Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] PANDUAN PENILAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TAHUN 4
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA MELAYU TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang sangat terhad. Dia dapat bercerita dan memberi maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah di samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan penulisan mudah dengan banyak bimbingan guru. TP2 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang terhad. Dia dapat bercerita dan memberi maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah untuk memberikan sebab di samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan penulisan mudah dengan sedikit bimbingan guru. TP3 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat bercerita dan memberi maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah untuk memberikan alasan mudah di samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit penulisan mudah dengan tanpa bimbingan guru. TP4 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa pada tahap baik . Dia dapat bercerita dan memberi maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi untuk memberikan alasan di samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit penulisan mudah . TP5 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa pada tahap sangat baik . Dia dapat bercerita dan memberi maklum balas dan maklumat dalam komunikasi untuk memberikan alasan di samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit penulisan . TP6 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa pada tahap cemerlang. Dia dapat bercerita dan memberi maklum balas dan maklumat dalam komunikasi untuk memberikan alasan di samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit penulisan pada tahap terbaik yang boleh menjadi model contoh
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA INGGERIS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 • can display minimal understanding of short simple texts of one or two paragraphs after repeated listening and reading with visual support and full guidance. (boleh menunjukkan kefahaman yang minimal terhadap satu atau dua perenggan teks ringkas bahasa Inggeris setelah membaca dan mendengar secara berulang kali melalui sokongan visual dan bimbingan penuh) • can explain and give reasons for basic opinions, tell basic stories and describe experiences in the past with difficulty even with full guidance. (mengalami kesukaran untuk menerangkan dan memberi sebab bagi pandangan yang asas, menyampaikan cerita ringkas dan pengalaman di masa yang lalu walaupun bimbingan penuh diberikan) TP2 • can read and understand short simple texts of one or two paragraphs with visual support and full guidance. (boleh membaca dan memahami satu atau dua perenggan dalam teks ringkas bahasa Inggeris) melalui sokongan visual dan bimbingan guru secara berterusan) • can explain and give reasons for basic opinions, tell basic stories and describe experiences in the past with visual support and full guidance. (boleh menerangkan dan memberi sebab bagi pandangan yang asas, menyampaikan cerita ringkas dan pengalaman di masa yang lalu melalui sokongan visual dan bimbingan guru secara berterusan) TP3 • can read and understand short simple texts of one or two paragraphs with some guidance. (boleh membaca dan memahami satu atau dua perenggan dalam teks ringkas bahasa Inggeris dengan bimbingan guru) • can explain and give reasons for basic opinions, tell basic stories and describe experiences in the past with some guidance. (boleh menerangkan dan memberi sebab bagi pandangan yang asas, menyampaikan cerita ringkas dan pengalaman di masa yang lalu dengan bimbingan guru) TP4 • can read and understand short simple texts of one or two paragraphs with little guidance. (boleh membaca dan memahami satu atau dua perenggan dalam teks ringkas bahasa Inggeris dengan sedikit bimbingan daripada guru) • can explain and give reasons for basic opinions, tell basic stories and describe experiences in the past with little guidance. (boleh menerangkan dan memberi sebab bagi pandangan yang asas, menyampaikan cerita ringkas dan pengalaman di masa yang lalu dengan sedikit bimbingan guru) TP5 • can read and understand short simple texts of one or two paragraphs with little or no guidance. (boleh membaca dan memahami satu atau dua perenggan dalam teks ringkas bahasa Inggeris tanpa bimbingan guru) • can explain and give reasons for basic opinions, tell basic stories and describe
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] experiences in the past with no guidance. (boleh menerangkan dan memberi sebab bagi pandangan yang asas, menyampaikan cerita ringkas dan pengalaman di masa yang lalu tanpa bimbingan guru) TP6 • can read and understand short simple texts of one or two paragraphs confidently and independently. (boleh membaca dan memahami satu atau dua perenggan dalam teks ringkas bahasa Inggeris dengan jelas dan berkeyakinan tanpa bimbingan guru) • can explain and give reasons for basic opinions, tell basic stories and describe experiences in the past confidently and independently. (boleh menerangkan dan memberi sebab bagi pandangan yang asas, menyampaikan cerita ringkas dan pengalaman di masa yang lalu dengan jelas dan berkeyakinan tanpa bimbingan guru) • shows a good example of language use to others. (menunjukkan contoh yang baik di dalam pertuturan dan penulisan bahasa Inggeris)
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] MATEMATIK TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 boleh menyatakan pengetahuan asas matematik tentang nombor bulat hingga 100 000, pecahan tak wajar, nombor bercampur, nilai wang RM1 dengan nilai mata wang negara lain, perkaitan antara unit masa, perkaitan unit panjang, jisim dan isi padu cecair, paksi-x, paksi-y, asalan, notasi dan maksud unitari, membaca ayat matematik operasi asas dan operasi bergabung, mengenal dan menamakan mata wang negara utama dunia, sudut pada bentuk segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga, garis selari, garis serenjang dan membaca maklumat dari piktograf dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan dengan bimbingan serta menunjukkan minat untuk belajar. TP2 boleh menerangkan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 100 000, langkah-langkah menyelesaikan operasi asas dan operasi bergabung melibatkan tambah, tolak, darab, bahagi berkaitan nombor bulat dan wang, menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya, unit bagi panjang, jisim dan isi padu cecair, keperluan merekod simpanan dan perbelanjaan, ciri-ciri garis selari dan serenjang, maksud perimeter, luas dan isi padu dengan menggunakan rumus, langkah-langkah membaca koordinat titik dan menanda titik pada sukuan pertama, langkah-langkah membina piktograf dan carta palang serta menentukan nilai berdasarkan nisbah yang diberi melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu. TP3 boleh mengaplikasikan pengetahuan asas matematik bagi tajuk nombor bulat 100 000, operasi asas dan operasi bergabung melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi, pecahan, perpuluhan, peratus, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, melukis garis selari dan serenjang, mengira perimeter bentuk poligon, luas dan isi padu, membaca koordinat titik dan menanda titik bagi koordinat diberi dan membina piktograf dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan mudah dengan yakin dan jujur serta pamerkan penyelesaian dengan tepat. TP4 boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi tajuk nombor bulat hingga 100 000, operasi asas dan operasi bergabung melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi, pecahan, perpuluhan, peratus, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, koordinat, nisbah, kadaran dan piktograf dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta menyelesaikan tugasan dengan betul, bersistematik dan berani mencuba. TP5 boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi tajuk nombor bulat hingga 100 000, operasi asas dan operasi bergabung melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi, pecahan, perpuluhan, peratus, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, koordinat, nisbah, kadaran dan piktograf dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan menggunakan pelbagai strategi secara bekerjasama, rajin dan tabah. TP6 boleh menyelesaikan masalah bukan rutin dalam kehidupan harian bagi tajuk nombor bulat hingga 100 000, operasi asas dan operasi bergabung melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi, pecahan, perpuluhan, peratus, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, koordinat, nisbah, kadaran dan piktograf dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan secara kreatif dan inovatif serta boleh menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] SAINS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 boleh menyatakan pengetahuan tentang manusia yang berkaitan proses pernafasan, perkumuhan, penyahtinjaan, gerak balas terhadap rangsangan, organ pernafasan haiwan, invertebrata, tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, fotosintesis, sifat cahaya, bunyi, sumber tenaga, bentuk tenaga, sumber tenaga yang boleh dibaharui, sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui, sumber asas bahan, sifat bahan, graviti, putaran Bumi, peredaran Bumi, tuas, mesin ringkas, mesin kompleks dan kemahiran proses sains serta menunjukkan minat dalam bidang ilmu sains TP2 boleh menerangkan tentang manusia yang berkaitan proses pernafasan , perkumuhan, penyahtinjaan, gerak balas terhadap rangsangan, organ pernafasan haiwan, invertebrata, tumbuhan bergerak blas terhadap rangsangan, fotosintesis, sifat cahaya, bunyi, sumber tenaga, bentuk tenaga, sumber tenaga yang boleh dibaharui, sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui, sumber asas bahan, sifat bahan, graviti, putaran Bumi, peredaran Bumi, tuas, mesin ringkas, mesin kompleks dan kemahiran proses sains serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu dalam bidang ilmu sains. TP3 boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran proses sains untuk melaksanakan tugasan mudah dari aspek manusia yang berkaitan proses pernafasan , perkumuhan, penyahtinjaan, gerak balas terhadap rangsangan, organ pernafasan haiwan, invertebrata, tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, fotosintesis, sifat cahaya, bunyi, sumber tenaga, bentuk tenaga, sumber tenaga yang boleh dibaharui, sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui, sumber asas bahan, sifat bahan, graviti, putaran Bumi, peredaran Bumi, tuas, mesin ringkas dan mesin kompleks dengan jujur serta merekod data dengan tepat. TP4 boleh menghuraikan pengetahuan dan kemahiran proses sains untuk menyelesaikan masalah secara bersistematik dari aspek manusia yang berkaitan proses pernafasan, perkumuhan, penyahtinjaan, gerak balas terhadap rangsangan, organ pernafasan haiwan, invertebrata, tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, fotosintesis, sifat cahaya, bunyi, sumber tenaga, bentuk tenaga, sumber tenaga yang boleh dibaharui, sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui, sumber asas bahan, sifat bahan, graviti, putaran Bumi, peredaran Bumi, tuas, mesin ringkas, mesin kompleks serta berani mencuba. TP5 boleh membuat keputusan dalam konteks penyelesaian masalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran proses sains dari aspek manusia yang berkaitan proses pernafasan, perkumuhan, penyahtinjaan, gerak balas terhadap rangsangan, organ pernafasan haiwan, invertebrata, tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, fotosintesis, sifat cahaya, bunyi, sumber tenaga, bentuk tenaga, sumber tenaga yang boleh dibaharui, sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui, sumber asas bahan, sifat bahan, graviti, putaran Bumi, peredaran Bumi, tuas, mesin ringkas dan mesin kompleks serta bekerjasama, rajin dan tabah.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] TP6 boleh menghasilkan idea atau produk baharu yang kreatif untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran proses sains dari aspek manusia yang berkaitan proses pernafasan, perkumuhan, penyahtinjaan, gerak balas terhadap rangsangan, organ pernafasan haiwan, invertebrata, tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, fotosintesis, sifat cahaya, bunyi, sumber tenaga, bentuk tenaga, sumber tenaga yang boleh dibaharui, sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui, sumber asas bahan, sifat bahan, graviti, putaran Bumi, peredaran Bumi, tuas, mesin ringkas dan mesin kompleks serta bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam sekitar.
Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] SEJARAH TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 mengetahui perkara asas berkaitan ilmu Sejarah, diri dan keluarga, sejarah sekolah dan tempat tinggal murid, Zaman Air Batu, Zaman Prasejarah, kerajaan Melayu Awal dan tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari. TP2 menjelaskan maklumat berkaitan ilmu Sejarah, diri dan keluarga, sejarah sekolah dan tempat tinggal, Zaman Air Batu, kehidupan manusia Zaman Prasejarah, kerajaan Melayu Awal dan tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka murid dengan contoh. TP3 menyusun maklumat secara kronologi berkaitan ilmu Sejarah, diri dan keluarga, sejarah sekolah dan tempat tinggal murid, Zaman Air Batu, kehidupan manusia Zaman Prasejarah, kerajaan Melayu Awal dan tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka. TP4 menganalisis maklumat berkaitan ilmu Sejarah, diri dan keluarga, sejarah sekolah dan tempat tinggal murid, Zaman Air Batu dalam mempengaruhi corak kehidupan manusia, kehidupan manusia Zaman Prasejarah, kerajaan Melayu Awal dan ciri-ciri tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka. TP5 membuat penilaian berkaitan ilmu Sejarah, diri dan keluarga, sejarah sekolah dan tempat tinggal murid dalam kehidupan harian, kepentingan Zaman Air Batu kepada kelangsungan hidup manusia, kehidupan manusia Zaman Prasejarah dengan kehidupan masa kini, kerajaan Melayu Awal dalam membina jati diri bangsa dan tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka dalam menanamkan sikap bertanggungjawab. TP6 menjana idea tentang ilmu Sejarah, diri dan keluarga, sejarah sekolah dan tempat tinggal murid dalam membina jati diri, Zaman Air Batu untuk mengekalkan kelestarian gobal, kehidupan manusia Zaman Prasejarah untuk menghadapi cabaran masa hadapan, kerajaan Melayu Awal dalam membina semangat cinta akan negara dan tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka dalam membina semangat jati diri sebagai seorang pemimpin.