The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

our first edition of campus magazine.enjoy it !

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smartbitara, 2019-04-16 10:16:54

WHATSMART FIRST EDITION

our first edition of campus magazine.enjoy it !

PEMERGIAN INTAN
PERMATA TAIPING

Terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut
dan cantik rupa paras menjadikan beliau
disayangi oleh para murid serta disegani oleh
rakan guru.

Puan Mahfudzah merupakan seorang guru
biologi yang telah berkhidmat di MRSM Taiping
sekian lamanya.Namun , khidmatnya di bumi
Taiping ini terhenti pada 22 Mac 2019. Beliau
telah dipindahkan ke MRSM Kubang Pasu ,
Jitra , Kedah.

Walaupun beliau telah melangkah keluar dari
bumi Taiping ini , jasanya tetap akan dikenang
selama-lamanya oleh setiap anak murid dan
rakan-rakan tenaga pengajar.


BEBERAPA AHLI KELAB BITARA BERSAMA CIKGU
MAHFUDZAH SEBELUM PERPISAHAN

Tak kenal maka tak cinta. Seorang guru KELUARGA GENIUS YANG BARU BERUSIA 2 BULAN
yang terkenal dengan sikapnya yang
penyayang dan berdedikasi. Beliau adalah
Cik Rudiyana bt Abdul Rahim. Seorang
pecinta kucing yang sejati.

Telah dipindahkan ke MRSM TAR , Pahang
pada 22 Mac 2019. Perkhidmatan beliau
seabgai seorang guru pendidikan jasmani
telah memberi banyak impak positif kepada
warga MRSM Taiping.

“Mempunyai seorang mama seperti Cikgu
Rudiyana merupakan sebuah penghargaan
besar kepada kami walaupun hanyalah buat
seketika”. Kata-kata terakhir daripada
homeroom beliau , Homeroom Genius 2019
kepadanya sebelum melangkah keluar dari
bumi Taiping.

CONGRATS SENIORS!

taiping cemerlang gemilang terbilang✨


Pada 18 Mac 2019 , Maktab Rendah Sains Mara Taiping telah mengadakan Majlis Apresiasi
Kecemerlangan Akademik 2018 di Dewan Seri Larut. Aktiviti tahunan maktab ini bertujuan
memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM dan Peperiksaan Akhir Semester 2, 2018. Hal ini secara tidak langsung dapat
membakar semangat pelajar lain agar gigih berusaha. Sebelum majlis berlangsung, beberapa
persiapan telah dijalankan oleh jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada ahli
Sekretariat Kepimpinan Pelajar. Di samping itu, raptai majlis diadakan bagi memastikan majlis ini
berjalan dengan lancar.


Seawal jam 2 petang, para tetamu yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 2018 dan waris
mereka sudah mula kelihatan di sekitar parkir kereta sebelum masuk ke dalam dewan. Pada jam
3.30 petang, pengetua dan tetamu kehormat tiba di Dewan Seri Larut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Adib Husaini,
pemegang portfolio Ketua Eksekutif Agama dan Akhlak. Selepas
bacaan doa, Pengetua menyampaikan ucapan. Seterusnya, tetamu
kehormat iaitu Prof. Dr M. Iqbal Saripan merangkap ikon MRSM
Taiping menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis. Selesai
merasmikan majlis, ketua pelajar mengetuai bacaan ikrar daripada
pelajar Tingkatan 5 sebelum pelancaran Program Gemilang SPM
2019.


Selepas itu, acara penyampaian hadiah diadakan. Seramai 104 orang
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semua A dalam
peperiksaan SPM yang lalu mendapat pengiktirafan daripada pihak
maktab. Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan
daripada team Garage Band MRSM Taiping. Selepas itu, acara
penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang
mendapat PNG 3.5 dan ke atas dalam peperiksaan yang lalu. Pada
jam 4.30 petang, majlis tamat dan para tetamu dipersilakan menjamu
selera di sekitar Student Centre.


Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar. Semoga kecemerlangan ini dapat

dikekalkan dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.





HILANGNYA THE TALL DARK
AND HANDSOME PRINCIPAL”

TUAN HAJI
NOR HASSAN
BIN NOR
HUSSAIN

20 MARCH 2019, MRSM
TAIPING - Majlis telah
berlangsung dengan jayanya
dan tuan pengetua telah dipaksa bersanding dengan isterinya buat kedua
kalinya.Pasangan ini ibarat “CINCIN DENGAN PERMATA”. Beberapa tetamu
jemputan menghadirkan diri bagi menjayakan majlis tersebut.

“MAK, ESOK CEQ BALIK!”

22 MARCH 2019, MRSM TAIPING, PERAK -
Ooo..balik kampung..ooo balik
kampung...ooo balik
kampung...hati girang...

Kedengaran tangisan riang anak
muda pulang ke kampung
halaman pada hari ini.
Bersempena cuti pertengahan
semester satu, para pelajar
MRSM Taiping telahpun diberi
cuti pulang bermalam selama
sembilan hari. Pelajar-pelajar
kebanyakannya pulang bersama
ibu bapa, menaiki tren dan bas.


BERAT KE BEG TU?

PARA PELAJAR BERTEDUH DI BAWAH PARKING MENUNGGU Bas di bawah jagaan Biro
BAS SCAREX paling
menonjolkan kegirangan
kerana masalah jadual bas.
para pelajar untuk pulang

kerana pelajar-pelajar
yang menggunakan
perkhidmatan tiket bas
SCAREX dikehendaki
berada di foyer perdana
seawal jam 12 tengah hari
iaitu waktu tamat sesi
akademik. Para pelajar
dari negeri Pantai Timur
pula terpaksa merelakan
diri untuk menghabiskan
semalam lagi di maktab




Click to View FlipBook Version