The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suweataa0766, 2022-06-15 20:15:51

FOLIO ETIKA DONE

FOLIO ETIKA DONE

SUWEATAA A/P DAVADASS
(21DDT21F2053)
LIVENESH RAJ A/L GUNASEKARAN
(21DDT21F2049)
SARVIN RAO A/L MUNIANDY RAO
(21DDT21F2050)
PRAVIN A/L MARIMUTHU
(21DDT21F2042)

E-FOLIO

RUKUN NEGARA

KELAS DDT1C

NAMA NO MATRIC
21DDT21F2053
SUWEATAA A/P
DAVADASS

PRAVIN A/L 21DDT21F2042
MARIMUTHU

SARVIN RAO A/L 21DDT21F2050
MUNIANDY RAO

LIVENESH RAJ A/L 21DDT21F2049
GUNASEKARAN

ISI KANDUNGAN

1.PENDAHULUAN
2.PENGENALAN
3.OBJEKTIF DAN PRINSIP RUKUN NEGARA
4.SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
5.PENGISTIHARAAN RUKUN NEGARA
6.MAKSUD RUKUN NEGARA
7.KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
8.CARA MENGHAYATI RUKUN NEGARA
9.LAMPIRAN
10.KESIMPULAN

PENDAHULUAN

Kami suweataa,pravin,sarvin dan livenesh dari kursus diploma
teknologi maklumat dan digital ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus iaitu e-folio.kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu puan nurul huda
binti azizan yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam
merancang dan melaksanakan kerja kursus ini.

PENGENALAN

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970
oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Pakar Bahasa Melayu Prof Dato Dr
Teo Kok Seong mengatakan bahwa sebenarnya prinsip-prinsip Rukun Negara sebenarnya
diinspirasikan daripada lima prinsip Pancasila yang ianya lebih dahulu berjaya
menyatukan kepelbagaian yang wujud di Indonesia.

31 Ogos 1970 – Pada tahun 1970, D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah berkenan
mengisytiharkannya Rukun Negara pada upacara bersempena dengan sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara ke-13.

Rukun Negara dirangka hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN),
mengandungi lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum, bertujuan
mencapai kemajuan bangsa.

Ia diperkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan semangat cintakan negara di
kalangan rakyat. Berikutan itu juga segala aktiviti dan acara menyambut kemerdekaan
negara pada tahun 1970 ini telah diisi dengan persembahan yang berteraskan Rukun
Negara.

IKRAR RUKUN NEGARA

Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Rukun Negara merupakan falsafah dan ideologi negara hasil sumbangan pemimpin dan
rakyat pelbagai kaum dari kepakaran yang tidak ternilai. Ia perlu dihayati oleh setiap
warganegara yang cintakan keamanan dan keharmonian.

OBJEKTIF DAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.
Prinsip-prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum
demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-
Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat halaysia yang mah dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil
dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak,
dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.

Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

SEJARAH PEMBENTUKAN
RUKUN NEGARA

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat
perpaduan etnik di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan
raya yang menimbulkan isu perkauman sensitif.
Seperti diperkatakan Tun Tan Siew Sin, pilihan raya membuktikan cara paling mudah
untuk memancing undi adalah dengan mengapi-apikan isu perkauman.

Tercetusnya tragedi 13 Mei didakwa berpunca perasaan tidak puas hati antara satu sama
lain kerana orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Keistimewaan diberikan kepada Melayu juga mengakibatkan etnik lain terasa
dianaktirikan dan peluang ekonomi mereka terancam.

Ini menjelaskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat mengenai kedudukan
istimewa orang Melayu, Islam, bahasa Melayu, institusi beraja dan kewarganegaraan
sehingga menimbulkan konflik berpanjangan jika tidak ditangani dengan baik.

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam
kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.

Antara matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat Malaysia ke arah
mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Bagi mencapai

matlamat ini, digariskan lima prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati
setiap lapisan masyarakat. Satu daripadanya adalah Keluhuran Perlembagaan.

Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar menerima
Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu
mematuhi keluhurannya.

Perlembagaan adalah sumber rujukan tertinggi bagi segala hal berkaitan sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

Peranannya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat mengenai hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai dan memahami maksud serta kandungan dan latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini yang dikenali sebagai kontrak sosial. Menerusi kontrak sosial ini,
orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip
jus soli.

Orang Melayu pula diperuntukkan dalam Perlembagaan mengenai agama Islam sebagai
agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai tiang
seri dalam Perlembagaan.

Penggunaan istilah tiang seri Perlembagaan lebih tepat dan wajar kerana isu agama
Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sering menjadi konflik
dalam masyarakat.

Ia menggambarkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak timbul sebarang
pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia dan berbezanya perkara ini dengan
Perlembagaan yang ada di negara lain.

Dari perspektif hubungan etnik di Malaysia, perkara yang dianggap menguntungkan
orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan diimbangi dengan peruntukan lain yang
juga memberi kelebihan kepada etnik bukan Melayu.

Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan diimbangi dengan
peruntukan kebebasan bagi setiap rakyat menganut dan mengamalkan apa-apa agama
dalam suasana aman dan harmoni.

Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, juga
diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh dilarang
daripada menggunakan (melainkan bagi maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari
apa-apa bahasa lain.

Hal sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang
Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak diimbangi dengan peruntukan bahawa
kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.

Maka, perkara ini perlu difahami setiap lapisan masyarakat, khususnya generasi muda
supaya sentiasa berlapang dada dalam sesuatu isu membabitkan bahasa Melayu, Islam
dan orang Melayu dalam Perlembagaan.

Ini seperti pernah dinyatakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-215, iaitu Islam dan orang
Melayu adalah asas utama pembentukan Malaysia.

Justeru, konsep memasyarakatkan Perlembagaan di bawah payung Keluhuran
Perlembagaan perlu digembar-gemburkan.

Konsep memasyarakatkan Perlembagaan ini bererti masyarakat perlu didedahkan
Perlembagaan bukan hanya dari aspek perundangan semata-mata, tetapi dari perspektif
sejarah, budaya, agama, politik, undang-undang dan hubungan etnik.

Ini dinyatakan Laporan Suruhanjaya Reid yang menekankan pentingnya mengambil kira
faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud pada 1957 dalam merangka
Perlembagaan.

Program Pemekaan Kontrak Sosial perlu dilaksanakan bertujuan mewujudkan kepekaan
rakyat Malaysia terhadap pengetahuan dan kefahaman mengenai kontrak sosial.

Ini boleh dilakukan menerusi kerjasama jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dan komuniti serta pihak swasta dengan mengambil kira faktor di atas.

Untuk itu, penekanan perlu diberikan kepada rasional kenapa sesuatu peruntukan itu
termaktub dalam Perlembagaan.

Penekanan kepada rasional sesuatu perkara itu lebih menyebabkan masyarakat mudah
menerima kerana masyarakat sekarang lebih terdedah dengan sesuatu isu melalui media
sosial dan mempunyai pemikiran yang kritis dan terbuka terhadap sesuatu isu.

Tuntasnya, rakyat perlu bersama menghayati maksud Keluhuran Perlembagaan sebagai
asas perpaduan dan pembinaan negara bangsa di Malaysia

PENGISTIHARAAN RUKUN NEGARA

31 Ogos 1970 – Pada tahun 1970, D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah berkenan
mengisytiharkannya Rukun Negara pada upacara bersempena dengan sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara ke-13.

Rukun Negara dirangka hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN),
mengandungi lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum, bertujuan
mencapai kemajuan bangsa.

Ia diperkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan semangat cintakan negara di
kalangan rakyat. Berikutan itu juga segala aktiviti dan acara menyambut kemerdekaan
negara pada tahun 1970 ini telah diisi dengan persembahan yang berteraskan Rukun
Negara.

MAKSUD RUKUN NEGARA

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970
oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Pakar Bahasa Melayu Prof Dato Dr
Teo Kok Seong mengatakan bahwa sebenarnya prinsip-prinsip Rukun Negara sebenarnya
diinspirasikan daripada lima prinsip Pancasila yang ianya lebih dahulu berjaya
menyatukan kepelbagaian yang wujud di Indonesia.

Kepercayaan Kepada Tuhan:

Kepercayaan kepada Tuhan dalam norma kehidupan yang penuh bewarna-warni padat
dengan segalanya nikmat dari kenikmatanya sebuah negara yang harmoni dengan
keharmonian yang datangnya dari pelbagai sudut perspektif adat resam budaya ekologi
sosiologi kehidupan manusia. Ketiadaan agama juga boleh menyebabkan kekurangan
kefahaman berkenaan pencipta ia juga mampu serta berupaya untuk meruntuhkan
struktur sifat mulia yang berada bersama-sama keperibadian seseorang dan juga sesuatu
bangsa dan warganegara bagi mana-mana negara diperingkat benua mahupun global
dan juga bagi negara Malaysia.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara:

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja
juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang
tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud,
bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat
mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan:

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud
dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang
tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan
sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang:

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan,
di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan:

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat
individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.[petikan diperlukan

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat
setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain
itu Rukun Negara bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dan
saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama

Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain.
Kepercavaan kepada Tuan antara lain menerapkan bahawa kepercayaan
beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya
memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan
hidup. Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan negara pula amat
bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara, Keluhuran
perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus
diterima, dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat.

Kedaulatan undang-undang pula member keadilan kepada setiap rakyat di negara ini
kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa Prinsip kesopanan
dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakvat untuk
menjaga hubungan bagi masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu
menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan
masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. la juga mengingatkan
rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dan
keharmonian negara dapat terus dipelihara. Mengamalkan Rukun Negara
akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa
mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama
lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan
dan mempergiatkan lag pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilanpolitik dan
sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik

CARA MENGHAYATI RUKUN NEGARA

1.Mengadakan Kempen Kesedaran
Tujuan: Untuk menanamkan dan menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri individu.
Huraian: masyarakat zaman sekarang tidak mengambil peduli tentang rukun Negara dan
kesejahteraan Negara Malaysia ini.Oleh itu pihak berkuasa boleh mengambil berat dan
mengadakan kempen-kempen untuk memupuk sifat patriotic dalam seseorang.pihak
berkuasa juga boleh mengambil beat untuk memupuk perpaduan kaum dan
memastikan rakyat Malaysia mengetahui tentang maksud rukun Negara.
Contoh: Kempen 'Cintai Rukun Negara dan Bersama Menghayati Rukun Negara'

2.Melalui Pendidikan
Di sekolah, pusat pengajian tinggi dll.
Contoh: Di sekolah - melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Pendidikan Moral.
Huraian: Untuk memastikan warga pendidik khususnya para pelajar dapat memahami
dan menghormati prinsip Rukun Negara.Para guru-guru di sekolah juga mesti
mengambil berat dan mengajar tentang kebaikan Rukun Negara dan maksud untuk para
pelajar. Para guru juga boleh mengadakan quiz atau sesisoalan tentang Rukun Negara.

3.Peranan Media Massa
Huraian: Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh meniarkan iklan
atau program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip
Rukun Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah boleh menerbitkan
artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.
Contoh: Surat khabar, iklan televisyen, dan lain - lain.
Tujuan: Untuk memastikan masyarakat mengetahui tentang kepentingan Rukun Negara
dan menghayatinya

4.Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak - anak mereka supaya memahami dan
menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini bagi memastikan anak - anak faham dan
patuh serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa seperti kata
pepatah "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Tujuan: Anak - anak mesti mengetahui tentang prinsip rukun Negara dan mesti
mengetahui untuk hayatinya. Masyakat patriotik bermula dari kanak kanak.
Contoh: Ibu bapa boleh memberitahu anak - anak tentang cerita negara Malaysia dan
menceritai tentang Rukun Negara dan langkah - langkah untuk menghayatinya.

5.Peranan Kerajaan.
Huraian: Kerajaan sememangnya mempunyai tanggunjawab yang besar bag memastikan
rakyat di neagara ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Kerajaan boleh
mengambil inisiatif seperti menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi
memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.
Contoh: Pihak kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat agar
menghayati prinsip rukun negara dengan sepenuhnya. Kempen kesedaran boleh
diadakan di semua jabatan kerajaan,sector swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pihak yang berkenaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen,radio dan
laman web yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada semua
lapisan masyarakat dari semasa ke semasa.
Tujuan: Tahap kesedaran rakyat tentang peri pentingnya rukun negara dalam kehidupan

mereka sentiasa mekar dan subur dalam jiwa mereka.

LAMPIRAN

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar
mahupun dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada
13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa
pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat
curiga mencurigai satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman
yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif
dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk
jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun
Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang
disarankan oleh kerajaan

RUJUKAN

• http://nilaimasyarakat4.blogspot.com/2017/08/langkah.ht
ml

• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara

• https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kol

umnis/2020/08/725822/rukun-negara-wadah-bentuk-masyarakat-
berpandangan-jauh

• https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-tiga-
peristiwa-yang-membawa-kepada-pengisytiharan-rukun-
negara-250415?amp=1

• https://malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=
my

• https://www.bharian.com.my/amp/rencana/lain-
lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-perpaduan-
pembinaan-negara-bangsa

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version