The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinshahirahh01, 2021-05-21 12:02:35

PERPADUAN DI MALAYSIA-converted

PERPADUAN DI MALAYSIA-converted

PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

MPU21032

e-FOLIO

NAMA PENSYARAH:USTAZ SHUKOR

NAMA AHLI KUMPULAN

NO REGISTRATION NO NAME
1. 32DDT19F2002
2. 32DDT19F2003 NURUL SHUHADA BT AZUDDIN

3. 32DDT19F2996 SITI NURFATIN SHAHIRAH BT
HUZAINI

NURUL NATRAH IZZATY BINTI
ABDULLAH

1

PERPADUAN
DI

MALAYSIA

KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI
4. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK
PERPADUAN
5. ETIKA UNTUK MENCAPAI PERPADUAN KAUM
6. MANFAAT PERPADUAN
7. KESIMPULAN
8. RUJUKAN

3

PENGENALAN

Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara
saling berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk
membentuk negara yang makmur dan damai.Sesebuah negara yang
maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua
kaum.Contohnya,negara jepun yang mempunyai perpaduan 100%
menyebabkan negara itumembangun dengan megahnya termasuklah
Malaysia. Semenjak Hari Kemerdekaan 31 ogos 1957 dan 16
September, Negara kita juga mempunyai berbilang kaum. Antara kaum
utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Negara kita juga saling
menyambut pelbagai perayaan walaupun berayaan tersebut disambut
oleh orang cina, melayu dan india

4

OBJEKTIF

1.Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan.
2.Memelihara,mengekal dan meningkatkan
perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional.
3.Mempromosikan persefahaman dan keharmonian
antara agama.
4.Dapat menyedarkan masyarakat bahawa semangat
perpaduan itu sangat penting bagi kita rakyat Malaysia
5.Memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan
integrase nasional.
6. Memberi pendedahan kepada generasi muda pada
masa kini

6

MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI

kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan
demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan
mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati
dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia.
Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali
dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi
menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.

7

Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh
dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama
masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi
kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan
lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia
dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.
Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan
perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong
dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

8

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK

• langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah
bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam
keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai
perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata
mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka
digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa
dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari
lebaran.

9

Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat
bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang
dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam
konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan
dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan
maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah
membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan
pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan
bukannya sesama kaum sahaja.

10

ETIKA UNTUK MENCAPAI PERPADUAN KAUM

❖ IBU BAPA PERLU MENANAMKAN SEMANGAT PERPADUAN
ANTARA KAUM SEJAK KECIL LAGI

❖ KERAJAAN SENTIASA BERUSAHA AGAR SIKA BERSATU
PADU WUJUD DALAM DIRI RAKYAT MALAYSIA WALAU DI
MANA PUN BERADA

❖ KERAJAAN JUGA MENGAMBIL INISIATIF YANG PROAKTIF
DENGAN MENGGALAKKAN RAKYAT SALING MENGAMBIL
BERAT ANTARA SATU SAMA LAIN

❖ MENCEGAH SIFAT YANG DAPAT MENIMBULKAN ANTARA
KAUM DAN AGAMA PERBALAHAN

❖ MEDIA MASSA JUGA MEMAINKAN PERANAN YANG
SIGNIFIKAN DALAM USAA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT
BERBILANG KAUM

❖ SENTIASA BERTOLAK ANSUR UNTUK MENGELAKKAN
PERTELINGKAHAN DAN PERSELISIHAN FAHAM

11

MANFAAT PERPADUAN

Perpaduan anatara rakyat Malaysia amat penting untuk mewujudkan negara yang
aman dan damai.Hidup secara perpaduan memberi banyak manfaat kepada rakyat
dan negara.Yang pertama manfaat pepaduan ialah memajukan sector pelancongan
Negara.Negara yang perpaduan ramai pelancong akan dating mengunjung ke
negara kita.Ramai pelancong suka mungunjung negara yang aman dan
damai,bersih dan perpaduan.Seterusnya,mewujudkan masyarakat yang harmoni
dan sejahtera. Selain itu,perpaduan amat penting kerana memperkukuhkan
keselamatan negara dan rakyat.Perpaduan di sesebuah negara dapat mewujudkan
kestabilan politik dan dapat meningkatkan ekonomi negara.Selain itu,perpaduan
dapat melahirkan perasaan cintakan tanah air.Perpaduan dapat meningkatkan
negara di mata dunia.Perpaduan amatlah penting kepada rakyat dan sesebuah
negara.Hidup secara perpaduan dapat juagak memberi banyak manfaat kepada
semua.

12

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Negara kita adalah sebuah Negara yang
mempunyai berbilang kaum. Kita perlulah menjaga
keharmonian yang ada dalam Negara. Perpaduan kaum
merupakan Satu senjata bagi rakyat Malaysia ataupun
umpama tembok bagi rakyat Malaysia. Jika roboh tembok
tersebut maka Negara kita menjadi huru-hara. Jadi
perpaduan itu sangat penting bagi rakyat kerana ia
sangat penting bagi menjaga keharmonian Negara kita.
Oleh itu, kita perlulah tanam semangat perpaduan kaum
supaya Negara kita menjadi aman dan makmur.

13

RUJUKAN

• https://anyflip.com/cmdr/mydx/basic
• https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-

perpaduan-kaum-di-malaysia/
• https://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/langkah-

langkah-untuk-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-
malaysia/
• https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/03/18/
perpaduan-etika-untuk-mencapai-perpaduan/

14

SEKIAN
TERIMA
KASIH

15


Click to View FlipBook Version