SM SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
KAJIAN TINDAKAN
TAJUK :
KAEDAH MENINGKATKAN BMI NORMAL BAGI
MURID-MURID TINGKATAN 4/2019
YANG BERSTATUS - BERISIKO OBES/OBES
DILAKSANAKAN OLEH ;
IRMILA BINTI JAMIL
GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SM SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR.
KERTAS KERJA KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KAEDAH MENINGKATKAN BMI NORMAL BAGI MURID-MURID
TINGKATAN 4/2019
BERSTATUS - BERISIKO OBES/OBES.
1. PENDAHULUAN
Seiring dengan pembangunan yang pesat dan sumber pendapatan rakyat
yang kian meningkat, gaya hidup kita turut berubah secara tidak langsung.
Perubahan yang ketara dapat dilihat dari segi tabiat pemakanan harian kita.
Pemakanan yang tidak seimbang dan kekurangan penglibatan dalam aktiviti
fizikal telah menyebabkan peningkatan obesiti di kalangan masyarakat negara
kita. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) faktor utama yang mendorong
kepada penyakit-penyakit yang serius seperti kencing manis dan sakit jantung
adalah disebabkan oleh obesiti.
Pendidikan Jasmani merupakan satu proses dimana individu
memperolehi kemahiran dari segi fizikal, mental, social dan kecergasan melalui
aktiviti fizikal (Lumpkin, 2002). Ianya berdasarkan fahaman bahawa individu
yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal perlu ada latihan bebanan atau
tekanan dalam masa yang diperuntukkan supaya adaptasi berlaku kepada sistem
tubuh badan seperti yang disarankan oleh Teori GAS (General Adaptation
Syndrome, 1956).
Pada masa kini, guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani
telah menggunakan Program SEGAK untuk menguji kecergasan pelajar. SEGAK
dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam DSKP
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi sekolah rendah dan menengah di
Malaysia. Matlamat utama ujian SEGAK ialah bagi memastikan murid peka,
berpengetahuan tentang kecergasan dan mengamalkan aktiviti kecergasan
untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
Antara aktiviti yang terkandung dalam SEGAK ialah komposisi badan
untuk mengetahui indeks jisim badan, naik turun bangku untuk menguji daya
tahan kardiovaskular, tekan tubi suaian bagi menguji kekuatan otot, ringkuk tubi
separa bagi menguji daya tahan otot abdomen dan jangkauan melunjur untuk
mengukur kelenturan pelajar. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi komponen
kecergasan berasaskan kesihatan kepada penilaian berasaskan sekolah.
Sehubungan denganya, penyelidik ingin menggunakan komponen BMI
dalam ujian SEGAK untuk mengenalpasti murid-murid tingkatan 4 yang bersatus
obes/berisiko obes bagi meningkatkan bmi mereka ke status normal.
2. PERNYATAAN MASALAH
Permahaman mengenai obesiti dan gaya hidup yang sihat penting dalam
kehidupan seorang pelajar. Ini kerana obesiti akan mengakibatkan murid
mengalami dalam meneruskan kehidupan seharian untuk menjadi murid yang
seimbang dari segi fizikal dan mental supaya mereka lebih cemerlang dalam
pelajaran. Lebihan peratusan lemak badan dan obesity terjadi apabila
pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangka masa yang tertentu.
Perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan bilangan antara
kalori yang diambil dan digunakan. Terdapat pelbagai punca yang dikaitkan
dengan obesiti.
Faktor sosial dan persekitaran yang berkaitan dengan peningkatan
pengambilan kalori berlebihan atau kekurangan aktiviti fizikal memainkan
peranan yang penting berlakunya gejala obesiti ini. Masalah obesiti boleh
dikatakan terjadi dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan
aktiviti fizikal oleh generasi muda. Menurut Ghani (2007), bagi mengatasi
masalah ini, amalan gaya hidup yang sihat perlu dijalani seperti mengambil
pemakanan yang berkhasiat, aktif dan bersenam, mengawal berat badan,
berhenti merokok dan sentiasa menjalani dan mematuhi jadual rawatan
kesihatan.
Pada masa kini, tahap kecergasan murid adalah tidak memuaskan. Ramai
guru Pendidikan Jasmani berpendapat bahawa murid yang tidak aktif dalam
aktiviti fizikal menyebabkan berat badan mereka meningkat.
Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan membantu murid yang
berstatus obesiti dan berisiko obesiti mencapai bmi normal seterusnya
membolehkan mereka mendapatkan berat badan yang ideal.
Penyelidik memilih senaman Zumba dan riadah sebagai salah satu latihan
kepada murid-murid ini kerana aktiviti ini melibatkan pergerakan keseluruhan
tubuh badan dengan pergerakan yang menarik dan menyeronokkan dengan
diiring muzik. Koreografi dan tarian yang unik dalam senaman Zumba akan
membuatkan otot dalam tubuh badan bekerja secara maksimum disamping
dapat meningkatkan stamina pelakunya.
3. Objektif Kajian
Selepas kajian dijalankan, murid-murid akan mencapai objektif berikut;
Objektif Am
Membantu meningkatkan jumlah status BMI Normal dalam PAJSK sekolah
seterusnya membaiki status kecergasan mereka.
Objektif Khusus
Pada akhir kajian ini, murid-murid yang terlibat dapat memperbaiki status BMI
mereka dari obes/berisiko obes kepada status normal.
4. Kumpulan Sasaran (Berdasarkan dapatan BMI sesi 2 tahun 2018)
Kajian ini melibatkan seramai murid tingkatan 4/2019. (seperti lampiran)
5. Prosedur Kajian
5.1 Tinjauan awal
Hasil pemerhatian melalui instrument Ujian SEGAK, didapati terdapat
peningkatan status murid yang obes/berisiko obes dikalangan murid-
murid tingkatan 4/2019 berdasarkan laporan BMI fasa 2 tahun 2018.
5.2 Tindakan yang akan dijalankan.
i. Mengadakan Program Jom Kurus (BMI Sihat)
ii. Aktiviti Riadah setiap hari
iii. Aktiviti Zumba setiap hari jumaat.
iv. Ujian SEGAK fasa 1 dan fasa 2 untuk menganalisis BMI murid
5.3 Memerhati.
Pemerhatian dibuat berdasarkan keputusan BMI murid semasa ujian
SEGAK fasa 1 dan 2 dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan
kajian.
6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur
keberkesanan program serta aktiviti yang dilaksanakan dapat memberi impak
kepada status BMI murid-murid yang terlibat. Program ini bukan sahaja dapat
membantu dari segi mendapatkan berat badan yang ideal, tetapi juga membantu
dari segi meningkatkan stamina murid-murid.
Dapat diketahui bahawa jika sesuatu program diaplikasikan dengan
prinsip yang betul, maka ia akan berjaya serta dapat memberikan hasil yang
baik. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu lebih kreatif
dalam mengendalikan pengajaran supaya dapat membantu murid-murid
terutamanya murid yang berstatus obes/berisiko obes dalam membantu mereka
mengekalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesihatan mereka di masa
hadapan.
Disediakan oleh ; Disemak oleh ;
IRMILA BINTI JAMIL AIDA BINTI ARIS
SU SUKAN PEN. KANAN KOKURIKULUM
Disahkan oleh ;
ASIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
PENGETUA
Lampiran 1
SENARAI MURID YANG TERLIBAT
BIL NAMA MURID KELAS STATUS BMI 2018
1 DAMIA ADLINA BINTI MOHD NIZAM 4A BERISIKO OBES
2 NUR AISYAH BINTI MOKTHAR 4A BERISIKO OBES
4A BERISIKO OBES
3 NURHAZWANI BINTI HUSNI 4B BERISIKO OBES
4 ALLYSSA NATASYA BINTI MUHAMMAD
4B OBES
JOHARI 4B BERISIKO OBES
5 DAMIA BATRISYIA BINTI SOHAIMI 4B BERISIKO OBES
6 DANIA NUR CEYCILIA BINTI MOHD 4C OBES
AZUWAN 4C BERISIKO OBES
4C BERISIKO OBES
7 NATASSA ELYANA BINTI LI
8 NUR ADLINA AFIQAH BINTI ANWAR 4C BERISIKO OBES
4C OBES
AHMADI 4C BERISIKO OBES
9 NUR IZZATEE IZZUREEN BINTI AZIZI
10 NURAZALEA HANNANI ARIFF BINTI
NORHASMI
11 ALYSSA NUR SARA BINTI AZLAN
12 AZALINA BINTI AZMAN
13 ELLAINNE ARIEFAH BINTI MOHD ARIF
AKTIVITI YANG DIRANCANG. TEMPOH Lampiran 2
FEB MASA
BIL PROGRAM 4.30 – 5.30
1 PELANCARAN JOM KURUS JUN-JULAI PETANG
SETIAP JUMAAT WAKTU PDP &
(BMI SIHAT) SETIAP HARI PREP
2 CERAMAH KESIHATAN SETIAP HARI
3 ZUMBA MAC
4 AKTIVITI RIADAH
5 LATIHAN PASUKAN SEKOLAH OGOS
6 UJIAN SEGAK FASA 1
7 UJIAN SEGAK FASA 2
JADUAL BMI SEGAK