The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul KeBaBoM ialah buku komprehensif yang wajib dimilik oleh murid-murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 selaku calon SPM 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanbuananmrsmktn68, 2021-06-28 13:14:11

MODUL KEBABOM

Modul KeBaBoM ialah buku komprehensif yang wajib dimilik oleh murid-murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 selaku calon SPM 2021.

Keywords: KEBABOM

BUKU MENTOR KSSM

MKOeDUBLaBoM
KEMAS * BAGUS * BONUS * MANTAP
SPM





Cetakan Kedua 2021
Cetakan Ketiga 2021







Format Pentaksiran
Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan empat instrumen

Aras Kesukaran Item
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah
(R), sederhana (S) atau tinggi (T)

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 5 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

TOPIK 1: KARANGAN A
KOMBINASI KEPELBAGAIAN BAHAN RANGSANGAN
Infografik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 6 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

CADANGAN BINAAN PERENGGAN

Teknik menulis karangan cemerlang ialah calon perlu:
➢ mengenal pasti fokus atau arahan soalan untuk menentukan kehendak dan keperluan yang perlu
ditulis.
➢ mengenal pasti format karangan yang hendak ditulis berdasarkan kehendak soalan.
➢ memahami cara memulakan karangan untuk perenggan pendahuluan.
➢ memahami cara untuk mengembangkan perenggan isi.
➢ memahami cara menulis penutup untuk perenggan penutup.
➢ menguasai kemahiran tatabahasa dan membina ayat yang kreatif.
➢ menguasai kemahiran menggunakan penanda wacana dan tanda baca dalam karangan.
➢ mempunyai pengetahuan yang luas dalam isu yang dibincangkan.
➢ memperbanyak kosa kata atau perbendaharaan kata.
➢ mempunyai pengetahuan ungkapan menarik seperti peribahasa, kata-kata hikmah, kata-kata
pemimpin, ayat al-Quran, hadis dan sebagainya.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 7 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

TOPIK 2: KARANGAN RESPONS TERBUKA
Infografik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 8 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

CADANGAN BINAAN PERENGGAN

BAHAGIAN B
[70 markah]

PRAKTIS 1
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500
patah perkataan.
Soalan 1: Domain Peribadi

Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar
1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat
membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Sumber: Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat, KPM.

Petikan di atas menyatakan maklumat Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) dan faedah bersukan kepada seseorang
murid.
Bincangkan kepentingan-kepentingan bersukan kepada seseorang murid.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 9 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 2
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 300 hingga 500
patah perkataan.

Soalan 1: Domain Peribadi
Ibu bapa merupakan insan pertama yang dikenali oleh anak-anak. Sejak kecil lagi ibu bapa tidak pernah
berhenti mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak menjadikan anak-anak terdidik dengan baik dan sempurna.
Malangnya, apabila anak-anak kian membesar dan sudah mempunyai kerjaya sendiri, mereka bagaikan
kacang lupakan kulit. Mereka telah mula menjauhi ibu bapa dengan alasan ibu bapa tidak memahami
ataupun dianggap ketinggalan zaman.
Sumber: Internet

Kita sering mendengar pepatah mengatakan seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, namun seorang
anak belum pasti dapat menjaga ibunya dengan sempurna. Petikan di atas memaparkan pengorbanan ibu bapa
dalam membesarkan anak-anak.

Tulis pendapat anda tentang tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa.

Soalan 2: Domain Awam
Masalah sosial semakin berleluasa di negara kita. Keadaan ini amat membimbangkan banyak pihak dan
boleh menjejaskan imej negara. Dalam menangani permasalahan ini, kerajaan perlulah mengadakan
kempen kesedaran menangani masalah sosial kepada masyarakat. Selain itu, keprihatinan masyarakat
amatlah dituntut bagi memastikan generasi hari ini terpuji akhlaknya.

Sumber: Internet

Maklumat di atas menyatakan masalah sosial yang semakin meruncing dalam kalangan generasi hari ini dan
langkah mengatasinya.

Bincangkan peranan pelbagai pihak untuk menangani masalah sosial di negara kita.

Soalan 3: Domain Pendidikan

GURUKU

Oh, guruku!
kau insan terpilih
membimbing dan mendidikku
kaulah insan yang kusanjungi.

Oh, guruku!
segala jasamu
akan kubuktikan kepadamu wahai guruku
kejayaanku hasil didikanmu.

Karya: Zurina Othman

Sajak di atas memaparkan titipan rasa seorang murid kepada warga guru.

Sebagai seorang setiausaha Majalah Pertiwi, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang pengetua yang
akan bersara pada tahun ini.

Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 10 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

MARI BELAJAR MEMBINA AYAT

Apakah itu ayat?
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan

mengandungi makna yang lengkap

Ayat merupakan sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat.

Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa, dan perkataan.

AYAT Zurina sedang membaca buku di bilik bacaan.

KLAUSA Zurina sedang membaca buku di bilik bacaan.

FRASA Zurina sedang membaca buku di bilik bacaan.

PERKATAAN anak orang itu sedang tidur

JOM, BELAJAR BINA AYAT DENGAN FORMULA!

SUBJEK PREDIKAT OBJEK KETERANGAN

SUBJEK PREDIKAT
Cikgu Sarah menyemak buku latihan murid-muridnya di bilik guru.

SUBJEK objek keterangan
Mak Leha
PREDIKAT
memasak nasi di dapur untuk makan tengah hari.

objek keterangan

SUBJEK PREDIKAT

Penduduk di kampung itu membersihkan kawasan kubur petang semalam.

objek keterangan

SUBJEK PREDIKAT
Encik Fauzi bertugas sebagai pengawal keselamatan di Syarikat Bina Raya.

objek keterangan

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 11 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Menurut statistik, kebanyakan golongan muda khasnya golongan remaja dan kanak-kanak
mengalami masalah obesiti atau masalah berat badan berlebihan. Salah satu faktor berlakunya masalah
obesiti disebabkan gaya pemakanan yang salah dan tidak mengikut piramid makanan yang ditetapkan.
Memakan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera, kerepek, gula-gula, jeruk dan
makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk kesihatan dan jangka hayat seseorang. Makanan ini
kaya dengan bahan pengawet, pewarna, garam dan lemak yang menjadi penyumbang utama terhadap
masalah obesiti.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Gaya Hidup Sihat’, oleh Aqilah Aswana Shamsul Bahari,

Dewan Siswa, Ogos 2017.
[8 markah]

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

PRAKTIS 4
Baca petikan dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif bentuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pada kebiasaannya, kita akan ke farmasi untuk mendapatkan ubat apabila kita demam atau mengalami
sakit ringan seperti pening, selesema, dan batuk. Ubat-ubatan ini dijual dalam pelbagai bentuk, warna, dan
saiz. Ada saiz yang besar dan ada pula yang kecil. Terdapat pil yang berbentuk bujur, bulat, lonjong, leper,
dan ada juga yang berbentuk segi empat. Pil-pil ini juga terdapat dalam pelbagai warna seperti putih,
kuning, merah jambu, hitam, biru, hijau dan bermacam-macam lagi.

Dipetik dan diubah suai daripada Pahit tetapi Penawar,
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka,2018.
[8 markah]

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 12 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Dipetik dan diubahsuai daripada
Cara Mudah Menguasai Tatabahasa

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 13 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Muhammad Norrudin Abdul Aziz dan Mat Ariffin Ismail

Infografik Penerangan Sistem dan Aplikasi Bahasa – Bahasa Melayu Standard

PRAKTIS 4
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar
pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau
Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia.
[6 markah]

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

PRAKTIS 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Penyakit berjangkit merupakan satu fenomena biososial. Manusia boleh dijangkiti penyakit
melalui hubungan manusia sesama manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Secara umumnya
jangkitan yang berlaku adalah hasil daripada organisme dan parasitik dan patogenik yang berupaya
menyebabkan penyakit.

Bagi mencegah penularan penyakit berjangkit ini, langkah paling awal ialah memastikan
sumber air yang digunakan ketika mencuci dan memasak daripada air yang bersih. Tangan hendaklah
dibasuh dengan menggunakan sabun dan menggunakan air yang bersih. Begitu juga apabila
mengendalikan makanan atau minuman, hendaklah sentiasa mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan
dengan air yang bersih.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Menangani Penyakit Berjangkit’,

oleh Zulfikar Mohd Yusof,
Dewan Siswa Bil 9/2018, Dewan Bahasa dan Pustaka.

i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata dianggap remeh. [2 markah]

ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan cara-cara mencegah penyakit

berjangkit. [4 markah]

iii) Menjaga kebersihan diri amatlah penting bagi menjamin kesejahteraan hidup seseorang.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 14 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh apabila seseorang itu menjaga kebersihan diri?
[3 markah]

iv) Penduduk di kawasan kejiranan anda telah terkena demam denggi. Keadaan ini telah menyebabkan

penduduk di kawasan kejiranan bimbang akan keselamatan mereka. Sebagai penduduk yang

prihatin, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan penyakit demam denggi ini tidak berulang

kembali. [3 markah]

Infografik Penerangan Pemahaman – Petikan Sastera

PRAKTIS 1
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Setelah tiga tahun dalam tahanan reman berulang-alik menghadiri perbicaraan di mahkamah,
pihak pendakwa berjaya membuktikan kesalahan dan hakim menjatuhkan hukuman penjara sepanjang
hayat terhadap Abu dan Jamal.

Perbuatan Abu telah menyentuh perasaan ibunya. Hanya air mata menjadi saksi kesedihan yang
terpaksa ditanggung oleh seorang ibu. Sesungguhnya tiada seorang ibu pun di dunia ini yang mahukan
anak yang dikandungnya selama sembilan bulan terpaksa meringkuk di dalam sel penjara.
Ibu selalu berpesan kepada Abu supaya harus bijak memilih kawan. Kawan yang baik haruslah
didampingi. Kawan yang tidak baik haruslah disempadani. Janganlah terpengaruh dengan ajakan kawan

yang boleh memMbaowdualkKeemBuasBnoahManK.SISngMatBlaMh ScePrMmi|n1a5n kI iDtaILaAdRaAlaNhGdFeOnTgOaSnTAsiTap- aHAkRitAaMberkawan.

Dipetik dan diubah suai daripada
cerpen ‘Pendakian Tujuh Gunung’,

Karya Sallehuddin Ibrahim,
Dewan Siswa Bil. 7 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan 2

Pesan Ibu Beribu-ribu

Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu

bacalah buku selalu

kukuhkan diri dengan ilmu

pilihlah kawan yang mulia hati

tolaklah kawan pementing diri

pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.”

Sumber: Antologi Tingkatan 3, Bintang Hati

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud ‘menyentuh perasaan’. [2 markah]

ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan pesan ibu kepada anaknya. [4 markah]

iii) Ibu bapa merupakan insan yang sanggup berkorban bagi memastikan anak-anak mereka hidup

bahagia. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus dilakukan oleh seorang anak

untuk membalas jasa kedua-dua orang tuanya? [3 markah]

iv) Rakan anda ingin menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka yang dianjurkan oleh Persatuan
Sejarah. Bayaran untuk menyertai lawatan itu ialah RM50.00. Bapanya telah memberikan wang
tersebut untuk diberikan kepada guru penasihat Persatuan Sejarah. Namun, wang yang diberikan
itu telah hilang. Rakan anda telah mengadu masalahnya kepada anda.

Sebagai seorang rakan yang mengambil berat, apakah cadangan-cadangan anda kepada rakan

anda itu supaya dia tidak dimarahi oleh ibu bapanya? [4 markah]

PRAKTIS 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Saya sudah tak berdaya mengusahakan chalet itu Ghazi, Eda,” lemah nada Pak Cik Aziz sambil
menundukkan kepala. Anak-anak sudah tidak mahu balik ke tanah air untuk menyambung perusahaan
pak cik,” sambungnya sambil wajah disarati masalah.

“Di mana mereka?” tanya Ghazi.

“Di Los Angeles dan di London, masing-masing bersuamikan orang luar dan bekerja di sana,” kata Pak
Cik Azizi, nadanya bersepuh kesedihan.

“Oh…, “terpacul suara Ghazi dan Waheeda lalu melopong terperanjat.

“Memang silap pak cik sendiri kerana kurang pengalaman. Kakitangan sendiri menyeleweng. Bayangkan
bayaran ansuran bulanan pinjaman tertunggak sehingga enam bulan, baru pak cik dapat tahu,” kata Aziz
menggeleng.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 16 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

“Pegawai bank itu sudah memberikan notis pelunasan, jika tidak, pihak mereka akan menyita segala aset
perniagaan pak cik.”

Dipetik daripada

Novel Tirani, karya Beb Sabariah,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

i) Nyatakan sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya. [4 markah]

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa menarik yang terdapat dalam

novel. [6 markah]

_____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 17 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 18 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 3
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

Bahan 1: Petikan
Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam

tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang
tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara,
cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana kebaikannya mengandungi nilai gizi atau
zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara
spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan.

Jika dilihat dari sudut kegunaan cendawan maka pengusaha cendawan perlu menanam
cendawan secara besar-besaran bagi memajukan lagi perusahaan cendawan. Kajian menunjukkan bahawa
cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca
penyakit. Cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Bagi
mengembangkan lagi perusahaan cendawan, pengusaha cendawan perlulah mengambil langkah
mempelbagaikan penggunaan cendawan dalam industri makanan. Dalam perubatan tradisional, cendawan
digunakan secara meluas untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan
dapat menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam
merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang
dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai
kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana
cendawan mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada
tubuh manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja.
Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semula hutan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’

oleh Wardah Abdul Rahman,
Dewan Kosmik, September 2011.

Bahan 2: Grafik

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 19 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 2 – NASKHAH PENTAKSIR
1103/3 - BAHASA MELAYU KERTAS 3 (UJIAN BERTUTUR)
BAHAGIAN A: INDIVIDU (40 Markah)
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti.Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

E-SUKAN SEMAKIN POPULAR

E-sukan telah menggegarkan dunia. Hadiah kejohanan antarabangsa yang mencecah sehingga
berjuta-juta ringgit walaupun masyarakat kurang mengenali arena e-sukan. Dalam masa beberapa tahun ini,
Malaysia memperlihatkan perkembangan e-sukan yang pesat. Walaupun acara e-sukan yang besar selalu
menarik perhatian tetapi acara-acara kecil seperti Weekend Cup dan Clash of States dianjurkan untuk
membantu memperkembang e-sukan dalam negara. Pemain baharu dapat menyertai acara-acara ini setiap
minggu. Kelab e-sukan ditubuhkan di universiti-universiti tempatan untuk memajukan lagi sukan berkenaan.
Suatu hari nanti kita akan berasa bangga dengan pasukan e-sukan kita sendiri.
SOALAN RANGSANGAN PENTAKSIR

1. Berikan beberapa contoh permainan e-sukan yang anda tahu.
2. Kongsikan pengalaman anda terlibat dengan permainan e-sukan.
3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan permainan e-

sukan di negara kita?
4. Jika anda dipilih mengetuai pasukan e-sukan sekolah anda, apakah langkah-langkah yang anda akan

lakukan untuk memastikan kejayaan pasukan anda?

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 20 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN UJIAN MENDENGAR

➢ Praktis ini merupakan sebahagian contoh item ujian mendengar.
➢ Sesuai dilaksanakan semasa pdp untuk memantapkan dan mengukuhkan kemahiran mendengar.
➢ Ujian mendengar ini dipersembahkan dalam pelbagai bahan dan pelbagai sumber.

PRAKTIS 1

1103/4 - BAHASA MELAYU KERTAS 4 (UJIAN MENDENGAR)
CONTOH BAHAN AUDIO

Arahan:

1. Anda diberi masa satu minit untuk membaca soalan.
2. Dengar petikan yang berikutnya dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Rencana Keladi Tikus Rawat Barah

Pesakit kanser kini boleh menarik nafas lega berikutan penemuan satu kaedah
baharu merawat kanser melalui kajian yang dijalankan oleh pensyarah Pusat
Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo
Khen kepada keladi tikus atau ‘Typhonium’.

Teo berkata, pesakit menunjukkan kesan positif selepas memakan tumbuhan
berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera
makan.

“Tumbuhan ini sesuai untuk merawat kebanyakan penyakit kanser. Kaedah
menggunakan keladi tikus adalah murah dan tidak mempunyai kesan sampingan,”
katanya.

Setakat ini beliau sudah berjaya membantu kira-kira 80 pesakit tempatan dan
luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia, India dan Indonesia menggunakan
kaedah keladi tikus.

“Walau bagaimanapun, keladi tikus agak sukar diperoleh. Awalnya tumbuhan
ini didapati di kawasan terbiar, berpaya dan saliran air. Kami memerlukan keladi
tikus yang banyak. Oleh itu, kami tidak boleh bergantung kepada alam semula jadi.

3. Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.
4. Petikan rencana akan dibaca sekali lagi.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 21 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.
1. Nyatakan kesan-kesan positif selepas memakan keladi tikus?
a) ……………………………………………………………………………………..
b) …………………………………………………………………………………….
[2 markah]
2. Apakah kelebihan keladi tikus?
a) ………………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………………
[2markah]
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 3.
3. Negara-negara yang menggunakan kaedah keladi tikus kecuali:
a) Amerika Syarikat
b) Filipina
c) Australia
d) Indonesia
[1 markah]
4. Di manakah kawasan keladi tikus banyak ditemui?
a) ………………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………………
[2 markah]
5. Nyatakan dua langkah bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat.
a) ………………………………………………………………………………………
b) ……………………………………………………………………………………..

[2 markah]

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 22 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

SET 1

KERTAS MIRIP SPM

KERTAS 1

BAHAGIAN A
[30 markah]

[Masa dicadangkan: 30 minit]

Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan semangat kejiranan. Huraikan pendapat anda tentang
semangat kejiranan. Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1 Bahan 2
Pantun Semangat Kejiranan

Pokok bunga menghias laman,
berwarna warni di tepi batu;
kenali jiran erat hidup berteman,
moga ukhuwah menjadi satu.

Pergi ke sungai memancing ikan,
membawa ikan di dalam raga;
bersatu padu marilah amalkan,
menghidup semula rukun tetangga.

Cetusan rasa: Abah Deen
080121
Bangi

BAHAGIAN B
[70 markah]

[Masa dicadangkan: 1 Jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 300 hingga 500
patah perkataan.

Soalan 1: Domain Peribadi

Kepentingan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara
dalam kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar
atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat
patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh penjajah
sekali lagi.

Sumber: Internet

Sebagai respons terhadap petikan di atas, setiap individu perlulah mempunyai semangat cinta akan negara.

Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyemai semangat cinta akan negara dalam diri
anda.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 23 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

KERTAS 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

Soalan 1: Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan dan
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kampung Klebang telah menjayakan satu program komuniti
bersama pihak sekolah dalam usaha mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara pihak sekolah dengan
masyarakat setempat. Program seperti ini dapat membuka peluang kepada sekolah dan masyarakat untuk
saling memahami akan peranan dan tanggungjawab semua pihak.

Sumber: Info Didik
[8 markah]

Soalan 2: Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan pola ayat bagi setiap ayat di bawah sama ada
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). Anda perlu menyalin setiap ayat
yang berkenaan dan menyatakan pola ayat tersebut.

Dollah merupakan pemain utama dalam pasukan bola sepak sekolahnya. Beliau sangat tangkas ketika
menggelecek bola. Ahli pasukan bola sepak sekolahnya berlatih pada setiap petang. Semua pemain
pasukannya dari daerah yang sama. Mereka sangat gembira setelah menjadi juara dalam pertandingan bola
sepak di peringkat negeri. Pengetua sekolah Dollah mengadakan majlis meraikan kejayaan pasukannya.

[6 markah]

Soalan 3: Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Petikan 1
Rakyat Malaysia yang berbagai kaum memerlukan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain.
Semangat ini bahawa akan membangunkan negara selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju. Sehingga hari ini ikatan sesama rakyat amat erat dan bukan menjadi masalah
kepada pembangunan negara. Semua menyedari bahawa hidupan yang aman akan menyebabkan negara
harmoni dan sentosa serta memberikan banyak faedah yang akan menikmati bersama.

[5 markah]

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 24 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

SET 2

KERTAS MIRIP SPM

KERTAS 1

BAHAGIAN A
[30 markah]

[Masa dicadangkan: 30 minit]

Berpaksikan pertanian adalah satu perniagaan yang menguntungkan telah mendorong siswazah lulusan
pelbagai bidang merealisasikan slogan ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’.

Huraikan cara-cara untuk menarik minat para siswazah terlibat dalam sektor pertanian moden di negara
ini.

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

SISWAZAH TANI

Sumber : https://www.hmetro.com.my Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
7 Mac 2017 (MOA) meneruskan usaha menerajui transformasi
pertanian supaya menjadi sektor moden dan
kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan
kepada pengusaha tanaman, ternakan dan
perikanan.

Kerajaan yakin penyertaan siswazah dalam
industri pertanian dan makanan dapat meningkatkan
pengeluaran atau pembekal makanan hingga
keseluruhan rantaian nilai makanan.

Kementerian sentiasa memberi galakan kepada
kumpulan sasar untuk mengusahakan aktiviti
pertanian secara moden dengan aplikasi teknologi
dan inovasi.

Inisiatif ini dapat dilihat ketika pembentangan
Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukkan
kepada pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi
membangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti
tinggi, seterusnya memacu ekonomi negara melalui
sektor agromakanan.

(Petikan teks ucapan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee,
dalam Berita Harian, 27 Mei 2020)

Sumber : Internet

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 25 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

KERTAS 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

Soalan 4: Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “ Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan
segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah

orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun

menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-

masing berkawal pada kampungnya.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’

dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

[5 markah]

Soalan 5: Peribahasa

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan
negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-
murid di samping bekerjasama bagai ..........................(1).

Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan
kerana ..........................(2). Sebagaimana yang diketahui, resipi kejayaan seseorang murid ialah
permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan
prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana
..........................(3).

[6 markah]

Soalan 7: Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1 Mega mendung
Impian Seorang Nelayan laut pun bergoncang
nelayan tersentak biduk sesat haluan
Burung Camar hinggap di jejari sang mentari terlindung
seorang nelayan sedang bermimpi pantai tak kelihatan
mimpi tentang duyung tawakkal jalan akhirnya.
mimpi tentang untung
biduk hanyut dibawa ombak Dalam pondok kecil beratap rumbia
Laut Cina Selatan. seorang ibu memandang hari muka
sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Dalam mimpi berkata sang duyung ufuk timur hilang dari pandangan.
"Wahai nelayan kau anak laut
di sini tempatmu Wahai anak yang sedang menangis
di sini rezekimu

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 26 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

pengorbanan yang kau lakukan mungkin kini engkau tak mengerti
ada balasannya." bila kau dewasa dan pandai nanti
pengorbanan ayahmu sayang
jangan kau lupakan.

Lirik : M. Nasir

Bahan 2
Azam menggeleng-geleng lagi, “Jabatan Haiwan kan ada. Takkan mereka tidak memantau?

Kau boleh adukan kepada mereka. Minta nasihat doktor veterinar jika ayam kau sakit.”

"Aku pun harap begitu. Aku harap kerajaan boleh buat sesuatu. Jangan biarkan penternak kecil
terperangkap dalam jerat syarikat besar.”

Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga. Kau tidak

payah keluar mencari anak-anak ayam. Kau tidak payah keluar mencari dedak. Setiap musim syarikat
payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.”

Hakim menjawab, “Ya, mereka hantar segalanya dengan harga yang mereka tentukan. Kini,

hidupku bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang dengan RAJA. Kau fikirkan pula, kalau

nasibku malang dan nilai jualanku kurang daripada harga dedak dan ubat yang mereka bekalkan, bererti

aku akan menanggung hutang kepada RAJA. Berhutang dan berhutang.
Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati. “Jadi, apakah cadangan kau sekarang?”

Dipetik daripada cerpen “Kaduk,Ayam dan Raja”

oleh Zurinah Hassan dalam antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 3

ANAK LAUT Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan urat-urat jalur-jalur tua
Segar angin laut anak laut itu sudah dapat menerka
mengembalikan rindunya pada kolek langkahnya hampir tiba
bagai buih kecil terapung di air pada muara Pencipta
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan RAHIMIDIN ZAHARI
kulit ketam antologi Anak Laut,
kepala sotong Dewan Bahasa dan Pustaka
dan kaki udang yang bersimpati.

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mega mendung. [2 markah]

ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan masalah yang dihadapi oleh mereka ketika mencari rezeki?
[4 markah]

iii) Sektor pertanian merupakan salah satu penyumbang utama ekonomi negara.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan menceburi bidang pertanian kepada negara? [3 markah]

iv) Pada suatu petang, anda terlihat poster iklan Program Pencarian Penternak Jaya Muda yang
ditampal di tepi jalan. Anda ingin mencadangkan agar sahabat anda menyertai program tersebut.
Anda yakin bahawa sahabat anda itu akan berjaya kerana dia memenuhi kriteria seperti yang

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 27 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM

terdapat dalam iklan. Sahabat anda perlu membuat persediaan untuk menghadiri temu duga
tersebut.

Sebagai sahabat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu sahabat anda membuat

persediaan untuk menghadiri temu duga itu? [4 markah]

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A
[30 markah]

PRAKTIS 1
Pendahuluan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi - data yang tersusun - maklumat di hujung jari.
Isi – Faedah TMK

• memudahkan manusia bagi memenuhi keperluan – membeli barangan keperluan harian melalui pembelian dalam talian.
• memudahkan komunikasi – berhubung dengan mudah dan pantas melalui WhatsApp, Facebook, Twitter - erat hubungan.
• meningkatkan pengetahuan – Tik Tok - pendidikan dan laman web yang berinformasi - memudahkan murid belajar dari rumah.
• menambahkan pendapatan – perniagaan melalui dalam talian. Contohnya pengiklanan melalui Youtube dan Instagram - tidak

perlu sewa kedai - berniaga dari rumah.
Kesimpulan
TMK merupakan proses saling menghantar dan menerima maklumat - memudahkan urusan kehidupan seharian manusia.

PRAKTIS 2
Bahan 1 - Keistimewaan tempat pelancongan

• Makanan – masakan utara
• Riadah – aktiviti mencabar
Bahan 2 - kebaikan melancong dan sebab melancong
• Melancong bersama keluarga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga
• Melapangkan fikiran
• Bebanan kerja
Bahan 3
• Contoh tempat pelancongan

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM | 28 I DILARANG FOTOSTAT - HARAM




Click to View FlipBook Version