PENGENALAN Setiap individu pasti mempunyai sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka. Pepatah ada menyebutkan,"berkasih biar satu,berkawan biar seribu.''Hal ini demikian,kita mestilah berkawan dengan seberapa banyak yang mungkin.Apabila kita mempunyai ramai kawan,hidup kita akan lebih ceria dan bermakna.
SYARAT PERTANDINGAN UMUM • Terbuka kepada semua Murid Pendidikan Moral tahun 1 – tahun 6 sahaja • Murid boleh mengumpul sebanyak mana biodata murid lain tanpa mengira umur,kaum dan agama. • Biodata yang dikumpul mestilah biodata murid MGPS sahaja. • Tempoh masa untuk mengumpul biodata adalah satu bulan bermula 21 Julai 2023 • Tarikh tutup penghantaran : 21 Ogos 2023
SYARAT TAMBAHAN TAHAP 1 • Tahap 1 : Tahun 1 – tahun 3 • Mengumpul sebanyak 10 maklumat diri untuk seorang sahabat. • Borang Biodata ditampal dan dihias di dalam buku latihan Pendidikan Moral. • Borang Biodata tambahan boleh dicetak sendiri atau • Minta borang tambahan dengan guru Pendidikan Moral masingmasing.
SYARAT TAMBAHAN TAHAP 2 • Tahap 2 : Tahun 4 – tahun 6 • Mengumpul sebanyak 15 maklumat diri untuk seorang sahabat. • Borang Biodata Sahabatku boleh dibuat secara bercetak atau tulisan tangan. • Maklumat Sahabatku wajib tulisan tangan. • Biodata boleh dikumpulkan dalam buku skrap, buku catatan, fail dan pelbagai lagi medium simpanan yang dirasakan sesuai.
SYARAT PEMARKAHAN • Hasil kerja murid akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria • 50% jumlah biodata yang dikumpul. • 30% kreativiti • 20 % Kekemasan • Satu aliran 3 pemenang (cth : Tahun 2, pemenang No.1,No.2 dan No.3 ) • Hasil kerja yang dihantar selepas 21 Ogos 2023 tidak akan diterima. • Keputusan hakim adalah muktamad.