The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MEMO MESYUARAT AJK MGKK DAERAH MARAN KALI KE 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salju_zbbzn, 2021-08-19 11:51:02

MEMO MESYUARAT AJK MGKK DAERAH MARAN KALI KE 2

MEMO MESYUARAT AJK MGKK DAERAH MARAN KALI KE 2

1

2

MINIT MESYUARAT AJK MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) DAERAH MARAN
KALI PERTAMA TAHUN 2021

Tarikh : 04 Mac 2021 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan Ghufrah Muafakat, PPD Maran
Kehadiran:

1. En Mohd Shabri bin Shahrel

2. Pn Norbaya binti Muhammad

3. Pn Syuhada Adyani binti Mohd Sharif

4. Pn Zuraida binti Bakar

5. Pn Tuan Rohana binti Tuan Lembut

6. Pn Siti Fazilah binti Mohd @ Abdullah

7. Pn Rahayu binti Hairuni

8. En Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah

9. Pn NurFatimah binti Razali

10. En Mohd Tarmizi bin Sahir

11. Pn Emy Nazira binti Embong

Tidak hadir bersebab :

1. Pn Haslinda binti Anis (Kuarantin)

1.0 Ucapan aluan Pengerusi ( En Mohd Shabri bin Shahrel)
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan surah al Fatihah dan terjemahan surah Al-Baqarah
ayat 30.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Tertinggi MGKK kerana dilantik
secara undian dalam Mesyuarat Agung MGKK Daerah Maran.
1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada En Muhamad Nur Farhan bin Muhamad
Hanafiah, GBKSM yang baru bertugas di SMK Jengka 2.
1.4 Pengerusi mengucapkan takziah kepada Pn Norbaya dan Pn Tuan Rohana di atas
kehilangan keluarga terdekat.

3

1.5 Pengerusi memohon agar semua AJK sentiasa bersama-sama dan bersatu hati dalam
menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai AJK MGKK Daerah Maran.
(Tindakan : Makluman semua AJK)

2.0 Pembentukan AJK kecil MGKK Daerah Maran sesi 2021-2023
2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa JPN memberi kuasa mutlak kepada YDP Daerah untuk
melantik mana-mana AJK kecil yang bersesuaian. Walaubagaimanapun beliau memberi
ruang kepada semua ahli mesyuarat untuk memberi cadangan pelantikan AJK Kecil MGKK
Daerah Maran.
2.2 Hasil daripada cadangan dan persetujuan bersama, semua JU Dearah akan dilantik sebagai
AJK MKGKK serta tambahan beberapa jawatankuasa seperti juru audit, pelaporan dan
Promosi.(Rujuk lampiran A)

(Tindakan : Makluman)

3.0 Perancangan Tahunan MGKK Daerah Maran Tahun 2021
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perancangan tahunan secara keseluruhan akan dibuat
pada mesyuarat kali kedua setelah semua AJK tambahan dilantik secara rasmi.
3.2 Pengerusi merumuskan perancangan program terdekat yang perlu diberi penekanan adalah:
3.2.1 Banner digital Selamat Kembali ke Sekolah dan Guru Penyayang untuk Sekolah
Rendah (Fasa 2) dan Sekolah Menengah yang akan bermula sesi persekolahan
bulan April 2021.
(Tindakan : AJK MGKK Daerah Maran)

3.2.2 Video / Infografik Pematuhan SOP di sekolah

(Tindakan : AJK MGKK Daerah Maran)

3.2.3 Promosi Minda Sihat

(Tindakan : Makluman kepada semua GBKSM/GBLD)

4.0 Taklimat Bengkel Pengurusan Modul Bimbingan dan Kaunseling (Puan Siti Rahamah binti Abdul
Rahman, Kaunselor Pendidikan PPD Maran)
4.1 Puan Siti Rahamah memaklumkan bahawa Bengkel Pengurusan Modul Bimbingan dan
Kaunseling yang diadakan pada hari ini merupakan hasrat daripadaTuan KPPD.
(Tindakan : Makluman)

4

4.2 Memaklumkan bahawa PPD Maran mempunyai studio rakaman yang terletak PKG Bandar
Pusat. Pengurusan PKG telah diambil alih oleh PPD Maran. Sehubungan dengan itu, PPD
Maran telah melancarkan Program MaDI iaitu Maran Digital Inisiatif.
(Tindakan : Makluman)

4.3 Pesanan dari pentadbir sekolah, GBKSM/ GBLD perlu memainkan peranan penting dalam
membantu pihak sekolah terutamanya bagi menangani isu keciciran.
(Tindakan : Makluman)

4.4 Arahan Pendaftaran Kaunselor kepada semua GBKSM Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang mempunyai Kelayakan Profesional dikuatkuasakan melalui surat siaran yang
dikeluarkan pada tarikh 11 Februari 2021, Rujukan JPNP SPsK 400-3/5/2. Yuran
Pembaharuan PA/ Lesen kaunselor berdaftar boleh dituntut melalui jabatan masing-masing.
Tujuan pendaftaran kaunselor adalah untuk meningkatkan taraf dan kelayakan profesional
GBKSM.
(Tindakan : Makluman)

4.5 Mencadangkan supaya GBKSM mengadakan PLC seperti Bengkel pemantapan Teori
Kaunseling di peringkat Daerah.
(Tindakan : AJK MGKK)

4.6 Program MaDi- MGKK Daerah diminta untuk menyediakan bahan-bahan kaunseling yang
bersesuaian untuk dikumpul dan diletakkan di dalam Folder Khas yang telah disediakan oleh
PPD (Terapi Minda).
(Tindakan : MGKK Daerah Maran)

4.7 MGKK diminta untuk mengagihkan tugasan berkaitan dengan rakaman program video
bermotivasi berdurasi maksimum 5-10 minit. Tugasan ini akan diagihkan mengikut Zon.
Terdapat 4 zon di Daerah Maran. Setiap Zon perlu melaksanakan 2 tugasan ini mengikut
bidang yang telah diagihkan. GBKSM sekolah rendah juga diminta untuk menghasilkan
bahan yang bersesuaian dengan tahap sekolah rendah.( Lampiran B)
(Tindakan : MGKK Daerah Maran)

4.8 Setiap individu yang terlibat perlu membuat skrip penceritaan sendiri, boleh menggunakan
bahan sokongan seperti power point dan lain-lain. Bahagian editing akan diuruskan oleh
PKG. Bahan perlu disiapkan 23 April 2021.

5

4.9 Kaunselor PPD Maran mengharapkan Kegemilangan MGKK Daerah Maran dapat
dikembalikan serta berfungsi dengan lebih cemerlang. Beliau juga bersedia untuk
bekerjasama dalam setiap program yang akan dilaksanakan oleh MGKK.

4.10 Program Minda Sejahtera merupakan nama lain bagi program minda sihat khusus untuk
guru-guru termasuk staf PPD. Semua GBKSM dan kakitangan PPD Maran dikehendaki
menjawab ujian tersebut dan penekanan kepada intervensi minda sihat.

4.11 Program #3A masih diteruskan di peringkat sekolah dengan tindakan oleh pentadbir dan
dibantu oleh GBKSM.
(Tindakan : Makluman)

4.12 GBKSM diberi maklumat dan pendedahan berkaitan syarat-syarat kakitangan kerajaan
dikenakan POOL dan Exit Policy.Terdapat link untuk rujukan guru atau kakitangan kepada
PPD Maran.
(Tindakan : Makluman)

4.13 Pn Siti Rahamah juga memaklumkan bahawa Distress Centre akan diwujudkan di PPD
Maran untuk terapi minda kepada semua guru dan staf .

4.14 Pn Siti Rahamah juga juga mencadangkan program Motivasi Berkelompok Tingkatan 5
peringkat Daerah perlu dilakukan secara berkelompok iaitu 2 lokasi di SMK serta satu lokasi
di Sekolah Rendah setelah sekolah beroperasi sepenuhnya nanti.(Tindakan : MGKK Daerah
Maran)

4.15 Pn Siti Rahamah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat
menjayakan Bengkel pada hari ini. Perjumpaan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke
semasa.
(Tindakan : Makluman)

5.0 Hal-hal lain
5.1 Pengerusi mempersilakan En Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah untuk
memperkenalkan diri.
5.2 Kaunselor PPD memaklumkan bahawa inventori DASS tidak sesuai digunakan untuk remaja
dan saringan minda sihat akan diteruskan dengan pengunaan instrumen Soalan Whooley.
5.3 JU SEPKM Pn Rahayu dan Pn Emy Nazira telah membuat perkongsian berkaitan Sistem
SEPKM iaitu e-Rekod Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu penyimpanan evidens kerja buat
GBKSM. Sebagai langkah keselamatan, GBKSM boleh mencetak laporan harian dan
mingguan sebagai back-up dan rekod ini adalah untuk simpanan sendiri. Rekod
perkhidmatan perlu disimpan sekurang-kurangnya 3 tahun dari tahun semasa.
(Tindakan : Makluman)
6

5.4 Penataran SEPKM kepada untuk Pengetua dan Guru Besar akan diadakan pada hari selasa
9 Mac 2021 melalui Google Meet.
(Tindakan : Makluman)

5.5 JU Psikometrik, Pn Fazilah mengingatkan kepada semua GBKSM/GBLD supaya tidak
mengubah Password/ kod Sistem SePKM (Kerjaya Murid) yang telah ditetapkan kerana ianya
akan menimbulkan masalah sekiranya berlaku pertukaran GBKSM/GBLD. Pihak JU juga akan
menghadapi masalah untuk membuat semakan sekolah-sekolah yang belum melaksanakan
ujian Psikometrik kerana kegagalan untuk log in sistem.
(Tindakan : Makluman)

6.0 Penutup
6.1 Pengerusi menyatakan beliau sangat berbesar hati di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.
Beliau berharap agar segala perkara yang dibentangkan akan menjadi realiti bukannya
seperti “menanam tebu di tepi bibir”. Pengerusi juga berharap agar semua AJK dapat
bekerjasama dalam merealisasikan perancangan yang telah dibuat.
6.2 Majlis ditangguhkan pada jam 01.00 petang dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ZURAIDA BINTI BAKAR) (NORBAYA BT MUHAMMAD)
Setiausaha Timbalan YDP

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK)
Daerah Maran Daerah Maran

Disahkan oleh,

(MOHD SHABRI BIN SHAHREL)
YDP

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK)
Daerah Maran

7

LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA MGKK DAERAH MARAN SESI 2021 - 2023

YDP : EN. MOHD SHABRI B SHAHREL- SMK JENGKA PUSAT

TIM. YDP : PN. NORBAYA BT MUHAMMAD – SMK TG. AMPUAN AFZAN

NAIB YANG DIPERTUA 1 : PN. SYUHADA ADYANI BT MOHD SHARIF-SMK DESA JAYA

NAIB YANG DIPERTUA 2 : PN. NUR FATIMAH BT RAZALI - SK BANDAR PUSAT

SETIAUSAHA : PN. ZURAIDA BT BAKAR - SMK MARAN

PEN. S/USAHA : PN. HASLINDA BT ANIS - SK JENGKA 2

BENDAHARI : PN. TUAN ROHANA BT TUAN LEMBUT - SMK JENGKA PUSAT

PEN. BENDAHARI : EN. MOHD TARMIZI B SAHIR- SK DESA JAYA

JU PSIKOMETRIK : PN. SITI FAZILAH BINTI MOHD @ ABDULLAH – SMK SRI JAYA

: PN. NOOR AZLINA BINTI HASSAN – SMK JENGKA 12

JU SEPKM : PN NORLIZA BT MAHAT- SK MARAN

: PN. EMY NAZIRA BINTI EMBONG – SMA AL-MAHMUDI

JU PERHATI : PN. RAHAYU BINTI MOHD HAIRUNI – SMK CHEDUNG JAYA (KETUA JU)

: EN. ABDUL SAMAD BIN ABU TALIB – SMK TG. AMPUAN AFZAN

: PN. UMI KELSUM BINTI CHE RUS – SMK MARAN 2

AJK PELAPORAN : EN MANAN BIN TAPSIR – SMK JENGKA 10

AJK ZON LUIT : PN. ZURAIDAH BINTI WAHID– SMK SERI JENGKA

AJK ZON CHENOR : PN. SALMIAH BINTI FUDZI – KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN CHENOR

AJK ZON JEMPOL : EN MUHAMAD NUR FARHAN BIN MUHAMAD HANAFIAH – SMK JENGKA 2

AJK ZON JENGKA : PN SITI NOR FARHANA BINTI MAT NAZI – SMK JENGKA 16

AJK SEK RENDAH : PN NURUL MURNI BINTI MOHD HALUWI – SK JENGKA PUSAT 2

JURU AUDIT : PN S. MUZAIYANAH BINTI KASDAN – SMK JENGKA PUSAT 2

8

MINIT MESYUARAT MGKK DAERAH MARAN KALI PERTAMA
SESI 2021-2023, TAHUN 2021

Tarikh : 15 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG), Bandar Jengka

Kehadiran:
1. En Azli bin Hamid (Penolong Pegawai PPD Maran, HEM)
2. Puan Siti Rahamah binti Abdul Rahman (Kaunselor Pendidikan, PPD Maran)
3. En Mohd Zulkifli bin Mad Daud (Ketua Unit STP, PPD Maran)
4. 33 orang GBKSM (Rujuk senarai)

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan YDP MGKK Daerah
Maran dengan harapan ahli MGKK daerah Maran dapat bersatu hati dalam menjalankan
amanah dengan bertanggungjawab.
1.2 YDP turut mengalu-alukan kehadiran En Azli bin Hamid, Penolong Pegawai PPD Maran
ke mesyuarat MGKK Daerah Maran, En Mohd Zulkifli bin Mad Daud, Ketua Unit STP,
PPD Maran dan Puan Siti Rahmah binti Abdul Rahman, Kaunselor Pendidikan Daerah,
PPD Maran, Jurulatih Utama dan AJK tertinggi serta semua GBKSM Daerah Maran.
1.3 Semua peserta diingatkan berkaitan dengan Pematuhan SOP Covid 19.
(Tindakan : Makluman)

2. Ucap utama oleh En Azli bin Hamid (Penolong Pegawai PPD Maran, HEM)

2.1 Ucapan aluan oleh En Azli bin Hamid, beliau telah diberikan mandat oleh Tuan Hj Anuar
bin Salleh untuk menyelia dan merasmikan ucap tama Mesyuarat MGKK Daerah Maran
pada kali ini.

2.2 En Azli berkongsi bersama dengan semua GBKSM berkaitan dengan tugas-tugas HEM
dalam tanggungjawabnya dan juga isu-isu terkini dibawah penyeliaan beliau.

2.3 En Azli menyatakan harapannya untuk mendapat kerjasama yang baik dengan semua
pihak.

2.4 Selain itu, Surat siaran berkaitan dengan perlaksanaan kelas ganti 8 waktu seminggu
telah ditekankan oleh tn Hj Anuar bin Salleh dan memaklumkan kepada semua PGB
Daerah Maran.

2.5 Antara Fokus 3 bidang utama dibawah beliau iaitu yang pertama berkaitan dengan
Kehadiran SM/SK, yang kedua GBKSM dan yang ketiga berkaitan Asrama.

9

2.6 Intervensi murid cicir perlu dilaksanakan oleh semua GBKSM dalam membantu pihak
PPD Maran mengurangkan peratus murid cicir Daerah Maran. Semua GBKSM diingatkan
sentiasa mengemaskini SSDM dengan menggunakan kata laluan (ic/ GKK).

2.7 Analisis penggunaan SSDM Sekolah Rendah dan Menengah 2020 dibentangkan oleh
En.Azli bin Hamid.

2.8 Pn Norliza binti Mahat GBKSM SK Maran memaklumkan bahawa GB kena membuat
pengesahan berkaitan dengan data yang telah dimasukkan oleh guru disiplin atau guru
baru data tersebut akan ada dalam sistem untuk rujukan pihak atasan.

2.9 Tuan PPD mengakhiri ucapan dengan mengingatkan agar semua GBKSM meletakkan
kerja buat sebagai ibadah dan niat kerana Allah SWT.
(Tindakan : Makluman)

3. Lantikan AJK kecil MGKK Daerah Maran sesi 2021-2023.

3.1 YDP telah mengumumkan pelantikan AJK tambahan MGKK Daerah bagi membantu
melancarkan lagi pengurusan diperingkat daerah. Oleh yang demikian YDP
mengorientasikan semua AJK MGKK Daerah tahun 2021-2023.
(Tindakan : Makluman)

4. Taklimat Maran Digital (MaDI)

4.1 Penerangan berkaitan dengan MaDI telah diberikan oleh En Mohd Zulkifli bin Mad Daud,
Ketua Unit STP, PPD Maran. Maran Digital Initiative (MaDI) adalah rentetan dari program
peringkat negeri yang dikenali dengan Pahang Digital Initiative (PaDI).

4.2 Bahan yang ada dalam sistem MaDI akan digunakan oleh Daerah Maran dan seluruh
Jabatan Negeri Pahang.

4.3 Bahan rakaman yang berkualiti pula akan dipilih dan digunakan untuk peringkat
kebangsaan.

4.4 PKG adalah salah satu Unit sektor di bawah unit pembelajaran dan diambil alih oleh PPD
Daerah.

4.5 En Zulkifli memaklumkan bahawa setiap sekolah perlu ada site blog sekolah masing-
masing secara rasmi dan perkara ini telah diambil tindakan dan dalam makluman
sekolah-sekolah daerah Maran.

4.6 GBKSM perlu membantu pihak sekolah untuk mewujudkan satu site untuk UBK didalam
blog rasmi sekolah

4.7 Pendedahan dan penerangan secara terperinci berkaitan site/blog MaDI PPDM.
4.8 Site Terapi Minda khas untuk kaunselor mengikut GBKSM tertentu , PDPc menuju

kepada Smart Classroom dan bermatlamat semua pelajar boleh mencari maklumat
dengan lebih mudah.
4.9 Beliau turut memaklumkan bahawa 9 sekolah telah terpilih sebagai Smart Classroom
yang ditaja oleh FGV

(Tindakan : Makluman)

4.10 Penerangan berkaitan dengan persiapan rakaman:-
4.10.1 Apa yang cikgu nak bentangkan contoh mengggunakan slide show
4.10.2 Story board, apa yang nak diceritakan contoh maklumat diri dipermulaan
rakaman dan seterusnya.
4.10.3 Skrip atau kandungan yang nak digunakan.
4.10.4 Latar belakang rakaman

10

4.10.5 Sesi rakaman boleh dibuat dalam 3-4 slot rakaman sehari, GBKSM perlu
4.10.6 memberi taklimat awal kepada krew rakaman sebelum rakaman dimulakan.
4.10.7 Tayang apa yg nak dirakamnkan pada permulaan.
4.10.8 Sesi rakaman video 5- 10 minit, rakaman memerlukan 1-2 jam untuk sesi
penyesuaian.
4.10.9 Video MaDI- PaDI- dan yang terpilih akan diangkat ke peringkat kebangsaan,
video rakaman akan diberikan kepada guru dan boleh dimasukan dlm
channel youtube untuk perkongsian secara umum.
Semua guru diingatkan supaya tidak boleh memakai pakaian atau baju
berwarna hijau semasa sesi rakaman.

(Tindakan : GBKSM)

5 Taklimat Puan Siti Rahamah binti Abdul Rahman, Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Maran.

5.1 Puan Siti Rahamah memaklumkan bahawa, projek MaDI MGKK Daerah Maran adalah
dibawah tanggungjawab Kaunselor Pendidikan Daerah.

5.2 Pegawai PPD Maran menyampaikan harapannya iaitu untuk menaikkan kualiti GBKSM
Daerah Maran.
(Tindakan : Makluman)

6 Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) memngikut Zon

6.1 Mesyuarat diteruskan dengan aktiviti perbincangan berkumpulan. Setiap ahli kumpulan
perlu menyenaraikan tajuk untuk sesi rakaman dan setiap kumpulan mencadangkan 2
program yang akan dilaksanakan diperingkat Daerah berdasarkan 4 bidang utama Unit
Bimbingan dan Kaunseling.
(Tindakan : GBKSM)

7 Taklimat Jurulatih Utama
7.1 JU SEPKM – Pn Rahayu bt Hairuni(JU Negeri)
7.1.1 Penataran E-Rekod telah dilaksanakan di peringkat PGB
7.1.2 Harapan semua data berkaitan dengan pengesahan, PGB telah diberi
penerangan melalui google meet.
7.1.3 Antara perkara yang dikongsikan, saranan berkaitan semua GBKSM
mencetak dokumen erekod dan disimpan.
7.1.4 Sekiranya ada isu, terpulang kepada PGB utk membenarkan cetak atau
tidak.
7.1.5 Sekiranya ada penggiliran utk sahkan, tiada masalah
7.1.6 PGB kena klik nama GBKSM baru boleh sahkan
7.1.7 Cadangan utk cetak ikut mingguan dan bulanan diangkat utk perbincangan
peringkat kebangsaan
7.1.8 Password tidak boleh ditukar diperingkat PGB

7.2 JU PERHATI - En Abd Samad b Abu Talib
7.2.1 Diari Koordinator, mana-mana guru yang belum dapat diari, mohon
dapatkan dari JU PERHATI.
7.2.2 Maklumat terbaru berkaitan dengan PERHATI akan dimaklumkan didalam
group telegram

11

7.2.3 Maklumat terbaru, diminta koordinator untuk mengemaskini maklumat yang
diminta.

7.3 JU Psikometrik – Pn Siti Fazilah bt Mohd@Abdullah
Teguran berkaitan dengan ujian Psikometrik.

7.3.1 Sekiranya ada yang tukar pasword, mohon kembalikan kepada pasword
asal

7.3.2 Sekiranya pelajar bertukar, akan ada masalah dekat sekolah lain sekiranya
maklumat pelajar tersebut tidak key in.

7.3.3 Buat secara manual untk mana2 guru yang tidak key in di dalam sistem
untuk pelajar tingkatan 3 2020.
(Tindakan : Makluman)

8 Hal-hal lain Sesi memperkenalkan GBKSM yang baru berkhidmat di daerah Maran. (Cikgu Mas
8.1 Lydia, Cikgu Farhan, Cikgu Masitah, Cikgu Ramizah)
8.2 En Yang Amri- Promosi KV(Pertanian) Chenor
8.3 Pn Nur Fatimah- Akademik You tuber – E didik, masuk cabaran untuk dapatkan ilmu
dan pengalaman.
8.4 Istimewa AYU, setiap sijil peringkat kebangsaan dan diiktiraf oleh KPM, harapan bentuk
8.5 kumpulan.
8.6 Pn Norbaya binti Muhammad – memaklumkan beberapa perkara penting dalam
8.7 cabutan minit mesyuarat AJK MGKK kali pertama untuk makluman semua GBKSM.
YDP - Mencadangkan baju batik MGKK diwujudkan. Perbincangan akan dibawa dan
dibincangkan di peringkat AJK.
En Azahari bin Dol- menyarankan kepada semua guru baru untuk memohon Guru
Cemerlang
Pn Siti Muzaiyanah bt Kasdan (Bendahari MGKK penggal 2020)
8.7.1 Status kewangan, berbaki RM2600.00
8.7.2 Memaklumkan bahawa Akaun MGKK Daerah Maran di CIMB tidak aktif

kerana tidak melakukan transaksi untuk tempoh dua tahun.Sehubungan itu
AJK baru hendaklah mengaktifkan akaun tersebut secepat mungkin untuk
memudahkan pengurusan kewangan MGKK.
8.7.3 Memaklumkan bahawa AJK MGKK sesi 2021/2023 hendaklah membuat
permohonan penukaran penandatangan di CIMB memandangkan
penandatangan yang lama tidak lagi terlibat dalam AJK Tertinggi MGKK.

8.8 Mesyuarat sebulat suara memutuskan agar pertukaran penandatangan dan syarat
menandatangani akaun Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Maran adalah seperti
berikut:
Nama Bank: CIMB
No akaun: 80-0540637-0
Nama Penandatangan :

i- Encik En Mohd Shabri bin Shahrel (770225065691) - Yang DiPertua

ii- Pn Tuan Rohana binti Tuan Lembut (780803065490) - Bendahari

iii- Pn Zuraida binti Bakar(850804025870) - Setiausaha

Syarat tandatangan untuk urusan Bank adalah DUA DARIPADA TIGA PENAMA DI ATAS.

12

9 Penutup (Tindakan : YDP, Setiausaha dan Bendahari)
9.1
YDP mengingatkan semua GBKSM sewaktu pembukaan sekolah pada 5 April 2021,
9.2 promosi minda sihat perlu dilaksanakan selama 2 minggu. Berkaitan dengan senarai
semak tidak perlu jawab lagi,sehingga link yang akan diberikan.
9.3 Ucapan tahniah kepada AJK dahulu, semoga pertemuan kita pada kali ini dapat
membawa perubahan ke arah kebaikan dan memajukan GBKSM Maran sesuai dengan
hasrat Tuan PPD.
Majlis ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh

(ZURAIDA BINTI BAKAR) (NORBAYA BT MUHAMMAD)
Setiausaha Timbalan YDP

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK)
Daerah Maran Daerah Maran

Disahkan oleh

(MOHD SHABRI BIN SHAHREL)
YDP

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK)
Daerah Maran

13

14


Click to View FlipBook Version