SMK JERLUN
KUMPULAN:DIMAS MABAR
NAMA :HADIF
KUCARI DAMAI DISINI
Tema:
Penghargaan terhadap kedamaian
dan kesejahteraan negara.
PERSOALAN
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan
kerana kedamaian tidak akan
datang dengan sendirinya.
(b)Negara kita ialah negara yang
aman dan makmur
(c)Kemerdekaaan hendaklah
diperjuangkan agar beroleh
kemajuan
d) Kedamaian akan wujud
dengan adanya nilai kasih
sayang.
(e) Harapan agar
kemerdekaan negara kita
akan menjadi
kebanggaan generasi
akan datang.
BENTUK DAN CIRI CIRI SAJAK
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai
enam baris, rangkap kedua
mempunyai lima baris, dan
rangkap ketiga mempunyai empat
baris.
(c) Bilangan katanya tiga
hingga lapan patah kata
sebaris
(d) Terdiri daripada
enam hingga lapan
belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.
GAYA BAHASA
(a) Paradoks. Contohnya,
antara realiti dan mimpi.
(b) Hiperbola. Contohnya,
membebat perasaan
kehidupan.
(c) Metafora. Contohnya, laman
sukma.
(d) Repetisi. Contohnya,
(perulangan frasa Kucari damai di
sini dalam rangkap 1, baris 1 dan
rangkap 2, baris 1).
(e) Asonansi. Contohnya,
dengan sejarah persaudaraan
(perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya,
Kucari damai di sini
(perulangan konsonan d).
(g) Rima akhir bagi rangkap
pertama ialah abaccc dan rima
akhir bagi rangkap kedua aabca,
dan rima akhir bagi rangkap ketiga
abbb.
NADA:PATRIOTIK
NILAI
(a) Kesyukuran.
(b) Hormat-menghormati.
(c) Patriotisme.
(d)keinsafan
pengajaran
(a) Kita mestilah berusaha
mendapatkan dan mengekalkan
kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai
kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan
kedamaian negara terus berkekalan.
(d) Kita hendaklah menyelesaikan
sebarang krisis dengan bijaksana.