TAJUK : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKEDAS 2023 1.0 PENDAHULUAN Perkhemahan Unit Beruniform SKEDAS ini adalah aktiviti tahunan yang menjadi salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Dato’ Alaudin Selinsing. Perkhemahan ini akan disertai oleh semua murid tahap dua. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak. 2.0 MATLAMAT Perkhemahan ini diharapkan dapat membuka minda murid dalam i Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri murid untuk dijadikan sumber dorongan ke arah perkembangan sikap positif. ii Memperkembangkan kemahiran pelajar dalam pengurusan diri dalam pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan.
3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman menjadi pemimpin dan berusaha untuk beikhtiar dalam meneruskan kehidupan dalam apa jua masalah . 3.2 Membentuk murid supaya mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi di luar bilik darjah dalam kehidupan sebenar. 3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.5 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 5.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 4.0 PELAKSANAAN 4.1 Tarikh program dan Hari : 1–2 November 2023 / Rabu - Khamis 4.2 Tempat : Sekitar SK Dato’ Alaudin Selinsing 4.3 Bilangan Peserta : 179 orang murid 4.4 Bilangan Guru : 32 orang guru
5.0 KUMPULAN SARASAN Sasaran program ini adalah untuk semua murid tahap 2 seramai 179 orang murid. 6.0 JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA Pengerusi : Pn. Norzila Binti Ishak Guru Besar Tim. Pengerusi : Pn. Esah Binti Harun Pen. Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi : Pn. Siti Normala Binti Adris Pen. Kanan Pentadbiran : En. Abdul Malek Bin Shamsuddin Pen. Kanan HEM Penyelaras : Ust. Md Rosdi Bin Mohd Amin Setiausaha : En. Nazirul Mu'izz Bin Azmi Bendahari : Pn. Siti Rohayu Binti Disa AJK pengacara : Pn. Sazizan binti Saedin AJK Peralatan & : Pn. Malik Bin Mohamad Yunus Tempat En. Mohd Shahrul Zaini Bin Jamil En. Abdul Rani Bin Abd Rahim Pekerja swasta AJK Makanan : Pn. Salamah binti Mohamad Rahman Pn. Suzana Binti Mohd Yusof Pn. Nor Azrina Binti Aziz Pn. Aswani binti Salleh Pn. Sazizan Binti Saedin AJK Senaman pagi : Pn. Norhafiza Binti Samsudin AJK Kerohanian : Ust. Md Rosdi Bin Mohd Amin AJK PA sistem : En. Nazirul Mu'izz Bin Azmi AJK Keselamatan : En. Mohd Azlan bin Zaini
AJK Hadiah : Pn. Latifah Binti Abd Manap Pn. Mazliza Binti Mohd Nor Pn. Nur Immaniyyah Binti Ibrahim AJK laporan : Pn. Jameah Binti Ramli AJK pendaftaran : Cik Zalina Binti Mohd Shukor AJK pemplet (penutup) : Pn. Mimi Norhana Binti Sidik AJK fotografi : Pn. Jameah Binti Ramli AJK Aktiviti LDK 1 = pasang khemah & halangan komando 1. En. Mohd Shahrul Zaini Bin Jamil 2. En. Shaiful Asri Bin Abd Latif 3. En. Malik Bin Mohamad Yunus 4. Pn. Siti Rohayu Binti Disa 5. Ustz. Nur Immaniyyah Binti Ibrahim LDK 2 = Bantu mula, Ikatan & kain anduh 1. Ustz. Amiratun Zakiah Binti Zolkiffly 2. Cik Zalina Binti Mohd Shukor 3. Cik Izna Dalila Binti Mohd Shaffie 4. Pn. Latifah Binti Abd Manap 5. Noor Hasliza Binti Abu Bakar LDK 3 = Orienteering / kawad kaki 1. Nor Syahira Binti Azli 2. Mimi Norhana Binti Sidik 3. Norhafiza Binti Samsudin 4. Ustz. Rohayati Binti Abdullah Habali 5. Mohd Azlan Bin Zaini
(LDK 4) Ikhtiar hidup (masak) 1. En. Elangovan A/L Rajah 2. Pn. Fadzilah Binti Md Isa @ Ramli 3. Pn. Mazliza Binti Mohd Nor 4. Md Rosdi Bin Mohd Amin 5. Halimah binti Idris 7.0 JADUAL PELAKSANAAN 7.1 1 November 2023 (Rabu) 2.30 petang : Ketibaan dan pendaftaran murid yang terlibat dan taklimat Perkhemahan Perdana SKEDAS 2023 3.15 petang : LDK 1 = Aktiviti pasang khemah & halangan komando 5.30 petang : Solat Asar, riadah 6.30 petang : Mandi, solat magrib, isyak, makan malam 8.30 malam : LDK 2 = Bantu mula, Ikatan & kain anduh 10.30 malam : Minum malam 11.00 malam : Rehat 7.2 2 November 2023 (Khamis) 6.00 pagi : Mandi, Solat subuh & tazkirah subuh, 7.00 pagi : Senaman pagi, dan sarapan pagi 8.00 pagi : LDK 3 = Orienteering / kawad kaki 10.00 pagi : LDK 4 = Ikhtiar hidup (masak) 12.30 t.hari : Majlis penutup 2.00 petang : Bersurai
10. ANGGARAN PERBELANJAAN Bantuan Kokurikulum (BKK) RM 1734.00 PIBG RM 4930.00 JUMLAH RM 6664.00 Bil Perkara Jumlah Sumber 1 Makan dan minum peserta Makan malam 179 x RM 8.50 = RM 1477.00 Makan t.hari 179 x RM 8.50 = RM 1477.00 Sarapan 179 murid x RM 3.50 = RM 633.00 Minum malam 179 murid x RM 3.50 = RM 633.00 RM 4220.00 PIBG 2 Ayam 27 ekor (RM 460.00) Sosej 23 pack (RM 250.00) RM 710.00 PIBG 3 Hadiah pemenang Trophy 179 x 6.00 = RM 1074.00 Hamper kepemimpinan terbaik lelaki = RM 30.00 Hamper kepimpinan terbaik perempuan = RM 30.00 Hamper kumpulan Orenteering terbaik = RM 50.00 Hamper Kumpulan iktiar hidup terbaik = RM 50.00 Hamper Kumpulan bantu mula/ ikatan = RM 50.00 RM 1284.00 BKK TAMBAHAN 4 Banner RM 200.00 BKK TAMBAHAN 5 Kompas & tali (ikatan) RM 250.00 BKK TAMBAHAN JUMLAH RM 6664.00
11.0 PENUTUP Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang telah ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa semua pihak yang terlibat. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, .....................…………… ………………….. …………………… (MD ROSDI BIN MOHD AMIN (ESAH BINTI HARUN) (NORZILA BINTI ISHAK) Penyelaras Program GPK Kokurikulum GURU BESAR Perkhemahan Perdana SKEDAS SK Dato’ Alaudin Selinsing SK Dato’ Alaudin Selinsing
KEPERLUAN PESERTA PERKHEMAHAN SKEDAS 2023 1. Baju Unit uniform masing -masing (T-shirt/uniform lengkap jika ada) 2. Pakaian solat 3. Pakaian untuk kawad kaki 4. Pakaian mandi 5. Kain tuala 6. Kelengkapan mandi/ diri 7. Ubat sapuan luaran @ ubat yang dibenarkan oleh doktor - jika perlu 8. Lampu suluh 9. Kasut sukan 10. Selipar mandi 11. Selimut / sleeping bag - jika ada (bukan toto) 12. Pinggan dan gelas 13. Masa pendaftaran peserta dikehendaki memakai baju berwarna hitam PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MELABELKAN PAKAIAN DAN ALATAN YANG DIBAWA UNTUK MENGELAKKAN PERKARA YANG TIDAK DIINGINI.