The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rafidadmn, 2020-12-11 23:27:56

PANDUAN PENILAIAN PBD TAHUN 1

PANDUAN PENILAIAN PBD TAHUN 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FATEH,
BANDAR SRI INDAH

DISEDIAKAN OLEH : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah (Rafidad MN)

(TP) TAHAP BAHASA MELAYU TAHUN 1
PENGUASAAN
PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
1
• Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang sangat terhad. Dia dapat
2 memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat
dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping
3 menulis ayat mudah dalam karangan dengan banyak bimbingan guru.

4 • Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang terhad. Dia dapat memberi
maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan
5 sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat
mudah dalam karangan dengan sedikit bimbingan guru.
6
• Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat
memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat
dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping
menulis ayat dalam karangan serta mengedit penulisan tanpa bimbingan guru.

• Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap baik. Dia dapat
memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat
dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping
menulis karangan serta mengedit penulisan.

• Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap sangat baik. Dia dapat
memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar, membaca
ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami maklumat dan idea
yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan.

• Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap cemerlang.Dia
dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar,
membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami
maklumat dan idea yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit
penulisan pada tahap terbaik yang boleh menjadi model contoh.

DISEDIAKAN OLEH : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah (Rafidad MN)

(TP) TAHAP BAHASA INGGERIS TAHUN 1
PENGUASAAN
PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
1
2 • Can hardly read and understand basic English words with full guidance.
3 • Can copy the words they see and repeat the words they hear.

4 • Can read and understand simple words with visual support and full guidance
• Can copy words and simple phrases, as well as repeat them slowly and clearly.
5
• Can read and understand simple words and very simple phrases with visual
6 support and some guidance.

• Can use simple words and very simple phrases in speaking and writing with
visual support and some guidance.

• Can read and understand simple words and very simple phrases with little
guidance.

• Can use these simple words and very simple phrases in speaking and writing with
little guidance.

• Can read and understand simple words and simple phrases with no guidance.
• Can use simple words and very simple pharses in speaking and writing

with no guidance.

• Can read and understand simple words and very simple phrases confidently and
independently.

• Can use simple words and very simple phrases in speaking and
writing confidently and independently.

• Shows a good example of language use to others.

DISEDIAKAN OLEH : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah (Rafidad MN)

(TP) TAHAP MATEMATIK TAHUN 1
PENGUASAAN
PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
1
2 • Boleh menyatakan pengetahuan asas matematik tentang nombor bulat hingga 100,
3 operasi tambah dan tolak, mengenal pecahan, mengenal mata wang Malaysia, masa
dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf
4 melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan dengan bimbingan serta
menunjukkan minat untuk belajar.
5
• Boleh menerangkan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 100,
6 operasi tambah dan tolak, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga
dimensi dan dua dimensi dan mengumpul data melalui kemahiran proses
berkomunikasi dan perwakilan serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu.

• Boleh mengaplikasikan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga
100, operasi tambah dan tolak, pecahan, wang, masa dan waktu, ukuran dan
sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui kemahiran
proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan
perkaitan serta melaksanakan tugasan mudah dengan yakin dan jujur serta
pamerkan penyelesaian dengan tepat.

• Boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi nombor
bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, pecahan, wang, masa dan waktu,
ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui
kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan
dan perkaitan serta menyelesaikan tugasan dengan betul, bersistematik dan berani
mencuba.

• Boleh menyelesaikan masalah bukan rutin dalam kehidupan harian bagi nombor
bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, pecahan, wang, masa dan waktu,
ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui
kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan
dan perkaitan secara kreatif dan inovatif serta boleh menjadi pembimbing dan
teladan kepada rakan lain.

• Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap cemerlang.Dia
dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar,
membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami maklumat
dan idea yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan pada
tahap terbaik yang boleh menjadi model contoh.

DISEDIAKAN OLEH : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah (Rafidad MN)

(TP) TAHAP SAINS TAHUN 1
PENGUASAAN
PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
1
2 • Boleh menyebut contoh benda hidup, keperluan asas benda hidup, bahagian utama
tubuh manusia dan haiwan, bahagian utama tumbuhan, alat yang menggunakan
3 magnet, objek atau bahan yang boleh menyerap air, bentuk muka bumi, jenis tanah,
bentuk asas dan kemahiran saintifik serta menunjukkan minat dalam bidang ilmu
4 sains.

5 • Boleh menerangkan tentang perbezaan benda hidup dan benda bukan hidup,
keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya,
6 kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan, tindakan
magnet ke atas pelbagai objek, keupayaan objek atau bahan menyerap air,
perbezaan kandungan tanah, pelbagai bentuk bongkah dan kemahiran saintifik
serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu dalam bidang ilmu sains.

• Boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk melaksanakan
tugasan mudah dari aspek keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan,
deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian
tumbuhan, tarikan dan tolakan antara kutub magnet, keupayaan bahan menyerap
air, perbezaan kandungantanah dan pelbagai bentuk bongkah dengan jujur serta
merekod data dengan tepat.

• Boleh menghuraikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan
masalah secara bersistematik dari aspek keperluan asas bagi manusia, haiwan dan
tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan
bahagian tumbuhan, kekuatan magnet, keupayaan bahan menyerap air, perbezaan
kandungan tanah dan pelbagai bentuk bongkah serta berani mencuba.

• Boleh membuat keputusan dalam konteks penyelesaian masalah berdasarkan
pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek keperluan asas bagi manusia,
haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan,
kepentingan bahagian tumbuhan, kekuatan magnet, keupayaan bahan menyerap
air, perbezaan kandungan tanah dan pelbagai bentuk bongkah serta bekerjasama,
rajin dan tabah.

• Boleh menghasilkan idea atau produk baharu yang kreatif untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek
keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya,
kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan, sifat
magnet, keupayaan bahan menyerap air, perbezaan kandungan tanah dan pelbagai
bentuk bongkah serta bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam sekitar.

DISEDIAKAN OLEH : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah (Rafidad MN)


Click to View FlipBook Version