The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

VAA3013 PENGELUARAN TERNAKAN: KUMPULAN KULIAH (A) KUMPULAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d089162, 2022-06-08 21:42:38

SISA BUANGAN DAPUR

VAA3013 PENGELUARAN TERNAKAN: KUMPULAN KULIAH (A) KUMPULAN 1

VAA3013
PENGELUARAN PENTERNAKAN

TUGASAN KUMPULAN
E-BOOK PEMAKANAN TERNAKAN (SISA BUANGAN DAPUR)

SEMESTER 2 SESI 2021/2022
KUMPULAN KULIAH A
KUMPULAN 1
DISEDIAKAN OLEH:-

AHMAD ZULKAMAL
HAKIM BIN

KAMARUDDIN

D20191089739

FADLIANA BINTI VENCENT KERUN NOR AZMA HUSNA BINTI
ZAKARIA SUDIN MOHAMAD AZHAR

D20191088665 D20191089539 D20191089104

NUR LIYANA BINTI NURALIAH SABARINA BINTI NURHAZIQAH
HASSAN MUHAMAD NADZRIN BINTI JAFRI

D20191089174 D20191089120 D20191089162

1.0 PENGENALAN

Sisa buangan dapur atau lebih dikenali sebagai sisa pepejal merujuk kepada apa sahaja
bahan buangan yang tidak dikehendaki oleh pemiliknya sama ada kerana rosak, lusuh
atau telah sampai jangka hayatnya (Haliza Abdul Rahman, 2017). Menurut McDougall
et al. (2001) dalam Haliza Abdul Rahman (2017) mentakrifkan sisa pepejal sebagai sisa
dari rumah (dikutip dan dihantar). Sisa domestik atau sisa rumah ini adalah bahan yang
tidak diinginkan lagi setelah berakhirnya suatu proses atau setelah digunakan. Bahan-
bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik,
kertas dan bahan logam terpakai (Sivapalan Kathirvale, Muhd Noor Muhd Yunus,
Kamaruzzaman Sopian dan Abdul Halim Samsuddin, 2004).

Namun, sisa buangan dapur yang digunakan untuk proses penyediaan makanan
ternakan merujuk kepada sisa makanan. Sisa makanan tergolong dalam kategori bahan
organik yang mudah diuraikan oleh agen pengurai seperti serangga. Sisa buangan dapur
atau sisa makanan terdiri daripada kulit buah-buahan, sayur-sayuran, kulit telur, nasi
dan sebagainya. Bahan-bahan sisa buangan tersebut boleh dijadikan makanan haiwan
ternakan untuk menjimatkan kos pemakanan dan mengelakkan pembuangan sisa yang
boleh digunakan ke tapak pelupusan sampah. Pengurangan pembuangan sisa buangan
dapur di tapak pelupusan sampah dapat mengurangkan pemanasan global. Menurut
Pengarah Green Technology Corporation Malaysia iaitu Datin Paduka Che Asmah
Ibrahim dalam Berita Harian (2016) mengatakan pembuangan sisa buangan dapur
dalam kuantiti yang banyak akan mengancam alam sekitar, menyebabkan pencemaran,
meningkatkan suhu dunia, mitigasi perubahan iklim dan merosakkan jadual cuaca
seperti hujan serta ribut di seluuh dunia. Hal ini demikian kerana sisa buangan dapur
atau sisa makanan melepaskan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global.

Bagi mengurangkan kuantiti sisa buangan dapur atau sisa makanan, kita
perlulah menggunakan semula sisa dengan kreatif supaya tidak membazir. Tahukah
anda bahawa penggunaan sisa-sisa ini bukan sahaja dapat dijadikan baja kompos namun
ia juga mampu dijadikan makanan haiwan ternakan. Contohnya, Maryam Muzamir
dalam Sinar Harian (2021) telah berjaya mencipta inovasi sejenis makanan haiwan
baharu yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut dengan menamakan produk
itu Yam 2.0. Jelaslah bahawa situasi ini dapat megurangkan kos pelupusan sisa di tapak
pelupusan sampah sekali gus mengurangkan kos pengeluaran pemakanan haiwan
dalam kalangan penternak.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, terdapat tiga objektif iaitu:
2.1 Mengenal pasti jenis bahan yang digunakan untuk dijadikan makanan haiwan
ternakan;
2.2 Menjelaskan kelebihan dan kelemahan kaedah penggunaan sisa buangan dapur
sebagai makanan haiwan ternakan;
2.3 Menjelaskan cara penyediaan sisa buangan dapur untuk dijadikan makanan
haiwan ternakan.

3.0 CARA PENYEDIAAN SISA BUANGAN DAPUR
Prinsip asas pengurusan sisa ialah mengurangkan penjanaan sisa melalui pelbagai
kaedah! 3R (reduce,% reuse dan recyling). Untuk mengurus sisa yang dijana oleh
sesebuah komuniti, pengasingan di punca amat penting untuk dilaksanakan.

Mewujudkan Peraturan Kitar Semula Makanan

Peraturan berkaitan kitar semula sisa makanan perlu diwujudkan bagi
membolehkan pengurusan sisa makanan yang lebih sistematik dan terkawal.
Cadangan peraturan ini akan memberi penekanan terhadap aspek-aspek seperti
tanggungjawab penjana sisa terhadap pelaporan data, pengasingan sisa,
pengurangan sisa makanan dan rawatan sisa. Sisa buangan daripada dapur dapar
dikitar semula menjadi makanan kompos kepada haiwan ternakan. Sayuran dan
buah-buahan yang tidak digunakan lagi boleh dijadikan makanan keapda
sebahagian haiwan ternakan disamping dapat meningkatkan kualiti pemakanan
organik kepada mereka

Membangunkan Pangkalan Data Penjanaan Sisa Makanan

Pembangunan pangkalan data ini merangkumi aspek-aspek seperti jumlah dan
jenis sisa makanan yang dijana mengikut hari/bulan/tahun, tempat simpanan sisa
sedia ada, pengumpul sisa makanan sedia ada, lokasi penghantaran dan sebagainya.
Data-data yang dikumpulkan akan menentukan jumlah sisa yang sedang dijana
bagi membolehkan perancangan yang lebih sistematik. Pengumpulan data daripada
penjana sisa adalah berdasarkan cadangan ke atas “Peraturan Kitar Semula Sisa
Makanan”. Apabila pangkalan dapat diurus dengan baik, maka pembekal sisa
buangan dapur dapat memberikan bekalan yang cukup dan baik kepada penternak
yang menggunakan bahan kompos kepada haiwan ternakan.

Meningkatkan Kemudahan Rawatan di Punca
Rawatan sisa di punca membabitkan pengubahan sisa makanan kepada sumber-
sumber yang boleh digunakan semula. Misalnya menghasilkan baja atau kompos
makanan haiwan ternakan, tenaga elektrik ataupun menghasilkan bahan bakar
alternatif daripada sisa makanan. Kemudahan rawatan ini boleh dilakukan dalam
kawasan setempat penjanaan sisa makanan. Teknologi rawatan yang digunakan
adalah berdasarkan perakuan terhadap keberkesanan teknologi yang digunakan.
Perkara ini dapat menjimatkan kepada sebahagian pihak seperti penternak yang
menggunakan makanan kompos kepada haiwan ternakan mereka.

4.0 KELEBIHAN KAEDAH SISA BUANGAN DAPUR
1) Dapat mengurangkan penjanaan sisa buangan di pusat pelupusan sisa pepejal.
 Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya sisa buangan ini dimanfaatkan
untuk kegunaan harian misalnya untuk dijadikan baja kompos maka ianya
dapat mengatasi masalah longgokan sisa pepejal yang kian bertambah
ketika ini.

 Justeru itu jelaslah bahawa penggunaan semula sisa buangan dapur bukan
sahaja dapat digunakan semula untuk menghasilkan bahan baru malahan
juga dapat mengatasi masalah pencemaran di pusat pelupusan sisa pepejal
sekiranya sisa buangan dapur ini dikendalikan dengan tepat.

 Sebagai contoh, seorang Pengurus Kempen Sifar Sisa Universiti Malaya
(UM) iaitu Jaron Keng telah berjaya menghasilkan 400 kg kompos dengan
menggunakan 5,000 kg sampah yang dikutip setiap bulan. ( Sumber :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penghasilan-baja-kompos-
daripada-sisa-makanan-di-rumah-63571)

2) Dapat menjimatkan kos penyediaan
 Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan sisa buangan ini seperti
lebihan nasi lemak, kulit pisang, dan sayur-sayuran boleh didapati secara
terus daripada kegunaan kehidupan harian. Oleh itu, ianya dapat membantu
penggunanya untuk menggunakan secara percuma berbanding sekiranya
membeli produk siap yang ada di pasaran namun dikenakan harga yang agak
mahal.

 Justeru itu, jelaslah bahawa penggunaan sisa buangan dapur bukan sahaja
dapat mengatasi masalah lambakan sisa buangan malahan juga dapat
membantu penggunanya untuk menjimatkan perbelanjaan khususnya dalam
menjalani kehidupan di era kini yang semakin bertambah kos kehidupan
hariannya.

5.0 KELEMAHAN KAEDAH SISA BUANGAN DAPUR
1. Kehadiran Vektor
- Simpanan terbuka sisa makanan akan menyebabkan kehadiran vektor seperti
nyamuk, tikus dan serangga-serangga yang berbahaya dan boleh menjadi
medium utama penyebaran penyakit untuk haiwan ternakan disamping
menganggu keadaan sekeliling atau tempat tinggal haiwan ternakan.

2. Penuluran wabak penyakit terhadap haiwan ternakan
- Sisa makanan boleh menyebabkan wabak penyakit kepada haiwan ternakan.
Sebagai contoh, Wabak penyakit ulser mulut dan diantara kuku haiwan ternakan
yang berlaku di Ladang Burnside, Northumberland akibat haiwan ternakan
diberi sisa makanan yang tidak diproses dan makanan yang tidak masak. Sisa
makanan yang tidak diproses mudah dijangkiti dengan virus kaki dan mulut.
Akibat daripada wabak itu, haiwan ternakan seperti lembu, babi dan kambing
perlu disembelih untuk mengawal penyakit kaki dan mulut tersebut.

6.0 JENIS BAHAN YANG DIPERLUKAN

7.0 PENUTUP
Pengurusan sisa buangan dapur yang terurus memberikan manfaat yang banyak kepada
kita. Sisa buangan dapur seperti sisa sayur-sayuran dan sisa buah-buahan dapat
dijadikan sebagai makanan alternatif bagi haiwan ternakan kita. Ini akan menjimatkan
lagi kos pengurusan ladang ternakan kerana adanya sisa buangan dapur yang dapat
diperolehi dengan mudah. Pengurusan sisa buangan dapur yang tepat juga dapat
mengurangkan berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bau. Oleh itu,
semua pihak haruslah bekerjasama dalam melestarikan alam sekitar dengan
memanfaatkan sisa buangan dapur untuk kegunaan makanan haiwan ternakan sekaligus
memaksimumkan penghasilan keuntungan dalam bidang ternakan.



8.0 RUJUKAN

Berita Harian, 28 Jun 2016, Sisa Makanan Punca Pemanasan Global, diakses pada 25

Mei 2022. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/amp/bhplus-

old/2016/06/16 8994/sisa-makanan-punca-pemanasan-global.

Haliza Abdul Rahman. (2017). Penglibatan Komuniti dalam Pengurusan Sisa Pepejal

di Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management, 16(1), 13-22.

Diperoleh daripada

https://www.researchgate.net/publication/319998422_Penglibatan_Komuniti_

dalam_Pengurusan_Sisa_Pepejal_di_Malaysia.

Sinar Harian, 18 September 2021, Murid 11 Tahun Cipta Makanan Haiwan, Menang

Anugerah Antarabangsa, diakses pada 25 Mei 2022. Diperoleh daripada

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/162065.

Sivapalan Kathirvale, Muhd Noor Muhd Yunus, Kamaruzzaman Sopian dan Abdul

Halim Samsuddin. (2004). https://ms-

my.facebook.com/BAYUHEBATSB/photos/a.17666198

40169091/1766619803502428/?type=3.


Click to View FlipBook Version