The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI RAHMAH BINTI ABDUL RAHMAN KPM-Guru, 2023-06-08 01:44:00

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4 SMK (A) TUN AHMAD ZAIDI YRA1303 KUCHING, SARAWAK PERNYATAAN MASALAH Apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk padaa 1 Februari 1948, Parti Komunis Malaya (PKM) yang masih aktif telah menukar strategi mereka dengan mula mencetuskan keganasan. Peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabla keadaan menjadi semakin teruk, maka pada 12 Julai 1948 darurat telah diisytiharkan ke seluruh negara. PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Tempoh darurat ini telah berpanjangan sehingga pada tahun 1960. Sepanjang tempoh tersebut, banyak kerosakan, kemusnahan, kesengsaraan dan kematian disebabkan oleh keganasan komunis. Nama Pelajar : Muhammad Nawfal Luthfi bin Baser Kelas : 4 F (Dini Agama 2) Nama Guru : Puan Zuraini binti Husain


ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 1.0 PERNYATAAN MASALAH 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.0 KAEDAH LITERATUR 4.0 PENGENALAN 5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN 6.0 RUMUSAN LAMPIRAN


PENDAHULUAN Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan untuk menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4 mengenai perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Zuraini binti Husain yang telah banyak membantu saya menyiapkan kajian kes ini. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang proses membuat kerja kursus ini. Kesabaran beliau amatla saya hargai. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Baser bin Buang dan Siti Rahmah binti Abdul Rahman yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya dalam menyiapkan kajian kes saya dan pelajaran saya keseluruhannya. Walaupun mereka sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan idea-idea bernas banyak membantu saya untuk menjalankan kajian kes ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang tidak mengenal erti jemu dalam membantu saya menyiapkan kajian kes ini. Setiap waktu yang dikorbankan dan titik peluh yang dikerah sungguh saya hargai.


1.0 PERNYATAAN MASALAH Apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk padaa 1 Februari 1948, Parti Komunis Malaya (PKM) yang masih aktif telah menukar strategi mereka dengan mula mencetuskan keganasan. Peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabla keadaan menjadi semakin teruk, maka pada 12 Julai 1948 darurat telah diisytiharkan ke seluruh negara. PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Tempoh darurat ini telah berpanjangan sehingga pada tahun 1960. Sepanjang tempoh tersebut, banyak kerosakan, kemusnahan, kesengsaraan dan kematian disebabkan oleh keganasan komunis.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian kes ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif iaitu : 2.1 Saya dapat mengenal pasti cabaran kemasukan pengaruh komunis di negara kita 2.2 Saya boleh menyatakan tindakan komunis yang telah menggugat keamanan ean kesejahteraan negara kita 2.3 Saya mampu menjelaskan inisiatif kerajaan dalam menangani ancaman komunis ketika itu 2.4 Saya berupaya menghuraikan mengapa generasi muda pada hari ini perlu menghayati dan mengambil iktibar perjuangan pemimpin dalam usaha mendapatkan kemerdekaan


3.0 KAEDAH LITERATUR 3.1 KAEDAH KAJIAN Berikut merupakan kaedah yang telah saya aplikasikan untuk memudahkan saya menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4. 3.1.1 INTERNET Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dasawarsa ini, Internet ialah satu daripada cabang limpahan pelbagai sumber bagi mengakses maklumat. Melalui laman sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Google dan Chrome, saya turut dapat memuat turun bahan berkaitan kajian ini untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan. 3.1.2 BUKU ILMIAH Saya juga telah menggunakan buku-buku ilmiah bagi mendapatkan info tambahan di perpustakaan sekolah. Satu daripada rujukan dominan saya ialah Buku Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat. Info yang terdapat dalam buku ini sangatlah bermanfaat dalam pelaksanaan kajian kes ini.


3.1.3 BIMBINGAN GURU Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan Berjaya melaksanakan kajian kes yang telah diberikan. Oleh itu, saya telah mendapatkan bimbingan daripada Puan Zuraini binti Husain. 4.0 PENGENALAN 4.1 IDEOLOGI KOMUNISME Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mreka menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital. Perkataan komunis membawa maksud orang menganut fahaman komunis. Komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara. Percubaan untuk menyebarkan ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. Pada masa itu,terdaat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis iaitu China dan Indonesia. 4.2 PERISYTIHARAN DARURAT Pada 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus lading Eropah di Sungai Siput, Perak. Komunis membunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John Allison, pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian.


Berikutan dengan peristiwa tersebut, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat. Undang-Undang Darurat dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri Perak seperti di Ipoh dan Sungai Siput serta di Johor yang merangkumi daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plentong. Pada 17 Jun 1948. Undang-Undang Darurat ini diperluas meluputi keseluruhan negeri Johor dan Perak. Setersunya, pada 18 Jun 1948, undang-undang ini dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu. Dengan itu, usaha membanteras ancaman komunis di Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan rasminya. 5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN 5.1 CABARAN KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA 5.1.1 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DARI CHINA Ideologi komunis mula dibawa masuk ke negara kita sejak awal tahun 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China. Menjelang tahun 1924, cawangan KMT ditubuhkan hampir setiap Bandar di negeri Melayu bagi menyebarkan pengaruh komunis. Antara bandara tersebut termasuklah Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani. Selain KMT, terdapat sebuah lagi pertubuhan iaitu Main School yang bergerak dalam kalangan orang Hailam bawah arahan Part Komunis China


(PKC). Pada tahun 1927, perpecahan berlaku antara parti KMT dengan PKC. The Communist International (Comintern) yang berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun 1928. Namun begitu, PKN tidak Berjaya mencapai matlamatnya. Keadaan ini mendorong Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). 5.1.2 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DARI INDONESIA Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia sperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat, dan Sutan Perpateh menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah. Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa (1926) menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Namun begitu, usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka .


5.2 TINDAKAN KOMUNIS YANG TELAH MENGGUGAT KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA 5.2.1 MELUMPUHKAN EKONOMI Sejak Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan, lombong bijih timah dan lading getah menjadi sasaran utama serangan komunis untuk melemahkan ekonomi British. Dari tahun 1948 hingga tahun 1956, komunis menyerang 80 lombong bijih antaranya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Mereka merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah serta membunuh pekerja. Tindakan komunis ini menyebabkan pekerja lombong dan lading getah menderita. Selain mengganggu kerja harian di lombong dan lading, nyawa mereka turut terancam. 5.2.2 MEROSAKKAN INFRASTRUKTUR Komunis menjalankan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas terutamanya system pengangkutan dan perlombongan. Mereka mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api. Kenderaan yang melalui jalan raya pula ditembak dan dibakar. Komunis turut mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf serta merosakkan paip air. Seterusnya, mereka bertindak menyerang pekerja awam yang ditugaskan untuk membaiki jalan raya, memasang paip air, membina system pengairan dan pekerja yang menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik. Keadaan ini menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan kerana infrastruktur tidak dapat diselenggara dengan baik.


5.2.3 MENGANCAM KESELAMATAN RAKYAT Komunis melakukan pelbagai tindakan ganas yang menggugat keselamatan rakyat. Mereka mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh penduduk yang enggan bekerjasama. Contohnya, pada malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan bom tangan di Sheum Circus, Kampar, Perak. Akibatnya, seramai 46 orang cedera parah dan empat orang maut. Tindakan komunis ini menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat. 5.2.4 MENGANCAM PASUKAN KESELAMATAN PartI Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis. Tindakan ini dilakukan bagi mencetuskan keadaan yang huru-hara dan menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan penduduk. 5.3 USAHA KERAJAAN DALAM MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS Pelbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu antaranya :


5.3.1 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DARURAT Bagi menguatkuasakan Undang-Undang Darurat, British mengambil pelbagai tindakan antaranya termasuklah seperti yang berikut : (1) Menahan sesiapa sahaja yang disyaki teribat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang perbicaraan (2) Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis (3) Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati terhadap mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan (4) Menggeledah rumah kediaman, memagar kampong, mengadakan perintah berkurung, mewujudkan Kmpung Baru dan memindahkan serta menempatkan penduduk (5) Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal antaranya termasuklah Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pembela Tanah Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin (6) Menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Khatijah Sidek


5.3.2 PEMERKASAAN PASUKAN KESELAMATAN British telah memperkasakan pasukan keselamatan tempatan untuk membanteras kegiatan komunis. British menubuhkan pasukan yang berikut : (1) Polis (i) Cawangan Khas (ii) Special Constables (SC) (iii) Polis Hutan (iv) Polis Wanita (v) Senoi Praaq (Urang Perang) (vi) Auxillary Police (AP) (2) Tentera (i) Pasukan Askar Melayu (ii) Pasukan Askar Komanwel (iii) Sarawak Rangers (3) Sukarelawan (i) Home Guard 5.3.3 PENDAFTARAN KEBANGSAAN DAN KAD PENGENALAN Di bawah Undang-Undang Darurat, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal pergerakan penduduk. Langkah ini diambil untuk memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis. Di bawah peraturan tersebut, setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak


yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa. Orang awam dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja. 5.3.4 RANCANGAN BRIGGS Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs pula dilantik menjadi Pengarah Operasi. Tujuan utama langkah ini adalah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan kepada PKM. Rancangan Briggs merupakan langkah yang berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis. 5.3.5 TAWARAN PENGAMPUNAN Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri. Setiap hari, Radio Malayaa menyiarkan syarat tawaran pengampunan. Poster juga ditampal di merata-rata tempat. Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Penyebaran risalah ini dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah disebarkan melalui pengangkutan udara. Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri. 5.3.6 KEMPEN BULAN RAKYAT MELAWAN PENJAHAT Pada 22 September 1949, Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan kempen “Bulan Rakyat Melawan Penjahat”. Penduduk berbilang kaum diseru supaya mendaftarkan diri secara sukarela dengan pihak berkuasa. Menjelang bulan Mac 1950, jumlah sukarelawan


telah mencecah ke angka 435 905 orang. Sukarelawan ini terdiri daripada penduduk lelaki dan wanita daripada pelbagai sector termasuklah golongan professional. Kempen tersebut berjaya melibatkan rakyat berbilang kaum yang bekerjasama menentang komunis. Pelaksanaan kempen tersebut dapat menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan antara kaum. 5.3.7 PERINTAH BERKURUNG Perintah berkurung ialah tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu. Perintah berkurung membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan. Misalnya, pada bulan Jun 1951, penduduk di kawasan Labis, Johor dikenakan perintah berkurung untuk membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi memburu komunis. Selain itu, perintah berkurung dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras ancaman komunis. Contohnya, pada bulan Mac 1952, penduduk Tanjung Malim dikenakan perintah berkurung selama 22 jam untuk mengelakkan mereka berhubung dengan komunis. Tindakan ini dibuat apabila 40 orang komunis menyerang sekumpulan pekerja yang dihantar untuk membaiki paip air. Kejadian ini mengorbankan 12 nyawa. Siasatan dijalankan oleh pihak polis tetapi tidak memperoleh sebarang maklumat. Pada 27 Mac 1952, Sir Gerald Templer (Templer) tiba di Tanjung Malim untuk memaklumkan penduduk tentang hukuman terhadap sikap mereka yang enggan memberikan sebarang maklumat tentang gerakan komunis kepada kerajaan.


5.3.8 PERANG SARAF Perang Saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan komunis melalui kaedah memenangi hati dan fikiran rakyat. Pada tahun 1952, Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Beliau ingin menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama dengan pihak kerajaan dan menyampaikan segala maklumat tentang komunis. Perang Saraf berjaya memujuk rakyat erbilang kaum supaya bersatu dan membanteras ancaman komunis. (1) Mengadakan lawatan (2) Melonggarkan syarat kewarganegaraan (3) Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (4) Menawarkan hadiah wang tunai (5) Memenangi kepercayaan orang asli (6) Memajukan perkhidmatan penerangan (7) Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih 5.3.9 RUNDINGAN BALING Bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di sekolah Inggeris, Baling, Kedah, pada 28 September 1955. Pertemuan tersebut melibatkan kerjaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM. Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman yang ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David Marshall, sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan menyerah diri. Chin Peng pula menetapkan syarat iaitu peletakkan


senjata dan penyerahan diri akan dibuat seandainya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah. Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat tersebut. Oleh hal yang demikian, rundingan tersebut telah menemui kegagalan. 5.4 SEBAB GENERASI MUDA PADA HARI INI PERLU MENGHAYATI DAN MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN PEMIMPIN DALAM USAHA MENCAPAI KEMERDEKAAN Kesedaran generasi kini terhadap kepentingan sejarah dapat disifatkan sekadar bermusim kerana kebiasaanya ramai akan mula mengambil kisah mengenainya hanya menjelang tarikh penting tertentu seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Apabila berlaku sambutan itu, minat mereka dalam bidang ini kembali hambar, malah kadang akal tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling setaip hari dan kaitannya dengan sejarah. Kesannya, generasi muda yang diharapkan menjadi pemegang tonggak kepimpinan negara pada masa akan datang dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat cetek mengenai negara sendiri, lantaran kurang minat menghayati sejarah tanah air. Kemerdekaan negara ini dicapai dengan bangganya 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini tercapai ialah hasil perjuangan rakyat negara ini yang bukan mudah dan penuh dugaan dan cabaran. Biarpun peristiwa penting ini telah berlalu 60 tahun yang lalu tetapi parut dan lukanya masih lagi dirasai. Maka oleh hal yang demikian sangatlah penting bagi mereka yang hidup pada hari ini merenung kembali peristiwa yang berlaku agar dapat memberikan pengajaran kepada generasi kini dan akan datang.


6.0 RUMUSAN Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum meletusnya Perang Dunia ke-2. Komunis melakukan pelbagai tindakan bagi melumpuhkan ekonomi negara dan menggugat kestabilan politik. Matlamat komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan menggantikannya dengan sebuah Republik Komunis. Namun begitu, British berjaya menawan hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama membanteras ancaman komunis. Zaman darurat telah membawa pelbagai kesan kepada politik, ekonomi dan sosial di negara kita.


LAMPIRAN SUMBER RUJUKAN 1. BUKU Tajuk : Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Nama Penulis : Ridzuan bin Hassan Sharifah Afidah binti Syed Hamid Muslimin bin Fadzil Subramaniam a/l Raman Tahun Terbit : 2019 Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (DBP) Tajuk : WOW Grafik Kendiri SPM Sejarah Tingkatan 4 & 5 Tahun Terbit : 2021 Penerbit : SASBADI SDN. BHD 2. INTERNET Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4 Proses-Proses Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ke Arah Tanah Melayu Berkerajaan Sendiri http://online.anyflip.com/hbidu/wpvc/mobile/


Sejarah Buku Teks Tingkatan 4 https://online.anyflip.com/orcm/yqbw/mobile/ Kajian Kes Sejarah Bab 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat https://online.anyflip.com/dwria/tafj/mobile/ 3. BIMBINGAN GURU Nama : Puan Zuraini binti Zuraini ( Guru Sejarah Menengah Atas SMK(A) TUNAZ )


Click to View FlipBook Version