NAMA KURSUS:
GGGC6033
ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TAJUK:
CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
TARIKH AKHIR:
3 APRIL 2022
PENSYARAH:
DR. AHMAD ZAMRI BIN MANSOR
NAMA KUMPULAN:
KUMPULAN SKYNL-2
KETUA KUMPULAN:
P118193 SHOBANA A/P MUNIANDY
AHLI-AHLI KUMPULAN:
P118179 KAVITHA A/P M.CHANDRAN
P118183 LETCHUMI A/P NADARAJAH
P118942 NOZIHA BINTI DIN
P118193 SHOBANA A/P MUNIANDY
P118944 YOEHANA BINTI ABU BAKAR
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.………………..………….………………………………………….. 3
2.0 Cabaran Tahap Kompetensi Guru ………………………………………………….. 5
2.1 Permasalahan dan bukti ……………………………………………………... 6
2.2 Implikasi ………………………………………………………………………. 9
2.3 Cadangan Penyelesaian ………………………………………………………. 11
3.0 Cabaran Kemudahan dan Peralatan TMK ..……………………………………….. 13
3.1 Permasalahan dan bukti ……………………………………………………... 13
3.2 Implikasi ………………………………………………………………………. 16
3.3 Cadangan Penyelesaian ………………………………………………………. 17
4.0 Cabaran Dari Aspek Sikap, Emosi Serta Kesiapsiagaan Guru ..……………….…. 19
4.1 Permasalahan dan bukti ……………………………………………………... 20
4.2 Implikasi ……………………………….………………………………….…... 26
4.3 Cadangan Penyelesaian ………………………………………………….…… 27
5.0 KESIMPULAN...…...…………………………………………………………………. 30
RUJUKAN...……………………………………………………………………………….. 31
LAMPIRAN..………………………………………………………………………………. 34
2
1.0 PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information and Communication
Technology (ICT) adalah gabungan peranti dan sumber teknologi yang digunakan untuk
memanipulasi dan menjalinkan informasi Kaware & Sain (2015) dalam Thian & Mohd Effendi
(2021). Alat teknologi merangkumi semua alat elektronik dan digital seperti komputer, Internet dan
teknologi multimedia yang lain Nur Afiqah Zakaria & Fariza Khalid (2016) dalam Thian & Mohd
Effendi (2021) termasuk perisian, permainan digital, media sosial dan sebagainya.
Pengajaran didefinisikan sebagai perihal mengajar iaitu segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar seperti cara atau sistem mengajar dan aspek yang dipentingkan. Pengajaran juga
ditakrifkan sebagai segala sesuatu sama ada cara, perbuatan dan lain-lain yang diajarkan atau
peringatan dan pedoman. Manakala pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar mengikut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah bagai aur
dengan tebing. Kedua-duanya sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan.
Penggunaan TMK dalam PdP bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses serta keberkesanan proses PdP (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2012). Di samping itu, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) juga ditakrifkan penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP.
Matlamat utama TMK dalam pendidikan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan
keupayaan murid dalam pelajaran dan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan
pelbagai keupayaan. Selain itu, penggunaan TMK juga dapat mewujudkan suasana yang mencabar
dan menyeronokkan serta membolehkan pembelajaran bersendiri.
KPM telah berusaha menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah satu
pelantar bagi melaksanakan aktiviti PdP di sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Pengaplikasian komputer dan perisian yang tepat dan betul dalam sistem pendidikan negara mampu
memantapkan lagi proses PdP berdasarkan keperluan dan kehendak semasa.
Pihak KPM telah mengambil pelbagai langkah dalam memperkasakan TMK dalam PdP untuk
meningkatkan kualiti pengajaran. Walau bagaimapun tidak dinafikan setiap pelaksanaan suatu
teknologi pasti ada cabaran yang perlu dilalui.
Seiring dengan perkembangan dalam bidang TMK, PdP juga menjadi lebih menarik, mudah
dan berkesan. Di samping itu, penggunaan TMK dalam era globalisasi ini amat membantu guru-
guru dalam PdP kerana dapat meningkatkan kefahaman, minat, motivasi dan menambahkan
pengetahuan murid. Maka pelbagai kaedah pengajaran perlu diperluaskan berasaskan TMK, modul-
modul pengajaran kendiri, modul interaktif dan seumpamanya perlu dibudayakan supaya PdP
menjadi lebih berkesan dan memberi rangsangan baharu dalam kalangan murid.
3
Para guru sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah PdP dalam
kelas, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan TMK. Perkembangan maklumat,
pengetahuan dan ilmu yang diperoleh menerusi TMK ini, guru-guru pasti berupaya memberi nilai
tambah kepada mata pelajaran yang diajarnya. Oleh itu, para guru harus bersikap proaktif serta
responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan dari masa ke masa. Guru juga perlu lebih
kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran kepada murid. Oleh
yang demikian, penggunaan TMK dicadangkan supaya diaplikasikan dalam proses PdP di semua
sekolah.
4
2.0 Cabaran Tahap Kompetensi Guru
Dalam menuju era globalisasi pada masa kini, kita sentiasa mengharungi banyak perubahan
dari semasa ke semasa dalam pelbagai bidang. Hampir semua bidang telah dikuasai sepenuhnya oleh
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang terdiri daripada pelbagai peralatan
atau peranti yang berfungsi sebagai medium untuk memudahkan kerja manusia. Penggunaan TMK
ini amat penting dalam pencarian maklumat, memperoleh maklumat, menyimpan maklumat,
memanipulasikan maklumat dan menyampaikannya kepada pihak lain. Bidang Pendidikan juga
tidak ketinggalan dalam arus perubahan ini. Bagi menyahut cabaran ini Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2023-2025 yang
dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik TMK, berkemahiran dan berakhlak
mulia. Bagi memperluas penggunaan TMK di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mensasarkan semua sekolah rendah dan sekolah menengah dilengkapi infrastruktur, peralatan,
perisian yang lengkap serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang mencukupi untuk
memastikan penggunaan TMK berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran.
Namun dengan beredarnya masa dan zaman kemudahan TMK dari hari ke hari dengan
wujudnya Internet, peralatan TMK yang lebih canggih dan media sosial yang turut memberi impak
yang tinggi dalam dunia Pendidikan. Pengubal Kurikulum Pendidikan di serata dunia lebih
cenderung dalam memasukkan aspek TMK ini sebagai komponen penting dalam pengaplikasian
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa pandangan yang menyatakan
bahawa penggunaan teknologi pendidikan dalam PdP dapat meningkatkan keupayaan akademik
murid dengan memberikan murid pengalaman pembelajaran yang berpusatkan murid dan sesuai
dengan keperluan pembelajaran masing-masing (Brown Englehardt & Mathers 2016). Sebagai
seorang guru yang peka akan perubahan seharusnya menyahut cabaran ini dalam melahirkan anak
bangsa mampu juang di persada dunia. Peranan seseorang guru itu sangat penting di mana beliau
berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada para murid. Guru juga berperanan sebagai
tempat untuk memperkembangkan minat bakat untuk membina daya pemikiran yang kritis dan
kreatif kepada murid sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka. Guru akan dihantar ke sekolah setelah mendapat latihan di maktab perguruan.
Dalam konteks ini, seseorang guru tidak seharusnya bangga ataupun menganggap proses
pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga guru yang lama mengajar di sekolah, tidak
seharusnya memikirkan tahap kompetensi mereka cukup untuk mengajar murid. Seseorang guru
dianggap berjaya, jika guru itu dapat memajukan diri dalam profesionnya, tetapi isu yang seringkali
diperkatakan pada masa sekarang ialah permasalahan perkembangan profesional terutamanya
kompetensi dalam pengolahan TMK yang kurang dan berkesan di kalangan guru.
5
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (4) kompetensi membawa maksud kecekapan. Secara
terperincinya kompetensi adalah kemampuan yang dimiliki oleh seseorang dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan. Dengan merujuk kompetensi kita dapat menilai kemampuan dan
kemahiran yang dimiliki oleh seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Manakala TMK
membawa maksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala
aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Kompetensi TMK membawa maksud
kemahiran atau kemampuan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan maklumat. Guru -guru
terutamanya guru veteran kurang berkompetensi dalam penggunaan TMK.
2.1 Permasalahan dan bukti
Rajah 1
Rajah 1 merupakan dapatan daripada kajian Talirkodi (2016) dalam soal selidik melibatkan
guru yang menunjukkan kurangnya minat di kalangan guru terhadap penggunaan TMK adalah sangat
tinggi. Ini kerana beliau mendapati rata-rata guru takut menggunakan TMK, tidak gunakan TMK
semasa PdP dan juga berpendapat penggunan TMK di dalam kelas memakan masa yang lama.
Penggunaan teknologi oleh seseorang guru adalah sangat kurang di dalam kelas. Ia mungkin
disebabkan oleh pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru terhadap penggunaan
TMK adalah terhad. Walaupun terdapat banyak usaha yang dirancang oleh kerajaan untuk
meningkatakan mutu Pendidikan ke mata dunia seperti SDG (Sustainable Development Goal) 4
Quality Education tetapi masih ada golongan guru-guru dalam kategori kurangnya kompetensi dalam
TMK. Mereka masih menghadapi kesukaran dalam mencari dan mengenal pasti maklumat yang
dikehendaki.
6
Rajah 2
Daripada penelitian,dan kajian Talirkodi (2016) juga dapat merumuskan bahawa min 2.37
guru tidak mempunyai kemahiran atau kompetensi TMK yang mencukupi. Dalam kajian ini juga,
dapat dilihat kemahiran TMK dalam perisian seperti pemproses kata dan melayari Internet,
menggunakan peralatan TMK adalah 68% dengan min 3.36. Ia secara tidak langsung, dapat
merumuskan di sini tahap penguasaan kompetensi TMK di kalangan guru masih kurang memuaskan.
Guru-guru masih kurang berkemahiran dalam pengendalian peralatan TMK di sekolah mahupun di
tempat lain. Selain daripada itu, dapatan dari kajian Jurnal Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan (Christina Andin) menyatakan ada
guru yang tidak mempunyai pengetahuan dalam aspek yang berkaitan tentang fungsi dan penggunaan
Microsoft Frontpage. Ini berlaku disebabkan guru-guru kurang menggunakan perisian ini di sekolah.
Secara umumnya perisian ini lebih kepada pembinaan laman web dan guru-guru berpendapat ia tidak
penting untuk diri mereka.
7
Rajah 3
Dalam Rajah 3, hasil daripada dapatan kajian Halangan terhadap Penggunaan Komputer dan
ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah, Johari Bin
Hassan menyatakan masih ada 4.6% guru yang tidak menggunakan perisian Microsoft Word untuk
menyediakan nota dan latihan kepada para murid. Dalam kajian yang sama juga, penyelidik
menyatakan 28.7% orang guru tidak pernah menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain
daripada itu, penyelidik berpendapat bahawa bentuk penggunaan TMK yang digunakan oleh guru
berada di tahap yang sederhana. Ia dimana penggunaan komputer sepenuhnya untuk komunikasi
dengan murid di dalam kelas adalah sangat terhad.
Menurut jurnal “Teaching and Learning with Technology (2015)” oleh Simin Ghavifekr
menyatakan tahap penguasaan dan kemahiran TMK di kalangan guru sangat kurang sehingga mereka
tidak dapat mengaplikasikan dalam PdP di dalam kelas. Mereka lebih menggunakan percakapan
dengan murid ataupun mencari alternatif yang mudah untuk melaksanakan PdP di dalam kelas.
Mampukah perlakuan seperti ini dapat melahiran anak bangsa yang celik TMK searah dengan
pemantapan taraf Pendidikan? Adalah menjadi tanggungjawab setiap pendidik yang kurang
8
berkompetensi dalam TMK mencari jawapan kepada persoalan ini. Terdapat banyak implikasi atau
kesan yang dihadapi oleh murid dan guru dalam mengharungi cabaran ini.
2.2 Implikasi
Permasalahan dalam perkembangan profesional yang kurang berkesan di kalangan guru
menyebabkan guru tidak dipuji ataupun dihormati di kalangan ibubapa di sekolah. Melalui bacaan
surat khabar Kosmo yang bertarikh 21 Julai 2016, bekas Timbalan Menteri Datuk P.Kamalanathan
berkata pendedahan, penguasaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan
minda kanak-kanak berkembang melalui kaedah yang lebih inovatif. Pernyataan tersebut secara
tidak langsung menerangkan bahawa guru harus melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam
kelas dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid melalui pembelajaran yang
berkesan. Tetapi masalahnya, adakah para guru menjalankan tugasan yang diterima di sekolah
dengan kadar baik? Tugas utama seseorang guru adalah menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas, tetapi ada segelintir guru mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai seorang guru.
Menurut Kajian Talirkodi (2016) dalam artikel hubungan motivasi guru dengan penggunaan
ict dalam pengajaran menyatakan motivasi guru dalam penggunaan TMK adalah kurang. Motivasi
seseorang guru dalam pengajaran bukan sahaja dapat membangunkan bidang perguruan malah dapat
memantapkan pengajaran di dalam kelas. Namun apa yang diperhatikan oleh pengkaji ialah
kekurangan motivasi guru dalam penggunaan TMK menyebabkan mereka tidak dapat menonjolkan
pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Masalah seumpama ini berlaku di kalangan guru kerana
kemahiran pengetahuan guru tentang penggunaan Internet adalah kurang. Mereka juga menghadapi
masalah dan kesulitan dalam mencari dan mengenal pasti sesuatu maklumat tertentu. Guru juga
mengambil masa yang lama untuk melayari Internet untuk dapatkan maklumat tentang pembelajaran
dan pengajaran disebabkan kurangnya pengetahuan dalam bidang teknologi. Guru takut dan malu
kerana kelemahan mereka akan diketahui oleh orang lain atau orang di sekelingnya.
Pengkaji juga memberitahu kurangnya kemahiran pengetahuan dalam bidang TMK
menyebabkan seseorang guru itu tidak dapat memastikan aspek pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dijalankan dengan lancar di dalam kelas. Guru itu menghadapi masalah dalam menyediakan
bahan bantu mengajar ataupun kuiz yang berkaitan dengan topik yang diajar di waktu pembelajaran.
Justeru perkara ini berlaku disebabkan kurangnya kompetensi dalam bidang TMK oleh guru. Mereka
tidak dapat menyediakan sesuatu bahan mengikut masa yang ditetapkan. Guru bersikap leka dan
tidak memandang serius terhadap perkara seumpama ini. Akibat daripada pengetahuan dan
9
kemahiran yang kurang dalam menggunakan teknologi, maka proses pengendalian kelas akan
menjadi lebih lama dan kadang-kala tidak boleh dijalankan. Keadaan ini secara tidak langsung
menyebabkan murid-murid di dalam kelas tidak dapat mengikuti proses PdP pada masa yang
ditetapkan. Maka tanggungjawab guru sering dipersoalkan jika keadaan sedemikian berlaku di dalam
waktu PdP.
Rajah 4
Menurut akhbar Harian Metro, Isnin, 21 Jun, 2010 guru tiada masa untuk keluarga. Guru
selalu dikelilingi dengan tugasan yang banyak di sekolah. Banyak tugasan ataupun aktiviti yang
perlu diselesaikan oleh guru selain daripada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akibat
daripada tugasan yang banyak di sekolah guru tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran di dalam kelas. Mereka terpaksa tunggu sehingga sekolah tamat dan
menyediakan aktiviti ataupun rancangan pelajaran untuk keesokkan hari dan balik ke rumah. Guru
mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan bantu mengajar untuk keesokkan hari.
Pengetahuan dan kemahiran yang kurang dalam bidang TMK menyukarkan guru-guru dan kerjanya
terpaksa ditanggung ataupun lambat dihabiskan. Biasanya para guru balik ke rumah pada waktu
petang. Masa yang banyak dihabiskan di sekolah sehingga keluarganya terjejas disebabkan kurang
berada di rumah. Anak-anak yang kecil terpaksa dijaga oleh nenek ataupun saudara–maranya.
Terdapat dua kumpulan yang perlu diambil kira, iaitu guru lama (veteran) dan guru baru.
Biasanya masalah seumpama ini berlaku kepada guru lama dan guru baharu kebanyakkan sudah ada
10
pengetahuan sedia ada semasa mereka mengikuti pengajian di Maktab ataupun Institut Pendidikan
Guru. Kebanyakkan guru lama masih mengamalkan pengajaran tradisonal di sekolah. Guru-guru
tersebut masih mengamalkan pembelajaran dua hala. Guru akan salin nota di papan putih dan murid
akan menyalinnya. Tren ini masih diamalkan sehingga kini dan ia secara langsung membosankan
murid-murid di sekolah. Kanak-kanak pada masa kini terdedah dengan TMK sejak kecil lagi.
Apabila mereka melangkah kaki ke sekolah mereka mengharapkan situasi yang sama berlaku di
sekolah. Mereka mahu pengajaran dan pembelajaran di kelas lebih berfokus kepada penggunaan
TMK, tetapi perilaku guru veteran ini lebih kepada pengajaran tradisional dan ia membosankan
murid-murid di kelas. Rasa ingin belajar lama-kelamaan akan berkurang di kalangan murid. Jika
ada penyediaan bahan atau aktiviti yang baik dikalangan guru maka ia akan menaikkan minat yang
tinggi di kalangan murid. Jika ada minat yang tinggi maka,murid akan belajar dalam keadaan yang
selesa, kondusif serta pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.
Jika seseorang guru tidak bermotivasi dalam diri mereka, maka kualiti sesuatu pendidikan
yang telah dirangka dan dibangunkan tidak akan tercapai (Nor et al,2019). Guru yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang kurang dalam bidang TMK tidak mudah menerima integrasi TMK
dalam pengajaran mereka (Ravendran & Daud,2020). Apabila kesediaan guru khususnya aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap individu guru tidak memuaskan, ia secara tidak langsung menjadi
kesan yang teruk kepada guru dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran. (Johansson
2017: Langan 2015; Kavita 2018)
2.3 Cadangan Penyelesaian
Berdasarkan isu dan implikasi berkaitan tahap komptensi TMK yang telah dibincangkan di
atas, terdapat beberapa penambahbaikkan yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan TMK semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Antaranya ialah dalam jadual waktu kelas perlu diterapkan ruang dan masa untuk menggunakan
teknologi maklumat dengan baik dan cukup. Penambahbaikkan perlu diterapkan sejak dari sekolah
rendah lagi supaya guru dapat membiasakan diri dalam teknologi maklumat dan membina keyakinan
diri dan menambah ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memainkan peranan penting
dalam membuat penambahbaikkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Pihak KPM juga perlu menyediakan infrastruktur TMK yang bersepadu dan berterusan di
luar bandar dan pedalaman. Manakala guru pula, perlu berusaha menguasai kemahiran
menggunakan TMK agar mereka dapat mengaplikasikan dan menggunakan TMK agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
11
Minat untuk belajar perlu diterapkan pada diri guru itu sendiri. Minat guru-guru dalam
penguasaan teknologi secara langsung boleh mewujudkan satu asas bagi sikap guru terhadap
penggunaan TMK dalam pengajaran. Guru-guru perlu bersikap positif terhadap perkembangan
TMK. Sebagai contoh dengan penggunaan Internet ia dapat menarik minat guru secara umumnya.
Ia merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan di antara guru dengan TMK. Jika
kita meneliti secara terperinci minat guru dan pelajar perlu seimbang terhadap TMK. Boleh
dikatakan tahap minat dikalangan pelajar jauh lebih tinggi berbanding dengan tahap minat guru.
Guru juga harus menyertai webinar yang dianjurkan oleh KPM dalam meningkatkan
pengetahuan tentang bidang TMK. Hal seumpama ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan
TMK malah guru-guru dapat mempelajari kemahiran-kemahiran tentang pengajaran dan
pembelajaran. Segala idea-idea yang dibincangkan dalam webinar dapat diterapkan sebaik mungkin
pada masa ke semasa di dalam kelas.
Guru-guru perlu menimba ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus-kursus yang pendek
yang dianjurkan oleh badan swasta dan KPM. Dengan ini guru-guru dapat meningkatkan tahap
penguasaan dalam bidang TMK. Tambahan pula di sekolah, guru Gen-Y perlu memberi tunjuk ajar
kepada guru veteran pada masa yang diperlukan. Maka kedua-dua pihak dapat mempelajari dan guru
muda pula dapat membimbing guru veteran supaya hasratnya dapat dicapai secara berterusan. Di
sekolah pula, PGB perlu menyediakan ganjaran seperti sijil untuk guru-guru yang mempunyai
kemahiran dalam bidang TMK. Ia secara tidak langsung mendorong guru-guru lain untuk cuba
menimba ilmu dalam bidang TMK seperti guru-guru yang lain.
12
3.0 Cabaran Kemudahan dan Peralatan TMK
Dunia ini tidak pernah sama dan sentiasa berlaku perubahan terutama dalam bidang teknologi.
Teknologi adalah sebahagian daripada kehidupan manusia di mana manusia tidak boleh hidup
tanpanya. Perubahan yang luar biasa ini sebenarnya untuk kebaikan manusia dari segi meningkatkan
taraf hidup mereka. Sama juga penggunaan teknologi atau TMK dalam pendidikan seperti Internet,
komputer dan peranti elektronik menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian yang mana boleh
mengubah dan meningkatkan mutu sistem pendidikan. Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) atau Information and Communications Technology (ICT) oleh guru dan murid
dalam pendidikan semakin meningkat di Malaysia dan dapat memberikan satu anjakan baru dalam
pengajaran dan pembelajaran (Hanapiah 2017 dalam Sihirin & Yeo 2018). Bagi menyokong
pernyataan ini, Malaysia telah mula menubuhkan beberapa Sekolah Elektronik dan Sekolah Bestari
pada tahun 2003 (Cheok 2017 dalam Sihirin & Yeo 2018).
3.1 Permasalahan dan bukti
Penggunaan TMK memberi impak positif dalam dunia pendidikan di mana pengajaran dan
pembelajaran dapat mewujudkan persekitaran yang realistik dan interaktif serta menyeronokan
(MyMetro 2019). Ini menunjukkan keperluan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tidak boleh dielakkan pada zaman moden ini. Persoalannya di sini adakah semua
sekolah di Malaysia mempunyai kemudahan TMK yang lengkap dan berada dalam keadaan yang
baik? Menurut kajian pengguna Internet yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC 2017, 2018, 2020) menunjukkan bahawa tempat pendidikan adalah
tempat paling kurang kerap untuk akses Internet. Hasil tinjauan kajian ini boleh dirujuk dalam Jadual
1 di mana menunjukkan pola penurunan dalam penggunaan Internet di tempat pendidikan.
Tahun Peratus %
2017 13.9 %
2018 12 %
2020 8.2 %
Jadual 1: Statistik Kajian Pengguna Internet
13
Secara realitinya, kita tidak boleh menafikan bahawa guru-guru menghadapi cabaran dalam
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sekolah adalah tempat yang
boleh akses kepada teknologi tetapi berlaku juga beberapa perkara di luar kawalan guru iaitu
infrastruktur yang buruk dan teknologi yang tidak mencukupi (Darchinie & Md Yusoff 2019).
Sekolah atau bilik darjah yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap atau
berada dalam keadaan buruk boleh mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
kajian Norazlin & Siti (2019) menunjukkan bahawa guru perlu menyediakan bahan yang kreatif,
menarik dan sesuai untuk murid dalam pengajaran mereka tetapi kemudahan yang disediakan tidak
mencukupi untuk menyokong pembelajarannya.
Kemudahan yang tidak lengkap menjadi cabaran kepada guru untuk menyediakan bahan
untuk semua kelas yang mereka ajar. Contohnya, guru terpaksa menggunakan tenaga dan masa yang
banyak untuk menyediakan bahan apabila mereka mempunyai empat atau lebih waktu dalam satu
hari. Pada masa yang sama, sekiranya sekolah mempunyai kemudahan yang lengkap boleh
membantu guru untuk memudahkan urusan mereka dalam hal ini. Jelaslah bahawa, ada sekolah yang
masih mempunyai kekangan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur teknologi yang lengkap
untuk kegunaan guru dan murid. Buktinya, aspek peralatan TMK yang lengkap hanya menunjukkan
min sebanyak 2.6 iaitu tahap sederhana dalam kajian Norfaizah & Mahizer (2019).
Seterusnya, satu kajian telah dilaksanakan terhadap penggunaan teknologi di semua Sekolah
Menengah Awam Malaysia. Dapatan kajian tersebut adalah sebanyak 76 % sekolah di Malaysia
menggunakan TMK untuk pendidikan dan guru pula menggunakan sebanyak 57 % serta penggunaan
TMK oleh murid adalah sebanyak 72%. Keputusan ini menunjukkan bahawa Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) melaburkan semua sekolah menengah Malaysia dengan teknologi.
Namun sebahagian guru masih belum mencapai tahap yang diharapkan dalam penggunaan teknologi
pendidikan. Salah satu sebab yang terdapat dalam kajian ini ialah kekurangan ketersediaan teknologi
dalam sekolah-sekolah mereka (Shirin & Yeo 2018). Alat dan kemudahan TMK yang dibekalkan
kepada sekolah tidak mencukup dan kurang efisien untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah (Norazlin & Siti 2019).
Selain itu, lokasi sesuatu sekolah juga memainkan peranan dalam penggunaan TMK kerana
sekolah yang terletak di bandar berbeza dengan sekolah di luar bandar terhadap tahap penggunaannya
(Revathy 2020). Hasil dapatan temuduga dalam kajian Revathy (2020) merumuskan bahawa
kemudahan kelengkapan teknologi seperti komputer dan pembesar suara dalam kuantiti yang sikit
serta capaian Internet yang rendah memberi cabaran dalam penggunaan TMK di sekolah.
Penggunaan TMK oleh guru kurang dalam pengajaran dan pembelajaran apabila peralatan seperti
14
komputer dan projektor tidak dijaga dengan baik sebelum atau selepas digunakan serta akses Internet
yang terhad dan lambat (Darchinie & Md Yusoff 2019).
Pada waktu yang sama, pihak sekolah menyediakan komputer di mana pelajar boleh akses di
makmal komputer. Malah, guru menghadapi kesukaran untuk menempah makmal komputer untuk
kegunaan pengajaran dan pembelajaran (Darchinie & Md Yusoff 2019). Hal ini berlaku kerana,
hanya terdapat satu makmal komputer dan bilangan komputer juga lebih kurang 50 buah. Sekiranya,
semua guru mahu guna dalam waktu yang sama akan menyukarkan kerja penyelaras makmal
komputer. Jadi guru akan menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka untuk mengelakkan berlaku perebutan komputer. Menurut dapatan kajian (Alagesan, Siti &
Mohana 2020) mengatakan bahawa guru-guru tidak berpuas hati terhadap kemudahan makmal
komputer yang disediakan oleh KPM kerana ia berada pada tahap yang kurang memuaskan dan
proses permohonan juga ambil masa yang lambat.
Sementara itu, kelengkapan TMK yang rosak atau bermasalah tidak mendapat gantian
walaupun beberapa kali membuat laporan kerosakan akibat peruntukan dana yang kurang (Revathy
2020). Menurut kajian (Shirin & Yeo 2018) guru berasa sukar menggunakan TMK dalam kelas
yang mempunyai ramai murid. Sekolah memerlukan belanjawan tinggi untuk membeli peralatan
TMK dalam kuantiti yang banyak. Bukan setakat itu sahaja, kemudahan TMK yang sedia ada
menggunakan sistem lama yang belum dikemas kini lagi terutama di sekolah luar bandar.
Capaian Internet yang kurang memuaskan menjadi satu cabaran yang dihadapi oleh guru dan
murid (Sinar Harian 2021). Dalam satu kertas perbincangan yang dilaksanakan oleh penyelidik
Khazanah Research Institute (KRI) menyatakan bahawa 96% pengguna Internet di Malaysia boleh
mendapat akses melalaui perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang tinggi pada tahun 2019 tetapi
tidak menjamin kualiti perkhidmatan kepada pengguna (Muhammad 2021). Hal ini berpunca
daripada degradasi isyarat (signal degradation) iaitu kualiti perkhidmatan terganggu apabila trafik
data dan jumlah penggguna meningkat (Muhammad 2021).
Keratan akhbar Utusan Malaysia (2022) juga membuktikan bahawa 2000 orang terutama
murid kecewa terhadap capaian Internet yang lemah apabila melakukan rujukan untuk menyiapkan
kerja sekolah. Menurut kajian (Noor & Siti 2020) guru dan pelajar mempunyai kekangan dalam
mengakses kemudahan dan juga kekurangan capaian kepada bahan. Dalam kajian beliau juga
mengatakan bahawa sekolah tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap dan murid juga tidak
mempunyai akses kepada peranti serta Internet.
Konklusinya, melalui kajian-kajian lepas dan analisis stastistik menunjukkan bahawa
masalah kemudahan dan peralatan TMK masih wujud sehingga kini. Dari sudut lain, penggunaan
15
teknologi ini patut membantu guru dalam memudahkan pengajaran dan pembelajaran serta
melahirkan murid yang berfikiran terbuka dan kritis. Malah cabaran tersebut menjadi salah satu
penghalang kepada guru dan murid untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara (Darchinie & Md
Yusoff 2019).
3.2 Implikasi
Cabaran kemudahan atau peralatan TMK bukan sahaja menjadi penghalang tetapi memberi
kesan kepada guru dan murid. Capaian Internet yang terhad dan lambat mengakibatkan guru tidak
mahu menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (Darchinie & Md Yusoff
2019). Hal ini disebabkan, guru perlu meluangkan lebih masa untuk menyediakan sesuatu bahan
pengajaran. Guru berasa tertekan apabila mereka tidak dapat melaksanakan apa yang mereka rancang
dengan baik. Keratan akhbar Utusan Borneo (2017) yang bertajuk membincangkan tentang aplikasi
TMK di sekolah adalah peranan guru atau beban tugas? Dalam akhbar tersebut membincangkan
guru berasa tidak puas hati kerana pengintegrasian TMK membawa kesan yang serius kepada masa
bersama keluarga agak kurang.
Tugas seorang guru bukan hanya merangkumi pendidikan di bilik darjah sahaja semata-mata.
Mereka juga mempunyai tugas di luar waktu persekolahan di mana mereka melibatkan diri dalam
pelbagai program seperti kursus, bengkel dan sebagainya. Mereka juga perlu menyediakan alat bantu
mengajar yang kreatif dan inovatif agar boleh menarik minat murid untuk melibatkan mereka dengan
aktif dalam pengajaran guru. Guru berasa tertekan apabila mereka tidak boleh menyempurnakan
beban tugas yang banyak dalam masa singkat atas kekangan tersebut. Ini menyebabkan mereka perlu
mengorbankan masa bersama keluarga demi memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid.
Di samping itu, capaian Internet yang tidak stabil dan ketiadaan alat peranti menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran sangat terbatas di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak
(Tamilmullai & Salini 2021). Menurut kajian (Norfaizah & Mahizer 2019) capaian Internet dari segi
penggunaannya menunjukkan negara Malaysia dilihat terkebelakang berbanding dengan negara-
negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Semasa perintah kawalan pergerakan,
pengajaran dan pembelajaran terganggu apabila ramai guru dan murid menghadapi masalah capaian
Internet yang agak lemah (Utusan Malaysia 2021). Ramai murid tercicir dalam pengajaran dan
pembelajaran disebabkan penggunaan Internet yang banyak tetapi capaian Internet yang tidak stabil.
Selain itu, cabaran peralatan TMK yang tidak cukup juga menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam memperkembangkan idea untuk pengintegrasian TMK dalam pelajaran mereka
(Darchinie & Md Yusoff 2019). Walaupun ada kemudahan makmal komputer di sekolah, namun
16
guru perlu membuat tempahan awal untuk menggunakan makmal tersebut. Di sini guru mengambil
keputusan untuk menggunakan cara tradisional dalam bilik darjah supaya tidak merebut untuk
menempah makmal tersebut (Darchinie & Md Yusoff 2019). Kaedah ‘chalk and talk’ tidak lagi
sesuai dalam pendidikan masa kini kerana murid lebih berminat jika turut dilibatkan sama dalam
pengajaran dan pembelajaran guru (Anuar & Nelson 2015).
Menurut kajian (Norazlin & Siti 2019) ramai guru masih melaksanakan kaedah tradisional
yang mengakibatkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran menjadi terbantut. Oleh sebab
itu, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk menarik minat
seseorang murid dan mampu memberikan motivasi supaya mereka memberikan fokus dalam
pelajaran (Alagesan, Siti & Mohana 2020). Malah apa yang berlaku adalah sebaliknya sehingga guru
tidak dapat menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Cabaran peralatan
TMK menjadikan mereka kurang bermotivasi untuk menggunakan teknologi dalam bilik darjah.
Guru yang mempunyai motivasi rendah dapat menjejaskan prestasi pembelajaran murid
(Talirkodi 2016). Bukan setakat itu sahaja, tahap murid juga akan berada pada tahap rendah apabila
mereka tidak mendapat peluang untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran mereka. Murid
berasa bosan dan sebagai guru gagal dalam tugas mereka untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang produktif. Cabaran tersebut mematikan semangat guru yang ada kemahiran TMK tetapi tidak
boleh menggunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru yang tidak menggunakan
TMK akan dilihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman dan mengakibatkan penghubungan antara
guru dan murid juga tidak baik.
3.3 Cadangan Penyelesaian
Terdapat beberapa cadangan penyelesaian yang boleh dikemukakan berdasarkan isu dan
implikasi berkaitan cabaran kemudahan dan peralatan TMK yang telah dibincangkan di atas.
Cabaran ini perlu diatasi dengan segera berdasarkan peranan semua pihak. Antara cadangan
menyelesaikan isu tersebut adalah ‘Helping Buddy’, memberi sokongan teknikal dan penghargaan,
membantu menyelenggarakan peralatan TMK, dan pemantauan berkala.
Cadangan pertama diajukan untuk guru adalah ‘Helping Buddy’. Semua sekolah mempunyai
beberapa panitia untuk setiap subjek yang diajar di sekolah. Melalui panitia ini, guru boleh berkongsi
idea, mengagihkan tugas dan membantu antara satu sama lain untuk menyediakan pelbagai bahan
yang berasaskan TMK. Apabila guru berkolaboratif maka mereka boleh menyelesaikan masalah ini
dengan mudah bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Guru tidak perlu
17
meluangkan banyak masa dan mereka boleh berkongsi bahan tersebut. Contohnya, lima guru dalam
Panitia Sejarah menggunakan bahan yang sama untuk pengajaran dan pembelajaran mereka.
Seterusnya, pihak pentadbir juga memainkan peranan dalam menyelesaikan isu tersebut.
Pentadbir perlu memberi sokongan teknikal kepada guru dengan menyediakan kemudahan atau
peralatan TMK yang lengkap. Bagi guru yang berusaha sendiri seperti menggunakan laptop,
pencetak, LCD projektor peribadi untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
perlu diberi penghargaan atau pengiktirafan. Penghargaan daripada pentadbir akan membantu untuk
motivasikan guru untuk memperbaharui semangat dan mendorong guru lain menggunakan TMK
dalam pengajaran.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang proaktif dan turut berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam menyelesaikan masalah tersebut. PIBG membantu sekolah untuk mencari dana atau
sumbangan untuk mewujudkan budaya penggunaan teknologi seperti membeli komputer, pencetak
dan projektor. PIBG juga perlu memastikan perisian yang digunakan dalam komputer sentiasa
dikemaskini, membelikan perisian atau dashboard yang perlu dan membantu menyelenggarakan
komputer atau peralatan TMK yang rosak.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif iaitu mengeluarkan
satu surat siaran mengenai pelaksanaan modul teknologi maklumat dalam kurikulum Kebangsaan
oleh pihak luar dalam jadual waktu rasmi persekolahan di sekolah KPM pada tahun 2019. Dalam
surat siaran tersebut menekankan bahawa pihak sekolah boleh melibatkan pihak luar untuk
membangunkan kapasiti sekolah. KPM juga turut turun padang ke sekolah untuk membuat
pemantauan berkala terhadap kemudahan TMK yang disediakan di sekolah dan juga memudahkan
prosedur permohonan peralatan TMK dengan memberi peruntukan yang secukupnya.
Penggunaan TMK menjadi satu alternatif kepada kaedah pengajaran guru untuk mencapai
matlamat ke arah pembelajaran yang lebih bermakna. Sekolah perlu dilengkapi dengan kemudahan
atau peralatan TMK yang dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. Pihak yang terlibat
perlu mengambil inisiatif untuk menyelesaikan cabaran ini dengan segera.
18
4.0 Cabaran dari aspek sikap, emosi serta kesiapsiagaan guru.
Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan akibat daripada perkembangan Revolusi
Industri 4.0 (IR4.0). Revolusi Industri merupakan satu bentuk kemajuan dalam peradaban dan
ketamadunan manusia (Mohamad, 2018). Peralihan dari zaman pertanian kepada zaman
perindustrian menjadikan kehidupan manusia semakin kompleks dan penuh dengan elemen daya
saing dalam bentuk yang lebih moden. IR4.0 adalah berkait rapat dengan aplikasi teknologi moden,
pengawalan maklumat dan pengenalan kepada komunikasi era moden selain pertambahan
penggunaan peranti pintar dalam kebanyakan urusan seharian manusia. Sejajar dengan itu, IR4.0
turut memberi impak terhadap dunia pendidikan di Malaysia.
Pendidikan Digital merupakan pendekatan yang mengaplikasikan teknologi digital dalam
pengajaran dan pembelajaran (Maimun Aqsha Lubis et al., 2021). Walaupun terdapat perkembangan
yang meluas dalam penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di Malaysia sejak
bermulanya pelaksanaan program Sekolah Bestari sehingga wujudnya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025), masalah seperti kesukaran serta integrasi teknologi
maklumat yang tidak efisien masih lagi berlaku di sekolah. Penentu utama kejayaan atau kegagalan
pelaksanaan sesuatu program mahupun dasar amatlah bergantung kepada kesediaan dan sikap respon
seseorang guru terhadap sesuatu perubahan yang berlaku dalam sesuatu institusi. Para guru atau
pendidik bukan sahaja dituntut untuk menguasai pengetahuan kandungan, malahan pengetahuan
tentang ilmu teknologi dan pedagogi turut bergerak bersama-sama dalam membina persekitaran yang
kondusif menuju pembelajaran abad ke-21 (You Eng & Choon Keong, 2019).
Namun begitu, dalam usaha untuk menerapkan Pendidikan Digital, terdapat halangan dan
cabaran serta isu-isu yang perlu dihadapi oleh para guru. Berdasarkan kepada tinjauan literatur
daripada kajian-kajian lepas, terdapat beberapa permasalahan yang berlaku terhadap guru-guru ketika
ingin mengaplikasikan Pendidikan Digital dalam PdP. Pendidikan Digital merupakan pendekatan
yang mengaplikasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (Maimun Aqsha Lubis
et al., 2021). Syuhaidah Sulaiman dan Mohd Isa Hamzah (2019), menyatakan banyak halangan yang
dihadapi oleh guru dalam memartabatkan penggunaan teknologi digital misalnya dari segi sokongan,
masa dan fasiliti berkaitan teknologi. Selain daripada aspek kesediaan prasarana seperti gadget dan
pengkalan data yang kukuh, cabaran emosi serta cabaran pedagogi turut menyumbang kepada
kekangan pelaksanaan pendidikan digital dalam PdP. Persepsi guru terhadap TMK adalah penting
dalam membentuk keinginan yang baik ataupun tidak, serta dapat membawa kepada kebaikan
ataupun sebaliknya terhadap penggunaan teknologi dalam PdP. Dalam kajian Sun, Strobel & Newby
(2017) telah membuktikan bahawa wujudnya pengaruh terhadap kesediaan guru dalam
mempratikkan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah.
19
4.1 Permasalahan dan bukti
Hasil dapatan daripada kajian Zailawati Husin & Fariza Khalid Sarjana Pendidikan Sumber
dan Teknologi Maklumat Fakulti Pendidikan Universti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam artikel
bertajuk Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti dan seperti faktor jantina,
faktor latihan, taraf pendidikan dan faktor kemudahan komputer di sekolah.
Hasil dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada penggunaan komputer dan TMK di
kalangan guru-guru sekolah rendah di pusat bandar Kuala Lumpur sahaja, dan ianya tidak merujuk
kepada sekolah-sekolah lain yang terdapat di luar Kuala Lumpur. Melalui kajian ini, 10 orang
responden telah dipilih secara rawak mudah, ia telah dijalankan ke atas 10 orang guru yang
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur.
Rajah 5
Hasil dapatan kajian Zailawati Husin & Fariza Khalid di Rajah 1 menunjukkan taburan
responden mengikut peratus dan min dari segi kekerapan dan kaedah penggunaan semasa proses PdP
dilaksanakan. Min tertinggi di dalam jadual tersebut ialah 4.10 iaitu pada pernyataan 10, di mana
majoriti responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan pencetak (printer) untuk kegunaan
20
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, seramai 58.6 % responden yang kerap
menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti di
dalam pernyataan 5. Terdapat juga guru yang mengatakan tidak pernah menggunakan perisian
VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran iaitu seramai 4.6%. Peratusan ini
diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 8 di mana seramai 28.7% orang guru mengatakan tidak pernah
menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hanya 26.4% orang guru sahaja yang kerap menggunakan CD
yang dibekalkan oleh KPM untuk tujuan PdP. Nilai min terendah juga terdapat pada pernyataan 8
iaitu 2.66. Ini menunjukkan bahawa majoriti guru tidak kerap atau tidak pernah menggunakan CD
pembelajaran untuk tujuan PdP.
Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati bahawa min keseluruhan ialah 3.17 yang
menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang sederhana. Terdapat enam item yang mempunyai
min melebihi dari min keseluruhan dan enam item lagi mempunyai min yang kurang dari min
keseluruhan
Rajah 6
Min tertinggi bagi Rajah 6 ialah 3.95 iaitu pada pernyataan 18. Seramai 73.6% responden
telah bersetuju bahawa mereka boleh dan mahir dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM)
dengan menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Manakala 8% tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti dengan pernyataan tersebut. Pada
pernyataan 14 pula, hanya terdapat 18.3% responden yang pandai dan mahir membaiki komputer
21
sekiranya mengalami kerosakan tanpa bantuan. Seramai 16.1% yang kurang pasti dan selebihnya
tidak mahir membaiki komputer sendiri sekiranya rosak, mereka bimbang jika dibaiki sendiri
kerosakan bertambah teruk. Bagi nilai min terendah pula ialah 2.20 iaitu pada pernyataan 24. Ramai
responden memberikan jawapan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 71.2%.
Manakala 9.20% responden menyatakan kurang pasti dan selebihnya bersetuju denan pernyataan
tersebut. Berdasarkan Rajah 6, nilai min keseluruhan adalah 3.01 bagi taburan responden mengikut
peratus dan min dari segi tahap kemahiran menggunakan komputer dan TMK. Ini bermakna ia
berada pada tahap yang sederhana. Terdapat tujuh item yang mempunyai min melebihi min
keseluruhan dan lapan item mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan.
Dapatan kajian ini menunjukkan kaedah penggunaan TMK yang digunakan oleh guru-guru
berada pada tahap yang sederhana. Penggunaan komputer sepenuhnya dalam PdP untuk
berkomunikasi dengan murid-murid juga adalah berada pada tahap yang amat rendah. Guru-guru
lebih menumpukan penggunaan komputer dan ICT untuk tujuan penyediaan kertas kerja dan
pembinaan kertas soalan-soalan peperiksaan, analisa pencapaian peperiksaan murid serta penyediaan
bahan untuk RPH. Penggunaan Internet juga adalah kurang di kalangan guru-guru ini. Mereka
mengatakan alasannya kerana tahap kelajuan mengakses yang kurang pantas. Mereka perlu
menunggu pada jangka masa yang panjang atau lama untuk mengakses Internet.
Penyelidik berpendapat bahawa guru-guru harus menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang
diperkenalkan dalam sistem pendidikan moden supaya guru-guru tidak akan ketinggalan dalam arus
pemodenan atau perubahan pendidikan. Mereka tidak seharusnya menjadikan kekangan masa
ataupun sikap guru serta cabaran emosi dalam melaksanakan tugasan harian sebagai faktor yang
menghalang mereka daripada penggunaan komputer dan TMK semasa proses PdP berlangsung. Ini
disokong oleh Nasheila (2000), yang menyatakan bahawa dalam penyelidikan, TMK boleh
digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan serta menyebarkan maklumat
pantas seperti hantaran elektronik (e-mel) atau CD-ROM untuk melicinkankan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran semasa di dalam kelas.
Berdasarkan hasil dapatan kajian penyelidik juga mendapati bahawa min kekerapan dan
kaedah penggunaan TMK di kalangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah di pusat bandar
masih berada pada tahap yang sederhana. Mereka menyatakan bahawa kekangan masa adalah
kekangan utama mereka terhadap penggunaan komputer dan TMK semasa di dalam kelas.
Selain itu, min bagi tahap kemahiran di kalangan guru juga berada di tahap yang sederhana.
Ini bermakna para guru di pusat bandar kurang mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi
semasa mereka mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan TMK
22
atau mereka tidak berpeluang untuk mengikutinya kerana sebab dan kekangan yang timbul
disebabkan kerana faktor masa, faktor latihan, faktor sikap dan faktor tahap kemahiran. Dalam era
teknologi yang serba canggih ini, penyelidik masih mendapati ada segelintir guru yang langsung
tidak berminat untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai medium pengajaran mereka.
Mereka masih lagi mengekalkan cara lama dalam pengajaran mereka seperti “chalk and talk”.
Selain daripada itu, salah satu sikap yang biasa ditemui di kalangan guru adalah sikap tidak
mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukuhkan kemahiran mereka
selaras dengan paradigma dalam sistem pendidikan kini. Kebanyakan guru agak sukar untuk
mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti
menggunakan TMK dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya
ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang mereka
lakukan selama ini. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru telah terbukti
dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, barulah mereka
bersedia untuk mengubah cara kerja mereka. Semoga semua guru, tidak kira yang berada di pusat
bandar atau di luar bandar dapat mengubah corak pengajaran dan pembelajaran mereka supaya sistem
pendidikan kita berjalan dengan lebih baik lagi.
Cabaran emosi guru-guru dalam melaksanakan tugasan harian di sekolah turut menyebabkan
kekangan untuk guru menggunakan TMK dalam pengajaran. Cabaran emosi terutamanya stress di
kalangan para guru mengakibatkan impak negatif yang tinggi di kalangan guru untuk memperhalusi
penggunaan TMK dalam proses pdp.Perguruan adalah profesion yang sangat terdedah kepada
tekanan emosi (Muhamad Fazry Bin Anuar, 2019) Tekanan emosi ini boleh menyebabkan guru
berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa dan kebimbangan dalam melaksankan
tanggungjawab.
Muhamad Fazry Bin Anuar dan Noraznida Husin(2019) telah melaksanakan satu kajian
keatas faktor yang mempengaruhi tekanan emosi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Rinching di daerah Hulu Langat, Selangor.Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana data diperolehi
melalui edaran borang soal selidik. Seramai 108 orang guru terlibat sebagai responden di dalam
kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS (Statistical Package for Social Science
version 18) dengan kaedah deskriptif dan korelasi. Tiga faktor yang dikaji iaitu masalah disiplin
pelajar, bebanan tugas dan masalah kesihatan terhadap tekanan emosi.
Menurut Robbins (1993) tekanan emosi adalah sesuatu keadaan yang dinamik dalam mana
seseorang individu berhadapan dengan peluang, halangan atau tuntutan yang berkaitan dengan apa
yang dia inginkan dan hasilnya adalah belum pasti tetapi penting. Bagi Gmelch (1982) sama ada
23
tekanan itu positif atau negatif reaksinya terhadap fisiologi seseorang adalah sama. Ini kerana tekanan
menimbulkan kesan ke atas tubuh badan, mental dan fizikal.
Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan
guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran serta pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh
menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan
usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan
dan kegemilangan mutu pendidikannya (Dr.Sapora Sipon, 2007 ).
Sejak kebelakangan ini, isu yang berkaitan dengan peranan dan beban tugas guru sudah mula
dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat. Pentadbiran di sekolah juga semakin kompleks hasil
daripada transformasi pendidikan negara. Di samping menjalankan tugas rasmi dengan mengajar,
guru-guru juga perlu menjalankan tugas-tugas lain seperti proses pembayaran yuran pelajar,
mengendalikan permohonan Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, kegiatan persatuan, gerak kerja
kokurikulum dan sebagainya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh (Ramli,2003), beliau
menegaskan bahawa selain daripada menjalankan tugas di kelas, guru-guru juga perlu memainkan
peranan lain sebagai pemimpin dan penggerak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Oleh kerana
besarnya harapan rakyat kepada guru-guru telah menimbulkan beban yang berat kepada guru-guru
sendiri sehingga mereka tidak dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna.
Berdasarkan kajian (Azlina & Sew Lee, 2008) menunjukkan faktor stress yang paling
dominan ialah faktor beban kerja. Keadaan ini menggambarkan bahawa beban tugas guru-guru di
negara kita ialah satu faktor yang paling mempengaruhi tekanan emosi guru. Menurut (Loscocco dan
Roschelle, 2001), apabila permintaan pekerjaan terlalu besar untuk dicapai oleh pekerja, mereka
dengan mudah boleh menjadi kecewa kerana mereka juga mempunyai pelbagai keperluan yang perlu
dipenuhi. Pelbagai kajian yang dijalankan oleh para penyelidik terdahulu juga mendapati terlalu
banyak beban kerja, masa lampau dan tuntutan yang bertentangan menyebabkan pekerja mengalami
tekanan emosi yang akhirnya akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental mereka
(Bacharach dan Merves, 2004). Isu tekanan kerja guru kini sering diperkatakan guru kini dibebani
kerja diluar bidang tugasnya seperti kerja -kerja perkeranian. Abang Mat Ali bin Abang Masagus,
(1998) telah melaporkan 30 peratus daripada jumlah 280, 000 pendidik terpaksa memikul tugas luar
dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar.
Data kajian dalam Rajah 7 diperoleh hasil daripada edaran borang soal selidik kepada 108
orang guru SMK Bandar Rinching.
24
Rajah 7
Masalah disiplin murid murid menunjukkan nilai skor min yang tertinggi iaitu 3.7814, diikuti dengan
faktor masalah kesihatan iaitu 3.3963 dan faktor bebanan tugas dengan skor min mencatatkan 3.5222.
Walaupun tekanan emosi serta bebanan tugas masing masing menunjukkan nilai skor min yang
sederhana malah ia masih memberi impak serta cabaran yang teramat pada guru dalam melaksanakan
pelbagai tugasan utama mereka di sekolah. Kegagalan guru -guru menangani tekanan menyebabkan
guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru
yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan
pelajar dan juga mutu pengajaran serta pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan
kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya (Dr.Sapora Sipon, 2007).
Oleh yang demikian pihak sekolah perlulah sentiasa peka dan prihatin terhadap tingkah laku
atau keadaan emosi setiap orang guru, agar jika terdapat gejala tekanan emosi dikalangan guru ia
dapat dibanteras dari awal. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh pihak
sekolah kepada para guru dalam memastikan tahap kesihatan fizikal dan mental mereka sentiasa
berada dalam keadaan yang baik agar ia tidak memberi kesan kepada tugasan harian serta prestasi
para guru. Malahan para guru itu sendiri juga harus peka terhadap isu emosi mereka dengan
mengambil pelabagi langkah langkah positif agar tekanan emosi membelengu mereka dan seterusnya
memberi impak negative terhadap kesihatan diri dan mutu kerja mereka. Merujuk kepada keratan
akhbar Harian Metro kekurangan kaedah menangani stress di kalangan guru dilihat sebagai faktor
utama dalam pelaksanaan aktiviti yang dirancang (PPD Lipis, Amin Nollah Lateh, Harian Metro (8
Okt 2020)).
“guru perlu pandai mengimbangi emosi mereka dengan baik dalam menghadapi pelbagai
masalah dan rintangan, terutamanya dalam norma baru ketika pandemik Covid-19 ini”
25
4.2 Implikasi
Kehadiran TMK merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan dan profesion
keguruan. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan TMK dalam bidang
pendidikan memberi kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan
penggunaan pelbagai teknik penjagaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta
membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaian.
Di samping itu, tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi
maklumat. Walaupun kebanyakkan guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan
persediaan menggunakan TMK dalam proses PdP, namum ramai lagi yang masih belum sepenuhnya
menggunakan TMK dalam PdP mereka. Menurut keratan akhbar Berita Harian (July 24,2020),
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-guru) Mohd Azizee Hassan, berpendapat warga
pendidik khususnya guru, perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan mengenai
penguasaan dalam teknologi digital yang baharu dan menguasai ilmu berkaitan e-pembelajaran
supaya lebih senang untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.
Sikap keengganan serta pandangan negatif segolongan para guru dalam penguasaan TMK
perlu diubah kerana ia akan memberikan impak yang besar terutamanya kepada para murid. Parker
(2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan TMK meningkatkan minat dan
perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual,
membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid.
Perubahan-perubahan pedagogi menggunakan TMK adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002;
Fauziah Ahmad 2006). Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi TMK mempunyai
banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-
bila masa dan di mana jua mereka berada, bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber
tambahan yang terdapat di seluruh dunia, pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin
mudah dan pantas dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan murid
dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam TMK
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Malahan, penggunaan TMK
dalam PdP turut akan menjadikan proses pencarian maklumat lebih menyeronokkan dan
menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut
kesesuaian, keperluan dan cita rasa murid dan meningkatkan tahap penguasan sesuatu kandungan
ataupun intipati pelajaran yang dipelajari.
26
4.3 Cadangan Penyelesaian
Berdasarkan perbincangan di atas, beberapa cadangan penyelesaian boleh digunapakai dalam
mengatasi isu tersebut. Setelah menamatkan pengajian di Institut Perguruan, universiti atau institusi
pendidikan yang berkaitan, para guru seharusya tidak menganggap mereka tidak perlu lagi proses
pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Ini kerana, pendidikan praperkhidmatan
keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat
profesion keguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara lain
bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan profesionalisme
melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan sama ada secara formal, informal mahupun non-
formal. Guru akan berhadapan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar
profesionnya. Antara tuntutan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah
serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari
segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baharu. Ismail dan Subki (2010)
menyenaraikan 9 Perkembangan Profesionalime guru; Pembelajaran Sepanjang Hayat. Akses
maklumat pelbagai sumber merupakan salah satu perkembangan yang disenaraikan. Terdapat
pelbagai langkah dalam menarik minat murid untuk menerima ilmu. Guru boleh mendorong mereka
dengan menjadikan masa belajar sebagai masa yang penuh keseronokan dengan memberi peluang
kepada murid untuk akses maklumat dari pelbagai sumber supaya pembelajaran menjadi lebih
menarik dan kondusif. Hal ini jelas membuktikan bahawa di samping menguasai isi kandungan
sesuatu mata pelajaran, guru juga mesti berusaha memantapkan dirinya dengan menguasai perisian-
perisian komputer dan mengaplikasikannya semasa pengajaran dan pembelajaran demi untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan di sekolah. Pelbagai platform seperti
Google, Delima dan Microsoft Teams menyediakan pelbagai kursus jangka panjang serta pendek
bagi guru guru dalam meningkatkan tahap kompetensi mereka dalam bidang TMK. Sebagai
contohnya latihan dan pembangunan profesional yang dijalankan oleh platform Google for Education
adalah percuma dan dilaksanakan dalam talian untuk perkembangan profesionalisme para guru
semata-matanya. Pusat Kegiatan Guru (PKG) dibawah kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri juga perlu lebih proaktif dalam membantu urus kursus -kursus yang bersesuaian mengikut
keperluan para guru supaya guru-guru tidak ketinggalan arus pemodenan. Lebih banyak latihan-
latihan serta PLC berasaskan TMK yang bersesuaian serta sejajar dengan era semasa hendaklah
disediakan serta dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Seiring dengan ini, pada tahun lepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Google
Malaysia telah bekerjasama melatih sehingga 5,000 guru Sekolah Kebangsaan untuk menjadi
pendidik mempunyai Pensijilan Google yang juga sebahagian daripada Program Pensijilan DELIMa.
27
Google Malaysia menyokong KPM dalam menjadikan program DELIMa sebagai satu program
pembelajaran digital rasmi sejak 2019 sekali gus menjadikan Malaysia salah satu pengguna aktif
tertinggi dalam kalangan murid dan pendidik di rantau ini (Harian Metro, Ogos 2, 2021)
Merujuk petikan daripada Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010 berkaitan dengan ucapan
Timbalan Perdana Menteri seperti berikut:
“Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan
guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui
kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan
celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia”
Oleh kerana TMK begitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion keguruan,
maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran tersebut. Keperluan perkembangan
profesional guru dalam TMK haruslah dipertingkat dari semasa ke semasa. Selain itu, sebagai tenaga
pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan
sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan
sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.
Guru-guru juga mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental berfikiran terbuka,
positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran. Guru guru boleh melibatkan diri mereka
dengan program program kerohanian bagi memastikan mereka sentiasa sihat dari segi jasmani emosi
dan rohani. Di samping itu KPM dengan kerjasama KKM boleh turut berganding bahu dalam
menyediakan program–program serta ceramah berkaitan isu isu pengendalian/pengurusan stress
dikalangan guru-guru. Merujuk kepada Petikan Akhbar Metro, Oktober 8, 2020
Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Amin Nollah Lateh berkata, guru perlu pandai mengimbangi
emosi mereka dengan baik dalam menghadapi pelbagai masalah dan rintangan, terutamanya dalam
norma baru ketika pandemik Covid-19 ini.
Katanya, ada guru menghadapi kesukaran untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran dalam
norma baharu.
"Malah ia turut memberi tekanan dan stres kepada guru-guru kerana ia membataskan segala aktiviti
yang dirancang sebelum ini.”
"Kekurangan latihan tentang kaedah menangani stres dalam kalangan guru dilihat sebagai faktor
menyebabkan ia menjadi ancaman utama profesion perguruan pada masa kini" katanya.
28
Sebagai kesimpulanya, tenaga pengajar sebagai agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan,
perlulah memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif, kreatif,
inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif dalam menghadapi proses dan cabaran
globalisasi serta mampu menterjemah realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.
29
5.0 KESIMPULAN
Oleh kerana TMK begitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion keguruan,
maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran TMK ini dengan baik. Keperluan
perkembangan profesional guru dalam TMK haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain
itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu
memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi
menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.
Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental, sikap mahupun dari
segi fizikal. Lebih penting adalah kebolehan untuk menyatukan kemahiran-kemahiran tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi
komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Kita
sebagai guru perlulah menguasai kemahiran TMK dengan baik. Selain itu, sebagai seorang tenaga
pengajar, guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, dan pembimbing bagi menjayakan
pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru perlulah mengambil
inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukuhkan kemahiran mereka selaras
dengan perubahan paradigma dalam pendidikan kini.
Walau apa pun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah
laku pelajar semasa menggunakan teknologi canggih ini. Didikan agama sejak bangku sekolah lagi
penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan agama dan nilai-
nilai murni telah ditanam di jiwa murid-murid, maka tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah atau
jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.
Semuanya bermula dengan guru kerana gurulah yang membina generasi masa hadapan.
Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
30
RUJUKAN
Akhbar Harian Metro, Monday ,June 21,2010
Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili & Mohana Dass Ramasamy. 2020. Kemahiran TMK
Dalam Kalangan Guru-Guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah. Muallim Journal Of Social
Science And Humanities 4(3): 99-114.
Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. 2015. Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran
Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik 3(2).
Azahar Hashim. 2022. Penduduk Kecewa Capaian Internet Lemah. Utusan Malaysia Online, 13
Januari:https://www.Utusan.Com.My/Berita/2022/01/Penduduk-Kecewa-Capaian-Internet-
Lemah/ [30 Mac 2022].
Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah.2018. Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap
Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia
8(1): 82-97.
Che Rogayah Seman. (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza
Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. (Tesis Sarjana
Pendidikan, Tidak Diterbitkan). Usm, Pulau Pinang. Cheah Chee Keong, Et. Al. (2010).
Darchinie Rani Ravendran & Md Yusoff Daud. 2019. Faktor Yang Mempengaruhi Guru
Matematik Sekolah Rendah Dalam Mengintegrasikan Penggunaan Teknologi Dalam Pdpc.
Jurnal Dunia Pendidikan 1(3): 24-33.
Dr. Abdul Said Ambotang. 2017. Aplikasi Ict Di Sekolah: Peranan Guru Atau Beban Tugas?
Utusan Borneo Online, 21 Jun: https://www.Pressreader.Com/Malaysia/Utusan-
BorneoSabah/20170621/282522953464897 [31 Mac 2022].
Dr. Syed Imail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. 2015. Guru Dan Cabaran Semasa.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Fazurawati Che Lah. 2019. Belajar Lebih Menyeronokan. Mymetro Online, 2 September:
https://www.Hmetro.Com.My/Bestari/2019/09/492376/Belajar-Lebih-Menyeronokkan [28
Mac 2022].
Harian Metro, Stres Atau Tekanan Boleh Meninggalkan Impak Negatif Kepada Tugas Pendidik,
Keluarga Dan Organisasi. Disiarkan Pada: Oktober 8, 2020 @ 1:34am
Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa.2016. Cabaran Yang Dihadapi Oleh
Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog Di Bilik Darjah. Asia
Pacific Journal Of Educators And Education 31:115–129.
Johan Eddy Luaran, Phd, Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia, 2011.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2017). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) Laporan Tahunan 2012. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (Pipp) 2006-2010.
Maklumat Dan Komunikasi Berasaskan Model Tam Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa
Tamil
31
Malaysian Communications And Multimedia Commission. 2017, 2018 & 2022. Internet Users
Survey. https://www.Mcmc.Gov.My/En/Resources/Statistics/Internet-Users-Survey [22
Mac 2022]
Mohd Amirul Bashah & Hafizhah Zulkifli, Isu Dan Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam
Penerapan Pendidikan Digital Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600
Ukm Bangi, Selangor, Malaysia (3 January 2022)
Mohd Hafiz Abd Mutalib & Nur Nazlina Nadzari. 2021. Masalah Internet Lemah Terus Berlarutan.
Utusan Malaysia Online, 20 Oktober:
https://www.Utusan.Com.My/Terkini/2021/10/Masalah-Internet-Lemah-Terus-Berlarutan/
[29 Mac 2022].
Mohd Izzatul Izuan Tahir. 2021.Capaian Internet Mahih Kurang Memuaskan. Sinar Harian Online,
03 Februari: https://www.Sinarharian.Com.My/Article/122159/Edisi/Capaian-Internet-
Masih-Kurang-Memuaskan [31 Mac 2022].
Muhammad Nazhan Kamaruzuki. 2021. Kualiti Jalur Lebar Mudah Alih Dan Teras
Pembangunannya. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute.
Mohd Amirul Bashah & Hafisha Zulkifli 3 January 2021, Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam
Dalam Penerapan Pendidikan Digital.
Muhammad Fazry Bin Anuar & Noraznida Harun, 2019 Proceeding of the 6th International
Conference on Management and Muamalah 2019 (ICoMM 2019) e-ISBN: 978-967-2122-
XX-X
Faktor yang Mempengaruhi Tekanan Emosi Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Rinching, Selangor.
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. 2019. Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings Of The International Conference On Islamic
Civilization And Technology Management.
Norfaizah Binti Md Kamary & Mahizer Bin Hamzah. 2019. Kesediaan Guru Matematik Daerah
Kuala Langat Dalam Melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21. Seminar Antarabangsa Isu-
Isu Pendidikan.
Noor Khairunnisa Hasmuddin & Siti Mistima Maat. 2020. Impak Dan Cabaran Pelaksanaan E-
Pembelajaran Matematik: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan 2(3):
188-201.
Revathy Subramanian. 2020. Amalan Kepimpinan Teknologi Guru Besar Serta Cabaran Dan
Cadangan Penambahbaikan Di Sekolah. Prosiding Seminar Nasional Fip, Hlm 281-294.
Sarah Alia Mohamed Faisal & Nor Hafizah Adnan, Tahap Kesediaan Dan Penerimaan Guru Dalam
Mempraktikkan Penggunaan Teknologi Digital Ri 4.0 Sebagai Bahan Bantu Mengajar
Dalam Pendidikan Rendah Vol. 1 No. 3 (2021): (Online Publish: 31 September 2021)
Shirin Shafiei Ebrahimi & Yeo Kee Jiar. 2018. The Use Of Technology At Malaysian Public High
Schools. Mertit Research Journal 6(3): 054-060.
Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. 2018. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan
Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Zon Benut. Online
Journal For Tvet Practitioners.
Siti Hajar Halili (Phd) Dan Suguneswary Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Teknologi.(2017)
32
Surat Khabar Kosmo Yang Bertarikh 21 Julai 2016
Surat Siaran KPM Bilangan 6. 2019. Pelaksanaan Modul Teknologi Maklumat Dalam Kurikulum
Kebangsaan Oleh Pihak Luar Dalam Jadual Waktu Rasmi Persekolah Di Sekolah KPM.
https://www.Moe.Gov.My/Pekeliling/2284-Surat-Siaran- Kementerian-Pendidikan-
Malaysia-Bil-6-Tahun-2019-Pelaksanaan-Modul-Teknologi-Maklumat-Dalam-Kurikulum-
Kebangsaan-Oleh-Pihak-Luar-Dalam-Jadual-Waktu-Rasmi-Persekolahan-Di-Sekolah-
Kpm/File [1 April 2022].
Talirkodi A/P Vinathan. 2016. Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam
Pengajaran Di Sjk (T) Daerah Kuala Muda Yan. Proceeding Of Icecrs 1: 1043-1054.
Tamilmullai Thannimalai & Shalini Baloh. 2021. Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar
Bandar. Muallim Journal Of Social Sciences And Humanities 5(2).
Thian Jia Ling & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore.2021. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia 11(1): 45-59.
Utusan Online: Penguasan Guru Dalam Ict Diutamakan ,13 Jan 2010
Yahya Othman & Roselan Baki.2015. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan
Guru Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational
Technology Convention.
Zailawati Husin & Fariza Khalid Sarjana Pendidikan Sumber Dan Teknologi Maklumat Fakulti
Pendidikan Universti Kebangsaan Malaysia (Ukm), Kekangan Terhadap Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Di
Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,2014. Journal Pengajaran
Sumber Dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan Bab
13.
33
LAMPIRAN
Lampiran 1: Pemetaan Idea
PEMASALAHAN IMPLIKASI CADANGAN
DAN BUKTI PENYELESAIAN
Kritikan terhadap
SUBTOPIK 1 Permasalahan Implikasi penyelesaian sedia ada
Penyediaan webinar
Cabaran Perkembangan Kurang bermotivasi TMK oleh
PPD/JPN/KPM.
Tahap profesional yang kurang Tahap penggunaan Penyertaan guru
mengalakkan tetapi
Kompetensi berkesan bahan bantu berasaskan masih kurang
memuaskan dari segi
Guru multimedia adalah pengaplikasian dalam
PDP kerana tugas lain
Bukti Pemasalahan sederhana (SPSS) daripada pihak yang
sama perlu disiapkan jua.
Dapatan kajian Guru bersikap leka
Cadangan penyelesaian
Talirkodi (2016) dalam mempelajari Penyediaan ruang dan
masa untuk penggunaan
menyokong bahawa benda baru. TMK.
Minat untuk belajar perlu
guru-guru SJKT di Beban tugas sampingan diterapkan dalam diri
guru sendiri.
daerah KMY mendapat yang banyak. Menyertai webinar /
kursus pendek
min 2.37 dalam tidak Mengamalkan Menyediakan sijil
penghargaan atau
mempunyai kemahiran pengajaran tradisional ganjaran di atas
peningkatan kualiti diri
ICT yang mencukupi. (Guru-guru veteran) Guru Gen Y menunjuk
ajar guru veteran.
Guru kurang
pengetahuan dalam Bukti implikasi
penggunaan ICT dalam Analisis data
menyediakan bahan menggunakan perisian
yang relevan Statiscal For Social
(Gebremedhin, Fenta, et Science (SPSS) Versi
all, 2015) 22.0. Siti Aminah &
Kemahiran ICT dalam Fazlinda (2018).
perisian seperti Keratan surat khabar
pemproses kata, Kosmo
melayari internet dan 21 Julai 2016
menggunakan peralatan Kajian Talirkodi 2016
ICT adalah 68 % dengan (Artikel hubungan
min 3.36 manakala motivasi guru dengan
kemahiran ICT dalam pengguna ICT dalam
aspek penggunaan pengajaran
34
perisian hamparan Harian Metro (Isnin 21,
elektronik, 2010)
persembahan,
penerbitan, pangkalan
data, multimedia, utiliti
iaitu sebanyak 11%
dengan nilai min 2.07
(Norfaizah & Mahizier,
2019)
Jurnal penggunaan
teknologi maklumat dan
komunikasi dalam
kalangan guru-guru
sekolah kebangsaan
(Chiristina Andin,)
SUBTOPIK 2 Permasalahan Implikasi Cadangan penyelesaian
Cabaran Tidak mempunyai Guru berasa tertekan. Guru - ‘Helping Buddy’
Kemudahan kemudahan infrastruktur Keciciran murid. Pentadbir - Memberi
sokongan teknikal dan
dan Peralatan yang lengkap. Guna cara tradisional penghargaan
TMK Capaian internet yang dalam pdp. PIBG - Membantu
menyelenggarakan
lemah. Guru kurang peralatan TMK
Kesukaran menempah bermotivasi.
makmal komputer.
Peruntukan yang Bukti implikasi
kurang. Guru perlu meluangkan KPM - Pemantauan
Bukti Pemasalahan
lebih masa. berkala
Pengintegrasian ICT
Tempat pendidikan membawa kesan kepada
adalah tempat paling masa bersama keluarga
kurang kerap untuk (Utusan Borneo 2017).
akses internet (MCMC Capaian Internet yang
2017,2018,2020) tidak stabil dan
Alat dan kemudahan ketiadaan alat peranti
yang dibekalkan kepada menyebabkan PdP
35
sekolah tidak cukup dan terbatas (Tamilmullai &
kurang efisien (Norazlin Salini 2021).
& Siti 2019) PdP terganggu apabila
Kesukaran untuk menghadapi masalah
mendapatkan makmal capaian Internet (Utusan
komputer ( Darchinie & Malaysia 2021).
Md Yusoff, 2019) Kaedah tradisional yang
2000 orang terutama mengakibatkan
pelajar kecewa terhadap penglibatan murid
capaian internet yang dalam aktiviti
lemah (Utusan Malaysia pembelajaran menjadi
2020) terbantut (Norazlin &
kelengkapan ICT yang Siti 2019).
rosak atau bermasalah Guru yang mempunyai
tidak mendapat gantian motivasi rendah dapat
(Revathy 2020). menjejaskan prestasi
pembelajaran murid
(Talirkodi 2016).
SUBTOPIK 3 Permasalahan Implikasi Bukti
Ismail dan Subki (2010)
Cabaran Dari Guru-guru tidak bersiap Murid–murid tidak
Aspek Sikap, sedia dalam dapat meningkatkan menyediakan program
Emosi Serta mengharungi perubahan minat serta program latihan
Kesiapsiagaan arus permodenan serta menumpukan perhatian, peningkatan
Guru perkembangan pedagogi pembelajaran intelektual Profesionalisme dalam
TMK serta norma baru. tidak mengambil tempat bidang Teknologi
serta perkembangan Maklumat.
Bukti Pemasalahan literasi dan kemahiran
Hasil dapatan daripada pemikiran tahap tinggi Cadangan Penyelesaian
kajian Zailawati Husin dalam kalangan murid Penglibatan PKG,
& Fariza Khalid Sarjana terhalang serta tersekat. Bahagain Teknologi
Pendidikan Sumber dan Pendidikan Negeri dalam
Teknologi Maklumat Murid–murid tidak membantu urus kursus-
Fakulti Pendidikan boleh mencapai bahan kursus yang bersesuaian
Universti Kebangsaan pembelajaran pada bila mengikut keperluan para
36
Malaysia (UKM), dalam bila masa menyebabkan guru dan tidak
ketinggalan arus
artikel bertajuk pembelajaran yang pemodenan.
Kekangan Terhadap konstruktif tidak dapat Penglibatan KPM serta
badan badan swasta
Penggunaan Teknologi mengambil tempat. dalam membekalkan
latihan serta khidmat
Maklumat Dan nasihat kepada para guru.
Cth: Kerjasama KPM
Komunikasi (ICT) Kualiti murid- murid bersama Google
Malaysia dalam
Dalam Pengajaran Dan tidak setanding menyediakan latihan
kepada para guru.
Pembelajaran (PdP) Di pendidikan bertaraf
Kalangan Guru Sekolah antarabangsa.
Di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
37
38
13 /1 /2010
2 /8 /2020
39
40