ASSESSMENT MINI TESIS
OLEH : NURIN DAMIA BINTI NORHASHIMI
4 MAWARDI
PB180025
15 OGOS 2021
MRSM BALIK PULAU
1
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
1. BAB 1 : PENGHARGAAN
1.1. PENDAHULUAN – LATAR BELAKANG ( APA MAKSUD NOVEL )
1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3. PENYATAAN MASALAH ( BAGAIMANA UTK MENARIK MINAT PELAJAR
MEMBACA NOVEL )
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
1.5. SKOP PENYELIDIKAN ( 8 NOVEL )
1.6. HIPOTESIS AWAL ( PANDANGAN AWAL BERKAITAN 8 NOVEL )
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2. SINOPSIS 8 NOVEL
2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL ( APA YANG MENJADI TARIKAN SETIAP NOVEL-
CERITA DALAM PERENGGAN BAGI SETIAP NOVEL )
3. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL ( FIKSYEN BUKAN FIKSYEN ) PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA ( RUJUKAN 8 NOVEL DARI MANA )
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
( PENGALAMAN )
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN ( NILAI, PENGAJARAN DALAM MASYARAKAT
REALITI )
3.9. KEDUDUKAN NOVEL ( PILIH NOVEL YANG PALING DIGEMARI )
3.10. KESIMPULAN ( BERKAITAN 8 NOVEL )
2
4. BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN ( BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA )
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN ( TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL )
4.3. HIPOTESIS AKHIR
4.4. PENUTUP
3
ABSTRAK
Tajuk kajian ialah e-mini tesis novel tingkatan empat dan lima seluruh Malaysia. E-mini
tesis ini mengandungi 4 buah novel bagi setiap tingkatan di Malaysia dan berjumlah 8 buah
novel. Setiap zon kawasan memiliki berbeza novel seperti Jendela Menghadap Jalan di
kawasan utara. Bagi novel tingkatan empat, termasuklah Di Sebalik Dinara, Jendela
Menghadap Jalan, Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Pantai Kasih. Bagi novel tingkatan lima,
termasuklah Songket Berbenang Emas, Tirani, Silir Daksina dan BimaSakti Menari.
Kebanyakan novel dikarang berasaskan suasana zaman dahulu. Hal ini membuat remaja
kini tidak berminat untuk cuba membaca novel-novel itu. Hal ini disebabkan mereka tidak
dapat kaitkan kehidupan dulu dan kini. Bahasa Melayu klasik juga membuatkan remaja kini
sukar untuk memahami sesebuah novel. Jadi, pengarang di zaman moden ini haruslah
mengambil nota dan inspirasi yang boleh menarik minat remaja zaman kini.
Kajian ini dijalankan bagi memudahkan para pelajar atau orang awam yang berminat untuk
membaca novel-novel ini. Sumber e-mini tesis ini didapati melalui laman web yang memuat
naik maklumat novel-novel ini terlibat seperti biodata pengarang, synopsis ringkas, dan novel
digital.
Novel-novel tersebut dikarang dan dihasilkan dengan baik. Akan tetapi, minat remaja
zaman kini terhadap bahan bacaan seperti novel makin hilang kerana novel-novel ini tidak
mencapai cita rasa mereka. Konklusinya, pengarang zaman sekarang perlulah mengambil
nota untuk menarik perhatian dan minat anak muda untuk membaca bahan-bahan seperti ini
supaya budaya membaca tidak ditenggelami zaman.
4
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan
kerja Mini Thesis dalam masa yang ditetapkan. Banyak manfaat yang saya peroleh sepanjang
saya bertungkus-lumus menyiapkan kerja ini. Namun semestinya, saya dapat menyiapkan
thesis ini dengan bantuan pelbagai pihak yang sudi bekerjasama bersama dengan saya.
Penghargaan ini saya tujukan buat guru-guru saya kerana membimbing saya untuk
memulakan dan mengakhirkan thesis saya. Terima kasih buat Puan Rosliza Binti Jaafar
kerana membuat sesi taklimat kepada saya dan rakan-rakan. Beliau telah memberi penjelasan
dan panduan yang sangat jelas untuk kami menyiapkan thesis ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa dan rakan-rakan saya kerana telah
memberi kemudahan dan pertolongan yang saya perlukan.
5
1. BAB 1 : PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN – LATAR BELAKANG
Novel itu ialh suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis
seseorang penulis (novelis) mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak
dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam
kisah yang diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan,
konflik dan peleraian. Tebal dan panjang novel ini amat diambil kira yang membezakan
penulisan bercerita ini dengan cerita pendek; malah panjang sebuah novel masih menjadi hal
penentu dipakai kebanyakan anugerah sastera sebagai kriteria penilaian.
1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
NOVEL FIKSYEN
Cerita rekaan atau singkatannya cereka atau fiksyen ialah karya sastera penulisan yang
dicipta daripada imaginasi penulis. Ia mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek. Istilah
'cereka' tercipta dari istilah cerita rekaan. Fiksyen, mungkin memasukkan atau merujuk
kepada fakta atau peristiwa sebenar oleh si penulis sebagai sumber inspirasi. Walaupun
fiksyen adalah antara cabang besar dalam karya sastera, ia juga boleh dirujuk kepada teater,
sinematik atau karya muzik. Fiksyen berlawanan dengan bukan fiksyen, iaitu yang ditulis
dengan fakta acara, penerangan, pemerhatian, dan lain-lain.
Fiksyen boleh menjadi :
- Fiksyen Bukan Realistik = sesuatu tidak boleh benar tetapi sebenarnya boleh berlaku
- Fiksyen Realistik = sesuatu yang tidak benar tetapi sebenarnya boleh berlaku.
- Semi-fiksyen-cerita fiksyen cerita yang benar.
6
NOVEL BUKAN FIKSYEN
Novel bukan fiksyen ini iala genre sastera yang secara umum menggambarkan tokoh
sejarah dan peristiwa sebenar yang ditenun bersama dengan perbualan rekaan dan
menggunakan teknik penceritaan fiksyen. Novel bukan fiksyen adalah genre yang jelas dan
fleksibel. Genre kadang-kadang disebut menggunakan istilah slanga "puak", a portmanteau
dari kata-kata hakikat dan fiksyen.Ensiklopedia
Bukan fiksyen boleh menjadi :
- Esei
- Jurnal
- Dokumentari
- Sejarah, ensiklopedia, sejarah semula jadi
- Biografi, autobiografi, memoir, buku harian
- Filem, filem bukan fiksyen
1.3. PENYATAAN MASALAH
- Remaja pada zaman sekarang kurang berminat untuk membaca novel yang dipenuhi
dengan perkataan dan lebih suka untuk membaca bahan bacaan yang mempunyai
gambar seperti komik.
- Masyarakat kini kurang minat akan membaca buku
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
- Mengkaji daya tarikan bagi setiap novel
- Menganalisis minat para pelajar kepada minat membaca novel
7
1.5. SKOP PENYELIDIKAN
Terdapat 8 novel yang saya sedang mengkaji, novel tingkatan 4 ada empat manakala
untuk tingkatan 5 terdapat embat buah novel juga. Novel tingkatan 4 terdiri daripada novel Di
Sebalik Dinara penulisnya Dayang Noor, novel Jendela Menghadap Jalan penulisnya Nizar
Parman, novel Leftenan Adnan penulisnya Abdul Alip Talib dan juga novel Pantai Kasih
penulisnya pula bernama Azmah Norfin. Selain itu, novel tingkatan 5 terdiri daripada novel
Songket Berbenang Emas penulisnya Khairuddin Ayip, novel Tirani penulisnya Beb
Sabariah, novel Silir Daksini penulisnya Ruhaini Matdarin dan juga novel Bima Sakti Menari
penulisnya Sri Rahayu Mohd Yusop.
1.6. HIPOTESIS AWAL
Setiap novel diterbitkan di zon yang berbeza dan akan membawa mesej dan cerita yang
berbeza serta nilai murni yang pelbagai.
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini amatlah penting untuk menarik minat pelajar dan remaja membaca novel yang
ditulis oleh karyawan tempatan ini. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengamalkan
amalan membaca dalam diri kita.
8
2. BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.3. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
SRI RAHAYU MOHD YUSOP PENULIS NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Sri Rahayu Binti Mohd Yusop dilahirkan pada 18 Jun 1976, di Tanjong Karang, Selangor.
Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Baru 9, Tanjong Karang dari tahun 1983 hingga
1988, pendidikan menengah beliau di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor dari tahun
1989 hingga 1993. Beliau juga terus meneruskan pembelajarannya di Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Cheras, University of Otago di New Zealand dan Dunedin College of Education
terletak di New Zealand juga dari tahun 1994 hingga 1999. Selepas graduasi, beliau menjadi
guru Bahasa inggeris di SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang dari tahun 2000 hingga 2003
dan melanjutkan kerjayanya sebagai guru Bahasa inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang
dari tahun 2004 hingga 2020. Beliau telah menghasilkan banyak hasil kerja sebagai seorang
penulis. Antaranya ialah, ‘Bukan Legasi Lalang; (Utusan Publications & Distributors, 2001)
dan memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
pada tahun 2000 dan mendapat Hadiah Sastera Perdana pada tahun 2000 atau 2001 bagi
kategori Novel Remaja. Seterusnya, hasil kerjanya yang bertajuk ‘Merdekakan Cinta Ratna’
(Utusan Publications & Distributors, 2003) dan memenangi tempat ketiga kategori Novel
Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2002. Selain itu, hasil karya
beliau yang bertajuk ‘Odisi Tanah Kencana’ (Utusan Publications & Distributors, 2007) dan
memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
pada tahun 2006.
9
NIZAR PARMAN PENULIS NOVEL SILIR DAKSINA
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973
di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya,
Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992. Nizar Parman gigih berkarya serta meraih pelbagai anugerah penulisan. Nizar
Parman gigih berkarya serta meraih pelbagai anugerah penulisan. Dari tahun 1994 hingga
1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh,
Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.Nizar Parman mula menulis
pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis setelah
membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah
air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di perpustakaan.
10
BEB SABARIAH PENULIS NOVEL TIRANI
Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang
Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge
dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari
Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan
Karyawan Sastera Sarawak).
11
KHAIRUDDIN AYIP PENULIS NOVEL SONGKET BEBENANG EMAS
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
12
AZMAH NORDIN PENULIS PANTAI KASIH
Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau menerima
pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada
tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini. Beliau mula berjinak dengan dunia
penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis
dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen
dan novel. Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Banyak karyanya yang telah terbit dan
memenangi hadiah. Antara kejayaan yang telah dicapainya termasuklah Hadiah Sastera
Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua
Sayembara ESSO-GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah
Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome.
Novelnya yang pernah memenangi hadiah ialah Kukui (1986), Noor Ainku Sayang (1987)
dan Dukanya Abadi (1988/89). Selain itu, novelnya, Dari Dalam Cermin (1992) telah dipilih
untuk memenangi tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989
sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia
1992/93. Sehingga kini Azmah masih aktif berkarya.
13
ABDUL LATIP TALIP PENULIS NOVEL LEFTENAN ADNAN
Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung
Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954. Pencapaian dan sumbangan terbesar
beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk membaca bahan
sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna.
Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya beliau telah berjaya membantu
pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah Islam. Novel karangan
beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat
pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan
pada tahun 2005. Ketika penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005
bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat ketiga dengan novel Beraraklah
Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil. Hadiah disampaikan oleh Menteri
Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada
19 Julai 2006. Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang
Masyarakat (PMC) oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Selain itu, novel beliau Perang Jementah
dan Datuk Moyang Saleh telah merangkul hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor
2007.
14
DAYANG NOOR PENULIS NOVEL DI SEBALIK DINARA
Penulis novel Di Sebalik Dinara ialah Nor Aziza binti Sulaiman atau dikenali sebagai
Dayang Noor. Beliau pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang di Pahang dan
melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Tun Fatimah di Johor Bharu dan mengambil
aliran sains. Seterusnya, beliau mendapat ijazah kejuruteraan iaitu dalam bidang elektronik
dan computer di Universiti Putra Malaysia.
15
RUHAINI MATDARIN PENULIS JENDELA MENGHADAP JALAN
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat
pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit,
pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan
konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh
masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara
freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh
menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat
selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan
Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan
mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit
Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK,
sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan
setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek
Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020.
16
2.4. SINOPSIS 8 NOVEL
SINOPSIS BIMA SAKTI MENARI
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul
Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik
dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu
cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah
yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki
kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
17
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
18
SINOPSIS SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke
Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah.
Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin
Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan
terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang
keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung.
Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang
amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
19
SINOPSIS TIRANI
Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
20
SINOPSIS NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital
Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar
kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing
peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda
keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang
didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak
cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun
begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
21
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah
tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.
22
SINOPSIS NOVEL LEFTENAN ADNAN
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar
Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
23
SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK DINARA
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan
Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari,
Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian,
Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai.
24
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
25
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.
26
SINOPSIS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili; seorang anak remaja yang menetap di bandar.
Dia pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut
kata-kata ibunya walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar
tempat di kampung terdapat beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para
pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi
melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat
antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq.
Watak remaja yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para
pembaca sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan
jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk
melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para remaja
bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu
berkeinginan untuk melakukannya.
Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung
yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung Lili berasa penduduknya
pelik-pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional
tetapi watak remaja pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional datuk itu.
Datuk tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal
memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun. Nanun begitu, watak remaja
dalam novel ini pula tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat
bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan
manusia agar lebih senang untuk dikendalikan.
Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran
peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitru ibu kepada
watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan.
Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat terutamanya
remaja. Pembaca dapat mencontohi nilai keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja
yang ditampilkan dalam novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah
.berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.
27
2.5. TARIKAN SETIAP NOVEL
NOVEL BIMA SAKTI MENARI
• Novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik di mana cerita ini
mengisahkan tentang kegigihan seorang anak muda dalam usahanya
melestarikan alam. Cerita ini juga mengajar kita tentang bintang orion serta
membawa banyak nilai murni yang salah satunya terdiri daripada semangat
setiakawan yang dapat dibuktikan melalui peristiwa Nurul Hafsu dan
abangnya mencari Taufik setelah mendengar khabar bahawa dia cedera dan
mereka terus menghubungi ambulans. Cerita ini juga menjadi lebih menarik
kerana klimaks cerita ini membawa tema penculikan yang membuatkan
pembaca membaca dengan penuh debar dan emosi di minda dalam
menghayati cerita ini.
NOVEL LEFTENAN ADNAN
• Daya tarikan yang terdapat di dalam novel ini adalah pengutaraan tema yang
baik. Tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam
memertahankan tanah air. Selain itu, banyak nilai dan pengajaran yang boleh
dijadikan iktibar kepada masyarakat. Akhir sekali, novel ini juga dapat
menarik perhatian pembaca dan kerana perwatakan utama dalam novel ini
berjaya meinggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutama
generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang
mempertahankan negara.
NOVEL TIRANI
• Daya tarikan yang terdapat novel ini adalah pengutaraan tema yang baik.
Tema novel ini mengisahkan kecantikan fizikal yang bersifat sementara
namun ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Banyak
nilai dan pengajaran yang boleh dicontohi seperti nilai kasih saying seorang
ibu terhadap anaknya. Akhir sekali, pemamparan watak utama iaitu Waheeda
memajukan Syarikat Pelancongan Tajau Emas milik keluarga sehingga
syarikat tersebut menjadi terkenal dan resort tersebut menerima kunjungan
pelancong dalam dan luar negara.
28
NOVEL SILIR DAKSINA
• Novel ini akan menarik perhatian pembaca yang berminat dalam cerita-cerita
misteri. Novel ini menceritakan tetang seorang lelaki yang bernama Haiqal
yang tinggal bersama ibu dan ayah tirinya. Kemudian menerima sebuah
manuskrip daripada seorang wanita cina yang tidak dikenali. Satu peristiwa
yang dapat menarik perhatian saya ialah ketika Haiqal yang hampir-hampir
melanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba berlari melintas jalan kerana
memikirkan manuskrip ayahnya yang dibaca setiap hari.
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
• Daya tarikan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis berjaya mereka
sebuah suasana kampung yang efektif serta bersesuaian. Perkara ini telah
berjaya membuat pembaca membayangkan pengalaman berada di kampung
masing-masing. Penulis juga berjaya menghasilkan rentak cerita yang bagus
demi mewujudkan perasaan ingin tahu dalam diri pembaca. Sebagai contoh,
peristiwa Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq lalu dibawa ke sebuah kawasan
yang tidak diketahui. Penggunaan Bahasa yang mudah difahami turut
memudahkan novel ini untuk difahami.
NOVEL DI SEBALIK DINARA
• Daya tarikan yang terdapat dalam novel ini adalah pengutaraan tema yang
menarik. Novel ini mengisahkan tentang persaingan dalam dunia Sains antara
Karl dan Medina sehingga melupakan unsur – unsur kemanusiaan. Selain itu,
watak perwatakan yang digunakan dapat memberi impak kepada masyarakat
untuk mencontohi sifat positif itu. Jalan cerita yang teratur dan menarik juga
dapat menarik perhatian pelajar untuk mencontohi sifat positif itu. Jalan cerita
yang teratur dan menarik juga dapat menarik perhatian pelajar untuk membaca
novel ini.
NOVEL PANTAI KASIH
• Daya tarikan yang terdapat di dalam novel ini adalah plot cerita yang tidak
dijangka oleh pembaca. Novel ini bertemakan pahit manis kehidupan
29
seseorang siswi yang mengambil bidang perubatan. Selain itu, kesukaran
pesakit yang mempunyai masalah kewangan berubat di pusat rawatan yang dia
bertugas. Di samping itu, kisah cinta mengenai perasaan Raiha yang
terpendam terhadap mentornya sendiri, Doktor Uwang. Akhir sekali,
kemalangan yang ditimpa ke atas mentornya, Doktor Uwang.
NOVEL SONGKET BEREBENANG EMAS
• Daya tatikan yang terdapat di dalam novel ini ialah binaan plot yang sangat
baik. Watak – watak direka dengan pernuh kreativiti serta sangat bersesuaian.
Sebagai contoh, watak Dahlia yang tidak pernah berputus asa dengan redha
dengan kisah ini. Penulis ini pandai mengatur rentak cerita untuk menarik
perhatian pembaca. Sebagai contoh, pada plot perumitan di dalam novel,
penulis berjaya mewujudkan perasaan simpati terhadap nasib Dahlia yang
perlu menghadapi pelbagai ujian yang sukar di dalam diri pembaca.
30
3. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/ BUKAN FIKSYEN) PPRM
1. NOVEL LEFTENAN ADNAN – ( BUKAN FIKSYEN )
2. NOVEL DI SEBALIK DINARA – ( FIKSYEN )
3. NOVEL PANTAI KASIH – ( FIKSYEN )
4. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS – ( FIKSYEN )
5. NOVEL TIRANI – ( FIKSYEN )
6. NOVEL BIMASAKTI MENARI – ( FIKSYEN )
7. NOVEL SILIR DAKSINA – ( FIKSYEN )
8. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN – ( FIKSYEN )
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA (RUJUKAN 8 NOVEL DARI MANA)
26/7/2021 – Mendengar taklimat tentang mini tesis ini daripada cikgu rosliza
28/7/2021 – Mencari maklumat untuk draf bab 1 dan draf bab 2
30/7/2021 – Bermula untuk menaipkan semula di aplikasi Word untuk mini tesis ini
1/1/2021 – Saya menghantar draf 1 dan draf 2 tetapi tidak lengkap
2/8/2021 – Saya melengkapkan draf 1 dan draf 2
3/8/2021 – Mencari maklumat untuk draf 3
4/8/2021 – Mencari maklumat untuk draf 4 dan menaipkan semula di Word
10/8/2021 – Menggunakan nota komsas yang saya sudah bua pada awal tahun sebagai
rujukan
14/8/2021 – Menggabungkan semua draf dan membuat beberapa ubah suai
15/8/2021 – Memuat naik di laman sesawang dan menghantar pautan mini tesis saya di
Microsoft Teams
31
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
➢ NOVEL PANTAI KASIH
Temanya ialah ketabahan shati seorang wanita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.
➢ NOVEL DI SEBALIK DINARA
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam perciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina atau Marilyn
sebagai pembantu penyelidikannya. Tetapi apabila dia, berasaskan Marilyn lebih hebat
daripadanya, di amula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn
dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi. Walaupun dikatakan gila oleh
kebanyakan orang, Marilyn teta meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
➢ NOVEL BIMASAKTI MENARI
Temanya ialah kegigihan anak muda dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar.
➢ NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Temanya ialah kecekalan seorang remaja, Dahlia yang berusia 19 tahun dalam menempuh
cabaran hidup.
➢ NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Temanya ialah kecekalan seorang gadus remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan
rintangan.
➢ NOVEL TIRANI
Temanya ialah kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan
dugaan dalam kehiduannya.
➢ NOVEL SILIR DAKSINA
Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca
daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah
kandungnya iaitu Abdullah Kay.
32
➢ NOVEL LEFTENAN ADNAN
Temanya ialah keberanian dan keperwiraan anak muda yang bernama Adnan bin Saidi dalam
usaha untuk mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing.
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
➢ NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Keunikan yang ada di dalam novel Songket Berbenang Emas Ini adalah pada jalan ceritanya
yang mengisahkan tentang rintangan yang perlu dihadapi oleh Dahlia untuk berjaya dalam
pelajarnnya apabila diuji dengan pelbagai permasalahan yang timbul.
➢ NOVEL DISEBALIK DINARA
Keunikan yang ada di dalam novel Disebalik Dinara ini adalah cerita ini membawa konsep
perkembangan ilmu sains yang semakin meluas. Sifat tamak dalam bekerja boleh
mengakibatkan pelbagai permasalahan
➢ NOVEL TIRANI
Kenuikan yang ada dalam novel Tirani pula adalah cerita ini meberikan mesej yang sangat
penting untuk kaum wanita hari ini. Mesej yang dibawa oleh cerita ini adalah kecantikan
fizikal hanyalah sementara manakala ilmu dapat menyelamatkan diri.
➢ NOVEL BIMASAKTI MENARI
Keunikan yang ada di dalam novel Bimasakti Menari ini adalah tema yang dibawakan oleh
cerita ini iaitu alam sekitar. Cerita ini mengingatkan kita tentang tugas kita sebagai khalifah
di Bumi ini adalah untuk menjaga alam sekitar.
➢ NOVEL PANTAI KASIH
Keunikan yang ada di dalam novel Pantai Kasih ini adalah cerita ini membawa latar tempat
hospital. Daripada cerita ini kita diberi pencerahan tentang kehidupan bekerja di hospital.
Lebih spesifik lagi, kisah tentang seorang doctor bedah dalam menuju ke arah kemuncak
kariernya iaitu doktor paka bedah tetapi perlu mengharungi cabaran.
33
➢ NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
keunikan yang ada di dalam novel Jendela Menghadap Jalan ini adalah pembawaan isu
konflik antara kehidupan tradisional. Ia mengingatkan kami bahawa tidak semua
perkembangan sains boleh diikuti oleh rakyat.
➢ NOVEL SILIR DAKSINA
Keunikan yang ada di dalam novel Silir Daksina adalah kesungguhan Haiqal merungkai
identiti ayahnya. Binaan plot dalam ceroita ini membuatkan pembaca berasa teruja untuk
mengenali ayahnya.
➢ NOVEL LEFTENAN ADNAN
Keunikan yang ada di dalam novel Leftenan Adnan adalah latar masa yang digunakan dalam
cerita ini yang mengimbau masa lampau. Dimana Malaysia masih lagi belum merdeka dari
kuasa luar.
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
1. Setiap novel mempunyai watak yang menarik
2. Tema setiap novel hampir sama
3. Misi sesetengah novel ialah mengekalkan sesebuah tradisi ataupun tempat
4. Setiap novel suka mengaitkan ahli keluarga ataupun hubungan semasa
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
1. Tempat di dalam setiap novel
2. Susunan jalan cerita
3. Fokus novel
4. Nilai murni/mesej yang diterapkan dalam novel tersebut.
34
3.7. BANDANG BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
(PENGALAMAN)
▪ Novel luar menggunakan jalan cerita yang lain daripada yang lain kerana penulis
selalu menggunakan keadaan sekeliling untuk dimasukkan di dalam novel. Oleh
sebab itu, cerita luar negara mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak dapat di
dalam novel Malaysia
▪ Pilihan tema yang jarang digunakan dalam novel Malaysia dapat ditemui dalam novel
– novel luar negara
▪ Aturan plot novel luar negara lebih menarik berbanding dengan novel Malaysia
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN (NILAI, PENGAJARAN DALAM
MASYARAKAT REALITI)
Setelah membuat beberapa rujukan, novel-novel seperti Novel Pantai Kasih, Novel Bimasakti
Menari, Novel Tirani dan Novel Leftenan Adnan menunjukkan bahawa nilai keberanian
terdapat di dalam novel-novel ini. Pengajarannya, kita perlu berani mengambil cabaran yang
baharu dalam kehidupan kita agar ia dapat membakar semangat hari-hari yang mendatang.
Selain itu, novel – novel seperti Novel Songket Berbenang Emas, Novel Disebalik Dinara,
Novel Tirani, Novel Bimasakti Menari, Novel Jendela Mneghadap Jalan dan Novel Silir
Daksina menunjukkan bahawa nilai berkasih saying terdapat di dalam noel-novel ini.
Pengajarannya, kita haruslah menyayangi orang yang berharga kepada kita agar mereka
terasa dihargai.
Kemudian, Novel Leftenan Adna menunjukkan nilai patriotism di dalam novel tersebut.
Pengajarannya ialah kita mesti menanam sifat patriotisme dalam diri agar semangat cinta
akan negara kita tidak semakin pupus. Akhir sekali, Novel Songket Berbenang Emas, Novel
Tirani dan Novel Bimasakti Menari. Kita haruslah mengamalkan sifat setia kawan sesame
rakan agar hubungan persahabatan tidak akan putus dan menjadi semakin erat.
35
3.9. KEDUDUKAN NOVEL (PILIH NOVEL YANG PALING DIGEMARI)
1. NOVEL DISEBALIK DINARA
2. NOVEL SILIR DAKSINA
3. NOVEL TIRANI
4. NOVEL BIMASAKTI MENARI
5. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
6. NOVEL LEFTENAN ADNAN
7. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
8. NOVEL PANTAI KASIH
3.10. KESIMPULAN (BERKAITAN 8 NOVEL)
Kesimpulannya, setiap novel yang dikaji mempunyai banyak nilai murni dan pengajaran
yang dapat dijadikan sebagai contoh kepada para pembaca. Selain itu, setiap novel
mempunyai pelbagai plot cerita yang menarik dan ada keunikannya yang tersendiri.
Pada pendapat saya, saya paling menggemari novel Jendela Menghadap Jalan kerana
mesej yang hendak disampaikan dalam novel itu dapat mengajar saya untuk sentiasa bersabar
dengan cabaran dan ujian dalam kehidupan.
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya kurang tertarik dengan novel Pantai
Kasih kerana watak yang menunjukkan seorang yang mementingkan diri, bersikap
sukaberfoya – foya di luar rumah dan babak – babak negatif yang mungkin boleh merosakkan
golongan pembaca.
36
4. BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA)
Secara keseluruhannya, saya dapat merumuskan yang faktor paling penting berdasarkan
kajian ini dari sudut masyarakat sekililing ialah amalan membaca. Generasi kini memandang
ringan amalan membaca kerana segalanya ada dihujung jari. Jadi, langkah – langkah untuk
mengekalkan amalan membaca perlu diambil. Salah satunya ialah penulis haruslah menulis
sebuah cerita yang boleh dikaitkan dengan gaya kehidupan generasi muda kini. Seterusnya,
pihak sekolah haruslah menitikberatkan program NILAM di sekolah rendah agar dapat
menerapkan amalan membaca dari usia muda. Akhir sekali, kita bersama – sama
menyebarkan kelebihan membaca untuk menarik minat generasi muda. Dengan
mengamalkan langkah – langkah ini, kita dapat menerapkan amalan membaca dalam
komuniti kita.
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL)
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah penulis perlulah melakukan
carian terlebih dahulu berkaitan dengan minat para pelajar zaman kini agar novel yang
diterbit mendapat sambutan besar daripada embaca – pembaca di luar sana. Dari segi jalan
cerita pula, penulis digalakkan untuk menyampaikan cerita dengan jelas dan nyata bagi
mengelakkan kesilapan dalam tafsiran. Penulis juga perlulah menyemak hasil penulisan
sebelum menerbitkan novel bagi mengelakkan penyampaian mesej yang negative. Pada
pendapat saya, golongan pembaca zaman sekarang menggemari novel yang bertemakan
fantasy dan misteri.
4.3. HIPOTESIS AKHIR
Pada pendapat saya, setelah mengkaji setiap novel yang dipilih dengan teliti hipotesis dapat
diterima.
Hal ini demikian kerana, dalam novel – novel yang telah dipilih daripada setiap zon
mengeluarkan tentang mesej – mesej dan nilai – nilai murni yang berbeza.
37
4.4 PENUTUP
Mini tesis ini diharapkan dapat membantu para pelajar, pelbagai pihak dan terutamanya
kepada penulis untuk membuat penambahbaikan terhadap karya agar hasil karya tersebut
menjadi lebih menarik dan berkualiti tinggi serta akan dihargai oleh orang ramai.
Walaubagaimanapun, mini tesis ini masih perlu diperbaiki dan dilengkapi dengan sempurna
agar dapat dijadikan panduan kepada orang lain..
38
RUJUKAN
INTERNET :
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Novel
- https://educalingo.com/ms/dic-ms/fiksyen
- https://ms.wikiqube.net/wiki/Non-fiction_novel
- http://klikweb.dbp.my/?p=11109
- https://www.goodreads.com/author/show/1005163.Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html
- http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin
- http://saljuhumairah.blogspot.com/2011/01/siri-kenali-penulis-abdul-latip-bin.html
- http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-
yang.html
39