The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Roslina Yusoff, 2020-03-02 00:59:58

MODUL MENTEE

MODUL MENTEE

PROGRAM MENTOR MENTEE PERTAMA 2020

CADANGAN TARIKH: 7/2/2020
ASRAMAKU SYURGAKU
TEMA : Kamar yang sentiasa bersih, menarik dan wangi (BMW)

MATLAMAT TEMA :

RASIONAL :
Keceriaan dan kebersihan merupakan elemen penting di kamar/ dorm.

Kamar/dorm merupakan tempat yang sangat penting untuk menjalani kehidupan
seharian sebagai seorang penghuni asrama. Suasana kamar yang kemas dan menarik
akan membuatkan penghuninya merasa seronok tinggal di kamar tersebut. Jika kamar
kotor, berhabuk, berbau busuk dengan kain baju hapak menyebabkan penghuninya
bosan dan tidak seronok tidur di bilik sendiri. Selain itu, kamar yang kotor akan mudah
berlaku penyakit berjangkit seperti kudis buta, panau, gatal-gatal, denggi, demam dan
selesema.

OBJEKTIF :
1. Mentor dan mentee berkongsi idea mencari maksud konsep kamarku syurgaku.
2. Mentor dan mentee bersedia dengan persiapan Program Hari Terbuka Asrama.
3. Mentor memastikan mentee memahami item pertandingan 3K.
4. Mentor dapat memastikan kamar mentee mempunyai kemudahan inventori kamar.

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
5. Mentor bersama mentee menentukan „konsep kamar‟ dan tema keceriaan kamar
bertemakan “Asramaku Syurgaku”.
6 .Mentor bersama mentee menentukan konsep hiasan, warna kamar, kata-kata
hikmat @ semangat yang boleh dilakarkan dalam kamar.
7. Mentor bersama mentee merancang jadual bertugas harian dan carta organisasi
kamar.
8. Mentor mengingatkan mentee agar memastikan keadaan kamar sentiasa bersih,
ceria, dan wangi.

9. Mentor juga mengenalpasti inventori kamar mencukupi dan meminta ia dijaga
dengan baik. Sekiranya ada sebarang kerosakan, sila laporan kepada mentor dengan
segera untuk dimaklumkan kepada Penyelia Asrama dan Pengetua agar dapat
diambil tindakan segera.

Penutup
10. Mentor mengharapkan kerjasama semua mentee supaya sentiasa menjaga

kebersihan, keceriaan bagi memastikan setiap ahli keluarga berasa selesa, selamat
dan kondusif bila berada dalam kamar.
11. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

MENTOR MENTEE 2

CADANGAN TARIKH: 6/3/2020
EXAM FEVER - ARE YOU READY?
TEMA : Berusaha secara luar biasa untuk mendapat
keputusan luar biasa
MATLAMAT TEMA :

RASIONAL :
Ujian awal 1 akan bermula tidak lama lagi. Mentee perlu membuat persediaan

awal untuk mencapai kecemerlangan akademik. Setiap mentee perlu buktikan pada
dirinya, keluarga dan guru-guru bahawa mereka boleh cemerlang. Lagipun markah
peperiksaan ini menjadi titik tolak hasil yang diperolehi dalam pembelajaran mentee.

OBJEKTIF :
1. Mentor melakukan tinjauan tentang persediaan mentee untuk menghadapi ujian.
2. Mentor membimbing mentee dalam menghadapi ujian dan membantu mengatasi

kekurangan yang masih ada sebagai persediaan menghadapi ujian.
3. Mentor membantu dalam menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan pada

mentee.

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
4.Mentor bertanyakan masalah pembelajaran dan sejauhmana persediaan
menghadapi ujian nanti.
5.Mentor berkongsi pengalaman dan teknik-teknik menghadapi ujian :
 Bersedia dengan nota yang berkesan.
 Melakukan ulangkaji dan mengamalkan teknik mengingat
 Sentiasa berfikiran positif dan mengekalkan daya ingatan
 Yakin diri kepada persediaan menghadapi ujian
 Keperluan fizikal; makan, minum, tidur dan rehat secukupnya
 Mengetahui strategi menjawab soalan
 Sentiasa berdoa, solat hajat dan memohon dari ALLAH SWT
 Pembahagian waktu pembelajaran; riadah dan ibadat dengan teratur.

Penutup
6.Mentor menasihati mentee agar belajar dengan tekun, memberi tumpuan kepada
pelajaran, berfikir serta melakukan yang terbaik untuk diri sendiri seterusnya rumah.
7.Mentor juga mengingatkan mentee agar sentiasa memohon restu daripada guru
yang mengajar mereka.
8.Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

CADANGAN TARIKH: MENTOR MENTEE 3

TEMA : 3/4/2020
PERSEDIAAN RAMADHAN
MATLAMAT TEMA : Bersederhana dan mensyukuri nikmat yang ada

RASIONAL :
Bulan ramadhan bakal tiba pada penghujung April. Oleh itu persediaan mentee

dalam menghadapi bulan ramadhan perlu diperkukuhkan dengan pelbagai aktiviti
keagamaan sama ada anjuran sekolah mahupun individu.

OBJEKTIF :

1. Mentor berkongsi tip berpuasa pada mentee terutamanya mentee yang berada di
sekolah rendah

2 Mentor boleh juga menyelidik Mentee yang datang dari keluarga susah atau
senang untuk diberi bantuan sekiranya ada.

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
3 Mentor bercerita apa persediaan yang perlu untuk menyambut ramadhan
4 Mentor memberitahu perkara yang boleh atau tidak boleh apabila berpuasa
5 Menyarankan mentee perbanyakkan ibadah seperti solat terawih,
mengaji,bersedekah

Penutup
6.Mentor menasihati mentee agar belajar dengan tekun, memberi tumpuan kepada
pelajaran, berfikir serta melakukan yang terbaik untuk diri sendiri seterusnya rumah
walaupun berpuasa
7.Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

CADANGAN TARIKH: MENTOR MENTEE 4

TEMA : 8/5/2020
MENGHARGAI/MENYAYANGI IBU BAPA
MATLAMAT TEMA : Hargailah jasa ibu bapa untuk selamanya

RASIONAL :
Menghargai apa yang ibubapa sediakan untuk diri anak-anak dan sayangilah

mereka selagi ada hayat

OBJEKTIF :
1 Menghargai pemberian ibu bapa
2 melahirkan perasaan kasih saying kepada kedua ibu bapa

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
3 Mentor bertanyakan barang kesayangan mentee yang pernah dihadiahi kepada
ibu bapa
4 Mentor meneroka perasaan mentee ketika menerima hadiah daripada ibu bapa
5 Mentor menekankan kepentingan ucapan terima kasih apabila mendapat barang

Penutup
6.Ibu Bapa adalah insan yang banyak berkorban untuk anaknya

7.Hargailah dan kenanglah jasa ibu bapa untuk selamanya
8.Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

MENTOR MENTEE 5

CADANGAN TARIKH: 8/5/2020
SALAM AIDILFITRI
TEMA : Selamat Hari Raya Aidilfitri

MATLAMAT TEMA :

RASIONAL :
Setiap tahun umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Biasanya cara

kita meraikan hari raya dengan amalan kunjung-mengunjung, jamuan dan saling
bermaafan. Amalan yang baik ini perlu diteruskan dari satu generasi ke satu generasi.
Sempena bulan Syawal ini, mentor mesti mendidik anak-anak angkat masing-masing
supaya saling bermaafan dan member ucapan selamat antara satu sama lain agar
amalan ini menjadi satu budaya di sekolah ini.

OBJEKTIF :
1. Mentor dan mentee dapat berkongsi cerita tentang hari raya aidilfitri.
2. Mentor menerapkan nilai murni dan budaya saling bermaafan antara satu sama lain.

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
3. Mentor mengucapkan selamat hari raya dan meminta supaya mentee menceritakan

pengalaman yang mereka lalui sewaktu berhari raya bersama keluarga.
4. Mentor berbincang bersama mentee kenapa Islam menggalakkan kita meraikan hari

raya dengan amalan kunjung mengunjung, jamuan dan saling bermaafan. Selain itu,
mentee digalakkan untuk berpuasa 6 hari pada bulan Syawal.
5. Mentor mengingatkan mentee antara hikmah dan faedah puasa :

 Tanda syukur kepada Allah atas limpah kurnia nikmatNya selama ini.
 Mendidik nafsu “amarah” (negatif) kepada “mutmainnah” (tenteram).
 Mendidik jiwa supaya belas kasihan kepada orang susah / menderita.
 Membersihkan jwa daripada sifat keji seperti tamak, sombong, dengki dll.
 Mendidik diri supaya sabar, tahan menanggung cabaran dll.
6. Jamuan ringan daripada mentor dan mentee.

Penutup
7. Mentor dan mentee saling bermaafan antara satu sama lain.
8. Mentor juga menasihati mentee agar belajar dengan tekun, memberi tumpuan

kepada pelajaran, berfikir serta melakukan yang terbaik untuk diri sendiri seterusnya
rumah.
9. Mentor juga mengingatkan mentee agar sentiasa memohon restu daripada guru yang
mengajar mereka.
10. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

MENTOR MENTEE 6

CADANGAN TARIKH: 3/7/2020
MENGHARGAI DAN DIHARGAI
TEMA : Mengeratkan perhubungan antara satu sama lain

MATLAMAT TEMA :

RASIONAL :
Seriap mentee pasti mahukan diri mereka dihargai oleh rakan-rakan. Mentee

yang baik pasti akan disukai ramai kawan manakala mentee yang sombong tidak
mempunyai ramai kawan. Peranan Mentor memperlihatkan bagaimana mentee dapat
mencari kawan tanpa ada sengketa

OBJEKTIF :

1. Mentor dan mentee mendapat kepercayaan dan boleh bercerita tentang kawan-
kawan

2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara Mentor dan Mentee
3. Menghargai dan meraikan individu lain

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
4. Mentor menerangkan secara ringkas aktiviti yang akan dijalankan
5. Mentee menghasilkan satu kad ucapan hari lahir yang ditujukan kepada ahli
kelompok dan juga Mentor
6. Mentor membuat rumusan berkaitan amalan budaya penyayang dan mencintai
sekolah

Penutup
7. Setiap individu memerlukan antara satu sama lain
8. TIdak ada guna jika sering bergaduh dan berbalah kerana setiap inidividu saling
melengkapi
9. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

CADANGAN TARIKH: MENTOR MENTEE 7

TEMA : 7/8/2020
SEMANGAT PATRIOTISME
MATLAMAT TEMA : Bersyukur dengan nikmat kemerdekaan masa kini

RASIONAL :
Kenikmatan hidup pada hari ini adalah hasil pengorbanan tokoh-tokoh

perjuangan terdahulu yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air
daripada dijajah oleh bangsa asing. Mereka berjuang semata-mata untuk membebaskan
tanah air Malaysia daripada dijajah dan mengecapi kemerdekaan. Sempena bulan
Kemerdekaan ini ( dari 16 Ogos hingga 16 September ) ini, maka pelajar perlu
menunjukkan semangat patriotisme melalui aktiviti-aktiviti patriotisme, mengibarkan
Jalur Gemilang dan berfikir untuk membangunkan negara Malaysia yang tercinta ini.

OBJEKTIF :
1. Mentor dapat menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme
2. Mentor dapat memupuk kefahaman tentang teras demokrasi dan konsep kenegaraan

dan kemerdekaan serta keamanan.

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
3. Mentor membincangkan beberapa tokoh pejuang dan menghayati tentang jasa dan

pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air tersebut.
4. Mentor meminta pendapat mentee bagaimana mereka menghayati erti kemerdekaan

dan bagaimana cara mereka berterima kasih kepada negara. Contohnya tidak
mengamalkan budaya barat seperti mat rempit, skinhead, pakaian seksi, dll.
5. Mentor mengingatkan mentee tentang peristiwa negara-negara lain yang berperang
dan tidak aman seperti Libya, Afganistan, Palestin, Iraq, Kemboja dll.
6. Mentor meminta mentee menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah sempena bulan kemerdekaan kerana ia dapat menanam semangat
patriotisme pada negara selain dapat menyumbang markah rumah kepada diri dan
markah sistem rumah.
7. Mentor meminta mentee menyanyikan salah satu lagu patriotic secara beramai-
ramai. (jika perlu).

Penutup
8. Mentor meminta supaya kita bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT

kerana kita dapat hidup dengan aman dan damai di bumi Malaysia yang merdeka ini.
9. Mentor menasihati mentee agar belajar dengan tekun, memberi tumpuan kepada

pelajaran, berfikir serta melakukan yang terbaik untuk diri sendiri seterusnya rumah.
Perjumpaan diakhiri deng

MENTOR MENTEE 8

CADANGAN TARIKH: 4/9/2020
PERSAHABATAN
TEMA : Menghargai rakan yang sentiasa susah senang

MATLAMAT TEMA :

bersama

RASIONAL :
Mentee dapat mengenali rakan –rakan yang ada dalam kelompok dan cuba

menghargai mereka .

OBJEKTIF :

1. Memahami makna persahabatan
2. Kemahiran menjaga persahabatan

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
3.Mentor membimbing mentee tentang menjaga persahabatan
4. Mentor bertanyakan mentee sekiranya mendapat kawan yang „makan
kawan‟ dan bagaimana perasaan mentee

Penutup
5.Makna setiakawan akan dapat ditonjolkan dalam kelompok
6.Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

CADANGAN TARIKH: MENTOR MENTEE 8

TEMA : 2/10/2020
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
MATLAMAT TEMA : Kecemerlangan menjadi satu realiti.

RASIONAL :
Peperiksaan akhir tahun semakin hamper. Pelajar perlu bersedia dalam mencapai

kecemerlangan akademik masing-masing. Setiap pelajar perlu buktikan pada dirinya,
keluarga dan guru-guru bahawa mereka boleh berjaya dengan cemerlang. Markah
peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan PMR dan SPM akan digunakan dalam
pencalonan Anugerah Pengetua dan juga permohonan ke IPT tertentu serta menjadi TOV
tahun depan.

OBJEKTIF :

1. Mentor membantu mentee untuk menghilangkan tekanan bagi menghadapi
peperiksaan.

2. Mentor dapat membimbing mentee mengatasi kekuranf yang masih ada dalam
membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan SPM.

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
3. Mentor bertanyakan masalah pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan

akhir tahun,UPSR,PT 3 & SPM. (jika mentor terlibat).
4. Mentor berkongsi pengalaman dan member kata-kata semangat mengenai beberapa

perkara sebagai persediaan akhir untuk menghadapi peperiksaan :
5. Mentor mengingatkan mentee antara hikmah dan faedah puasa :

 Pengurusan masa secara berkesan
 Melakukan ulangkaji secara bijak (smart study)
 Menguruskan emosi dengan baik –elakkan diri daripada stress.
 Yakin pada diri dan berfikiran positif
 Memenuhi keperluan fizikal : makan, minum, tidur dan rehat secukupnya
 Mengetahui strategi menjawab soalan
 Sentiasa berdoa, solat hajat dan memohon redha daripada ALLAH.
 Sentiasa memohon restu daripada ibu bapa dan guru-guru mereka.

Penutup
8. Mentor mengucapkan selamat maju jaya kepada mentee dan berdoa untuk kejayaan

dan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan akhir yang akan tiba.
9. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

MENTOR MENTEE 9

CADANGAN TARIKH: 6/11/2020
SALAM PERPISAHAN
TEMA : Penilaian program mentor mentee

MATLAMAT TEMA :

RASIONAL :
Adat setiap pertemuan pasti akan adanya perpisahan. Masa berlalu dengan cepat

dan kini masa sudah berada di penghujung tahun. Pelajar akan dating dan pergi silih
berganti saban tahun. Kamar hanya tempat perhentian seketika dalam laluan perjalanan
hidup seorang pelajar. Oleh itu, jika pelajar dapat menabur jasa dan budi semasa di
sekolah dan asrama, maka pelajar tersebut terus dikenang oleh adik-adik yang
ditinggalkan.

OBJEKTIF :
1. Mentor dan mentee dapat membuat penilaian keberkesanan system mentor mentee

setelah sepanjang tahun mereka bersama.
2. Mentor dapat melihat kekuatan dan kelemahan setiap anak angkat masing-masing.

CADANGAN PELAKSANAAN :

Tema Perjumpaan
3. Mentor meminta setiap mentee membuat penilaian terhadap aktiviti sepanjang tahun

ini. Penilaian mencakupi kekuatan dan kelemahan aktiviti.
4. Mentor membuat rumusan keseluruhan penilaian mentee terhadap aktiviti sepanjang

tahun.
5. Mentor meminta mentee memberi cadangan aktiviti yang difikirkan manfaat dalam

perjumpaan mentor mentee.
6. Pesanan dan kata-kata nasihat terakhir.

Penutup
9. Mentor mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh mentee dan

memohon kemaafan sekiranya sepanjang tahun ini sekiranya mentor yang
diamanahkan sebagai mentor yang juga ibu/bapa angkat untuk menjaga mereka
terdapat banyak kelemahan dan kekurangan.
10. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.
11. Majlis bersalaman antara mentor dan mentee. (jika perlu)


Click to View FlipBook Version