The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rafidadmn, 2023-03-28 00:31:37

PANDUAN PBD TAHUN 3 AKHIR TAHUN

PANDUAN PBD TAHUN 3 AKHIR TAHUN

Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] PANDUAN PENILAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) AKHIR TAHUN TAHUN 3


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA MELAYU TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang sangat terhad. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat mudah dalam karangan dengan banyak bimbingan guru. TP2 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang terhad. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat mudah dalam karangan dengan sedikit bimbingan guru. TP3 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat dalam karangan serta mengedit penulisan tanpa bimbingan guru. TP4 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap baik. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan. TP5 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap sangat baik. Dia dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami maklumat dan idea yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan. TP6 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap cemerlang. Dia dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami maklumat dan idea yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan pada tahap terbaik yang boleh menjadi model contoh


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA INGGERIS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 • can hardly read and understand simple sentences and short simple texts even with visual support and full guidance. (masih memerlukan bimbingan guru sepenuhnya untuk membaca dan memahami ayat dan teks ringkas dalam bahasa Inggeris.) • can hardly give basic opinions, tell basic stories and describe basic everyday routines even with full guidance. (masih memerlukan bimbingan guru sepenuhnya untuk memberitahu pandangan yang asas, cerita ringkas dan rutin harian.) TP2 • can read and understand simple sentences and short simple texts with visual support and full guidance. (boleh membaca dan memahami ayat dan teks ringkas dengan sokongan visual dan bimbingan guru secara berterusan.) • can give basic opinions, tell basic stories and describe basic everyday routines with visual support and full guidance. (boleh memberitahu pandangan yang asas, cerita ringkas dan rutin harian melalui sokongan visual dan bimbingan guru secara berterusan.) TP3 • can read and understand simple sentences and short simple texts with some guidance. (boleh membaca dan memahami ayat dan teks ringkas dengan bimbingan guru.) • can give basic opinions, tell basic stories and describe basic everyday routines with some guidance. (boleh memberitahu pandangan yang asas, cerita ringkas dan rutin harian dengan bimbingan guru.) TP4 • can read and understand simple sentences and short simple texts with little guidance. (boleh membaca dan memahami ayat dan teks ringkas dengan sedikit bimbingan daripada guru.) • can give basic opinions, tell basic stories and describe basic everyday routines with little guidance. (boleh memberitahu pandangan yang asas, cerita ringkas dan rutin harian dengan sedikit bimbingan guru) TP5 • can read and understand simple sentences and short simple texts with little or no guidance. (boleh membaca dan memahami ayat dan teks ringkas ringkas tanpa bimbingan guru.) • can give basic opinions, tell basic stories and describe basic everyday routines with no guidance. (boleh memberitahu pandangan yang asas, cerita ringkas dan rutin harian tanpa bimbingan guru.) TP6 • can read and understand simple sentences and short simple texts confidently and independently. (boleh membaca dan memahami ayat dan teks ringkas dengan jelas dan berkeyakinan tanpa bimbingan guru.) • can give basic opinions, tell basic stories and describe basic everyday routines confidently and independently. (boleh memberitahu pandangan yang asas, cerita ringkas dan rutin harian dengan jelas dan berkeyakinan tanpa bimbingan guru.) • shows a good example of language use to others. (menunjukkan contoh yang baik di dalam pertuturan dan penulisan bahasa Inggeris.)


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] MATEMATIK TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 boleh menyatakan pengetahuan asas matematik tentang nombor bulat hingga 10 000, pecahan wajar, pecahan tak wajar, nombor bercampur, perpuluhan dan peratus, perkaitan unit bagi panjang, jisim dan isi padu cecair, bentukbentuk prisma, poligon sekata, paksi simetri, membaca ayat matematik operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak, mengenal mata wang negara ASEAN, membaca waktu sebelum, semasa dan selepas dan membaca maklumat dari piktograf, carta palang dan carta pai melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan dengan bimbingan serta menunjukkan minat untuk belajar. TP2 boleh menerangkan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 10 000, operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak, pecahan wajar, pecahan tak wajar, nombor bercampur, perpuluhan dan peratus, simpanan dan pelaburan, maklumat daripada jadual sesuatu aktiviti, unit panjang, jisim dan isi padu cecair, ciri-ciri prisma dan poligon sekata, menamakan objek dan menjelaskan maklumat dari piktograf, carta palang dan carta pai melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu. TP3 boleh mengaplikasikan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 10 000, menyelesaikan ayat matematik melibatkan operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak bagi nombor bulat, wang hingga RM10 000, masa dan waktu dan ukuran dan sukatan, menambah dan menolak pecahan dan perpuluhan, membanding dua nilai perpuluhan, prisma dan bukan prisma serta melukis paksi simetri, menentukan kedudukan objek pada paksi mengufuk dan mencancang dan kewajaran jawapan bagi maklumat dari piktograf, carta palang dan carta pai melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan mudah dengan yakin dan jujur serta pamerkan penyelesaian dengan tepat. TP4 boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 10 000, operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak, pecahan, pepuluhan dan peratus, wang hingga RM10 000, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi, piktograf, carta palang dan carta pai melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta menyelesaikan tugasan dengan betul, bersistematik dan berani mencuba. TP5 boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 10 000, operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak, pecahan, pepuluhan dan peratus, wang hingga RM10 000, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi, piktograf, carta palang dan carta pai melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan menggunakan pelbagai strategi secara bekerjasama, rajin dan tabah. TP6 boleh menyelesaikan masalah bukan rutin berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 10 000, operasi asas dan operasi bergabung tambah dan tolak, pecahan, pepuluhan dan peratus, wang hingga RM10 000, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi, piktograf, carta palang dan carta pai melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan secara kreatif dan inovatif serta boleh menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain.


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] SAINS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 boleh menyebut jenis gigi manusia, contoh makanan, makanan dihancurkan dalam mulut, jenis gigi haiwan, cara tumbuhan membiak, unit bagi luas dan isi padu, contoh objek atau bahan yang timbul atau tenggelam, contoh bahan berasid dan beralkali, ahli sistem suria, kegunaan takaldan kemahiran saintifik serta menunjukkan minat dalam bidang ilmu sains. TP2 boleh menerangkan tentang fungsi gigi manusia, kelasmakanan, urutan aliran makanan semasa pencernaan, tabiat pemakanan haiwan, kepentingan pembiakan tumbuhan, kaedah pengukuran luas dan isi padu, hubungkait objek atau bahan yang timbul atau tenggelam dengan ketumpatan, sifat bahan berasid dan beralkali, urutan ahli sistem suria, cara takal berfungsidan kemahiran saintifik serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu dalam bidang ilmu sains. TP3 boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk melaksanakan tugasan mudah dari aspek gigi manusia, makanan seimbang, pencernaan, tabiat pemakanan haiwan, pembiakan tumbuhan, pengukuran luas dan isi padu, objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada air, sifat bahan berasid dan beralkali, urutan ahli sistem suria dan cara takal berfungsi dengan jujur serta merekod data dengan tepat. TP4 boleh menghuraikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah secara bersistematik dari aspek gigi manusia, kelas makanan, pencernaan, tabiat pemakanan haiwan, pembiakan tumbuhan, pengukuran luas dan isi padu, objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada air, sifat bahan berasid dan beralkali, sistem suria dan takal serta berani mencuba. TP5 boleh membuat keputusan dalam konteks penyelesaian masalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek gigi manusia, kelas makanan, pencernaan, tabiat pemakanan haiwan, pembiakan tumbuhan, pengukuran luas dan isi padu, objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada air, sifat bahan berasid dan beralkali, sistem suria dan takal serta bekerjasama, rajin dan tabah. TP6 boleh menghasilkan idea atau produk baharu yang kreatif untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek gigi manusia, kelas makanan, pencernaan, tabiat pemakanan haiwan, pembiakan tumbuhan, pengukuran luas dan isi padu, objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada air, sifat bahan berasid dan beralkali, sistem suria dan takalserta bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam sekitar.


Click to View FlipBook Version