KBK 3123 PENDIDIKAN
KESIHATAN SEKSUAL
DAN REPRODUKTIF
MURID
BERKEPERLUAN
KHAS
Kumpulan a
pensyarah: puan
marzaida binti
badaruddin
Kisah Sofea dan
rakan
sekelasnya
KUMPULAN 3
NUR NAJIHAH BINTI MOHD ZAID
(D20191088200)
NUR ZABRINAH BINTI SHARIPUDDIN
(D20191088203)
NURUL ADILA BINTI REMELI
(D20191088208)
NURALIA ARNITA BINTI MOHD MISNAN
(D20191088222)
NUR IZZATUL AQILAH BINTI JAMAL
(D20191088217)
Isi kandungan
1.0 Pengenalan 1
2.0 Kisah Sofea dan rakan 2
sekelasnya
3.0 Pengajaran 12
4.0 Soalan HOTs 13
Glosari 14
Rujukan 15
Pengenalan
Pergaulan dalam bahasa arab disebut sebagai
Ikhtilat yang bermaksud bercampur. Manakala
bahasa melayu pula bermaksud percampuran
sesama manusia sama ada sesama lelaki atau
perempuan. Dalam hukum fiqh, pergaulan
menjadi isu perbincangan yang serius
berkaitan pergaulan antara berlainan jantina
dan juga pergaulan dengan yang bukan
mahram.
Seterusnya, hukum asal pergaulan antara lelaki
dan perempuan ajnabi adalah haram. Namun
demikian, pengharaman ini tidak didasarkan
kepada nas yang sahih kerana tiada nas sahih
mengenai kes ini. Pengharamannya hanya
diasaskan kepada hukum lain yang pada
asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana
dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-
unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan
ajnabi (Nurlina Syahiirah, 2014).
Kisah ini menceritakan tentang pergaulan
bebas yang berlaku dalam kalangan kanak-
kanak. Melalui penceritaan ini, ianya dapat
menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran
terhadap pembaca.
1
Kisah Sofea dan
rakan sekelasnya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bestari
merupakan sebuah sekolah yang harmoni. Di
sekolah ini terdapat Program Pendidikan Khas
Integrasi. Ramai murid yang istimewa di sini.
Salah seorang murid yang berada dalam
Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu Sofea.
Sewaktu rehat, setelah selesai makan, Sofea
pergi ke ruangan dapur untuk mencuci tangan.
Tiba-tiba dia ternampak Natasha dan juga
Hamidi sedang berpegangan tangan sewaktu
makan bersama-sama. Sofea yang melihat
kejadian tersebut, tiba-tiba berfikir "Cikgu Melur
kata hari tu kalau kawan perempuan dengan
kawan lelaki tak boleh pegang tangan".
Tiba-tiba loceng pon berbunyi. "Kringggggggg".
Sofea pon terus bergegas masuk ke dalam
kelas.
2
Sewaktu di dalam kelas, Sofea masih
terfikir-fikir akan kejadian antara Natasha
dan juga Hamidi. Sofea tidak sabar-sabar
untuk pulang ke rumah dan menceritakan
kejadian tersebut kepada ibunya.
"Cepatlah bunyi loceng balik", kata Sofea
dengan perlahan.
3
Setibanya di rumah, Sofea segera
membersihkan tangan dan mandi untuk
mengerjakan solat Zuhur.
Pada waktu minum petang, ibu Sofea
memanggil Sofea untuk turun ke bawah.
"Sofea mari minum petang bersama dengan
ibu", kata ibu Sofea sambil berdiri di hadapan
pintu bilik Sofea.
Sofea pon berkata, "baik ibu, Sofea akan
turun segera".
4
Sewaktu menikmati minum petang, tanpa
berfikir panjang Sofea pon berkata "Ibu-ibu,
ibu nak tahu tak tadi masa dekat sekolah kan
kawan Sofea pegang tangan".
Ibu Sofea pon bertanya, "kawan anak ibu ni
perempuan dengan perempuan ke?".
Sofea pon menjawab pertanyaan ibunya dan
berkata "tak ibu, kawan Sofea tu lelaki
dengan perempuan, nama dia Natasha
dengan Hamidi". Lepas tu kan ibu, Cikgu
Melur ada kata dalam kelas, kawan lelaki
dengan kawan perempuan tak boleh pegang
tangan ibu".
5
"Betul apa yang Cikgu Melur ajarkan tu. Jadi,
anak ibu yang bijak ni buat apa bila nampak
Natasha dan Hamidi berpegangan tangan?"
kata ibu Sofea.
Sofea pon berkata "tak sempat buat apa-
apa ibu, tiba-tiba bunyi loceng kringgggg,
waktu rehat pon habis".
6
"Sofea, mari duduk dekat sedikit dengan ibu",
kata ibu Sofea.
Sofea pon bangun dan duduk rapat di
sebelah ibunya sambil berkata "kenapa ibu?".
"Begini, ibu ingin bertanya, apa yang Sofea
faham berkaitan dengan pergaulan bebas?",
tanya ibu Sofea kepada Sofea.
"Cikgu Melur pesan, kawan lelaki dengan
kawan perempuan tidak boleh berpegangan
tangan, berpeluk, bercium, dan memegang
anggota sulit kawan yang lain", kata Sofea
kepada ibunya.
7
Sambil senyum dan mencuit hidung Sofea,
ibunya pon berkata "betullah tu jawapan
anak ibu yang mana pergaulan bebas
merupakan pergaulan yang melebihi batas
antara kawan lelaki dan juga kawan
perempuan". Kalau berlaku lagi kejadian
begitu antara Natasha dan Hamidi, Sofea
perlu memberitahu Cikgu Melur atau cikgu-
cikgu yang lain ya".
Sambil memeluk ibunya, Sofea pon berkata
"ohhh begitu, baiklah, terima kasih ibu".
8
Keesokannya, perbuatan pergaulan bebas
antara Natasha dan Hamidi berlaku lagi
sewaktu rehat. Sofea yang melihat kejadian
tersebut bergegas ke bilik Cikgu Melur dan
memberitahu perkara yang berlaku. Cikgu
Melur pon segera pergi ke ruangan makanan
dan berjumpa dengan Natasha dan Hamidi.
"Natasha, Hamidi, mari segera ikut Cikgu ke
bilik Cikgu", kata Cikgu Melur.
Sewaktu di dalam bilik, Cikgu Melur pon
berkata "kamu berdua tahu apa kesalahan
kamu?".
Natasha dan Hamidi pon menggeleng
kepala dengan pantas dan berkata "tak tahu
cikgu".
9
"Baiklah, begini Natasha, Hamidi. Kan Cikgu
Melur dah ajar kamu semua bahawa kawan
lelaki dengan kawan perempuan tidak boleh
berpegangan tangan, berpeluk, bercium, dan
memegang anggota sulit kawan yang lain. Betul
tak Natasha, Hamidi?", kata Cikgu Melur.
Natasha pon berkata "tapikan cikgu, saya
tengok pelakon-pelakon lelaki dan perempuan
di televisyen tu boleh je berpegangan tangan.
Kenapa kami tak boleh pula cikgu?".
Cikgu Melur pon berkata "Natasha, Hamidi,
perlakuan yang kamu lihat di televisyen itu
adalah perlakuan yang salah. Kan cikgu ada
beritahu, kalau perlakuan yang salah kita tidak
boleh...?".
"Tiru cikgu", kata Natasha dan Hamidi serentak.
"Bagus, selepas ini jangan kamu ulangi lagi ya,
ingat pesan cikgu", kata Cikgu Melur.
"Baik cikgu, maafkan kami ya", kata Natasha
dan Hamidi sambil meminta izin Cikgu Melur
untuk keluar dan masuk ke dalam kelas.
10
Cikgu Melur memanggil Sofea untuk masuk
ke biliknya dan berkata "Terima kasih dan
syabas Sofea. Cikgu bangga dengan
tindakan kamu yang berani untuk
memberitahu perbuatan salah yang
dilakukan oleh Natasha dan juga Hamidi.
Sekiranya berlaku lagi kejadian sebegini,
kamu perlu melaporkannya kepada Cikgu
atau cikgu-cikgu yang lain dengan segera
ya".
"Sama-sama Cikgu Melur", kata Sofea.
11
Pengajaran
Berdasarkan kisah Sofea dan rakan sekelasnya,
terdapat nilai murni keberanian, adil, dan kasih
sayang yang boleh dipelajari dan diikuti oleh
pembaca iaitu:
1.Nilai keberanian
kita haruslah menjadi seseorang yang berani untuk
menghadapi cabaran dan pertahankan pendirian dan
tanggungjawab.
Contoh: Sofea berani memberitahu cikgu melur bahawa
Natasha dan Hamidi melakukan kesalahan berpegangan
tangan di kantin sekolah.
2. Nilai keadilan
Kita hendaklah berlaku adil ketika membuat sesuatu
keputusan agar tidak mendatangkan salah faham antara
satu dengan yang lain.
Contoh: Cikgu Melur menasihati Natasha dan Hamidi tanpa
berat sebelah kerana mereka berdua melakukan kesalahan
yang sama.
3. Nilai kasih sayang
Kita mestilah menyayangi satu sama lain tidak kira ibu bapa,
guru dan rakan-rakan kita kerana mereka merupakan orang
yang sentiasa ada dengan kita
Contoh: Ibu Sofea menyayangi dengan sentiasa bertanya
keadaan Sofea di sekolah serta memberikan nasihat jika
Sofea mempunyai masalah.
12
Soalan HOTs
1.Sekiranya anda menjadi Sofea, adakah anda
memberitahu guru tentang kejadian Natasha
memegang tangan Hamidi? dan mengapa?
2.Berikan kesan pergaulan bebas kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara.
3.Adakah tindakan Cikgu Melur memanggil Natasha
dan hamidi betul? Berikan sebab.
JAWAPAN
1.Saya akan memberitahu kepada guru kerana ianya
merupakan satu kesalahan. Selain itu, tidak ingin rakan-
rakan terus melakukan perkara yang haram.
2.Pergaulan bebas akan menyebabkan seseorang
mendapat penyakit berjangkit dengan lebih mudah, akan
disisihkan oleh ahli keluarga, serta isu pembuangan bayi
dalam kalangan masyarakat dan negara semakin
meningkat.
3.Tindakan Cikgu Melur merupakan tindakan yang betul
kerana seorang pendidik perlu menegur sekiranya pelajar-
pelajarnya melakukan kesalahan. Tambahan pula, guru
merupakan teladan bagi pelajarnya.
13
Glosari menurut
(Kamus Dewan
Edisi Ke-4)
ajnabi
Lelaki (bukan saudara dekat) yang sah dikahwinkan
dengan seseorang perempuan.
haram
Hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan
ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan
dosa bagi orang yang mengingkarinya.
hukum
Peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan
(negara dan lain-lain), adat yang dianggap mesti
dipatuhi atau undang-undang.
mahram
Orang (lelaki ataupun perempuan) yang haram
dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan
kekeluargaan yang rapat, hubungan susuan dan
sebagainya (seperti ibu, anak susuan, adik beradik
dan sebagainya).
nas
Ayat al-Quran atau hadis yang dipakai sebagai
pegangan dalam hukum syarak, kutipan (petikan)
daripada kitab suci sebagai alasan dalam sesuatu
perkara.
sahih
Pasti, benar, sah dapat diakui (diterima).
14
Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur, cet. 3., tahun 2010.
Nur Najwa Solehah Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Sumadi, Nur
Aqilah Salleh, Naziera Izzaty Ismail, Nurul Ain Hayati Adenan,
dan Mohd Razimi Husin. (2019). Masalah Pergaulan Bebas
dalam Kalangan Remaja Sekolah. Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Perak. Diperoleh daripada
https://core.ac.uk/download/236658164.pdf.
Nurlina Syahiirah. (2014). Asas-asas dalam Islam. Universiti
Teknologi Mara. Diperolehi daripada https:// www.academia
.edu/15175427/ CTU101_ Assignment _Pergaulan _Dalam_
Islam_2014_
15
Sinopsis
Mengisahkan tentang Sofea dan rakan-
rakannya di sebuah sekolah. Berlakunya satu
perbuatan yang tidak patut dilakukan dan
dicontohi oleh rakan-rakan yang lain iaitu
pergaulan bebas antara rakan lelaki dengan
rakan perempuan.
Tindakan berani Sofea melaporkan kejadian
yang berlaku antara Natasha dan Hamidi
sangat dikagumi dan perlu dijadikan contoh.
Apakah kesudahan Natasha dan Hamidi
setelah Cikgu Melur mengetahui perbuatan
dan hubungan antara mereka berdua?