The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rafidadmn, 2023-03-28 00:28:35

PANDUAN PBD TAHUN 1 PERTENGAHAN TAHUN

PANDUAN PBD TAHUN 1 PERTENGAHAN TAHUN

Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] PANDUAN PENILAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) PERTENGAHAN TAHUN TAHUN 1


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA MELAYU TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang sangat terhad. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat mudah dalam karangan dengan banyak bimbingan guru. TP2 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang terhad. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat mudah dalam karangan dengan sedikit bimbingan guru. TP3 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis ayat dalam karangan serta mengedit penulisan tanpa bimbingan guru. TP4 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap baik. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat tunggal semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan yang betul dan memahami maklumat yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan. TP5 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap sangat baik. Dia dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami maklumat dan idea yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan. TP6 mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap cemerlang.Dia dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar, membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami maklumat dan idea yang dibaca di samping menulis karangan serta mengedit penulisan pada tahap terbaik yang boleh menjadi model contoh .


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] BAHASA INGGERIS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 • can hardly read and understand basic English words with full guidance. (masih memerlukan bimbingan guru sepenuhnya untuk membaca dan memahami perkataan mudah dalam bahasa Inggeris). • can copy the words they see and repeat the words they hear. (boleh menyalin perkataan dilihat dan mengulangi kata-kata didengar). TP2 • can read and understand simple words with visual support and full guidance (boleh membaca dan memahami perkataan mudah dengan sokongan visual dan bimbingan guru secara berterusan). • can copy words and simple phrases, as well as repeat them slowly and clearly. (Boleh menyalin perkataan dan frasa ringkas yang dilihat serta mengulangi kata-kata yang didengar dengan perlahan dan jelas). TP3 • can read and understand simple words and very simple phrases with visual support and some guidance. (boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa ringkas dengan sokongan visual serta sedikit bimbingan guru). • can use simple words and very simple phrases in speaking and writing with visual support and some guidance. (boleh bertutur dan menulis dengan menggunakan perkataan dan frasa ringkas dengan sokongan visual serta sedikit bimbingan guru). TP4 • can read and understand simple words and very simple phrases with little guidance. (boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa ringkas dengan sokongan visual serta sedikit bimbingan daripada guru). • can use these simple words and very simple phrases in speaking and writing with little guidance. (boleh bertutur dan menulis dengan menggunakan perkataan dan frasa ringkas dengan sedikit bimbingan guru). TP5 • can read and understand simple words and simple phrases with no guidance. (boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa ringkas tanpa bimbingan guru.) • can use simple words and very simple pharses in speaking and writing with no guidance. (boleh bertutur dan menulis dengan menggunakan perkataan dan frasa ringkas tanpa bimbingan guru.) TP6 • can read and understand simple words and very simple phrases confidently and independently. (boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa ringkas dengan jelas dan berkeyakinan tanpa bimbingan guru.) • can use simple words and very simple phrases in speaking and writing confidently and independently. (boleh bertutur dan menulis dengan menggunakan perkataan dan frasa ringkas dengan jelas dan berkeyakinan tanpa bimbingan guru.) • shows a good example of language use to others. (menunjukkan contoh yang baik di dalam pertuturan dan penulisan bahasa Inggeris.)


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] MATEMATIK TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 boleh menyatakan pengetahuan asas matematik tentang nombor bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, mengenal pecahan, mengenal mata wang Malaysia, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan dengan bimbingan serta menunjukkan minat untuk belajar. TP2 boleh menerangkan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan mengumpul data melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu. TP3 boleh mengaplikasikan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, pecahan, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan mudah dengan yakin dan jujur serta pamerkan penyelesaian dengan tepat. TP4 boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, pecahan, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta menyelesaikan tugasan dengan betul, bersistematik dan berani mencuba. TP5 boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, pecahan, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan menggunakan pelbagai strategi secara bekerjasama, rajin dan tabah. TP6 boleh menyelesaikan masalah bukan rutin dalam kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 100, operasi tambah dan tolak, pecahan, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan piktograf melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan secara kreatif dan inovatif serta boleh menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain.


Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Sri Indah Disediakan oleh : Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah [Rafidad Mohd Noor] SAINS TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN TP1 boleh menyebut contoh benda hidup, keperluan asas benda hidup, bahagian utama tubuh manusia dan haiwan, bahagian utama tumbuhan, alat yang menggunakan magnet, objek atau bahan yang boleh menyerap air, bentuk muka bumi, jenis tanah, bentuk asas dan kemahiran saintifik serta menunjukkan minat dalam bidang ilmu sains. TP2 boleh menerangkan tentang perbezaan benda hidup dan benda bukan hidup, keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan, tindakan magnet ke atas pelbagai objek, keupayaan objek atau bahan menyerap air, perbezaan kandungan tanah, pelbagai bentuk bongkah dan kemahiran saintifik serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu dalam bidang ilmu sains. TP3 boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk melaksanakan tugasan mudah dari aspek keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan, tarikan dan tolakan antara kutub magnet, keupayaan bahan menyerap air, perbezaan kandungantanah dan pelbagai bentuk bongkah dengan jujur serta merekod data dengan tepat. TP4 boleh menghuraikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah secara bersistematik dari aspek keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan, kekuatan magnet, keupayaan bahan menyerap air, perbezaan kandungan tanah dan pelbagai bentuk bongkah serta berani mencuba. TP5 boleh membuat keputusan dalam konteks penyelesaian masalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan, kekuatan magnet, keupayaan bahan menyerap air, perbezaan kandungan tanah dan pelbagai bentuk bongkah serta bekerjasama, rajin dan tabah. TP6 boleh menghasilkan idea atau produk baharu yang kreatif untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan, sifat magnet, keupayaan bahan menyerap air, perbezaan kandungan tanah dan pelbagai bentuk bongkah serta bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam sekitar.


Click to View FlipBook Version