Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] PANDUAN PENILAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TAHUN 6
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA MELAYU TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa yang sangat terhad dalam memberi maklum balas semasa bersoal jawab, berhujah dan membuat ramalan dalam bertutur di samping membaca, memahami dan memindahkan maklumat dalam pelbagai bentuk dengan merujuki kamus. Selain itu, menulis pendapat, cadangan dan karangan pelbagai format serta mengedit bahan penulisan dan memerlukan banyak bimbingan. TP2 mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa yang terhad dalam memberi maklum balas semasa bersoal jawab, berhujah dan membuat ramalan dalam bertutur di samping membaca, memahami dan memindahkan maklumat dalam pelbagai bentuk dengan merujuki kamus. Selain itu, menulis pendapat, cadangan dan karangan pelbagai format serta mengedit bahan penulisan pada tahap terhad dan memerlukan sedikit bimbingan. TP3 mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan dalam memberi maklum balas semasa bersoal jawab, berhujah dan membuat ramalan dalam bertutur di samping membaca, memahami dan memindahkan maklumat dalam pelbagai bentuk dengan merujuki kamus. Selain itu, menulis pendapat, cadangan dan karangan pelbagai format serta berupaya mengedit penulisan tanpa bimbingan guru. TP4 mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa yang baik dalam memberi maklum balas semasa bersoal jawab, berhujah dan membuat ramalan dalam bertutur di samping membaca, memahami dan memindahkan maklumat dalam pelbagai bentuk dengan merujuki kamus. Selain itu, menulis pendapat, cadangan, karangan pelbagai format dan berupaya mengedit penulisan dengan baik serta berusaha ke arah belajar secara kendiri. TP5 mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa yang sangat baik dalam memberi maklum balas semasa bersoal jawab, berhujah dan membuat ramalan dalam bertutur di samping membaca, memahami dan memindahkan maklumat dalam pelbagai bentuk dengan merujuki kamus. Selain itu, menulis pendapat, cadangan, karangan pelbagai format dan berupaya mengedit penulisan dengan betul, tepat serta berupaya belajar secara kendiri. TP6 mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa yang cemerlang dalam memberi maklum balas semasa bersoal jawab, berhujah dan membuat ramalan dalam bertutur di samping membaca, memahami dan memindahkan maklumat dalam pelbagai bentuk dengan merujuki kamus. Selain itu, menulis pendapat, cadangan , karangan pelbagai format serta berupaya mengedit penulisan tanpa kesalahan dengan mantap dan menjadi teladan kepada murid lain.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA INGGERIS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 can show very limited command of the language and require a lot of guidance to perform basic language tasks. TP2 can show limited command of the language and require guidance to perform basic language tasks. TP3 can show satisfactory command of the language and has the ability to use language adequately but require guidance for some challenging language tasks. TP4 can show good command of the language and has the ability to use language fairly independently but require guidance for more complex language tasks. TP5 can show very good command of the language and has the ability to use language almost independently to perform challenging and complex language tasks with minimal guidance. TP6 can show excellent command of the language and has the ability to use language independently to perform challenging and complex language tasks.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] MATEMATIK TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 menyatakan pengetahuan asas nombor dan operasi menggunakan kemahiran matematik dengan bimbingan guru serta menunjukkan minat untuk belajar matematik. TP2 menerangkan tentang pengetahuan asas nombor dan operasi, menggunakan kemahiran matematik serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu dalam bidang matematik. TP3 menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan ayat matematik dengan jujur dan tepat. TP4 menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah berayat secara bersistematik serta berani meneroka dan mencuba. TP5 menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan pelbagai strategi dalam menyelesaikan masalah berayat yang kompleks dengan yakin. TP6 menghurai dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran matematik dengan pelbagai strategi dalam menyelesaikan masalah berayat yang kompleks secara kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] SAINS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 menyatakan pengetahuan asas sains dalam kehidupan, mempunyai kemahiran saintifik yang terhad dan memerlukan bimbingan guru serta menunjukkan minat dalam bidang ilmu sains. TP2 menerangkan tentang pengetahuan asas sains dalam kehidupan, mempunyai kemahiran saintifik serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu dalam bidang ilmu sains. TP3 menggunakan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik untuk melaksanakan tugasan mudah serta merekod data dengan jujur dan tepat. TP4 menggunakan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah secara bersistematik serta berani meneroka dan mencuba. TP5 membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan memberi hujah secara saintifik dalam melaksanakan tugasan berdasarkan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik serta mempamerkan sikap saintifik. TP6 menghasilkan idea atau produk baharu yang kreatif untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik serta mempamerkan sikap saintifik dan boleh dicontohi.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] SEJARAH TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai yang dipelajari berkaitan Kemakmuran Negara Kita. TP2 memahami perkara asas berdasarkan ilmu sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai yang dipelajari berkaitan Kemakmuran Negara Kita. TP3 menggunakan perkara asas berdasarkan ilmu sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai yang dipelajari berkaitan Kemakmuran Negara Kita. TP4 menganalisis pengetahuan dan kemahiran berdasarkan ilmu sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai yang dipelajari berkaitan Kemakmuran Negara Kita. TP5 membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai yang dipelajari berkaitan Kemakmuran Negara Kita. TP6 menghasilkan idea berdasarkan ilmu sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai yang dipelajari berkaitan Kemakmuran Negara Kita.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA ARAB TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 mengetahui kemahiran asas bahasa Arab yang sangat terhad dan mempraktikkannya dengan bimbingan guru meliputi: Berupaya memberi respons kepada perkataan yang diperdengarkan, bertutur menggunakan perkataan berdasarkan tema, membaca dan menulis perkataan,rangkai kata, ayat mudah dan ayat berkesinambungan pada tahap yang sangat terhad. Murid memerlukan banyak bimbingan guru. TP2 mengetahui kemahiran asas bahasa Arab yang terhad dan mempraktikkannya tanpa bimbingan guru meliputi: Berupaya memberi respons kepada perkataan yang diperdengarkan, bertutur menggunakan perkataan berdasarkan tema, membaca dan menulis perkataan,rangkai kata, ayat mudah dan ayat berkesinambungan pada tahap yang terhad. Murid memerlukan sedikit bimbingan guru. TP3 mempraktikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten meliputi: Berupaya memberi respons kepada perkataan yang diperdengarkan, bertutur menggunakan perkataan berdasarkan tema, membaca dan menulis perkataan,rangkai kata, ayat mudah dan ayat berkesinambungan pada tahap yang memuaskan. Murid memerlukan banyak bimbingan berkala oleh guru. TP4 mempraktikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten dan menepati situasi (secara beradab, mengikut kehendak guru, arahan atau soalan) meliputi: Berupaya memberi respons kepada perkataan yang diperdengarkan, bertutur menggunakan perkataan berdasarkan tema, membaca dan menulis perkataan,rangkai kata, ayat mudah dan ayat berkesinambungan pada tahap yang baik. Murid mempunyai potensi untuk lebih maju. TP5 mempratikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten, menepati situasi (Secara beradab, mengikut kehendak guru, arahan atau soalan) dan sukarela meliputi: Berupaya memberi respons kepada perkataan yang diperdengarkan, bertutur menggunakan perkataan berdasarkan tema, membaca dan menulis perkataan,rangkai kata, ayat mudah dan ayat berkesinambungan pada tahap yang sangat baik. Murid berupaya belajar secara kendiri. TP6 mempraktikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten, menepati situasi (Secara beradab, mengikut kehendak guru,arahan atau soalan) dan boleh menjadi contoh meliputi: Berupaya memberi respons kepada perkataan yang diperdengarkan, bertutur menggunakan perkataan berdasarkan tema, membaca dan menulis perkataan,rangkai kata, ayat mudah dan ayat berkesinambungan pada tahap yang cemerlang. Murid berupaya menjadi teladan kepada murid yang lain.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] PENDIDIKAN ISLAM TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 menguasai asas pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan Al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi mengikut keupayaan masingmasing dengan bimbingan guru sepenuhnya. TP2 menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik berkaitan Al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi mengikut keupayaan masing-masing dengan bimbingan guru minima. TP3 menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan Al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi mengikut keupayaan masing-masing dalam kehidupan harian dengan betul. TP4 menghuraikan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan Al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab melaksanakannya dalam kehidupan seharian. TP5 berkebolehan memberikan justifikasi dan istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan Al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi secara beradab. TP6 berupaya memberi respon dengan pengetahuan dan mengaplikasikan kemahiran dan nilai berkaitan Al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkah yang boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain secara beradab dan istiqamah.