The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RINGKASAN BAB
PERISTIWA PENTING
WATAK DAN PERWATAKAN
SOALAN DAN JAWAPAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DHURGAASHRE A/P M.KANAPPAN, 2024-06-01 02:30:20

TINGAKATAN 1 DESTINASI IMPIAN NOVEL

RINGKASAN BAB
PERISTIWA PENTING
WATAK DAN PERWATAKAN
SOALAN DAN JAWAPAN

Keywords: NOVEL TINGAKATAN 1

Novel Tingakatan1 D E S T I N A S I I M P I A N RINGKASAN BAB PERISTIWA PENTING WATAK DAN PERWATAKAN SOALAN DAN JAWAPAN


RINGKASAN BAB


BAB 1 Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut. BAB 2 Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.


BAB 3 BAB 4 Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan. Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari dan berani.


BAB 5 BAB 6 Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina. Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.


BAB 7 BAB 8 Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru. Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.


BAB 9 BAB 10 Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf. Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.


BAB 11 BAB 12 Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betulbetul lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi. Firdaus tersedar daripada pengsan dan mendapati Azlinadan Johari berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang untuk menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima nasihat yang diberikan oleh Johari.


PERISTIWA PENTING


Dalam perjalanan, tayar basikal Firdaus kempis kerana tertusuk paku. Firdaus merungut lagi sambil mengatakan jika duduk di rumah, tentu tiada masalah. Azlina menyuruh Firdaus balik dan berkepit di bawah ketiak emaknya. Firdaus berasa marah terhadap Azlina. Johari terpaksa meninggikan suara untuk meleraikan pertengkaran antara dua beradik itu. Johari menasihati Firdaus dengan mengatakan bahawa perjalanan sentiasa mempunyai halangan. Oleh itu,Firdaus haruslah berani, tabah, dan sabar menghadapinya. Selepas itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan. Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus mengajak mereka berpatah balik.Johari mengadakan undian untuk menentukan sama ada mereka perlu berpatah balik atau meneruskan perjalanan ke Morib. Berdasarkan undian tersebut, Firdaus membuat keputusan bahawa mereka perlu meneruskan perjalanan. 1. 2.


3. 4. Bunyi hon yang kuat menyebabkan Firdaus membelokkan basikalnya ke kiri lalu terlanggar seketul batu. Sebagai akibatnya, Firdaus tercampak ke atas tanah serta mengalami luka di siku kanannya. Johari membalut luka Firdaus. Kemudian,mereka meneruskan perjalanan. Azlina berhenti rehat berhampiran dengan gerai air tebu. Dia menunggu Firdaus dan Johari yang belum muncul. Setibanya Johari dan Firdaus di gerai air tebu,Firdaus menjerit mengatakan bahawa perjalanan berbasikal itu sebagai kerja gila. Johari menghulurkan sebungkus air tebu kepada Firdaus. Firdaus menyedut air tersebut dengan rakus. Mereka akan meneruskan perjalanan lima minit lagi.


5. 6. Azlina, Firdaus, dan Johari berhenti rehat di pekan Banting. Di situ, Johari mengatakan bahawa mereka telah kalah kepada datuk mereka. Beliau pernah ke Morib pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang, sedangkan mereka bertiga belum sampai ke Morib walaupun sudah pukul 3:00 petang. Mereka meneruskan perjalanan dan meninggalkan pekan Banting. Sebuah lori yang agak besar bergerak sangat laju memotong mereka. Angin lori itu telah menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar lubang yangbesar dan dalam. Azlina terjatuh dan tangan kanannya luka. Johari membubuh ubat dan membalut luka Azlina.


7. 8. Firdaus tiba di Pantai Morib Baru. Ketibaan Firdaus disambut oleh kawan kawannya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil memuji-muji kejayaannya. Hal ini menyebabkan Firdaus angkuh. Firdaus tidak mempedulikan Azlina dan Johari. Dia asyik bergembira dengan kawan-kawannya.Johari dan Azlina bersama-sama dengan kawan Johari, di hujung khemah Firdaus dan kawan-kawannya. Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa disertai oleh Firdaus yang mahu pulang sendirian. Firdaus dan kawan-kawannya mandi di laut. Mereka berlumba menyelam bagi menentukan siapakah antara mereka yang dapat menyelam paling lama. Akhirnya, Mazlinda muncul sebagai pemenang. Ketika Mazlinda timbul, dia dipukul ombak besar. Mazlinda menjerit meminta tolong. Firdaus memberanikan diri untuk membantu Mazlinda. Namun begitu, Firdaus yang lemas.


9. 10. Apabila sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di katil hospital. Johari dan Azlina bertanyakan khabar Firdaus. Johari memberitahu Firdaus bahawa Firdaus pengsan ketika dibawa ke hospital. Firdaus segera bertanyakan keadaanMazlinda yang dibantunya. Azlina mengatakan bahawa Mazlinda selamat.Mazlindalah yang menolong Firdaus. Mazlinda berpura-pura tidak tahu berenang kerana ingin menguji Firdaus. Johari menasihati Firdaus supaya jangan cepat berasa angkuh dengan sesuatu kejayaan. Firdaus hanya menundukkan kepala mendengar nasihat Johari. Johari menyuruh Firdaus mengangkat kepala kerana dia sudah menjadi orang yang berani. Johari menerangkan bahawa orang yang berani tidak akan menundukkan muka sepanjang masa. Kata Johari, keberanian itu haruslah disertai dengan fikiran yang waras. Firdaus berasa insaf. Firdaus melihat Mazlinda dan kawankawannya datang. Firdaus ingin menundukkan kepala kerana berasa malu.Namun begitu, apabila Firdaus teringat akan kata-kata Johari, Firdaus segera mengangkat kepalanya untuk memandang Mazlinda dengan berani.


WATAK DAN PERWATAKAN


JOHARI Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia. Merupakan sepupu kepada Firdaus dan Azlina. Gemar berbasikal sejak sekolah rendah Seorang yang aktif bersukan kerana menyahut cabaran datuknya dengan berbasikal dari Klang ke Morib. Seorang yang penyabar kerana melayan kerenah Firdaus sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal. Seorang yang Rasional dan bertanggungjawab apabila dia menyelesaikan masalah yang timbul di antara Azlina dan Firdaus.


AZLINA Merupakan sepupu kepada Johari dan adik kepada Firdaus. Seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kapar. Pernah memenangi olahragawati di peringkat sekolah. Seorang yang aktif dan cergas di mana Azlina tidak merungut kepenatan berbasikal dan mengagumkan Firdaus. Seorang penyayang kerana walaupun bertengkar dengan Firdaus, Azlina tetap mempertahankan abangnya selepas Sazali dan Moksin mempersenda abangnya. Seorang yang pandai berkata-kata apabila mematahkan hujah atau kata-kata Firdaus.


FIRDAUS Abang kepada Azlina. Seorang yang berperwatakan lembut kerana dikelilingi dengan adik beradik perempuan sahaja. Gemar menolong kakaknya memasak dan mengubah bunga. Seorang yang sombong kerana dipuji oleh rakan-rakannya kerana berjaya berbasikal sejauh 50 kilometer dan melupakan pertolongan Johari dan Azlina. Seorang yang menyimpan dendam selepas memerli adiknya, Azlina yang cedera dan luka kerana puas dapat membalas semula perbuatan tersebut. Seorang yang tidak jujur kerana berbohong kepada rakan-rakannya bahawa kelewatannya disebabkan oleh Azlina dan Johari yang kerap berhenti untuk berehat.


MASLINDA Merupakan sepupu kepada Johari dan adik kepada Firdaus. Merupakan kawan kepada Firdaus. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi kerana sanggup berkhemah di Pantai Morib demi memberikan sokongan dan semangat kepada Firdaus yang berbasikal dari Klang ke Morib. Seorang yang pandai berenang selepas menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas kerana cuba menyelamatkan dirinya. Seorang yang bijak kerana telah berpura-pura lemas untuk melihat kecekapan Firdaus untuk menyelamatkannya.


DATUK Merupakan datuk kepada Johari, Firdaus dan Azlina. Seorang yang mempunyai kuat semangat kerana pernah menunggang basikal lebih kurang 50 kilometer.


SAZALI Rakan kepada Firdaus. Bangga akan kejayaan Firdaus yang mengayuh basikal dari Klang ke Morib. Dia curiga terhadap kata-kata Firdaus kononnya dia lewat tiba di Morib kerana adiknya, Azlina banyak berehat. Seorang yang berani kerana menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada apa yang diperkatakan oleh Firdaus adalah benar atau tidak.


Soalan Pengukuhan Jawapan UJI KEFAHAMAN ANDA


Click to View FlipBook Version