UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) MULAI TAHUN 2023 Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia TERHAD MANUAL PENGOPERASIAN PEPERIKSAAN TERHAD KEPADA PERSONEL PEPERIKSAAN SAHAJA
KANDUNGAN 1. PENGOPERASIAN SEBELUM PEPERIKSAAN 1 2. PENGOPERASIAN SEMASA PEPERIKSAAN 8 3. PENGOPERASIAN SELEPAS PEPERIKSAAN 14 4. KES KECEMASAN 17 4.1 Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba 17 4.2 Penyakit Berjangkit 20 5. KES SALAH LAKU 21 5.1 Kategori Kes Salah Laku 21 5.2 Kaedah Pencegahan Salah Laku 23 5.3 Tindakan Jika Berlaku Salah Laku 24 6. KES LUAR JANGKA 25 6.1 Cuti Khas 25 6.2 Keadaan Darurat dan Perintah Berkurung 25 6.3 Banjir 26 6.4 Bencana Alam 26 6.5 Jerebu 26
1 1. PENGOPERASIAN SEBELUM PEPERIKSAAN Pengoperasian sebelum peperiksaan merujuk kepada proses-proses persediaan pengurusan dalam pengendalian peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dibantu selia oleh Agensi Pelaksana di setiap negeri yang mengambil UPKK. JAKIM menguruskan pengoperasian sebelum peperiksaan mengikut peranan dan fungsi seperti yang telah ditetapkan melalui pelantikan Personel Peperiksaan yang akan diperincikan di bawah. 1.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 1.1.1 JAKIM hendaklah bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengoperasian Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) yang dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana. 1.1.2 Melantik Pegawai Peperiksaan yang menguruskan pengoperasian UPKK. 1.1.3 Pegawai Peperiksaan hendaklah menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.1.4 Mengadakan taklimat pengoperasian peperiksaan kepada Agensi Pelaksana yang menguruskan UPKK. 1.2 Agensi Pelaksana 1.2.1 Melantik Petugas Peperiksaan yang berintegriti, amanah dan berwibawa dalam kalangan Pegawai, Penyelia Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Guru KAFA.
2 1.2.2 Melantik petugas-petugas peperiksaan yang terdiri daripada: i. Ketua Pengawas Kawasan ii. Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan iii. Pengawas Peperiksaan 1.2.3 Memastikan semua petugas peperiksaan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.2.4 Mengadakan taklimat pengoperasian peperiksaan kepada Ketua Pengawas Kawasan, Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan, Pengawas Peperiksaan dan Guru Besar/Guru Penyelaras. 1.3 Guru Besar (GB)/Guru Penyelaras (GP) 1.3.1 Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.3.2 Menandatangani Borang Pendaftaran Calon UPKK (JAKIM/UPKK09/01/Pind.1) bagi tahun semasa. 1.3.3 Menandatangani Borang Daftar Calon UPKK (JAKIM/UPKK09/01/Pind.1) bagi tahun semasa. 1.3.4 Menandatangani Borang Permohonan Pusat Peperiksaan UPKK (JAKIM/UPKK09/03/Pind.1) bagi pusat peperiksaan baharu sahaja. 1.3.5 Menandatangani Borang Perpindahan Calon UPKK (JAKIM/UPKK09/04/Pind.1). 1.3.6 Menandatangani Borang Pengakuan Penerimaan Kertas Soalan UPKK (JAKIM/UPKK09/04/Pind.1). 1.3.7 Menandatangani Borang Permohonan Ketua Pengawas/ Pengawas/Pemeriksa/Penilai UPKK (JAKIM/UPKK09/07/Pind.1). 1.3.8 Menandatangani Slip Kebenaran Menduduki UPKK yang telah dijana melalui SIMPENI. 1.3.9 Melantik Setiausaha Peperiksaan (SuP) bagi pengurusan peperiksaan di peringkat sekolah. 1.3.10 Memastikan taklimat berhubung amaran, larangan dan peraturanperaturan peperiksaan di dalam dewan dan Bilik Peperiksaan kepada calon telah dilaksanakan.
3 1.4 Setiausaha Peperiksaan (SuP) 1.4.1 Menerima Surat Pelantikan Setiausaha Peperiksaan (SuP) daripada Guru Besar/Guru Penyelaras. 1.4.2 Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.4.3 Mendaftarkan calon menggunakan Borang Pendaftaran Calon UPKK (JAKIM/UPKK09/01/Pind.1) bagi tahun semasa sehingga proses pendaftaran selesai. 1.4.4 Mendaftarkan jumlah calon menggunakan Borang Daftar Calon UPKK (JAKIM/UPKK09/01/Pind.1) bagi tahun semasa. 1.4.5 Mendaftarkan pusat peperiksaan menggunakan (JAKIM/UPKK09/03/Pind.1) bagi pusat peperiksaan baharu sahaja. 1.4.6 Menandatangani Borang Pengakuan Penerimaan Kertas Soalan UPKK (JAKIM/UPKK09/04/Pind.1). 1.4.7 Memberikan taklimat berhubung amaran, larangan dan peraturanperaturan peperiksaan di dalam dewan dan bilik peperiksaan kepada calon telah dilaksanakan. 1.4.8 Menampal Jadual Waktu Peperiksaan, pelan tempat duduk calon dan amaran serta larangan semasa peperiksaan di tiap-tiap pintu dewan dan bilik peperiksaan. 1.4.9 Menampal Pelekat Meja Calon (JAKIM/UPKK09/08) yang dicetak daripada sistem di penjuru atas sebelah kanan meja calon. 1.4.10 Meletakkan label “Kawasan Larangan” dan “Peperiksaan Sedang Dijalankan” di bahagian luar dewan dan bilik peperiksaan. 1.4.11 Menampal label “Khas Untuk Calon Peperiksaan” di bahagian luar tandas yang dikenalpasti untuk kegunaan calon.
4 1.5 Ketua Pengawas Kawasan (KPK) 1.5.1 Menerima Surat Pelantikan Ketua Pengawas Kawasan daripada Agensi Pelaksana. 1.5.2 Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.5.3 Mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan di bawah seliaan masing-masing. 1.5.4 Memastikan semua pusat bersedia untuk melaksanakan peperiksaan. 1.5.5 Memastikan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pengawas Peperiksaan hadir bertugas pada waktu peperiksaan. 1.5.6 Memastikan calon cicir, calon menumpang, calon hospital dan sebagainya diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan seperti perkara 4. 1.6 Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan 1.6.1 Menerima Surat Pelantikan Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan Agensi Pelaksana. 1.6.2 Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.6.3 Mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan di bawah seliaan masing-masing. 1.6.4 Mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan sekurang- kurangnya satu hari bekerja sebelum peperiksaan bermula bagi memastikan perkara-perkara yang berikut: i. Persediaan dewan dan bilik peperiksaan telah diuruskan dengan sempurna, kondusif dan sesuai serta tidak ada apaapa aktiviti atau keadaan yang boleh mengganggu tumpuan calon; ii. Bilik khas, kemudahan dan peralatan bagi calon yang memerlukan bantuan disediakan mengikut keperluan;
5 iii. Kerusi dan meja yang sesuai dengan keadaan calon telah disusun mengikut peraturan yang ditetapkan. Bagi meja yangberlaci, bahagian laci meja hendaklah menghadap ke hadapan; iv. Kedudukan sisi kiri atau sisi kanan meja dengan meja bersebelahan mempunyai jarak sekurang-kurangnya 0.8 meter dan sisi belakang meja calon hadapan dengan sisi hadapan meja calon belakang mempunyai jarak sekurangkurangnya 1 meter. Sisi meja tidak rapat dan mempunyai jarak sekurang- kurangnya 0.5 meter dari dinding; v. Sebarang gambar, tulisan, carta atau gambar rajah yang boleh membantu calon dialih atau ditutup; vi. Jam dinding yang mencukupi, sesuai dan berfungsi; vii. Kipas dan lampu yang mencukupi, sesuai dan berfungsi; viii. Almari besi berkunci dan berada di dewan atau bilik peperiksaan utama dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk peperiksaan; ix. Papan tulis yang sesuai; x. Peti pertolongan cemas; dan xi. Alat pembesar suara yang sesuai dan berfungsi dengan baik disediakan di dewan (jika perlu). 1.6.5 Mengenalpasti maklumat calon cicir, calon menumpang dan calon hospital dan sebagainya daripada Guru Besar/Guru Penyelaras. 1.6.6 Mendapatkan senarai guru bertugas sepanjang peperiksaan berlangsung daripada Guru Besar/Guru Penyelaras; dan 1.6.7 Mengenalpasti bilangan dan jenis calon yang mengambil sesuatu kertas peperiksaan.
6 1.7 Pengawas Peperiksaan (PP) 1.7.1 Menerima taklimat keselamatan dan pengurusan peperiksaan daripada Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan sekurangkurangnya satu hari bekerja sebelum peperiksaan bermula berkaitan perkara berikut: i. Menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972; ii. Menerima Taklimat Pengurusan Peperiksaan; iii. Menerima Jadual Waktu Peperiksaan dan Jadual Bertugas Pengawas Peperiksaan; iv. Mengisi butiran diri petugas peperiksaan dengan tulisan tangan sendiri dalam rekod pengawasan peperiksaan; dan v. Menyemak bahan-bahan peperiksaan.
7 CARTA ALIR PENGOPERASIAN SEBELUM PEPERIKSAAN Melantik Pegawai Peperiksaan yang menguruskan pengoperasian UPKK Petugas Peperiksaan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 Tamat Urus Dewan dan Bilik Peperiksaan dengan sempurna, kondusif dan sesuai Taklimat Pengoperasian Peperiksaan Taklimat berhubung amaran, larangan dan peraturan peperiksaan kepada calon Mula Kenal pasti maklumat calon cicir, calon Menumpang, calon hospital dan sebagainya JAKIM, Agensi Pelaksana Agensi Pelaksana, KPK, KPPP, PP, GB/GP, SuP KPK, KPPP, PP, GB/GP, SuP GB/GP, SuP KPPP, PP Agensi Pelaksana, KPK, KPPP, PP, GB/GP, SuP
8 2. PENGOPERASIAN SEMASA UJIAN BERTULIS Pengoperasian semasa peperiksaan merujuk kepada proses-proses pengendalian semasa pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) berlangsung dan tindakan segera yang perlu dilaksanakan oleh Personel Peperiksaan. JAKIM menguruskan pengoperasian semasa peperiksaan mengikut peranan dan fungsi seperti yang telah ditetapkan melalui pelantikan Personel Peperiksaan yang akan diperincikan di bawah. 2.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2.1.1 Menyelia dan menguruskan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) di peringkat kebangsaan. 2.1.2 Menerima segala laporan UPKK dari semasa ke semasa daripada Agensi Pelaksana. 2.1.3 Menyelaras arahan dan penambahbaikan kepada Agensi Pelaksana dengan serta merta (jika perlu). 2.2 Agensi Pelaksana 2.2.1 Menyelia dan menguruskan UPKK di peringkat negeri. 2.2.2 Menghantar segala laporan UPKK dari semasa ke semasa kepada JAKIM. 2.2.3 Memastikan penyelarasan arahan dan penambahbaikan dilaksanakan oleh Guru Besar/Guru Penyelaras, Setiausaha Peperiksaan, Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pengawas Peperiksaan.
9 2.3 Guru Besar (GB)/Guru Penyelaras (GP) dan Setiausaha Peperiksaan (SuP) Sentiasa memastikan peringatan dan membuat pemeriksaan agar calon tidak membawa masuk alat atau bahan yang tidak dibenarkan ke dalam dewanatau bilik peperiksaan. 2.4 Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan 2.4.1 Hadir awal mengikut masa yang ditetapkan ke tempat Bilik Kebal/ Bilik Keselamatan bagi pengambilan kertas peperiksaan. 2.4.2 Berada di pusat peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan bermula. 2.4.3 Membenarkan calon masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan. 2.4.4 Memastikan calon hanya membawa masuk bahan-bahan yang dibenarkan mengikut keperluan kertas peperiksaan. 2.4.5 Memastikan calon tidak membawa masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan alat atau bahan yang tidak dibenarkan seperti berikut: i. Telefon bimbit atau sebarang gajet komunikasi; ii. Nota atau buku rujukan atau catatan atau lakaran atau sebarang tulisan dalam apa bentuk sekali; iii. Bekas alat tulis; dan iv. Sebarang peralatan atau bahan yang tidak diperlukan untuk peperiksaan. 2.4.6 Memastikan peralatan atau bahan-bahan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan, perlu diletakkan di luar dewan atau bilik peperiksaan. 2.4.7 Memastikan calon duduk di tempat mengikut pelan kedudukan yang telah ditetapkan.
10 2.4.8 Membacakan larangan, amaran dan peringatan di dewan dan Bilik Peperiksaan kepada calon sebelum mengedarkan kertas peperiksaan dan meminta calon memeriksa saku atau meja masing-masing bagi mengesahkan bahawa tiada nota atau bahan bertulis dan bercetak atau sebarang bahan yang dilarang telah dibawa masuk. 2.4.9 Membuat pengumuman berikut sebelum sesuatu kertas peperiksaan dimulakan: i. Mengingatkan calon agar tidak membawa bahan-bahan larangan ke dalam dewan atau Bilik Peperiksaan; ii. Meminta calon menulis Angka Giliran dan N ombor Kad Pengenalan pada muka hadapan kertas jawapan; iii. Memaklumkan kepada calon tentang nama kertas peperiksaan, masa dan tempoh peperiksaan serta menulis maklumat tersebut di papan tulis di dewan atau setiap Bilik Peperiksaan. Contoh: Sirah (UPKK06) Rabu (14 November 2023) 2.30 petang hingga 4.30 petang (2 jam) 2.4.10 Membuka sampul kertas peperiksaan yang betul mengikut Jadual Waktu Peperiksaan dan mengeluarkan kertas peperiksaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh JAKIM. 2.4.11 Mengesahkan tiada ketidakakuran pada bungkusan kertas peperiksaan. 2.4.12 Memeriksa dan memastikan bekalan kertas peperiksaan adalah bertepatan mengikut Jadual Waktu Peperiksaan. 2.4.13 Mengira jumlah kertas peperiksaan akur dengan bilangan yang tercatat pada label bungkusan kertas peperiksaan.
11 2.4.14 Mendapatkan bekalan kertas peperiksaan sekiranya bilangan kertas peperiksaan tidak mencukupi dengan menghubungi Ketua Pengawas Kawasan untuk tindakan segera. 2.4.15 Mengedarkan kertas peperiksaan kepada calon dan mengingatkan calon supaya meneliti nama dan kod kertas peperiksaan yang diedarkan. Jika terdapat ketidakaturan kertas peperiksaan, calon hendaklah mengangkat tangan dan memberitahu Pengawas Peperiksaan serta merta. 2.4.16 Memastikan calon menulis Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan pada kertas peperiksaan. 2.4.17 Memaklumkan calon tentang pembetulan (jika ada). Pembetulan hendaklah dibacakan secara lisan dan dicatatkan dengan jelas di papan tulis atau diedarkan sekiranya dibekalkan oleh JAKIM. 2.4.18 Memulakan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan. 2.4.19 Memastikan tiada pengumuman dibuat semasa peperiksaan sedang dijalankan kecuali pengumuman penting yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman tentang masa peperiksaan hanya boleh dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 30 minit dan 10 minit sebelum masa peperiksaan tamat. 2.4.20 Menyemak dokumen pengenalan diri calon dan Angka Giliran calon pada Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan. 2.4.21 Menanda kehadiran calon dalam Borang Kehadiran Calon (JAKIM/UPKK09/10/Pind. 1) iaitu 30 minit selepas peperiksaan bermula. 2.4.22 Membenarkan calon mengambil peperiksaan sekiranya hadir lewat 30 minit ke pusat peperiksaan dengan sebab yang munasabah tetapi tiada masa gantian akan diberikan. Butiran calon, masa dan sebab tersebut hendaklah dicatatkan. 2.4.23 Memastikan pengawasan peperiksaan dilaksanakan secara aktif dengan mematuhi prosedur.
12 2.4.24 Memastikan Kes Calon Sakit tiba-tiba dan Kes Salah Laku diuruskan mengikut prosedur. 2.4.25 Memastikan calon yang meninggalkan dewan atau Bilik Peperiksaan sebelum tamat peperiksaan bagi sesuatu kertas tidak membawa keluar Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP). 2.4.26 Memastikan calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 10 minit terakhir. Contoh: “Masa ada 10 minit lagi. Calon tidak dibenarkan keluar.” 2.5 Pengawas Peperiksaan (PP) 2.5.1 Hadir awal mengikut masa yang ditetapkan ke tempat BilikKebal/ Bilik Keselamatan bagi pengambilan kertas peperiksaan. 2.5.2 Berada di pusat peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan bermula. 2.5.3 Membantu Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan mengendalikan peperiksaan mengikut prosedur seperti dalam setiap perkara 2.4.
13 CARTA ALIR PENGOPERASIAN SEMASA PEPERIKSAAN Hadir di pusat peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit Membenarkan calon masuk ke dalam Dewan/Biik Peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula Tamat Duduk di tempat mengikut pelan yang telah ditetapkan Mula Memastikan bekalan kertas peperiksaan mencukupi KPPP, PP KPPP, PP KPPP, PP Calon Membuka sampul kertas peperiksaan mengikut Jadual Waktu Peperiksaan KPPP, PP Mengedarkan Kertas Peperiksaaan dan memulakan peperiksaan Menjawab pada Kertas Peperiksaan Calon KPPP, PP
14 3. PENGOPERASIAN SELEPAS PEPERIKSAAN Pengoperasian selepas peperiksaan merujuk kepada proses-proses pengendalian selepas tamat masa Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) dan tatacara pengurusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) yang perlu dilaksanakan oleh Personel Peperiksaan. JAKIM menguruskan pengoperasian selepas peperiksaan mengikut peranan dan fungsi seperti yang telah ditetapkan melalui pelantikan Personel Peperiksaan yang akan diperincikan di bawah. 3.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menyelia dan menguruskan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) di peringkat kebangsaan. 3.2 Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan dan Pengawas Peperiksaan 3.2.1 Mengambil tindakan seperti berikut sebelum membenarkan calon keluar dari dewan atau Bilik Peperiksaan: i. Mengingatkan calon supaya tidak keluar dari dewan atau Bilik Peperiksaan sehingga diberi kebenaran; ii. Memastikan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) telah dikumpulkan, disusun mengikut Angka Giliran dan dikira mencukupi sebelum dibungkus; iii. Meminta calon membawa keluar dokumen pengenalan diri dan alat tulis; iv. Mengingatkan calon tentang kertas peperiksaan dan waktu peperiksaan berikutnya.
15 3.2.2 Memastikan bahan-bahan peperiksaan disimpan di dalam almari yang berkunci pada setiap hari selepas peperiksaan berakhir. 3.2.3 Memastikan dewan atau Bilik Peperiksaan tidak ditinggalkan tanpa pengawasan sekiranya masih tersimpan SJP. 3.2.4 Memastikan dewan atau Bilik Peperiksaan dikunci selepas tamat sidang peperiksaan terakhir setiap hari peperiksaan. 3.2.5 Menyerahkan SJP calon kepada Ketua Penyelia Kawasan untuk disimpan di Bilik Kebal/Bilik Keselamatan selepas tamat peperiksaan dengan menggunakan Borang Penerimaan Skrip Jawapan Peperiksaan (JAKIM/UPKK09/06/Pind. 1). 3.2.6 Melengkapkan dan mengemaskini borang dan dokumen peperiksaan berikut dan menyerahkannya kepada Ketua Pengawas Kawasan setelah tamat keseluruhan peperiksaan iaitu: i. Borang Akta Rahsia Rasmi 1972; ii. Borang Perakuan Penerimaan Kertas Soalan (JAKIM/UPKK09/05); iii. Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan; iv. Pelan dewan dan Bilik Peperiksaan; v. Borang Kehadiran Calon (JAKIM/UPKK09/10): vi. Borang Tuntutan Bayaran Ketua Pengawas Peperiksaan (JAKIM/UPKK09/12/Pind. 1), Borang Tuntutan Bayaran Pengawas Peperiksaan (JAKIM/UPKK09/14/Pind. 1) dan Borang Tuntuan Perjalanan yang telah disemak dan disahkan; vii. Laporan Kes Salah Laku (jika ada); viii. Borang-borang lain yang berkaitan (jika ada); ix. Menyerahkan bahan-bahan dan peralatan peperiksaan yang tidak digunakan dan alat tulis yang berlebihan kepada Ketua Pengawas Kawasan untuk disimpan di Bilik Kebal/ Bilik Keselamatan. 3.2.7 Menyerahkan SJP dan kesemua kertas peperiksaan yang tidak digunakan kepada Agensi Pelaksana selepas tamat keseluruhan peperiksaan dan direkodkan.
16 CARTA ALIR PENGOPERASIAN SELEPAS PEPERIKSAAN Tidak keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan sehingga diberi kebenaran Mengumpul Skrip Jawapan Peperiksaan dan menyusun mengikut Angka Giliran Tamat Mengunci Dewan/Bilik Peperiksaan selepas tamat peperiksaan berakhir setiap hari peperiksaan Mula Calon KPPP, PP KPPP KPPP, PP Menyerahkan SJP kepada Ketua Penyelia Kawasan untuk disimpan di Bilik Kebal/Bilik Keselamatan selepas tamat peperiksaan KPK Menyerahkan keseluruhan SJP kepada agensi pelaksana selepas tamat keseluruhan peperiksaan Terima keseluruhan SJP calon Agensi Pelaksana
17 4. KES KECEMASAN JAKIM telah memperhalusi beberapa kategori kes-kes kecemasan yang dapat dipertimbangkan berdasarkan perkara-perkara seperti di bawah. 4.1 Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba Situasi 1, 2 dan 3 merujuk kepada calon yang menduduki peperiksaan dalam waktu yang ditetapkan pada Jadual Waktu Peperiksaan. Sekiranya waktu yang ditetapkan Jadual Waktu Peperiksaan telah tamat, calon tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan berkenaan. 4.1.1 Situasi 1 Calon di hospital tidak sedarkan diri sebelum kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu peperiksaan tamat. i. Mengasingkan calon di bilik khas dengan diawasi oleh Pengawas Peperiksaan; ii. Menghubungi pihak sekolah untuk tindakan segera; iii. Memastikan kertas peperiksaan dan SJP calon disimpan dalam almari besi dan berkunci; dan iv. Memastikan maklumat kejadian direkod dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan. 4.1.2 Situasi 2 Calon di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri sebelum kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu peperiksaan tamat. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan dan diberi masa gantian.
18 i. Bagi Calon yang dibawa ke hospital Memastikan Pengawas Peperiksaan mengiringi dan mengawasi calon pada setiap masa, menghubungi Ketua Pengawas Kawasan dan Pengawas Peperiksaan yangdilantik untuk bertugas di hospital bagi memaklumkan maklumat kejadian, memastikan kertas peperiksaan dan SJP calon dibawa ke hospital mengikut prosedur keselamatan iaitu: a. Kertas peperiksaan dan SJP dimasukkan ke dalam plastik pembungkus SJP; b. Pembungkus SJP dimasukkan di dalam beg tertutup;dan c. Dibawa ke hospital oleh petugas peperiksaan. ii. Bagi Calon yang kekal di pusat peperiksaan Membenarkan calon untuk meneruskan peperiksaan sekiranya calon mampu dan mahu meneruskan peperiksaan. 4.1.3 Situasi 3 Calon di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri semasa kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu peperiksaan tamat. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan dan diberi masa gantian. i. Calon yang dibawa ke hospital: a. Kertas peperiksaan dan SJP hendaklah dibawa ke hospital oleh petugas peperiksaan.Kertas peperiksaan dan SJP dimasukkan ke dalam plastik pembungkus SJP; b. Pembungkus SJP dimasukkan di dalam beg tertutup; dan c. Dibawa ke hospital oleh petugas peperiksaan.
19 ii. Calon yang kekal di pusat peperiksaan: a. membenarkan calon meneruskan peperiksaan sekiranya calon mampu dan mahu meneruskan peperiksaan setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan; dan b. memberikan masa gantian pada hari yang sama kepada calon bagi masa yang belum digunakan. iii. Calon yang dibawa ke hospital dan dibawa balik semula ke pusat peperiksaan (selepas mendapat kebenaran pegawai perubatan): a. Memastikan Pengawas Peperiksaan mengiringi dan mengawasi calon pada setiap masa. b. Membenarkan calon meneruskan peperiksaan sekiranya calon mampu dan mahu meneruskan peperiksaan. c. Memberikan masa gantian pada hari yang sama kepada calon bagi masa yang belum digunakan. d. Menguruskan SJP calon seperti berikut: • Memasukkan SJP calon ke dalam Pembungkus SJP dan memasukkan SJP ke dalam sampul khas. • Melabel dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul khas. • Memasukkan sampul khas dalam beg tertutup. • Menghantar sampul khas ke Bilik Kebal/ Bilik Keselamatan yang ditetapkan oleh Agensi Pelaksana.
20 4.1.4 Situasi 4 Calon di hospital atau di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri semasa kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar selepas waktu peperiksaan tamat. Calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 4.2 Penyakit Berjangkit 4.2.1 Penyakit berjangkit termasuk demam campak, cacar, sakit mata Influenza, COVID-19 atau lain-lain penyakit yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta. 4.2.2 Calon yang menghidap penyakit berjangkit hendaklah: i. Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh Pengawas Peperiksaan; ii. Memastikan maklumat kejadian direkod dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan; iii. Menghubungi Ketua Pengawas Kawasan bagi memaklumkan maklumat kejadian; iv. Memohon Pengawas Peperiksaan tambahan untuk mengawas calon (jika perlu); dan v. Membungkus SJP calon bersama-sama SJP calon sedia ada mengikut urutan Angka Giliran dan kedudukan calon.
21 5. KES SALAH LAKU JAKIM telah memberikan beberapa panduan bagi pengurusan kes-kes salah laku yang dilakukan oleh calon atau Personel Peperiksaan berdasarkan perkaraperkara seperti di bawah. 5.1 Kategori Kes Salah Laku 5.1.1 Meniru Calon dituduh atau disabit meniru jika menggunakan beberapa atau ayat atau perkataan jawapan calon lain sebagai jawapannya atau memberi atau menyampaikan atau mendedahkan jawapannya kepada calon lain dalam keadaan sedar semasa peperiksaan sedang berjalan. Contoh: Calon memberi peluang kepada calon lain untuk meniru atau menolong menjawab sesuatu soalan atau meniru daripada rakan. 5.1.2 Menyeludup Calon dituduh atau disabit menyeludup jika calon membawa masuk buku ramalan atau jawapan yang telah tersedia atau catatan atau nota atau buku atau ringkasan atau rumusan atau lakaran lukisan ke dalam bilik atau dewan peperiksaan sedang dijalankan. Contoh: Calon membawa apa-apa buku, nota, kertas, dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain, kecuali apa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas Pusat ke dalam atau keluar dari dewan atau bilik peperiksaan
22 5.1.3 Mendapat Bantuan Calon dituduh atau disabit meniru dengan mendapat bantuan jika calon menerima bantuan atau pertolongan daripada orang lain yang berada di luar atau dalam dewan atau Bilik Peperiksaan untuk menjawab soalan bagi pihak dirinya semasa peperiksaan sedang berjalan. Contoh: Orang luar menyampaikan jawapan atau maklumat kepada calon atau petugas peperiksaan membantu calon atau membiarkan calon meniru. 5.1.4 Menyamar Calon dituduh atau disabit menyamar jika calon terbabit menggunakan kad pengenalan (sementara) yang dipalsukan atau telah diubah atau bertukar-tukar Angka Giliran sesama sendiri semasa peperiksaan sedang berjalan. Seseorang calon yang didapati bersalah sabit dengan bukti yang jelas daripada Pengawas Peperiksaan atau Pemeriksa atau kurang bukti tetapi ada keyakinan tanda-tanda meniru telah dilakukan calon. Contoh: Orang luar menyamar sebagai calon. 5.1.5 Melanggar Peraturan Peperiksaan Calon yang dituduh atau disabit melanggar peraturan dan amaran yang termaktub di dalam arahan dan amaran peperiksaan. Seseorang calon yang didapati bersalah sabit dengan bukti yang jelas daripada Pengawas Peperiksaan dan Pemeriksa atau kurang bukti tetapi ada keyakinan tanda-tanda meniru dilakukan calon.
23 Contoh-contoh: i. Calon mengedarkan kertas jawapan untuk dijadikan panduan atau menggunakan isyarat. ii. Calon mengambil nota dan membuat rujukan di luar Bilik Peperiksaan. iii. Calon menulis nota pada anggota badan, di dinding Bilik Peperiksaan atau atas meja tulis. iv. Menipu atau cuba menipu atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan. 5.2 Kaedah Pencegahan Salah Laku 5.2.1 Memastikan calon memasuki dewan/Bilik Peperiksaan melalui satu pintu sahaja dan mengingatkan calon supaya tidak membawa masuk bahan larangan. 5.2.2 Membacakan arahan, amaran, larangan dan peringatan kepada calon di dewan dan semua Bilik Peperiksaan. 5.2.3 Mengawas secara aktif dan sentiasa berwaspada kepada sebarang cubaan salah laku. 5.2.4 Tidak membenarkan pihak yang tidak berkenaan menghampiri dewan atau Bilik Peperiksaan. 5.2.5 Memeriksa dokumen pengenalan diri calon pada setiap sesi peperiksaan bagi mengelakkan penyamaran. 5.2.6 Memastikan Pengawas Peperiksaan mengisytiharkan pengakuan sekiranya mempunyai hubungan persaudaraan dengan calon. 5.2.7 Tidak menempatkan Pengawas Peperiksaan yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan seseorang calon di bilik peperiksaan yang sama.
24 5.3 Tindakan Jika Berlaku Salah Laku 5.3.1 Mengambil bahan bukti salah laku daripada calon dengan mencatat maklumat calon berkenaan. 5.3.2 Membenarkan calon terus menjawab hingga tamat masa peperiksaan. 5.3.3 Membungkus Skrip Jawapan Calon (SJP) calon tersebut bersama dengan SJP calon pusat peperiksaan berkenaan; 5.3.4 Menulis Laporan Kes Salah Laku yang telah disabitkan beserta dengan bahan bukti. 5.3.5 Memastikan calon yang melakukan salah laku menandatangan laporan yang telah dilengkapkan. 5.3.6 Memastikan calon menulis pengakuan dan butiran diri calon pada bahan bukti tersebut; 5.3.7 Menghantar Laporan Kes Salah Laku dan bahan bukti kepada Agensi Pelaksana melalui Ketua Pengawas Kawasan dengan segera.
25 6. KES LUAR JANGKA Kes luar jangkaan merujuk kepada situasi apabila kerajaan melalui Pejabat Perdana Menteri atau kementerian atau agensi yang dipertanggungjawabkan telah mengeluarkan arahan-arahan yang mengakibatkan peperiksaan dihentikan atau dipinda dengan mengambil kira keselamatan calon dan Personel Peperiksaan. JAKIM telah memberikan beberapa panduan bagi pengurusan kes luar berdasarkan perkara-perkara seperti di bawah. 6.1 Cuti Khas 6.1.1 JAKIM akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Surat Siaran atau Kenyatan Media berhubung pelaksanaan peperiksaan jika Pejabat Perdana Menteri atau kementerian atau agensi yang dipertanggungjawabkan mengisytiharkan cuti khas. 6.1.2 Sekiranya JAKIM tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, peperiksaan akan terus dilaksanakan seperti yang dijadualkan. 6.1.3 Sekiranya kerajaan negeri mengisytiharkan cuti khas, peperiksaan akan terus dijalankan seperti yang dijadualkan. 6.2 Keadaan Darurat dan Perintah Berkurung 6.2.1 JAKIM hendaklah berhubung dengan Agensi Pelaksana yang berkenaan untuk mengetahui keadaan sebenar jika berlaku keadaan darurat atau perintah berkurung dan meminta kebenaran serta bantuan pihak berkuasa untuk membolehkan calon menduduki peperiksaan.
26 6.2.2 JAKIM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan peperiksaan jika diisytiharkan keadaan darurat dan perintah berkurung. 6.2.3 Sekiranya JAKIM tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, peperiksaan akan terus dilaksanakan seperti yang dijadualkan. 6.3 Banjir JAKIM hendaklah berhubung dengan Agensi Pelaksana yang berkenaan tentang kesediaan bagi mengatasi keadaan jika berlaku banjir di sesuatu kawasan yang mengancam keselamatan sekiranya peperiksaan dilaksanakan. 6.4 Bencana Alam JAKIM dan Agensi Pelaksana hendaklah berhubung dengan kementerian atau agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengetahui keadaan sebenar jika berlaku bencana alam dan memohon kebenaran serta bantuan pihak berkuasa untuk membolehkan calon menduduki peperiksaan. 6.5 Jerebu JAKIM dan Agensi Pelaksana hendaklah berhubung dengan kementerian atau agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengetahui keadaan sebenar jika berlaku jerebu dan menerima pandangan untuk membolehkan calon menduduki peperiksaan.
LAMPIRAN
PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PEGAWAI AWAM BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88] Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah dan tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia rasmi dan suratan rasmi atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau kerahsiaan sesuatu rahsia rasmi adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta tersebut, yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun. Saya faham bahawa segala rahsia rasmi dan suratan rasmi yang saya peroleh dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku akan menandatangani satu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan. Tandatangan : Nama (huruf besar) : No. Kad Pengenalan : Jawatan : Jabatan : Tarikh : Disaksikan oleh (Tandatangan) Nama (huruf besar) : No. Kad Pengenalan : Jawatan : Jabatan : Tarikh : Cap Jabatan
BORANG PENDAFTARAN CALON UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ BAHAGIAN A: Diisi oleh Ibubapa/Penjaga Murid. No. Rujukan: ____________________ NAMA PENUH CALON : ______________________________________________________________________________ (HURUF BESAR) ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ NO. KAD PENGENALAN : ______________________________________________________________________________ TARIKH LAHIR : _____________________________ JANTINA: * LELAKI ( ) PEREMPUAN ( ) WARGANEGARA ALAMAT SURAT-MENYURAT : ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Jenis Kecacatan :** 1. PEKAK 4. RABUN (jika berkaitan) 2. BUTA 5. SPASTIK 3. BISU 6. CACAT LAIN (Sila Nyatakan): _______________ Dengan ini saya Ibubapa/Penjaga * bersetuju / tidak bersetuju membenarkan anak di bawah jagaan saya untuk mengambil Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada tahun _______________________________ . Tandatangan Ibubapa/Penjaga: _____________________________ Tarikh: Nota : sila sertakan salinan Sijil Kelahiran * tandakan ( √ ) pada jantina yang berkenaan. ** sila sertakan pengesahan dari pegawai perubatan/ salinan kad OKU BAHAGIAN B: Pengesahan Sekolah Nama Sekolah : ___________________________________________________________________________ Alamat Sekolah : ___________________________________________________________________________ Daerah/Bahagian : _______________________ Negeri : ___________________________________________ No. Tel. (P) : _______________________ E-mel : ___________________________________________ Adalah disahkan bahawa calon di atas telah berdaftar di sekolah ini. Tandatangan Guru Besar: _____________________________ Tarikh: Cap Rasmi Nota – untuk simpanan sekolah sahaja JAKIM/UPKK09/01/Pind. 1
BORANG DAFTAR CALON UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ 1. Nama Sekolah : ___________________________________________________ 2. Alamat Sekolah : ___________________________________________________ ___________________________________________________ 3. Daerah/Bahagian : _______________________ Negeri: _____________________ 4. No. Telefon : _______________________ (P) 5. E-mel : _______________________ 6. Jumlah Calon : 7. Butiran Pendaftaran : Butiran Ada Tiada Catatan Daftar Calon - SPMS hardcopy SPMS softcopy PENGESAHAN GURU BESAR & PENYELIA KAFA Saya telah menyemak serta meneliti bahawa segala maklumat ini adalah benar. ______________________________ _____________________________ ( ) ( ) Guru Besar Cap Rasmi Penyelia KAFA Cap Rasmi Tarikh: Tarikh: Lelaki Perempuan Jumlah JAKIM/UPKK09/02/Pind. 1
BORANG PERMOHONAN PUSAT PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ 1. Nama Sekolah : ______________________________________________________ 2. Alamat Surat Menyurat : ______________________________________________________ ______________________________________________________ 3. No. Telefon : __________________________ (P) 4. E-mel : __________________________ 5. No. Sijil Pendaftaran Sekolah : __________________________ 6. Jumlah Calon : 7. Bilik Peperiksaan yang dicadangkan : i. Dewan Butiran Bilangan Calon Dewan 1 Dewan 2 ii. Bilik Peperiksaan Butiran Bilangan Calon Bilik 1 Bilik 2 Bilik 3 Bilik 4 8. Nama pusat peperiksaan sebelum ini (jika menumpang di pusat peperiksaan lain): __________________________________________________________________________ 9. Nyatakan sebab utama untuk menjadikan sekolah sebagai pusat peperiksaan. i. ___________________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________________ iii. ___________________________________________________________________ LELAKI PEREMPUAN JUMLAH JAKIM/UPKK09/03/Pind. 1
10. Kemudahan peperiksaan: PENGESAHAN GURU BESAR Saya mengaku bahawa keterangan dan maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Saya memahami bahawa sekiranya di antara keterangan dan maklumat yang diberikan didapati palsu, Agensi Pelaksana yang menguruskan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) berhak membatalkan permohonan ini. ___________________________ ( ) Tarikh : Guru Besar Sekolah: Cap Rasmi UNTUK KEGUNAAN DAERAH ULASAN PEGAWAI AGENSI PELAKSANA _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ ___________________________ ( ) Tarikh : Penyelia KAFA Daerah : Negeri : Cap Rasmi UNTUK KEGUNAAN IBU PEJABAT * DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN No. Pusat Peperiksaan : ____________________ Daerah : ____________________ ___________________________ ( ) Jawatan: Tarikh : Cap Rasmi Perkara Ada Tiada Meja murid Kerusi murid Papan tulis Alat tulis Jam Perkara Ada Tiada Almari/Kabinet Besi Berkunci Peti Keselamatan
BORANG PERPINDAHAN CALON UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ Bahagian A : Diisi oleh sekolah asal calon NO. PUSAT PEPERIKSAAN : ___________________________________________________________________ NAMA SEKOLAH : ___________________________________________________________________ NAMA CALON : ___________________________________________________________________ (HURUF BESAR) NO. KAD PENGENALAN : ___________________________________________________________________ TARIKH : ________________________ JANTINA :** LELAKI / PEREMPUAN Jenis Kecacatan :** 1. PEKAK 4. RABUN (jika berkaitan) 2. BUTA 5. SPASTIK 3. BISU 6. CACAT LAIN (Sila Nyatakan): _______________ Saya sahkan segala maklumat dalam borang ini adalah betul. ___________________________ ( ) Tandakan (√) dokumen yang disertakan: Guru Besar 1. Amali Solat Sekolah : ______________________ 2. Penghayatan Cara Hidup Islam No. Telefon : ______________________ Tarikh : ______________________ Cap Rasmi Bahagian B : Pengesahan sekolah yang menerima Nama Sekolah : ____________________________________________________________ No. Pusat : ____________________________________________________________ Adalah disahkan bahawa pelajar ini telah mendaftar di sekolah ini dan semua dokumen Ujian Amali dan Ujian Lisan telah * diterima / tiada. ___________________________ ( ) Tarikh: Guru Besar Sekolah: Cap Rasmi Bahagian C : Kegunaan Pejabat Permohonan pelajar ini diluluskan / tidak diluluskan untuk ditempatkan di _________________________________ dengan angka giliran _______________________. ___________________________ ( ) Tarikh: Jawatan: Cap Rasmi JAKIM/UPKK09/04/Pind. 1
BORANG PENGAKUAN PENERIMAAN KERTAS SOALAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ NAMA PUSAT PEPERIKSAAN : __________________________________________________________ NO. PUSAT PEPERIKSAAN : __________________________________________________________ Bahawa dengan ini saya _________________________________________________________________ No. Kad Pengenalan _________________________ mengaku telah menerima Kertas Soalan UPKK seperti butiran berikut, pada tarikh : _____________________ . BIL. SUBJEK KOD (√) JUMLAH SAMPUL 1. Al-Quran (Kertas 1) UPKK 01/01 2. Al-Quran (Kertas 2) UPKK 01/02 3. Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) UPKK 02/01 4. Sirah UPKK 03/01 5. Jawi Dan Khat UPKK 05/01 6. Adab 1 UPKK 04/01 7. Adab 2 UPKK 04/02 8. Lughatul Quran UPKK 06/01 Peraturan Pemarkahan - Dengan ini saya bersetuju menerima semua Kertas Soalan UPKK dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. Saya juga tidak akan membocorkan mana-mana maklumat sulit peperiksaan kepada mana-mana pihak atau individu. Yang benar, Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ ( ) ( ) Ketua Pengawas Penyelia KAFA Daerah Tarikh: Tarikh: Cap Rasmi JAKIM/UPKK09/05/Pind. 1
PERINGATAN – Ketua Pengawas/ Pengawas hendaklah memastikan semua maklumat yang dikehendaki sebagaimana di atas telah dipenuhi. Borang ini akan diserahkan bersama skrip jawapan kepada Agensi Pelaksana. BORANG PENERIMAAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ KEPADA : __________________________________________ DAERAH : __________________________________________ NAMA PUSAT PEPERIKSAAN : __________________________________________ NO. PUSAT PEPERIKSAAN : __________________________________________ BIL. PERKARA ULUM SYARIAH SIRAH JAWI DAN KHAT ADAB 2 ADAB 2 LUGHATUL QURAN 1. Jumlah calon mendaftar untuk mata pelajaran ini 2. Bilangan bungkusan kertas soalan diterima 3. Jumlah kertas soalan tertera diluar bungkusan diterima 4. Bilangan bungkusan dibuka 5. Jumlah kertas soalan dalam bungkusan dibuka 6. Bilangan kertas soalan diedar kepada calon 7. Jumlah kertas soalan tidak digunakan (lebihan) 8. Jumlah kertas jawapan dipungut semula Catatan (jika ada) : _______________________________________________________________ Saya mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar. Disemak oleh, ___________________________ ___________________________ ( ) ( ) Ketua Pengawas Penyelia KAFA Daerah/Negeri Tarikh: Tarikh: Cap Rasmi JAKIM/UPKK09/06/Pind. 1
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN ______ NAMA PUSAT : _________________________________ NO. PUSAT : ___________________________________ ANGKA GILIRAN : _______________________________ NAMA CALON : _________________________________ NO KAD PENGENALAN : _________________________ TANDATANGAN CALON : ____________________________ JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN ______ NAMA PUSAT : _______________________________ NO. PUSAT : _________________________________ ANGKA GILIRAN : _____________________________ NAMA CALON : _______________________________ NO KAD PENGENALAN : _______________________ TANDATANGAN CALON : ____________________________ JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN ______ NAMA PUSAT : _________________________________ NO. PUSAT : ___________________________________ ANGKA GILIRAN : _______________________________ NAMA CALON : _________________________________ NO KAD PENGENALAN : _________________________ TANDATANGAN CALON : ____________________________ JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN ______ NAMA PUSAT : _______________________________ NO. PUSAT : _________________________________ ANGKA GILIRAN : _____________________________ NAMA CALON : _______________________________ NO KAD PENGENALAN : _______________________ TANDATANGAN CALON : ____________________________ JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN ______ NAMA PUSAT : _________________________________ NO. PUSAT : ___________________________________ ANGKA GILIRAN : _______________________________ NAMA CALON : _________________________________ NO KAD PENGENALAN : _________________________ TANDATANGAN CALON : ____________________________ JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN ______ NAMA PUSAT : _______________________________ NO. PUSAT : _________________________________ ANGKA GILIRAN : _____________________________ NAMA CALON : _______________________________ NO KAD PENGENALAN : _______________________ TANDATANGAN CALON : ____________________________ Pelekat Meja Calon JAKIM/UPKK09/08 Pelekat Meja Calon Pelekat Meja Calon JAKIM/UPKK09/08 JAKIM/UPKK09/08 JAKIM/UPKK09/08 JAKIM/UPKK09/08 JAKIM/UPKK09/08 Pelekat Meja Calon Pelekat Meja Calon Pelekat Meja Calon
SLIP KEBENARAN MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ NAMA PUSAT PEPERIKSAAN : ______________________________________________________ ANGKA GILIRAN : ______________________________________________________ NAMA CALON : ______________________________________________________ NO. KAD PENGENALAN : ______________________________________________________ KOD MATA PELAJARAN TARIKH/ HARI UPKK 02/01 Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) UPKK 03/01 Sirah UPKK 05/01 Jawi dan Khat UPKK 04/01 Adab 1 UPKK 04/02 Adab 2 UPKK 06/01 Lughatul Quran Pengakuan Calon: Calon dikehendaki membaca pengakuan dan tandatangan. “Saya mengaku bahawa maklumat yang tertera di atas adalah benar”. Tandatangan Calon, Disahkan oleh, _______________________ _______________________ Guru Besar dan Cap Rasmi SLIP KEBENARAN MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ NAMA PUSAT PEPERIKSAAN : ______________________________________________________ ANGKA GILIRAN : ______________________________________________________ NAMA CALON : ______________________________________________________ NO. KAD PENGENALAN : ______________________________________________________ KOD MATA PELAJARAN TARIKH/ HARI UPKK 02/01 Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) UPKK 03/01 Sirah UPKK 05/01 Jawi dan Khat UPKK 04/01 Adab 1 UPKK 04/02 Adab 2 UPKK 06/01 Lughatul Quran Pengakuan Calon: Calon dikehendaki membaca pengakuan dan tandatangan. “Saya mengaku bahawa maklumat yang tertera di atas adalah benar”. Tandatangan Calon, Disahkan oleh, _______________________ _______________________ Guru Besar dan Cap Rasmi
BORANG KEHAUJIAN PENILAIAN KELAS AL-QTAHUN __NAMA PUSAT: BIL. ANGKA GILIRAN NAMA CALON NO. KAD PENGENALAN Catatan: (/) HADIR (TH) TIDAK HADIR (H) HOSPITAL Disemak oleh, ___________________________ ( ) Pengawas Peperiksaan Tarikh:
ADIRAN CALON QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) ________ ULUM SYARIAH SIRAH JAWI & KHAT ADAB 1 ADAB 2 LUGHATUL QURAN Disahkan oleh, ___________________________ ( ) Ketua Pengawas Tarikh: JAKIM/UPKK09/10/Pind. 1
BORANG KEHADIRAN PEUJIAN PENILAIAN KELAS AL-QTAHUN __NAMA PUSAT PEPERIKSAAN: ___________________________BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN Catatan: Pengawas hendaklah menandatangani borang kehadiran inDisahkan oleh, ( ) Ketua Pengawas Tarikh:
ENGAWAS PEPERIKSAAN QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) ________ _____________________________________________________ TARIKH HARI i. JAKIM/UPKK09/11/Pind. 1
BORANG TUNTUTAN BAYARAN KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ NAMA PEMOHON : NO. KAD PENGENALAN : NO. TEL.: PUSAT BERTUGAS : NAMA & NO. AKAUN : PERKARA KADAR BAYARAN JUMLAH HARI JUMLAH TUNTUTAN Ketua Pengawas Peperiksaan RM 50.00 sehari ____ Hari X RM 50.00 JUMLAH BESAR (RINGGIT MALAYSIA: ________________________________________________________) PERAKUAN Saya dengan ini mengaku bahawa saya telah melaksanakan tugas seperti di atas dan semua tercatat adalah benar. _____________________________ ( ) Ketua Pengawas Peperiksaan Tarikh: Disahkan oleh, __________________________ ( ) Ketua Jabatan/Bahagian/Sektor Tarikh: Cap rasmi JAKIM/UPKK09/12/Pind. 1
BORANG TUNTUTAN BAYARAN PENGAWAS PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN _________ NAMA PEMOHON : NO. KAD PENGENALAN : NO. TEL.: PUSAT BERTUGAS : NAMA & NO. AKAUN : PERKARA KADAR BAYARAN JUMLAH HARI JUMLAH TUNTUTAN Pengawas Peperiksaan RM 30.00 sehari ____ Hari X RM 30.00 JUMLAH BESAR (RINGGIT MALAYSIA: ________________________________________________________) PERAKUAN Saya dengan ini mengaku bahawa saya telah melaksanakan tugas seperti di atas dan semua tercatat adalah benar. _____________________________ ( ) Pengawas Peperiksaan Tarikh: Disokong oleh, Disahkan oleh, _____________________________ _____________________________ ( ) ( ) Ketua Pengawas Peperiksaan Ketua Jabatan/Bahagian/Sektor Tarikh: Tarikh: Cap rasmi Cap rasmi JAKIM/UPKK09/14/Pind. 1