The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-32348844, 2021-09-25 02:06:35

INOVASI PELAJAR KV KLANG 2021 (ABSTRAK)

INOVASI PELAJAR KV KLANG 2021 (ABSTRAK)

TAJUK : SISTEM PARKIR PINTAR

PROGRAM : TEKNOLOGI ELETRIK

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 MUHAMMAD AMIR ASYRAAF BIN M.N.JAYA SAPUTRA 020112-10-1227
2 BADRUL AMIN BIN MOHD JUPRI 020327-10-1005
3 NURUL SYAMIMI BINTI AZMAN 020502-01-1366

RINGKASAN ABSTRAK : Kemudahan parkir yang mencukupi di sekitar bangunan terutama di kawasan
awam adalah semakin meruncing dan padat dengan pertambahan jumlah bilangan kenderaan dan
masalah ruang parkir yang terhad. Ini menyebabkan masalah double parking, triple parking,
kenderaan yang diletakkan dibahu jalan dan di tempat yang tidak sepatutnya semakin berleluasa.
Untuk mengatasi masalah ini, satu sistem parkir yang sistematik dan terkini sangat diperlukan bagi
perkhidmatan sistem parkir yang lebih berkesan. Seiring dengan keperluan ini, kami membuat satu
inovasi pada sistem parkir yang sedia ada supaya dapat memberi perkhidmatan sistem pakir yang lebih
berkesan sesuai dengan perkembangan teknologi. Matlamatnya untuk memudahkan pencarian parkir
pada pakir-pakir ditempat umum yang mempunyai ruang yang terhad dan padat terutama diwaktu
puncak. Sistem ini menggabungkan penggunaan kawalan automatik dan sistem elektronik. Sistem
pakir ini dinamakan Sistem Parkir Pintar. Sistem ini mempunyai paparan digital yang akan
memudahkan pencarian parkir yang kosong. Paparan digital ini di pasang diluar kawasan parkir untuk
memberi maklumat terkini berkenaan jumlah bilangan pakir dan bilangan ruang parkir yang masih
boleh dimasukki. Dengan ini, ia mampu menjimatkan masa pengguna untuk mencari ruang parkir
tanpa perlu memasukki ruangan pakir. Menaik taraf sistem letak kereta konvensional adalah amat
diperlukan di kawasan parkir yang sesak seperti di hospital. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan
sistem pakir ini, cadangan penambahbaikkan adalah masa akan datang ialah, orang ramai boleh
mencari ruangan pakir yang kosong hanya dengan menggunakan aplikasi atas talian.

TAJUK : Pembangunan Penambahbaikan Prototaip

Ragum Penebuk Lubang Tanpa Menanda Untuk Kegunaan Di
Bengkel Pemesinan Industri Kolej Vokasional Klang

PROGRAM : TEKNOLOGI PEMESINAN
INDUSTRI

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 MUHAMMAD FAUZAN BIN FADLY 021130-10-0273
2 MOHAMMAD AMAR HARIS BIN AZNAN 020411-10-0101
3 NUR SYAKIRAH BINTI MADEHI 021018-13-1002

RINGKASAN ABSTRAK : Kajian ini dibuat untuk menyelesaikan masalah utama yang sering berlaku di
bengkel pemesinan industri Kolej Vokasional Klang iaitu pelajar yang sukar untuk membuat proses
penandaan kerana bilangan pelajar yang ramai. Ia akan mempengaruhi masa penandaan untuk proses
menebuk lubang dilakukan. Secara keseluruhannya sukar untuk pelajar yang kurang mahir
memberikan perhatian kerana tergesa-gesa dengan pelajar yang lain. Seterusnya, masalah yang sering
dihadapi pelajar adalah kekangan masa ketika melakukan projek terutamanya ketika menebuk lubang,
pelajar hendaklah berwaspada dengan setiap penandaan yang dilakukan kerana dalam bidang
pemesinan ini ukuran teramatlah penting. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh kami,
masalah ini sering berlaku kepada pelajar yang tergesa-gesa untuk melakukan proses menebuk lubang
contohnya ketika minggu peperiksaan untuk melakukan amali pentaksiran akhir

TAJUK : FOAMSCRETE CONCRETE

PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 MUHAMMAD AIMAN ALIFF BIN AHMAD 020513-10-0321
2 MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMAD JUKI 020522-14-0907
3 MUHAMMAD MOKHZANI BIN MOHAMAD MOKHTAR 021214-09-0025

RINGKASAN ABSTRAK : FOAMSCRETE CONCRETE adalah produk inovasi pembaikan (maintenance)
baru yang dihasilkan daripada pembancuhan simen dengan agen buih atau forming agent.
Penggunaan egen buih, simen, agregat kasar (batu baur) dan agregat halus (pasir) yang mengikut
nisbah tertentu menjadikan Foamscrete Concrete sebuah campuran konkrit ringan dan juga
mempunyai keupayaan aliran super dalam pengisian lubang dan retak-retak mikro. Keupayaan aliran
super Foamscrete Concrete menyelesaikan masalah kemampuan kerja serta keseragaman dalam
campuran konkrit. Sifatnya yang ringan serta dapat mengurangkan kesan pada struktur yang sedia ada
dan pada masa yang sama memberikan kekuatan mampatan yang mencukupi. Foamscrete Concrete
ini juga boleh dijadikan alternatif kepada suntikan Polyurethane Injection (PU) Waterproofing yang
mahal dan penggunaannya yang terhad terutama di kawasan yang penduduknya yang padat.
Foamscrete Concrete yang diciptakan ini atau lebih mudah yang telah diubahsuai dengan
penambahbaikan bahan-bahan tertentu seperti batu agregat yang dikitar semula dari kerja-kerja
runtuhan dan pengubahsuaian bangunan seperti rumah kediaman dibawah kawasan penyeliaan
Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di seluruh Malaysia. Dengan demikian, maka kerja-kerja
perlombongan untuk mendapatkan bahan mentah pembinaan dapat dikurangkan dan seterusnya
dapat memelihara alam sekitar, flora dan fauna.

TAJUK : CostMEx

PROGRAM : PERAKAUNAN

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 NAZATUL NURNATASYA BINTI MOHD NAZAN 021123-10-1112
2 NUR ALIQA KHALEELA BINTI ALYWIN DAMIAN 020304-06-0458
3 NURIN HAWANI BINTI NOOR HIZAL 020927-10-0460

RINGKASAN ABSTRAK: Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru,
produk dan perkhidmatan yang lebih baik (Kementerian Dalam Negeri, 2021). CostMEx ialah
singkatan kepada “Costing use Microsoft Excel”. Tujuan CostMEx ini diwujudkan adalah untuk
membantu para peniaga Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) mengira kos per unit. Industri Kecil
Dan Sederhana ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan
perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta
dan mengambil kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Masalah yang seiring
berlaku dalam kalangan peniaga IKS ialah daripada aspek penentuan harga produk. Hal ini
kerana kebanyakkan peniaga IKS ini tidak mengira kos per unit bagi produk yang dikeluarkan
atas faktor kekurangan ilmu dan pendedahan. Objektif inovasi ini ialah memudahkah peniaga
IKS membuat pengiraan kos per unit. Sistem ataupun lembaran kerja yang direka di dalam
perisian Microsoft Excel dapat memudahkan peniaga-peniaga IKS mengira kos seterusnya
penentuan harga produk yang dapat membantu mengelakkan kerugian. Selain itu, aplikasi
atau perisian yang ada dipasaran memerlukan peniaga membeli atau membayar caj
penggunaan pada harga tertentu. BORANG RINGKASAN ABSTRAK PERTANDINGAN INOVASI
2021 Justeru itu, inovasi ini dapat memudahkan peniaga IKS untuk mengira kos per unit
dengan mudah dan tepat dengan menggunakan helaian Costmex ini.

Kata Kunci : Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Kos Per Unit dan Helaian CostMEx

TAJUK : THE MULTITASK TOOLS

PROGRAM : TEKNOLOGI AUTOMOTIF

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 MUHAMMAD RAZIQ AIMAN BIN JAMAL 030723-10-1065
2 KHAIRUL AIZAM BIN ABU HASHIM 030305-10-0035
3 KHAIRUL MUZAMMIR BIN MAYADI 030314-08-0515

RINGKASAN ABSTRAK : Keselamatan dan kekemasan semasa melakukan latihan amali di bengkel
Automotif Kolej Vokasional Klang merupakan aspek yang penting dalam memastikan suasana kerja
yang produktif. Namun, sering dikatakan bahawa kedua – dua aspek ini tidak di ambil berat oleh
pelajar semasa melakukan kerja di ruang kerja amali. Kajian ini dijalankan adalah untuk membantu
para pelajar program Teknologi Automotif memastikan aspek keselamatan dan kekemasan di
aplikasikan oleh pelajar semasa melakukan latihan amali. Satu set soal selidik digunakan sebagai
instrument kajian dalam mengenalpasti masalah mengenai keselamatan dan kekemasan tempat kerja
di bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Klang. Responden adalah dari pelajar 1 SVM , 2 SVM
dan 1 DMD. Secara keseluruhannya, para pelajar mempunyai masalah dalam mengekalkan dan
mengaplikasikan keselamatan dan kekemasan semasa melakukan kerja amali di bengkel Teknologi
Automotif Kolej Vokasional Klang. Oleh itu, kajian yang akan diadakan dipercayai akan membantu para
pelajar dalam menyelesaikan masalah tersebut. Kajian yang akan diadakan akan bermula dengan
mereka bentuk produk. Tiga reka bentuk akan direka dan hanya 1 reka bentuk yang terbaik akan
dipilih. Reka bentuk dibuat bermula dengan lakaran, seterusnya akan direka bentuk menggunakan
AutoCAD. Pembangunan produk akan menggunakan kaedah fabrikasi logam seperti memotong,
menebuk dan mengimpal besi dengan komponen produk. Produk yang telah siap akan diaplikasikan
semasa latihan amali. Keberkesanan produk akan dinilai menggunakan satu set soal selidik. Hasil soal
selidik tersebut akan di analisis dan dipercayai hasil dari soal selidik tersebut akan menyelasaikan
masalah yang dihadapi dan memberi kesan yang positif kepada pelajar program Teknologi Automotif
Kolej Vokasional Klang.

TAJUK : SMART DOOR LOCK

PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRONIK

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 RAJA MUHAMMAD IRFAN BIN RAJA MOHD TAUFIQ 051014-02-0177
2 IRFAN SHAZRIQ BIN MUIZ ZABIB 050805-10-0611

RINGKASAN ABSTRAK : Pada era globalisasi yang semakin berkembang dengan penemuan suatu
teknologi yang memudahkan cara untuk melaksanakan suatu bidang dan lapangan kerja. Kami ingin
menginovasikan suatu projek iaitu sistem pintu keselamatan bilik darjah yang berfungsi secara
automatik. Ianya amat sesuai kerana kami melihat beberapa teknologi tinggi yang hanya
meningkatkan pintu keselamatan berpagar sahaja, jadi kami mengambil inisiatif untuk
menginovasikan projek kami iaitu pintu keselamatan bilik darjah. Kami memilih projek sistem pintu
keselamatan bilik darjah ini adalah untuk memperketatkan lagi keselamatan bilik darjah tanpa
menggunakan kunci dan manga. Permasalahan yang sering berlaku di kelas adalah kehilangan barang
yang sering terjadi di setiap kelas dan pelajar yang di amanahkan oleh guru untuk memegang kunci
pintu kelas tetapi selalu terlupa untuk membawa ataupun selalu dating lewat ke kolej. Objektif projek
yang kami tekankan ialah memfokuskan sistem keselamatan pintu bilik darjah, memudahkan pelajar
dan pensyarah memasuki ke kelas tanpa menggunakan kunci dan projek ini dikendalikan oleh peranti
yang lebih mudah iaitu telefon bimbit. Metadologi bagi projek ini adalah menggunakan sistem aplikasi
BLUETOOTH supaya projek dapat bergerak dengan lancar. Kendalian projek pada litar ialah komponen
yang mengesan isyarat penggera berbunyi kereta yang diubah suai litar menjadi kunci keselamatan
pintu bilik darjah. Kendalian projek pada BLUETOOTH dengan cara, berjalan di hadapan pintu bilik
darjah. Kemudian membuka telefon bimbit dengan membuka aplikasi BLUETOOTH. Seterusnya,
padankan isyarat pintu keselamatan bilik darjah dan sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi ini
tetapi perlu menggunakan kata kunci untuk membukanya. Selepas itu, mendapat penerimaan isyarat
daripada BLUETOOTH. Akhir sekali pintu keselamatan dapat di akses dan pintu di buka secara
automatik. Melalui hasil kajian projek sistem pintu keselamatan bilik darjah selamat digunapakai.

TAJUK : KOLAM IKAN MINI

PROGRAM : TEKNOLOGI PENYEJUKAN
DAN PENYAMANAN UDARA

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 MUHAMMAD NASHRUL NAJMI BIN HALIM 021028-10-0023
2 MUHAMMAD ARIF HAKIM BIN MOHD ROHAIZAK 020929-11-0275
3 YUS ADLI HAKIM BIN YUS ROZI 021112-10-1053

RINGKASAN ABSTRAK : Terdapat beberapa jenis ikan yang hidup di dalam air sejuk antaranya ikan
kap. Ikan kap perlu hidup di dalam air sejuk dengan suhu 20°C hingga 25°C. Ramai rakyat Malaysia
yang meminati untuk menternak ikan dirumah. Ikan kap sangat sesuai untuk diternak di kawasan
rumah. Namun begitu, kesesuaian untuk menternak ikan kap agak terhad di sesuatu tempat kerana
ikan tersebut memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan ikan sentiasa aktif dan berada dalam
keadaan yang baik. Projek inovasi ini bertujuan untuk merekabentuk sebuah kolam ikan yang
mempunyai air sejuk mengikut suhu yang ditetapkan sepanjang masa. Selain itu, projek ini adalah
untuk memudahkan penternak-penternak ikan kap untuk mengekalkan air yang bersuhu hingga 25°C.
Reka bentuk sistem ini menggunakan konsep sistem Reach in Cabinet untuk menyejukkan air di Kolam
Ikan Mini. Reka bentuk sistem ini mengambil kira beberapa faktor yang melibatkan sistem asas
Penyejukan dan Penyamanan Udara. Pemasangan perpaipan kuprum bagi projek ini menggunakan
komponen asas seperti pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat dengan tambahan
aksesori lain seperti tangki penerima, penapis pengering dan kaca cerap bagi menambah kecekapan
sistem.

TAJUK : JIG MEMBENTUK
TETULANG KONKRIT

PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN

NAMA PESERTA

BIL NAMA PELAJAR NO.K/P
1 FAIQ NABIL ASYRAF BIN FIRDAUS ILHAM 040211-10-0199
2 MUHAMMAD SYAZWAN BIN SYAHRUL NIZAM 040704-10-0453
3 MUHAMMAD SAUFI BIN SAHRULAZIZI 040826-14-1149

RINGKASAN ABSTRAK : Konkrit bertetulang merupakan salah satu daripada bahan
komposit pembinaan pertama, yang dihasilkan dari konkrit dan keluli. Sebelum digunakan
dalam sektor pembinaan, konkrit bertetulang adalah bahan rekaan lanskap. Konkrit bertetulang
merupakan salah satu pembelajaran yang terdapat dalam Program Binaan Bangunan dimana
terdapat amali untuk membengkokkan besi konkrit bagi menghasilkan cincin besi beton.
Namun begitu, proses amali yang dijalankan secara manual adalah menggunakan paku yang
diletakkan pada meja kayu. Banyak kelemahan proses manual ini dikenalpasti antaranya tidak
ergonomik, mengambil masa yang lama, tidak tepat dan tidak fleksibel. Oleh yang demikian,
satu inovasi jig membengkok tetulang konkrit direkabentuk dan dibangunkan bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat 3 fasa utama yang terlibat dalam kajian ini iaitu
analisis keperluan, rekabentuk dan pembangunan dan penilaian. Hasil dapatan analisis
mendapati projek telah berjaya dihasilkan dan dapat digunakan oleh pelajar-pelajar Kolej
Vokasional Klang. Kesimpulannya, penghasilan projek jig membengkok tetulang konkrit ini
banyak memberi manfaat khususnya pada pelajar-pelajar di dalam bengkel. Dengan adanya
projek ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian, menjimatkan masa
dan tenaga serta mudah dikendalikan.

Kata Kunci : Jig bengkok, Konkrit, Kolej Vokasional (KV)


Click to View FlipBook Version