Bab 3: Variasi Bahasa Variasi Bahasa Ahli Kumpulan: Nur Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Azami Kayatreyayene a/p Jeyaraj Tamarai Selvi a/p Ganesan
Faktor geografi / kawasan (perbezaan wujud antara kelompok penutur berdasarkan tempat atau daerah kediaman mereka) Faktor Sosial (perbezaan kumpulan penutur) Faktor Kontekstual (hubungan antara peserta dalam sesuatu konteks pertuturan) Perbezaan atau kelainan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Kelainan Wujud Disebabkan: Definisi: Variasi Bahasa
Jenis Variasi Bahasa
1. DIALEK DAERAH gerobok - almari, keje - kerja, kat- di/dekat, geba - selimut,taruk - simpan KELANTAN male -malam, pitih - duit, mokte - rambutan, aie geh - air bergas, dok bebaloh sokmo - sentiasa berbalah JOHOR tibai - pukul, segan - malas, ketegaq - nakal, lokoih - basah kuyup KEDAH udah gik ya - sudahlah, nangga lok -tengok dulu, padah - beritahu,mauk - mahu SARAWAK macang -macam, culah - degil, kupik - kedekut, kabo - beritahu,manih leting - manis sungguh TERENGGANU definisi : perbezaan variasi bahasa berdasarkan sebutan, tatabahasa dan kosa kata • sesuatu bahasa merpunyai perbezaan dari segi kosa kata dan sebutan bagi sesuatu dialek •sesuatu dialek it juga dibezakan melalu faktor geografinya. • Dikenali sebagai dialek geografi,dialek tempatan & loghat • Dalam BM, perbezaan yang ketara adalah dari segi sebutan(bunyi vokal, diftong dan konsonan tertentu).
2.SUBDIALEK DAN ISOGLOS Subdialek - variasi yang wujud dalam sesuatu dialek disebabkan terdapatnya perbezaan dalam pertuturan Jumlah subdialek bagi suatu dialek bahasa adalah tidak sama. Contohnya di Johor, subdialek bahasa Melayu Johor terdapat di Muar, Batu Pahat, Segamat dan Johor Bharu. Dialek utk setiap bahasa ini tidak jauh beza hingga boleh mewujudkan ketidakfahman antara penutur Oxford D.O.L: Isoglos- satu garisan dim peta pembahagian kws antara dialek yang menunjukkan perbezaan dalam aspek2 linguistik tertentu Isoglos- pemisah antara dialek g dapat menunjukkan perbezaan antara unsur2 bahasa tertentu yang dituturkan ole kumpulan penutur. Isoglos- satu garisan dim pemetaan dialek yang melingkungi sesuatu kawasan yang mempunyai ciri2 linguistik.
3. BAHASA BAKU Bahasa standard Kelainan bahasa yang diterima deh anggota komuniti bahasa. Bahasa perhubungan penutur pelbagai dialek Dikaitkan dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat. Digunakan dalam urusan rasni. Bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan. Kereta itu kepunyaan saya. (Bukan: Itu kereta saya punya.) Emak sedang memasak nasi. (Bukan: Emak sedang memasak.) Ciri-ciri: Dikaitkan dengan golongan berpendidikan. Digunakan dalam acara-acara rasmi, seperti dalam proses Mempunyai keseragaman dari segi ejaan, sebutan, tatabahasa, kosa kata, istilah, perkamusan, dan laras bahasa. Keseragaman ditentukan oleh pihak yang melaksanakan proses perancangan bahasa. Ayat dibina mengikut struktur gramatis, iaitu yang mengikut peraturan yang telah ditentukan.
a) Pengertian: Kelainan antara invididu dalam daerah dan latar belakang sosial yang sama. (b) Penyebab: Sifat fisiologi pada alat pertuturan individu. Misalnya, alat pertuturannya kurang sempurna sehingga menghasilkan penyengauan bunyi yang sepatutnya tiada. -Tabiat pertuturan yang lain, seperti percakapan yang terlalu cepat atau lambat, gagap, tertahan-tahan, dan sebagainya. -Cara bercakap, seperti penekanan nada suara, atau pemanjangan dan pemendekan bunyi-bunyi tertentu. 4. IDIOLEK CONTOH: sebutan sesetengah penutur yang menyebut r dengan ghbagi kelompok penutur tertentu Cortanya, merah menjadi mechah
5. BAHASA PIJIN a) Pengertian: Bahasa yangg terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yang digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dengan yang lain. • Berkaitan dengan bahasa pasar. • Bahasa peringkat awal yang digunakan oleh keturunan Baba di Melaka merupakan gabungan bahasa Melayu dan bahasa Cina boleh dianggap sebagai bahasa pijin. b) Ciri-ciri: • Bahasa dipermudah, agar saling difahami kedua-dua pihak • Terdapat percampuran kod contohnya: pertuturan yang digunakan di pasar antara peniaga dengan perrbeli yang berlainan kaumatau Bahasa. •Pijin juga selalu dikaitkan dengan dengan Bahasa pasar
6. KREOL A) PENGERTIAN: BAHASA YANG TERBENTUK DARIPADA CAMPURAN DUA BAHASA YANG BERLAINAN MELALUI PERTUTURAN SEHINGGA MENJADI BAHASA UTAMA DALAM KOMUNITI ATAU DAERAH TERTENTU • BERKEMBANG DARIPADA BAHASA PIJIN • Bahasa Baba menjadi bahasa kreol apabila digunakan secara tetap oleh golongan Baba-Nyonya. (b) Ciri-ciri: • Pertambahan kosa kata • Struktur tatabahasa menjadi lebih kompleks • Wujudnya penutur jati
7. Bahasa Halus Pengertian- Bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi. • Bahasa yang menggunakan perkataan atau ungkapan lain yang lebih lembut menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain.
Merupakan kebalikan daripada bahasa halus Bahasa yang tidak mempunyai adab atau kurang ajar, tidak sopan dan tidak manis. Intonasi yang digunakan juga lebih tinggi Ragam bahsa yang digunakan pula bersifat tempelak, herdik, dan sindir. Terdiri daripada bahasa kasar biasa - bahasa tidak sesuai dengan tempat dan konteks) dan Ciri-ciri:- bahasa kasar kesat - bentuk bahasa ketika sedang marah dengan maki hamun, dan mengutuk PERKATAAN/FRASA YANG DIGUNAKAN RELATIFNYA KASAR. 8. BAHASA KASAR bodoh gila engkau! bangang betul KATA-KATA MAKIAN ATAU CACIAN, TERUTAMA KETIKA SEDANG MARAH bangsat celaka cis anak haram zadah budak sia KATA-KATA UNTUK MENGHINA ATAU MENIMBULKAN KEMARAHAN Hei budak gemuk! Kepala bapakmu! Pergi mampus!
9. BAHASA FORMAL Merupakan bahasa surat iaitu bahasa yang digunakan untuk tujuantujuan rasmi, khususnya dalam konteks tulisan. Variasi perbahasaan yang lazim digunakan dalam konteks tulisan, atau bentuk bersurat (bertulis). Dalam variasi ini , penutur tidak menggunakan unsur singkatan seperti, ku, mu, kau, tak, nak, dan mau. Termasuk dalam kategori ini: bahasa baku dan bahasa istana. Sebagai Contoh: Perkataan dalam binaan ayat tidak dipotong-potong sebagaimana yang kerap berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. a) Datang dari mana? (Bukan: Datang mana?) b) Anda tinggal di mana? (Bukan: Tinggal mana?) c) Encik pergi ke mana? (Bukan: Encik pergi mana?)
10. BAHASA TAK FORMAL >Bertentangan dengan bahasa formal dan bahasa baku. >Perkataan disingkatkan. > Contoh:- Dah , Mak , Nek , Pak , Tapi Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi. Bahasa bebas = yang tidak mementingkan peraturan bahasa Tidak terikat sepunuhnya kepada ketepatan tatabahasa. Terdiri daripada dialek, bahasa slanga, bahasa pasar, dan bahasa basahan, dan sebagainya, yang tidak digunakan dalam keadaan formal. >Terdapat percampuran kod atau bahasa bercampur-campur. > Contoh:- a) I tak boleh janji akan datang ke majlis you. b) Ana pasti bantu anta.
11. BAHASA MESRA merupakan bahasa tak formal digunakan untuk menunjukkan hubungan yang mesra dan harmoni antara penutur dengan pendengar menggunakan kosa kata dan intonasi yang menunjukkan kelembutan dan kesopanan, sesuai dengan konteks hubungan yang harmoni dan mesra Ciri-ciri:- Bang Mud Mak Bedah Pak Lah Gelaran/panggilan tidak lengkap kayatreyayene jeyaraj a) Man sedang bersiap b) Nanti Ani bawakan c) Sungguh Ida tak tahu Nama sendiri sebagai kata ganti nama diri orang pertama kayatreyayene jeyaraj Kak Nek Takkan Kependekan kata kayatreyayene jeyaraj Penggunaan partikel - lah a) Tak apalah... b) Ambillah masa awak. c) Biarlah di situ. kayatreyayene jeyaraj
12. BAHASA ISTANA digunakan oleh kerabat raja antara diraja antara sesama mereka . bahasa khas untuk kalangan keluarga diraja dan untuk acara rasmi yang melibatkan raja dan kerabat diraja. Termasuk sebagai bahasa halus – pengucapan yang lembut, lunak, beradat dan terhormat. CONTOH:- ANUGERAH = PEMBERIAN , BERADU = TIDUR , GERING = SAKIT, SANTAP = MAKAN , DAN MANGKAT = MENINGGAL DUNIA > PANGGILAN DAN KATA GANTI NAMA DIRI DIRAJA DIGUNAKAN DENGAN MELUAS. CTH: BAGINDA , BETA, PADUKA, PERMAISURI, TUANKU. >PEMULUKAN = PERKATAAN ATAU PERBUATAN MENYANJUNG RAJA: MELETAKKAN RAJA PADA TARAF TINGGI BERBANDING RAKYAT BIASA. CTH: DULI YANG DI-PERTUAN DULI YANG MAHA MULIA
13. BAHASA BASAHAN disebut juga sebagai bahasa kolokial, iaitu bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian antara ahli keluarga, teman rapat atau perbualan di kedai kopi. tidak mementingkan ketepatan tatabahasa kadang-kadang terdapat penggunaan bahasa kasar . Ciri-ciri:- > Pengguguran kata hubung dalam ayat majmuk. Dia beli ikan, ketam, sotong. = Dia membeli ikan, ketam dan sotong. > Perubahan bunyi sesuatu fonem a) kecil=kecik b) ambil= ambik c) bunyi= bunyik >Perkataan berbeza daripada neka baku tetapi maknanya masih sama. a)Kok = kalau b)Macam = seperti c)Macam mana = bagaimana d)Tengah = sedang > Pengaruh bentuk dialek – meletakkan kata bantu di belakang kata kerja. Saya makan dah. = Saya sudah makan.
14. Bahasa Pasar Bahasa kacukan = bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam percakapan antara orang Melayu dengan bangsa lain, atau antara dua pihak yang bukan sebangsa. Contoh: Penggunaan perkataan punya (khususnya dalam perbualan yang melibatkan orang Cina dan India) Lu punya kereta. Sana punya olang banyak baik. Itu orang punya bini ada jahat punya Penggunaan kata ganti nama diri juga berbeza daripada bahasa baku. Gua bukan itu macamlah. Kita olang sudah ada sini. Lu jangan kacau kawasan itu orang.
Merupakan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa yang digunakan mengikut situasi. Variasi tersebut terdiri daripada: Dalam kalangan masyarakat di Malaysia, lazimnya bahasa standard digunakan dalam keadaan atau majlis formal atau ketika berhubung dengan penutur daripada dialek lain, manakala dialek daerah digunakan dalam perhubungan tidak formal atau dalam kalangan dialek yang sama. (i) variasi yang lebih tinggi kerana digunakan dalam situasi formal (ii) digunakan dalam situasi tidak formal 15. DIGLOSIA
16. DWIBAHASA DAN MULTIBAHASA Penguasaan dan penggunaan dua bahasa oleh seseorang penutur. Contohnya, penutur menguasai dan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. > Dwibahasa Pengetahuan dan penggunaan lebih daripada dua bahasa oleh seseorang penutur. Contohnya, penutur yang boleh bercakap dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, dan sebagainya. > Multibahasa
17. Slanga DEFINISI: Merujuk kepada kata-kata, ungkapan & sebagainya yang tidak tergolong dalam Bahasa Melayu. Kebiasaannya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan remaja, golongan pekerja kilang, golongan pekerja perubatan, kelompok yang bermain golf, kelompok pemancing dan sebagainya. CONTOH: Cun (Cantik), Kureng (Sombong), Member (Kawan), Awek (Teman Wanita)
sekian terima kasih