AHLI KUMPULAN : MUHAMAD HAIKAL HAKIMI BIN MOHD SUKRI KHAIRUL AL-MU’IZ CHONG BIN KHAIRUL IKHWAN CHONG MOHD SYAZRUL AMIN BIN MOHD ZAINON NAMA PENSYARAH : MUHD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH
Islam mengajar kita supaya menjaga hubungan dengan jiran dan ia amat penting bag menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Secara fitrahnya, manusia tidak bole hidup bersendiran atau mengasingkan diri dari orang lain. Oleh itu, Islam menekankan kepentingan menialinkan hubungan dengan masarakat sekeliling atau jiran tetangga. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan keiranan. Hal ini disebabkan, hidup berjiran merupakan salah satu gaya hidup Islam.Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlulah saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri seta harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu dijaga seperti yang dituntut oleh agama Islam
Dari segi bahasa jiran berasal daripada bahasa Arab vang membawa maksud orang vang linggal bersebelahan atau letangga. Dari segi istilah iran adalah orang yang linggal bersebelahan dengan rumah, kampung, dacrah malahan lebih besar daripada itu iaitu iran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap perjuru yang mengelilingi rumah
1. Ziarah menziarahi 2. Bergotong-royong 3. Menjaga keselamatan rumah jiran 4. Jauhi perasaan hasad dengki 5. Pelihara rahsia jiran walaupun lain agama
Tolong menolong Ketika berada dalam keadaan susah dan senang Ziarah menziarahi sesama jiran tetangga Menghantar makanan Sentiasa memberikan salam Ketika berjumpa Sentiasa bertegur sapa Sentiasa prihatin terhadap keadaan jiran
USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN MENGADAKAN GOTONG-ROYONG MENGADAKAN RUMAH TERBUKA AMALAN ZIARAH MENZIARAHI MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN
JENIS JIRAN HAK JIRAN MUSLIM YANG MEMPUNYAI TALIAN SAUDARA • HAK SEBAGAI SEORANG MUSLIM • HAK SEBAGAI SAUDARA • HAK SEBAGAI SEORANG JIRAN JIRAN MUSLIM YANG TIDAK MEMPUNYAI TALIAN SAUDARA • HAK SEBAGAI SEORANG MUSLIM • HAK SEBAGAI SEORANG JIRAN JIRAN BUKAN ISLAM • HAK SEBAGAI SEORANG JIRAN
DICEMUH MASYARAKAT MENJEJASKAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN HIDUP MASYARAKAT SUKAR MENDAPAT BANTUAN KETIKA DITIMPA MUSIBAH MENJEJASKAN KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA TERASING DAN TERPINGGIR DARIPADA MASYARAKAT TIDAK MENDAPAT KETENANGAN HIDUP
BERLAKU PERSELISIHAN FAHAM ANTARA JIRAN TETANGGA MEROSAKKAN PERPADUAN DAN MEMBANGKITKAN PERMUSUHAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT SUKAR MENDAPATKAN PERTOLONGAN KEMUNGKARAN BERLAKU SECARA BERLELUASA
Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian Kehidupan bermasyarakat diberkati Allah SWT Bersatu kearah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti Sentiasa selesa dan mendapat pembelaan Lebih mudah basmi kemungkaran
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapoat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa "tak kenal maka tak cinta". Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
Sestengah anggota masyarakat kini lebih bersifat materialistik, iaitu mengutamakan kebendaan dan kerjaya. Sesetengah anggota masyarakat kini bersifat individualistik, iaitu mengutamakan hal masing-masing tanpa mempunyai masa untuk mengenali jiran. Ada ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan anak jiran yang berlainan kaum. Ibu bapa tidak menerapkan kepentingan amalan kejiranan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak mempedulikan jiran sekeliling. Masyarakat di kawasan kejiranan tidak menunjukkan kerjasama apabila tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan kediaman mereka. Tiadanya aktiviti rukun tetangga di sesetangah kawasan kediaman menyebabkan hubungan antara jiran menjadi longgar. Amalan gotong-royong dalam majlis kenduri dan sebagainya sudah semakin ditinggalkan kerana masyarakat lebih suka menggunakan khidmat katering.
Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jika kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat.
Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat. Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiranjirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Jenis pengotor Suka buat bising Parking kenderaan sesuka hati
Berbincang dengan baik Buat aduan kepada pihak berkuasa Bawa ke mahkamah
*Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik* َع ب د َع ن َّللا ى َر قَ قَا َل ُسو ُل َع مٍر ا َل ب و ن َّللا َ ل َّللا ي ه َص ُ َ َعلَ م َ َو َسل ن ع ن َد َّللا َرا جي ل َو َخ ي ُر ا َصا حب ه ص َحا ب ع ن َد َّللا َخ ي ُر ُه م ل ْلَ خَي ْ ُر ا ر َخ ي ه ُر ُه م َجا ل _*Dari Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap jirannya.”*_ (HR Tirmizi No: 1867) Status: Hasan
CARA 1 : BERTEGUR SAPA 1. Langkah mudah pertama ialah bertegur sapa dengan jiran.Berbicara dengan jiran,mengucapkan salam,dan senyuman dapat menciptakan perasaan keakraban dan kepercayaan.Dengan menghormati jiran dan membina hubungan yang baik,semangat kejiranan dapat dipertingkatkan.
CARA 2 : MENGADAKAN MAJLIS KEJIRANAN 2. Majlis kejiranan dapat diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama jiran.Majlis boleh diadakan semperna sambutan hari raya,majlis gotong-royong atau lain-lain acara yang sesuai.Ini dapat menciptakan perasaan persaudaraan dan kerjasama antara jiran.
CARA 3 : MENJAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN 3. Kebersihan adalah sebahagiaan daripada menjaga keselesaan dan kesihatan.Menjaga kawasan kejiranan,mengutip sampah dan menjaga kebersihan rumah dan kawasan perumahan adalah tanggungjawab bersama.Memupuk amalan menjaga kebersihan akan menciptakan persekitaran yang bersih dan sihat.
CARA 4 : MENYEDIAKAN SUMBANGAN 4. Sumbangan tidak semestinya dalam bentuk wang,ia boleh dalam bentuk barang yang tidak digunakan seperti buku,pakaian atau peralatan rumah yang masih boleh digunakan.Membantu jiran yang kurang bernasib baik dan menjadikan mereka merasa dihargai.
CARA 5 : MEMPROMOSIKAN KEJIRANAN 5. Memperkenalkan kejiranan dengan cara yang kreatif seperti membuat blog atau media sosial dapat menarik minat penduduk setempat serta menggalakkan mereka untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti komuniti. Melalui platform digital, mereka dapat berkongsi maklumat tentang kejiranan, mempromosikan acara-acara komuniti dan mengumpulkan pendapat orang ramai
CARA 6 : BANTU JIRAN-JIRAN YANG MEMERLUKAN 6. Bantulah jiran-jiran anda apabila mereka memerlukan bantuan. Ini boleh termasuk membantu dengan pekerjaan rumah tangga atau membantu mereka yang memerlukan bantuan khusus seperti pengangkutan ke hospital
CARA 7 : HIAS RUMAH ANDA 7. Hias rumah anda dengan cara yang menggalakkan semangat kejiranan. Ini boleh termasuk menggantung bendera kebangsaan atau menghias pagar dengan lampulampu warna-warni semasa musim perayaan.
KESIMPULAN Memupuk semangat kejiranan adalah penting untuk menjaga keharmonian kawasan kejiranan dan membina hubungan yang baik dengan jiran-jiran. Dalam artikel ini, saya telah berkongsi dengan anda lebih 10 cara memupuk semangat kejiranan. Amalan-amalan ini mudah dilakukan dan dapat membantu anda membina hubungan yang baik dengan jiran-jiran anda. Mulailah amalan-amalan ini hari ini dan saksikan bagaimana semangat kejiranan anda berkembang.