Tan Sri Dato’ Seri Utama Prof. Dr.
Ungku Zeti Akhtar binti Profesor Diraja
Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
i
Disediakan oleh:
NUR AINA FATIHAH BINTI FARID HELMI
TAHUN 5A
SK LEMBAGA ENDAU
KM.10 JALAN MERSING
86900 ENDAU
JOHOR DARUL TAKZIM
([email protected])
i
KANDUNGAN
1. Pendahuluan 1
2. Biodata tokoh pemimpin 3
3. Pendidikan tokoh 5
4. Kerjaya tokoh 5
5. Sumbangan tokoh 7
8
5.1 Pelan Induk 10
5.2 Perundangan 12
5.3 Produk 14
6. Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang 20
7. Penutup
8. Sumber rujukan
i
1.0 PENDAHULUAN
Benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau,
Dilontar ke langit menjadi bintang,
Jatuh ke daratan menjadi pohon berbuah nan rendang.
“Adaptability is a trait of a true believer.”
Kerana mukmin sejati itu adalah yang paling banyak manfaatnya pada orang lain.
Macam mana nak jadi benih yang baik?
Tak kira berapa pun umur kamu, mula dengan mencari ilmu.
“Because age doesn't define maturity.
The more you read, the more you learn.”
Siapakah wanita pertama yang mempunyai tanda tangan pada mata wang Ringgit Malaysia
(RM)? Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Tan Sri Dato’ Seri Utama Prof. Dr. Ungku Zeti
Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz seorang anak kelahiran negeri Johor
Darul Takzim.
1
Gambar 1: Senarai 8 tandatangan gabenor BNM pada wang kertas RM
dari dulu sehingga kini
2
2.0 BIODATA TOKOH PEMIMPIN
Gambar 2: Tan Sri Dato’ Seri Utama Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti
Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
Gabenor ke 7 BNM (1 Mei 2000 - 30 April 2016)
Mengenali susuk tubuh insan yang hebat ini, Tan Sri Dato’ Seri Utama Prof. Dr. Ungku Zeti
Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan nama Zeti
Akhtar Aziz dilahirkan pada 27 Ogos 1947 di Johor Bahru. Beliau merupakan anak tunggal
kepada tokoh ilmuwan terkemuka tanah air iaitu Allahyarham Profesor Diraja Tun Dr. Ungku
Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan tokoh budayawan negara, Allahyarham Sharifah Azah
Aziz Mohamed Alsagoff. Zeti Akhtar Aziz telah berumahtanga dengan Dato Dr. Tawfiq
Ayman bin Abdullah @ Lee Ban Swee. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang
cahaya mata iaitu Alif Ayman Aziz bin Dato' Tawfiq Ayman dan Abdul Aziz bin Dato' Tawfiq
Ayman
3
Gambar 3: Allahyarham Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
dan tokoh budayawan negara, Allahyarham Sharifah Azah Aziz Mohamed Al Sagoff
Gambar 4: Keluarga Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zetty Akhtar Aziz, Dato’ Dr. Tawfiq Ayman
(kiri), Alif (baju biru) dan Aziz (baju putih)
4
3.0 PENDIDIKAN TOKOH
Gambar 5: Zetty Akhtar
Aziz menerima Ijazah
Sarjana Muda Ekonomi
(Ekonomi Analitikal)
daripada Universiti Malaya
Zeti Akhtar Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada
tahun 1958. Beliau telah melanjutkan pelajaran dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
(Ekonomi Analitikal) daripada Universiti Malaya pada tahun 1970. Seterusnya memperolehi
Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa (PhD) daripada
University of Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 1978.
4.0 KERJAYA TOKOH
Tan Sri Dato’ Seri Utama Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku
Abdul Aziz dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ke 7 selama 16 tahun dan beliau
merupakan wanita pertama yang telah dilantik dalam jawatan tersebut. Beliau adalah ikon
integriti, kebijaksanaan dan profesionalisme
5
Ketokohan Zeti Akhtar Aziz menyerlah berikutan keberanian beliau semasa kemuncak krisis
kewangan Asia pada akhir 1990-an yang telah membawa perubahan kepada status kewangan
di Malaysia.
Zeti Akhtar Aziz menjadi perhatian perbankan antarabangsa apabila beliau memperkenalkan
kawalan mata wang di Malaysia pada kemuncak krisis kewangan Asia.
Walaupun tindakan beliau ketika itu dikritik pelbagai pihak, usaha serta pemikiran beliau
tersebut kini diiktiraf Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menjadi model panduan
kepada negara berpendapatan sederhana.
Hasil pentadbirannya di Bank Negara, Malaysia berjaya menjalani pemulihan daripada krisis
ekonomi yang melanda seluruh dunia lebih pantas daripada yang dijangka.
Kepakaran dan kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bahkan juga
oleh dunia kewangan antarabangsa.
Sepanjang menjadi gabenor, Zeti Akhtar Aziz berjaya mendorong sektor kewangan negara,
mempertingkatkan prestasi dan memastikan ekonomi negara dalam keadaan stabil serta bersiap
siaga berdepan sebarang masalah ekonomi.
6
Zeti Akhtar Aziz menjadi sebuah benteng yang kukuh dengan kebijaksanaan dan kepakaran
beliau dalam sistem kewangan Islam.
Malah, kejayaan beliau dalam membangunkan sistem kewangan Islam sering mendapat
perhatian dan menjadi teladan di pentas global.
Zeti Akhtar Aziz merupakan simbol kebanggaan kaum hawa kerana beliau telah membuktikan
kepada dunia bahawa seorang wanita Melayu Muslim mampu mengurus sistem kewangan
negara dengan cemerlang
5.0 SUMBANGAN TOKOH
Di bawah pimpinan Zeti Akhtar Aziz sistem kewangan Islam kini bertapak kukuh di negara ini
dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif
dan inklusif.
Malah di peringkat antarabangsa Zeti Akhtar Aziz turut menyumbang kepada penerimaan
global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan antarabangsa dalam penyediaan
laporan Financial Stability and Islamic Finance dan mempengerusikan penubuhan Islamic
Financial Services Board, sebuah agensi antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan
prudent institusi kewangan Islam seluruh dunia.
7
Zeti Akhtar Aziz telah meletakkan asas bagi pembangunan pusat kewangan Islam antarabangsa
untuk memenuhi permintaan global dan domestik.
Kepimpinan berwawasan beliau dalam mengerakkan usaha ini bukan sahaja telah memastikan
asas-asas tersebut kukuh, bahkan berjaya mengangkat profil kewangan Islam di persada global,
dengan Malaysia dilihat sebagai negara contoh yang gigih menggalakkan pembangunan
kewangan Islam untuk negara-negara lain.
Antara sumbangan lain Zeti Akhtar Aziz dalam pembangunan sistem kewangan Islam ialah
pelan induk, perundangan, produk dan sebagainya.
5.1 PELAN INDUK
Pembangunan sektor kewangan yang lebih mantap, berdaya saing dan dinamik dilakukan
semasa Zeti menerajui Bank Negara Malaysia dengan pelancaran peneraju utama kepada
proses pembangunan sektor kewangan termasuk kewangan Islam iaitu dua pelan induk 10
tahun.
Pelan ini menyediakan asas kepada pertumbuhan sektor kewangan yang seimbang, terangkum
dan mampan. Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK), bagi tempoh 2001 - 2010, menyediakan
asas pembangunan sektor kewangan yang teratur, bermula dengan pembinaan keupayaan
institusi pengantara domestik dan pembangunan infrastruktur kewangan domestik.
8
Ini diikuti oleh usaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif sejajar dengan
sektor kewangan yang pengawalseliaannya lebih longgar dan lebih berorientasikan pasaran.
Pelan Induk ini telah menggariskan strategi yang menyeluruh untuk mengukuhkan sektor
kewangan Islam di Malaysia. Sejak pelaksanaan pelan tersebut, ekosistem kewangan Islam
telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha memenuhi keperluan
ekonomi negara yang terus berkembang.
Pelan Induk kedua, iaitu Pelan Sektor Kewangan (PSK) dikeluarkan pada tahun 2011 untuk
tempoh 2011- 2020. PSK dirumuskan berdasarkan pencapaian PISK untuk mewujudkan
ekosistem kewangan yang terbaik kepada ekonomi Malaysia yang bercirikan nilai tambah
tinggi dan berpendapatan tinggi, di samping meningkatkan peranannya dalam dalam
memenuhi keperluan kewangan yang kian meningkat di rantau Asia yang sedang pesat
membangun ini.
Inisiatif akan diteruskan untuk memperkukuh hubungan sektor kewangan dan menyokong
integrasi antara rantau supaya pengantaraan lebihan dana berfungsi secara cekap dan berkesan
untuk memanfaatkan peluang pelaburan yang luas di rantau Asia.
Satu bahagian penting ialah pengantarabangsaan kewangan Islam dan pembangunan Malaysia
sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.
9
5.2 PERUNDANGAN
Semasa pentadbiran Zeti Akhtar Aziz, rangka kerja perundangan yang menyokong
termasuklah sebuah perundangan khusus yang mengambil kira prinsip kontrak Islam yang
unggul turut diperkenalkan.
Infrastruktur perundangan juga merangkumi sistem mahkamah dan mekanisme
penimbangtaraan untuk menyelesaikan pertikaian bagi memastikan kontrak berkaitan dengan
urus niaga kewangan Islam dikuatkuasakan secara berkesan.
Sistem kewangan Islam beroperasi di bawah rangka kerja perundangan, pengawal seliaan dan
syariah yang mapan dan komprehensif.
Dari segi perundangan, bank Islam dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta
Bank Islam 1983, sementara bank konvensional yang menyertai Skim Perbankan Islam
dikawal selia di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan bagi menggantikan akta-akta
kewangan Islam yang berasingan sebelum ini.
Akta baru yang dikuatkasakan pada 30 Jun 2013 ini merupakan kemuncak dalam usaha
Malaysia memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan
institusi perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.
10
Ia bagi memastikan undang-undang ini terus relevan dan berkesan untuk mengekalkan
kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan inklusif dalam sistem kewangan dan ekonomi,
di samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk pengguna.
Undang-undang ini juga memberi kuasa pengawasan, pengawalan dan penyeliaan yang perlu
kepada Bank Negara Malaysia untuk mencapai mandatnya yang luas dalam persekitaran yang
lebih kompleks dan saling berhubung memandangkan perkembangan kewangan yang bersifat
serantau dan antarabangsa.
Ini termasuk peningkatan tumpuan terhadap langkah-langkah pencegahan awal untuk
menangani isu yang berbangkit dalam institusi kewangan yang mungkin memberikan kesan
kepada kepentingan pendeposit dan pemegang polisi, serta keberkesanan dan kecekapan fungsi
pengantara kewangan
Institusi perbankan Islam beroperasi di bawah rangka kerja pengawalseliaan yang mapan
berasaskan piawaian antarabangsa dan amalan perbankan terbaik, setanding dengan institusi
perbankan konvensional.
Bagi bank SPI, rangka kerja pengawalseliaan turut merangkumi keperluan mengasingkan
portfolio perbankan Islam dan konvensional secara menyeluruh selaras dengan kehendak
syariah.
11
Ini bertujuan memelihara integriti serta keyakinan terhadap sistem perbankan Islam. Bagi
mengukuhkan rangka kerja syariah bagi industri kewangan Islam, Bank Negara Malaysia telah
meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958 pada tahun 2003 bertujuan menaik taraf Majlis
Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia sebagai badan autoriti tunggal dalam perkara syariah
yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam yang terletak di bawah pengawalseliaan
Bank Negara Malaysia.
5.2 PRODUK
Antara kejayaan Zeti Akhtar Aziz dalam tempoh sedekad ialah menjadikan Malaysia sebagai
pasaran sukuk terbesar di dunia, peningkatan aset perbankan Islam sebanyak tiga kali ganda
kepada 21 peratus serta lebih 100 institusi kewangan Islam domestik dan antarabangsa kini
beroperasi di Malaysia.
Variasi perniagaan dan produk perbankan Islam yang didorong oleh kontrak syariah dalam
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut menyediakan asas perundangan bagi rangka
kerja pengawal seliaan yang komprehensif untuk industri kewangan Islam di Malaysia.
Fokus penting bagi rangka kerja ini ialah pembangunan piawaian syariah dan operasi untuk
kontrak-kontrak syariah yang utama.
12
Piawaian ini bertujuan menggalakkan ketelusan dan keseragaman dalam pengaplikasian
kontrak syariah bagi memastikan dan mengukuhkan kepatuhan syariah oleh institusi kewangan
Islam serta menjadi rujukan penting sebagai pemangkin kepada sikap saling menghormati dan
mengeluarkan pendapat syariah dari pelbagai negaradan akhirnya dapat menggalakkan
penawaran produk kewangan Islam yang boleh memenuhi keperluan oleh pilihan pelanggan.
Industri kewangan Islam menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan
Islam yang kompleks lagi canggih.
Malaysia juga muncul sebagai negara perintis dalam pembangunan pasaran sukuk atau bon
Islam global dengan pelancaran sukuk global berdaulat yang pertama bernilai US$600 juta
pada tahun 2002 dengan pasaran sukuk terbesar di dunia.
Pada separuh tahun pertama 2014, Malaysia menyumbang 63 peratus daripada jumlah terbitan
baharu global dan kekal sebagai satu-satunya pasaran dengan lebih US$100 bilion daripada
jumlah sukuk global Mohd. Yazid Zul Kepli.
Sistem perbankan Islam yang menjadi tulang belakang kepada sistem kewangan Islam
memainkan peranan penting dalam menggembleng deposit dan menyalurkan kemudahan
pembiayaan bagi pertumbuhan ekonomi.
Keupayaan institusi perbankan Islam menghasilkan dan menawarkan produk yang mempunyai
ciri menarik dan inovatif, harga yang kompetitif dengan produk perbankan konvensional,
berjaya menarik minat pelanggan beragama Islam dan yang bukan beragama Islam.
13
6.0 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI
SEKARANG
Pada tahun 2000, Zeti Akhtar Aziz menjadi wanita pertama menyandang jawatan paling
terkemuka dalam dunia perbankan negara iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.
Beliau digelar sebagai pemimpin kewangan negara dan telah menjadi salah seorang wanita
yang paling berkuasa di Malaysia. Manakala diperingkat antarabangsa, Zeti Akhtar Aziz telah
mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak.
Sumbangan beliau telah mendapat penghargaan seluruh masyarakat Malaysia dan
antarabangsa kerana usaha-usahanya yang tidak ortodoks tetapi tepat serta berjaya
mengeluarkan Malaysia dari krisis kewangan yang melanda pada lewat 90-an.
Pada tahun 2000, Global Finance Magazine telah menamakan Zeti Akhtar Aziz sebagai Wanita
Paling Berkuasa dalam Bidang Kewangan
Seterusnya, pada tahun 2003, beliau telah terpilih sebagai Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia
dalam satu pungutan suara di kalangan penganalisis kanan bank-bank seluruh dunia ketika
Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Dubai.
14
Pada tahun yang sama juga, majalah Emerging Markets telah menamakan Zeti Akhtar Aziz
sebagai gabenor bank pusat Asia terbaik.
Pada tahun berikutnya, Banker's Magazine terbitan Financial Times:London turut menamakan
Zeti Akhtar Aziz sebagai penerima anugerah Global Central.
Pada tahun 2005 pula majalah Euromoney telah menamakan Zeti Akhtar Aziz sebagai ketua
bank pusat dunia terbaik.
Seterusnya pada 2006 Zeti Akhtar Aziz telah menerima anugerah Doktor kehormat undang-
undang oleh Canselor University of Nottingham, Profesor Fujia Yang.
Gambar 6: Anugerah Doktor kehormat undang-undang
oleh Canselor University of Nottingham
15
Pada tahun 2007, beliau telah menerima Anugerah "London Sukuk Summit" hasil daripada
sumbangan luar biasa untuk pembangunan pasaran modal Islam (Islamic capital market).
Gambar 7: Anugerah "London Sukuk Summit" (2007)
Beliau terus meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Gabenor Bank
Pusat yang terbaik di Asia pada tahun 2008.
Pada tahun 2009, majalah Global Finance turut menamakan Zeti Akhtar Aziz sebagai salah
seorang ketua bank pusat terbaik dunia.
16
Pada tahun 2010, Zeti Akhtar Aziz telah terpilih sekali lagi sebagai antara ketua bank pusat
terbaik dunia oleh majalah Global Finance. Pada tahun yang sama juga beliau telah
dianugerahkan sebagai gabenor terbaik bank pusat Asia oleh majalah Emerging Markets. Di
Malaysia, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Tokoh Maal Hijrah 2010.
Gambar 8: Tuanku
Mizan Zainal Abidin
berkenan
menyampaikan
anugerah Tokoh Maal
Hijrah 1432H/2010M
Beliau telah mengulangi kejayaan ayahnya pada tahun 1977 yang telah menerima anugerah
yang sama. Beliau merupakan penerima Tokoh Ma'al Hijrah wanita pertama negara selepas 24
tahun ia dianjurkan.
Gambar 9: Bersama Ayah
dan anak, Alif Ayman Majlis
sambutan Maal Hijrah 1432H
17
Seterusnya, berdasarkan sumbangan beliau dalam membangunkan kewangan Islam, beliau
telah dianugerahkan Anugerah Bank Pembangunan Islam dalam Kewangan dan Perbankan
Islam pada tahun 2012.
Zeti Akhtar Aziz seterusnya telah dipilih sebagai gabenor bergred A (Grade A) di kalangan
ketua/gabenor bank pusat oleh Global Finance pada tahun 2013.
Gambar 10: Keratan laporan “Central Banker Report Cards 2015”
yang diterbitkan dalam edisi Oktober Kewangan Global.
18
Pada tahun 2014, Majalah Global Finance telah mengiktiraf Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor
Bank Kelas A untuk tahun yang ke-11 secara berturut-turut. Global Finance juga
menganugerahkan Zeti sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia pada tahun 2015 atas
kecemerlangannya dalam mengurus dan menyelia sistem kewangan Malaysia.
Gambar 11: Dr.Zeti menerima anugerah daripada
Wharton dean Geoffrey Garrett (The Star)
Pada tahun tersebut juga Zeti Akhtar Aziz telah dianugerahkan Pingat Dekan Wharton
(Wharton Dean's Medal) oleh Wharton School of the University of Pennsylvania atas
pencapaian dan kejayaannya mengemudi ekonomi Malaysia. Anugerah tersebut merupakan
penghargaan tertinggi kepada alumni universiti yang membawa impak besar kepada ekonomi
Asia dan global.
19
Pada tahun 2016, Penerbitan Bank Pusat, CentralBanking.com yang berpangkalan di London
telah memilih Zeti Akhtar Aziz sebagai penerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk
2016 kerana telah memainkan peranan penting dalam memodenkan sistem kewangan Malaysia
serta menjadikan ekonomi negara lebih membangun, seimbang dan stabil.
7.0 PENUTUP
Zeti Akhtar Aziz telah memainkan peranan penting dalam memodenkan sistem kewangan
Islam Malaysia serta menjadikan ekonomi negara lebih membangun, seimbang dan stabil.
Di bawah pimpinan Zeti Akhtar Aziz, kewangan Islam berkembang daripada sebuah segmen
kebitaraan (niche segment) kepada sistem kewangan arus perdana, dan daripada segmen yang
bertumpukan domestik kepada segmen yang relevan pada peringkat dunia
Secara khususnya, sumbangan besar Zeti Akhtar Aziz telah membolehkan Malaysia mara lebih
jauh untuk memperluas sempadan kewangan Islam sebagai sebuah komuniti global.
Perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara di Malaysia terhenti pada akhir bulan April
2016.
20
SUMBER RUJUKAN
https://en.wikipedia.org/wiki/Zeti_Akhtar_Aziz
http://penatokoh.blogspot.com/2014/04/tan-sri-dr-zetti-akhtar-aziz.html
https://www.gfmag.com/awards-rankings/best-banks-and-financial-rankings/global-finance-
grades-worlds-central-bankers-2015
https://www.malaymail.com/news/money/2014/09/09/zati-gets-grade-a-rating-for-11th-
consecutive-time-from-magazine/742873
https://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/7/nation/20101207172134&sec=n
ation
https://www.slideshare.net/noorfaizahsarian/tan-sri-zeti-akhtar-aziz