12 Febuari 1895 – 19 Januari 1962
Tokoh Pemimpin Negeri Johor
NAMA : NUR EZZAH NASUHA BINTI MOHD FAIZURIN
KELAS : 6 UM
ALAMAT EMAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SK FELDA PENGELI TIMUR
ALAMAT SEK : JALAN BAYAN, FELDA PENGELI TIMUR,
81440, BANDAR TENGGARA,
JOHOR DARUL TAKZIM
1. PENDAHULUAN
2. BIODATA TOKOH
3. PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH
4. KERJAYA TOKOH
5. SUMBANGAN TOKOH
6. NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI PADA MASA SEKARANG
7. PENUTUP / KESIMPULAN
8. SUMBER
“Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini orang melayu
akan memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa. Kita berkehendakkan tanah air
dan bangsa ini terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan
terhapusnya bangsa”
(Petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaafar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946)
Dato’ Onn Jaafar diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada negara kerana mengasaskan
perubahan Umno dan menjadi Yang Dipertua Pertama dari tahun 1946 hingga 1951. Beliau
berjasa menentang dan membubarkan Malayan Union (MU). Sumbangan Dato’ Onn dalam
memperjuangkan kemerdekaan negara tidak dapat disangkal lagi. Walaupun kemerdekaan
negara pada 31 Ogos 1957 tidak dianggap sebagai buah tangan Dato’ Onn Jaafar tetapi
hakikatnya semua tahu bahawa kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil asas yang
dibina oleh beliau juga.
Nama sebenar ialah Onn bin Jaafar
Menteri Johor yang ketujuh dari 1947 – 1950
Lahir pada 12 Febuari 1895 di Bukit Gambir, Johor
Meninggal dunia pada 19 Januari 1962 (66 tahun)
Pasangan isterinya ialah Rafeah Abdullah
Nama anaknya ialah Hussein Onn
Nama bapanya Datuk Jaafar Haji Muhammad (Menteri Besar Johor Yang Pertama)
Nama ibunya ialah Hanim Rogayah (Berasal dari Turkey)
Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor
semenjak lewat abad ke 19 dan sehinggalah ke hari ini.
Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak
angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah
Aldebury Lodge, di Soffolk, England. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke
tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau
pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor.
1. Menjadi kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
2. Bekerja di Pejabat Penasihat British.
3. Pada bulan Mei 1912, beliau bertugas sebagai Pembantu Kerani Pejabat Besar.
4. Pada Julai 1912 beliau kembali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.
5. Berkhidmat sebagai Kadet dalam Tentera Johor.
6. Menjadi wartawan dan menulis rencana di sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat Akhbar Percetakan Singapura
7. Penulis tetap pada tahun 1930.
8. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor
9. Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
10. Pegawai Daerah Batu Pahat
11. Menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor
12. Menjadi Yang Dipertua UMNO
13. Menteri Besar Johor
1. Menyeru orang melayu bersatu padu dan menumpaskan Malayan Union
2. Berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu
3. Berjaya menganjurkan kongres melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur
4. Menjelajah seluruh semenanjung tanah melayu dan bantahan orang melayu terhadap Malayan Union
5. Berjaya memujuk Raja-Raja Melayu memulaukan upacara perlantikan Sir Edward Gent
6. Menjadi AJK mengubal perlembangaan UMNO pada 1949
7. Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu
1. Tidak memburukkan parti dan pemimpinnya selepas meninggalkan parti berkenaan.
2. Tidak menghasut sesiapa untuk menentang parti berkenaan termasuk mengajak rakyat turun ke jalanan ketika
memutuskan untuk keluar parti pada 1951.
3. Pemimpin yang mempunyai nilai keikhlasan dan kesabaran
4. Mempunyai semangat daya juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah
5. Melaksanakan tugas dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan berdedikasi
6. Mempunyai azam dan matlamat yang jelas dalam memperjuangkan semangat orang melayu
7. Pesanan terakhir Onn. 'kepada UMNO
‘Maka saya berharap pihak UMNO akan memandang kepada pandangan yang luas, pandangan
yang dikatakan nasional atau kebangsaan dan jangan semata-mata hadapkan pandangan itu
kepada pandangan sempit semata-mata iaitu hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dengan
tidak menghiraukan tempurung lain yang terletak di sebelah dan dengan ucapan ini maka saya
tamatkan pekerjaan saya’.
Jasa Dato’ Onn Jaafar yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai
zaman ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda
oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu.
Beliau membina landasan untuk orang melayu meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan.
Akhirnya. Dato’ Onn Jaafar berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan
daripada ”Hidup Melayu” kepada ”Merdeka”.
https://www.thepatriots.asia/dato-onn-bin-dato-jaafar-simbol-penyatuan-orang-melayu/
https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
https://www.slideshare.net/NoorliesHjSukur/tugasan-1-15267418
http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.com/2008/10/dato-onn-jaafar.html
http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-tokoh.html
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/08/185304/contohi-sikap-datuk-onn-jaafar-hishammuddin