The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizahnurhusna, 2022-05-17 02:46:06

TEKS DAIE CILIK PEREMPUAN 2022

TEKS DAIE CILIK PEREMPUAN 2022

TEKS DAIE CILIK 2022

BIDANG : AQIDAH
KEIMANAN
FOKUS : RUKUN IMAN ( BERIMAN KEPADA ALLAH )
SETEGUH IMAN ASIAH
TEMA : DAIE CILIK PEREMPUAN

TAJUK :

KATEGORI :

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani Muqadimah
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri Kemahiran
Namun cintamu untuk ilahi Bernasyid
Ooooo...

Bismillahirrahmanirrahim Salam
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hamdalah &
.‫ا ْل َح ْمدُ لل ِه َر ِب ا ْلعَالَ ِمين * َوال َّص ََلةُ َوال َّسَلَ ُم َعل َى َر ُسو ِل اْلاَ ِمين‬ Selawat
.‫َو َعل َى اَ ِل ِه َو َص ْح ِب ِه اَ ْج َم ِعين‬

Apa khabar kawan-kawan semua Rapport
Sihat ke? Mesej Utama
Beriman kepada Allah merupakan rukun iman yang pertama. Orang
yang beriman kepada Allah meyakini dengan hati, menyebut
dengan lidah dan membuktikan dengan amalan bahawa :
Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW utusan Allah.

Ha…..kawan-kawan Pernyataan
Hari ini saya ingin membawa kawan-kawan Tajuk

1

Membawa ke mana ya?
Ke pasaraya?bukan……
Hari ini saya ingin membawa kawan-kawan mengembara ke zaman
Nabi Musa alaihissalam dengan kisah yang bertajuk SETEGUH
IMAN ASIAH.

Kenalkah kawan-kawan dengan Asiah? Rapport
Mesej Utama
Asiah binti Muzahim merupakan isteri kepada Firaun.
Walaupun bersuamikan Firaun yang kufur dan zalim, tetapi Asiah Sirah
tetap beriman kepada Allah.

Ketika Nabi Musa alaihissalam yang masih bayi dihanyutkan di
Sungai Nil, Asiahlah yang menyelamatkan baginda dan memujuk
Firaun agar tidak membunuh Nabi baginda.

                 Dalil

“Dan berkatalah isteri Firaun,
semoga dia menjadi cahaya mata bagiku dan bagimu.”

( Surah al-Qasas : 9 )

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Asiahlah yang Kupasan Dalil
memelihara Nabi Musa sebagai anak angkat mereka.

Namun apabila berita keimanan Asiah diketahui, Berlakon
Firaun menjadi sangat marah.
“Apa?? Berani Asiah beriman kepada Tuhan Musa?
Tangkap Dia! Dan siksa dia sehingga dia meninggalkan Tuhan
Musa!”
Perintah Firaun dengan kejam.

Tatkala Asiah ditangkap Firaun Bersajak
Dipenjaranya dan disiksa
Di tengah-tengah padang pasir yang panas dijemur
Alangkah lapar dan dahaganya
Hanya Allah tempat ia berdoa

2

                         
Dalil

“Tuhan, binakanlah aku di sisi-Mu rumah di syurga. Dan
selamatkanlah aku daripada Firaun serta perbuatannya.”

( Surah at-Tahrim : 11 )

Begitulah kawan-kawan.. doa Asiah yang teguh mempertahankan Kupasan Dalil
imannya kerana ia percaya…

Walaupun di dunia ku disiksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Akhirnya syahidlah Asiah akibat dilontarkan batu besar oleh tentera-
tentera Firaun

Oleh itu kawan-kawan.. Kesimpulan
marilah kita ..marilah kita mencontohi kisah keimanan Asiah Isu semasa
sebagaimana As-Syahidah Paramedik Dr.Razan An-Najal yang
terkorban akibat serangan hendap tentera zionis di Gaza

Mekar indah bunga di taman, Kemahiran
Tanam melati di tepi kekwa, Berpantun
Kisah Asiah jadikan pedoman,
Semoga menjadi hamba bertaqwa. Pengajaran

Pacakkan iman ,sematkan dihati Penutup
Sekian. Salam
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3


Click to View FlipBook Version