjang zaman. Sekian, terima kasih. GURU BESAR En Yusmizan bin Yusof Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, marilah kita merafakkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T di atas keizinan dan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Chinchin kali ke-47 untuk Tahun 2023. Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini menyemarakkan lagi semangat guru-guru dan ibu bapa terutamanya untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program pendidikan di sekolah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tingi tahniah dan terima kasih kepada semua AJK PIBG, ibu bapa dan guru yang telah bekerjasama dan membantu pihak sekolah dalam pelbagai program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah. Saya mewakili PIBG dan semua ibu bapa akan terus menyokong segala program yang dirancang oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid SKCC. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG adalah platfom penting dalam agenda pembangunan dan peningkatan mutu pencapaian anak-anak kita. Ini dapat dilaksanakan dengan pemuafakatan yang jitu antara ibu bapa dan pihak sekolah melalui perbincangan mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan anak-anak. Disamping itu, perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar dan canggih memerlukan pelaksanaan program-program termaju seperti pembelajaran melalui smart board, program komputer dan robotic dan sebagainya. Program-program ini bukan sahaja menagih tenaga guru yang mahir malah juga memerlukan dana yang besar. Saya dengan rendah hati memohon agar semua ibu bapa terus menyokong segala usaha pihak sekolah demi meningkatkan pencapaian anak-anak kita. Jawatankuasa PIBG sehingga hari ini telah sedaya upaya melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Kepentingan dan kebajikan anak-anak sentiasa dititikberatkan dalam apa jua program yang dirancang. Sumbangan ibu bapa melalui bayaran PIBG telah digunakan sabaiknya untuk membantu melancarkan program-program sekolah. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada guru besar, guru-guru penolong kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian. Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis kita hari ini. Diharapkan pertemuan ini, kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG. Saya menyusun jari sepuluh memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya utarakan datangnya dari hati nurani yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak bangsa kita. Sekian, terima kasih. Seulas Pinang YDP PIBG En Mohammad Ridwan bin Che Pi
Aturcara Majlis 24 Jun 2023 / Sabtu 8.25 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru 8.30 pagi : Libat Urus Pengunaan DELIMA KPM Bersama Ibu Bapa /Penjaga Sekolah-sekolah Negeri Melaka 9.00 pagi : Ketibaan jemputan / Perasmi Nyanyian Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya Bacaan Doa Ucapan aluan YDP PIBG Ucapan aluan Guru Besar Persembahan Ucapan aluan Perasmian Persembahan Mesyuarat Agung PIBG bermula 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 Ucapan Penangguhan Cabutan Bertuah Sesi bergambar / Jamuan / Bersurai
Jawatankuasa PIBG PENASIHAT EN YUSMIZAN BIN YUSOFF YANG DIPERTUA PIBG EN MOHAMMAD RIDWAN BIN CHE PI NAIB YANG DIPERTUA PIBG PN NOOR SUHAILAH BINTI SHAFIE SETIAUSAHA PN SITI NOR AZREEN BINTI OTHMAN PENOLONG SETIAUSAHA PN ZULIANA BINTI AMRAN BENDAHARI PN NUR DIYANAH BINTI MAT JABIL AJK IBU BAPA: PN MERIANI BINTI ABU BAKAR EN ZAID BIN ABU PN RUZILA BINTI MOHAMMAD FAUZI PN NOR AZLINA BINTI ABDUL KHALID EN MOHD NAIM BIN YUSOF PN SITI MURNIRAH BINTI MAKHTAR EN MOHD HAZLAN BIN NORKHALID AJK GURU: EN ZAHIR ZUBAIRI BIN ZAINOL PN SITI SHAREENA BINTI ABU SAMAH PN NUR ADILLA BINTI MUHAMMAD PN SHAKILA BINTI MOHAMAD PN NURUL SAFURA BINTI ROSLI PEMERIKSA KIRA-KIRA: PN NOOR FADZILLAH BINTI MOHD ZAIN PN NORASHEKIN BINTI ABU BAKAR
Jawatankuasa Kerja PENASIHAT: En Yusmizan bin Yusoff PENGERUSI: En Mohammad Ridwan bin Che Pi NAIB PENGERUSI: Pn Noor Suhailah binti Shafie SETIAUSAHA: Pn Siti Nor Azreen binti Othman NAIB SETIAUSAHA: Pn Zuliana binti Othman BENDAHARI: Pn Nur Diyanah binti Mat Jabil SAMBUTAN DAN PR OTOKOL En Mohammad Ridwan bin Che Pi (YDP) Pn Noor Suhailah binti Shafie (NYDP) En Yusmizan bin Yusoff (Guru Besar) Pn Roslilawati binti Yusof (PK Pentadbiran) En Yahaya bin Arip (PK HEM) Pn Zainur Afizah binti Ibrahim (PK Kokurikulum) DOKUMENTASI & PELAPORAN Pn Noni Maryana Binti Ishak PENDAFTARAN & PENGIRAAN UNDI Pn Jamilah binti Misran Pn Ruzila binti Mohammad Fauzi JURU ACARA MAJLIS Pn Nurul Safura binti Rosli BACAAN DOA En Zahir Zubairi bin Zainol PENCATAT MINIT Pn Norhafiza binti Mat Hassan Pn Faiza binti Zahari PERSEMBAHAN Pn Noremazeah binti Nordin Pn Zuliana binti Amran HIASAN PENTAS & BANNER Pn Siti Shareena binti Abu Samah Pn Rohana binti Amat Anas Pn Zahidah binti Suboh Pn Norashekin binti Abu Bakar FOTOGRAFI En Mohd Junaidi bin Md Said Pn Meriah binti Abu Bakar BUKU PROGRAM Pn Noor Asmeda binti Mohd Daud Pn Suriya binti Bujang JAMUAN/MINUMAN (VIP DLL) Pn Rusedah binti Md Ruslan Cik Nurul Amira binti Rosly Pekerja Pembersihan Pn Nor Azlina binti Abdul Khalid Pn Siti Murnirah binti Makhtar PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM&SELEPAS) En Mohd Fakharuddin bin Salleh En Azmil Amri bin Ahmad En Mohd Junaidi bin Md Said Pekerja Pembersihan En Zaid bin Rabu En Mohd Naim bin Yusof En Mohd Hazlan bin Norkhalid PA SISTEM En Masrol Zamrie bin Omar En Zahir Zubairi bin Zainol SERANTA & SURAT MENYURAT Pn Siti Nor Azreen binti Othman Pn Nur Diyanah binti Mat Jabil CABUTAN BERTUAH & CENDERAHATI Pn Shakila binti Mohamad Cik Siti Nadirah binti Abd Jalil Pn Fazlina binti Ithnin Pn Noor Fadzillah binti Mohd Zain
Agenda Mesyuarat AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI AGENDA 2 : UCAPAN PENASIHAT AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 AGENDA 5 : PERKARA BERBANGKIT AGENDA 6 : PERBINCANGAN / PEMILIHAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PENGERUSI
Pembentangan Usul USUL 1 USUL 2 Nama Pencadang: NURSAZATUL AKMA BINTI AZARUDDIN Cadangan: Mengadakan kelas fardu ain di sebelah petang Keputusan: Nama Pencadang: NORSYIDA BINTI MD ZIN Cadangan: Membanteras kes buli di sekolah Keputusan: USUL 3 Nama Pencadang: ROSLIZA BINTI MUSTAP Cadangan: Sekolah buat produk jualan untuk menambah duit tabung PIBG. Contohnya t-shirt,tabung duit, goodies dan sebagainya. Keputusan:
Pembentangan Usul USUL 4 USUL 5 Nama Pencadang: ROSLIZA BINTI MUSTAP Cadangan: Kempen contohi akhlak Rasulullah, berkata yang baikbaik. sebab kata-kata makian dan cacian sekarang sudah menjadi biasa di kalangan anak-anak. Keputusan: Nama Pencadang: NUR SHUHAIRIN BINTI MD HASIR Cadangan: saya cadangkan agar pelajar yg mendapat kemudahan RMT tidak diasingkan makan di meja lain. mohon mereka dpt makan bebas sama2 dgn kwn2 lain yg beli makanan di kantin supaya tidak pupuk sifat diskriminasi dari peringkat awal. Keputusan:
Aktiviti / Program Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Mesyuarat Gotong Royong Perdana Bersama Komuniti SK Chinchin 2022 Gotong Royong Perdana Bersama Komuniti SK Chinchin 2022 Kejohanan Sukan Tahunan SK Chinchin 2022
Aktiviti / Program Majlis Apresiasi SK Chinchin 2022/2023 Gotong Royong Bersama Pusat Koreksional Jasin
Aktiviti / Program Program C-Robik bersama Aurafitdance Taman Seri Chinchin 2023 Program Masak Bubur Lambuk sempena Majlis Penutup Ihya Ramadan Sk Chinchin Perkhemahan Unit Beruniform Pelantikan Barisan AJK SK Chinchin 2022 PIBG Baharu 2022
Minit Mesyuarat PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN, 77000 JASIN MELAKA. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Chinchin Kehadiran : 1.En Yusmizan bin Yusoff Penasihat PIBG 2.Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad Yang Dipertua PIBG 3.Mohd Aizat bin Roseli AJK PIBG 4.Zahir Zubairi bin Zainol AJK PIBG 5.Siti Shareena binti Abu Samah AJK PIBG 6.Nur Adilla binti Muhammad AJK PIBG 7.Zarudin bin Zaid AJK PIBG 8.Nor Eliya binti Abdul Mutalib AJK PIBG 9.Maziah binti Mohd Taib AJK PIBG 10. Fadzilah binti Osman AJK PIBG 11. Mohd Junaidi bin Md Said Guru 12. Noremazeah binti Nordin Guru 13. Faiza binti Zahari Guru 14. Noni Maryana binti Ishak Guru 15. Shakila binti Mohamad Guru 16. Nurul Safura binti Rosli Guru 17. Norhafiza binti Mat Hassan Guru 18. Norhaslinda binti Hamzah Guru 19. Nur Diyanah binti Mat Jabil Guru 20. Rohana binti Amat Anas Guru 21. Zuliana binti Amran Guru 22. Rusedah binti Md Ruslan Guru 23. Mohd Fakharuddin bin Salleh Guru 24. Noor Asmeda binti Mohd Daud Guru 25. Masrol Zamrie bin Omar Pembantu Operasi 26. Suriya binti Bujang Pembantu Tadbir Kewangan 27. Fazlina binti Ithnin Pembantu Prasekolah 28. Zahidah binti Suboh Pembantu Prasekolah 29. Jamilah binti Misran Pembantu Pendidikan Khas 30. Normawati binti Togiman 31. Nursyahdyka binti Shahrul
Minit Mesyuarat Tn Hj Khairul bin Ariffin GPK Hal Ehwal Murid Pn Zainur Afizah binti Ibrahim GPK Kokurikulum 32. Meriani binti Abu Bakar 33. Nor Azlina binti Abd Khalid 34. Siti Aishah binti Kamarudin 35. Sharifah Norliza binti Syed Rozali 36. Mohd Shukri bin Ismail 37. Haslin bin Hussin 38. Ahmad Safarin 39. Shahrul Imran 40. Norliza binti Alip 41. Noor Fadzillah Binti Mohd Zain 42. Norashekin binti Abu Bakar 43. Norman bin Yusuh 44. Shuaimi bin Salleh 45. Zaib bin Rabu 46. Maisarah binti Hanapiah 47. Zahirah binti Dolah 48. Mohd Naim bin Yusof 49. Mohammad Ridhuan bin Che Pi 50. Junizzza Imieyantie bin Ibrahim 51. Umi Salamah bin Zarudin 52. Nor Elyia binti Abdul Mutalib 53. Sarina binti Shaari 54. Ruzila binti Mohd Fauzi 55. Siti Nor Hayati binti Naser 56. Norliana binti Alip 57. Megat Shahmiel Ashraff 58. Maimunah binti Husin 59. Siti Murnirah bin Mokhtar 60. Normah binti Baba 61. Herlina binti Darmawan 62. Noor Suhailah binti Shafie 63. Noraini binti Mohd Idrus 64. Natra binti Haris 65. Dzulkiflee bin Dollah 66. Aishah binti Hashim 67. Nor Aflah bin Basri 68. Mursyidatun Husna 69. Azizah 70. Mohd Hazlan 71. Siti Nor Azreen binti Othman Setiausaha Turut hadir : 1. 2.
Minit Mesyuarat 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG- Prof Ts Dr Rabiah Bt Ahmad 1.1 YDP mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada En Yusmizan bin Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chinchin, guru-guru, mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chinchin Pn Norsina binti Abdul Rahman dan mantan-mantan guru yang berpindah atas kerjasama yang diberikan sebelum ini. 1.2 YDP juga mengucapkan selamat datang pada guru-guru baru dan mengucapkan terima kasih kepada Pn Siti Nor Azreen binti Othman selaku Setiausaha PIBG dan Nur Diyanah binti Mat Jabil kerana menyiapkan bahan-bahan pembentangan dan menguruskan persiapan untuk mesyuarat agung ini. YPD turut mengucapkan terima kasih kepada En Zainudin bin Zaid selaku NYDP PIBG. Akhir sekali YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu ayah kerana kesudian menghadiri mesyuarat PIBG pada hari ini. 1.3 YDP mengimbas semula pada 2018, banyak kerjasama yang dapat diadakan seperti gotong royong iaitu mengecat, tebang pokok, menghias dan sebagainya. Pada tahun 2019, telah diadakan Kempen Anti Merokok untuk menangani masalah merokok di kalangan murid SK Chinchin. 1.4 Pada tempoh PKP tahun 2020 banyak aktiviti terhenti namun atas inisiatif sekolah, guru-guru telahmenyediakan modul di pondok pengawal untuk memudahkan pengurusan PDPR murid-murid SK Chinchin. Inisiatif ini diteruskan juga pada tahun 2021. 1.5 Pada2021 ramai keluarga murid yang terkesan juga akibat berlakunya bencana banjir dan ada juga murid-murid yang kehilangan ayahanda mereka. Anak-anak yang terlibat telah diberikan galakan seperti nasihat dan juga sesi kaunseling. 1.6 Seterusnya hasil kolaborasi antara guru dan ibu bapa maka wujudlah susur gajah yang memudahkan murid untuk pergi dan pulang dari sekolah apabila hari hujan. 1.7 Seterusnya PIBG juga telah mengadakan kutipan sumbangan dari ibu bapa melalui akaun bank, secara fizikal dan juga melalui Tabung Prihatin. Sumbangan ini untuk kegunaan guru-guru melaksanakan aktiviti untuk anak-anak di sekolah. 1.8 Walaupun tiada UPSR, namun ramai anak-anak murid SKC terpilih ke sekolah terbaik. Ucapan tahniah buat mereka. 1.9 YDP juga mengharapkan agar mesyuarat pada hari ini, dapat bersama-sama membina ukhwah dan sekurang-kurangnya dapat mengajak anak-anak untuk hadir ke sekolah setiap hari.
Minit Mesyuarat 2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 45 2.1 Pn Siti Nor Azreen binti Othman selaku SU PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat PIBG Kali ke 45 tahun 2021 untuk disahkan. 2.2 Pn Noor Suhaila binti Shafie mengesahkan minit dan disokong oleh En Mohammad Ridhwan bin Che Pi. 3.0 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31/12/2021 3.1 Pn Nur Diyanah binti Mat Jabil telah membentangkan Penyata kewangan PIBG dari 1 Januari 2021 sehingga tarikh 31 Disember 2021 untuk diterima. 3.2 Pn Fadzilah binti Othman mengesahkan laporan tersebut dan disokong oleh Pn Maziah binti Talib. 4.0 Perbahasan dan penerimaan usul-usul 4.1 Usul 1: En Mohd Jafri bin Mohamad Jamaludin mencadangkan pihak sekolah dan PIBG menyediakan ‘Tabung Bergerak’ pada hari kejadian mesyuarat Agung PIBG sebagai Dana Tambahan. Tabung Bergerak mungkin boleh diselia murid yang dilantik guru. 4.2 Prof Ts Dr Rabiah menyatakan bahawa Tabung Prihatin telah disediakan di pondok pengawal serta bersetuju dengan cadangan yang dicadangkan supaya diteruskan. 4.3 Usul 2 : Pn Siti Nor Askin binti Muhammad mencadangkan agar memberi bimbingan dan praktikal kepada murid-murid tentang kesedaran sivik dari penjagaan kebersihan, mengikut barisan (beratur) dan menjaga harta benda sekolah . 4.4 Tn Hj Khairul bin Ariffin menyatakan bahawa setiap hari kesedaran sivik amat dititikberatkan kepada murid-murid terutama ketika PDPC ataupun ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar kelas. Malah memang telah ada mata pelajaranPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang perlu diajar oleh guru-guru di sekolah. Program berkaitan perkaraperkara yang disebutkan juga memang telah dirancang oleh pihak sekolah dan akan dilaksanakan di sepanjang tahun. 4.5 Seterusnya Pn Siti Nor Askin binti Muhammad mencadangkan agar pihak sekolah menitikberatkan keselamatan murid-murid dan mendidik mereka dengan baik supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat. 4.6 Tn Hj Khairul bin Ariffin memaklumkan bahawa setakat ini tiada murid yang cedera. Guru-guru memang selalu diingatkan mendidik tanpa sentuhan. Hukuman rotan atas kapasiti guru besar untuk benarkan. 4.7 Selain itu Pn Siti Nor Askin binti Muhammad mencadangkan agar dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa.
Minit Mesyuarat 4.8 Tn Hj Khairul bin Ariffin menyatakan bahawa program-program yang dianjurkan PIBG bertujuan untuk menjalin kerjasama antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa dialu-alukan untuk turut serta setiap kali program PIBG atau sekolah diadakan. 4.9 Usul 3: En Mohd Azmi bin Jaafar mencadangkan agar guru kelas memaklumkan tentang pembelajaran yang telah anak pelajari di sekolah setiap bulan di dalam group whatsap rasmi ibu bapa sebagai panduan untuk membantu anak mengulangkaji sewaktu di rumah. 4.10 Tn Hj Khairul bin Ariffin menyatakan bahawa kumpulan whatsapp ibu bapa telah diwujudkan untuk setiap kelas bagi menyalurkan sebarang makluman berkaitan sekolah dan pembelajaran. Mohon ibu bapa cakna dengan mesej-mesej yang disampaikan. 5.0 Hal-hal Lain 5.1 Prof Ts Dr Rabiah binti Hj Ahmad menyeru agar ibu bapa yakin dengan SK Chinchin kerana di mata KPM sekolah luar bandar tinggi nilainya. Anak luar bandar yang terserlah akan ditawarkan dengan banyak tempat belajar. Kepada ibu-ibu muda adalah diharapkan jangan rasa tiada masa atau takut untuk membantu PIBG dan yang paling penting adalah sumbangan ibu bapa yang ada anak-anak di SK Chinchin. Diharapkan ibu bapa bantu serta aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang dirancang. 5.2 Tn Hj Khairul bin Ariffin memaklumkan sempena pembukaan semula sekolah ada anakanak yang tidur dalam kelas. Tidak wajar perkara ini berlaku kerana mereka sepatutnya perlu celik dan semangat untuk menimba ilmu. Apabila diselidik ada dalam kalangan mereka yang tidur pada jam 2 pagi kerana bermain permainan dalam talian dan menonton video. Oleh itu, pihak sekolah berharap ibu bapa dapat mengawal penggunaan gajet kepada anak-anak. Peratus yang terlibat tidak banyak namun situasi ini sangat mengganggu pdpc dalam kelas. Mohon juga ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk dapat ke sekolah. Hal ini kerana peratus kehadiran ke sekolah merosot pada hari biasa. 5.3 Prof Ts Dr Rabiah menyeru agar sama-sama membantu sekolah untuk menangani masalah ketagihan gajet. Selagi anak dibangku sekolah rendah,ibu bapa perlu tangani penggunaan gajet dengan baik. 5.5 Sekali lagi Prof Ts Dr Rabiah menyeru ibu bapa yang ada membantu guru-guru dan mengalakkan ibu bapa muda yang mempunyai anak-anak disekolah memegang jawatan dalam PIBG sesi seterusnya. 5.6 Prof Ts Dr Rabiah mengumumkan pembubaran jawatankuasa lama dan menjemput Tn Hj Khairul untuk mempengerusikan pemilihan jawatankuasa 2022/2023.
BIL NAMA JAWATAN 1 MOHAMMAD RIDHWAN BIN CHE PI YDP 2 NOOR SUHAILAH BINTI SHAFIE NYDP 3 SITI NOR AZREEN BINTI OTHMAN SETIAUSAHA 4 ZULIANA BINTI AMRAN PENOLONG SETIAUSAHA 5 NUR DIYANAH BINTI MAT JABIL BENDAHARI 6 SITI SHAREENA BINTI ABU SAMAH AJK 7 ZAHIR ZUBAIRI BIN ZAINOL AJK 8 SAFURA BINTI ROSLI AJK 9 NUR ADILLA BINTI MUHAMMAD AJK 10 SHAKILA BINTI MOHAMAD AJK 11 MERIANI BINTI ABU BAKAR AJK 12 ZAIB BIN RABU AJK 13 RUZILA BINTI MOHAMMAD FAUZI AJK 14 NOR AZLINA BINTI ABDUL KHALID AJK 15 MOHD NAIM BIN YUSOF AJK 16 SITI MURNIRAH BINTI MAKHTAR AJK 17 MOHD HAZLAN BIN NORKHALID AJK 18 NOOR FADZILLAH BINTI MOHD ZAIN. PEMERIKSA KIRA-KIRA 19 NORASHEKIN BINTI ABU BAKAR PEMERIKSA KIRA-KIRA Minit Mesyuarat 6.0 Jawatankuasa 2022/2023.
7.0 Ucapan Penangguhan 7.1 Pengerusi minta kerjasama AJK baru yang dilantik. Pengerusi menyatakan akan membina group whatssap untuk berhubung selepas ini. 7.2 Pihak PIBG bersetuju membuat pertukaran tandatangan buku simpanan PIBG di Bank Islam Jasin dengan nama YDP baharu iaitu En Mohammad Ridhwan Bin Che Pi. Penandatangan lama Setiausaha dan Bendahari adalah kekal. 7.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20 tengahari. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, .............................................. .............................................................. ............................................ Siti Nor Azreen Binti Othman En Mohammad Ridhwan Bin Che Pi En Yusmizan Bin Yusoff Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG Penasihat PIBG SK Chinchin SK Chinchin SK Chinchin Tarikh : 28 Mei 2022 Tarikh : 28 Mei 2022 Tarikh : 28 Mei 2022 Minit Mesyuarat
Minit Mesyuarat
PENYATA KEWANGAN PIBG SK CHINCHIN (1 JANUARI 2022 SEHINGGA 31 DISEMBER 2022) TARIKH PERKARA MASUK KELUAR BAKI RM RM 01.01.2022 Baki pada 31 Disember 2021 5,878.82 5,878.82 05.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (Pn.Amily Ziana) 250.00 6,128.82 05.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (Pn.Norhasima) 50.00 6,178.82 06.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (Pn.Nur Shaliha) 5.00 6,183.82 06.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (En.Mohd Naim) 50.00 6,233.82 06.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (En.Mohd Naim) 59.00 6,292.82 06.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (En.Mohd Naim) 50.00 6,342.82 08.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (En.Herman) 300.00 6,642.82 08.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (Pn.Nurazlinda) 250.00 6,892.82 09.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (En.Rosmaywan) 44.00 6,936.82 09.01.2022 Sumbangan Orang Perseorangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning (En.Muhammad Yusoff) 100.00 7,036.82 31.01.2022 Faedah Bank Bulan Januari 2022 1.57 7,038.39 17.02.2022 Agihan Untuk Unit Kokurikulum SK Chinchin 1,500.00 5,538.39 28.02.2022 Faedah Bank Bulan Februari 2022 1.38 5,539.77 17.03.2022 Kutipan Sumbangan PIBG SK Chinchin 2022 5,100.00 10,639.77 27.03.2022 Sumbangan Orang Perseorangan 50.00 10,689.77 31.03.2022 Faedah Bank Bulan Mac 2022 1.91 10,691.68 Laporan Kewangan
11.04.2022 Sumbangan YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Haji Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I 4,000.00 14,691.68 20.04.2022 Serah Sumbangan Untuk Laluan Berbumbung dan Awning kepada Guru Besar, Encik Yusmizan 5,108.00 9,583.68 26.04.2022 Tambahan Kutipan Sumbangan Kelas Tahun 1 Arif 50.00 9,633.68 26.04.2022 Tambahan Kutipan Sumbangan Kelas Tahun 2 Arif 150.00 9,783.68 26.04.2022 Tambahan Kutipan Sumbangan Kelas Tahun 4 Arif 50.00 9,833.68 26.04.2022 Tambahan Kutipan Sumbangan Kelas Pendidikan Khas 50.00 9,883.68 26.04.2022 Bayaran Balik Kepada Cikgu Azreen Untuk Kegunaan Urusan Kutipan Yuran Sesi 2022 91.50 9,792.18 28.04.2022 Tambahan Kutipan Sumbangan Kelas Tahun 3 Arif 250.00 10,042.18 30.04.2022 Faedah Bank Bulan April 2022 2.17 10,044.35 24.05.2022 Mesyuarat Agong PIBG 1,963.00 8,081.35 31.05.2022 Faedah Bank Bulan Mei 2022 2.10 8,083.45 30.06.2022 Faedah Bank Bulan Jun 2022 1.88 8,085.33 12.07.2022 Sumbangan PIBG untuk Unit Kokurikulum (Perkhemahan Unit Beruniform 2022) 1,500.00 6,585.33 31.07.2022 Faedah Bank Bulan Julai 2022 1.75 6,587.08 18.08.2022 Sumbangan PIBG : Tajaan Bas ke Lawatan Sambil Belajar 700.00 5,887.08 31.08.2022 Faedah Bank Bulan Ogos 2022 1.52 5,888.60 31.09.2022 Faedah Bank Bulan September 2022 1.31 5,889.91 03.10.2022 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG : Jamuan (RM5.00 x 23 orang) 115.00 5,774.91 Laporan Kewangan
14.10.2022 Cas Perkhidmatan Bank 7.50 5,767.41 20.10.2022 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bersama Agensi Luar Sempena Program Gotong-Royong Perdana : Jamuan (RM5.00 x 30 orang) 150.00 5,617.41 31.10.2022 Faedah Bank Bulan Oktober 2022 0.52 5,617.93 03.11.2022 Cas Perkhidmatan Bank 2.50 5,615.43 07.11.2022 Sumbangan Pn.Eleyna Shikin Untuk Gotong-Royong Perdana 50.00 5,665.43 07.11.2022 Sumbangan PIBG untuk Gotong-Royong Perdana 1,100.00 4,565.43 07.11.2022 Cas Perkhidmatan Bank 0.50 4,564.93 24.11.2022 Sumbangan PIBG untuk Kejohanan Sukan Olahraga SK Chinchin Kali ke-45 1,000.00 3,564.93 24.11.2022 Cas Perkhidmatan Bank 2.50 3,562.43 05.12.2022 Bayaran Balik Kepada Cikgu Azreen Untuk Kegunaan Urusan PIBG 48.80 3,513.63 JUMLAH 16,802.93 13,289.30 3,513.63 Laporan Kewangan Disediakan oleh: Disahkan oleh Disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira 1: Pemeriksa Kira-kira 2: .............................................. ...................................................... ........................................... Nur Diyanah binti Mat Jabil Pn Noor Fadzillah binti Mohd Zain Pn Norashekin binti Abu Bakar Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2, SK Chinchin
Sekalung Penghargaan Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Chinchin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: YANG BERHORMAT DATUK KHAIDHIRAH BINTI DATUK SERI ABU ZAHAR (DPSM) TIMBALAN EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN DAN PEMBANGUNAN TVET MERANGKAP ADUN KAWASAN RIM Guru-guru Ahli Jawatankuasa PIBG Ibu bapa/ Penjaga Murid-murid SK Chinchin Penaja dan penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, masa dan buah fikiran. juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Chinchin