The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KARTINA BINTI KHALID Moe, 2020-07-26 07:21:05

MANUAL KEBERSIHAN DIRI

MANUAL KEBERSIHAN DIRI

Manual
Kebersihan Diri

Topik :Kebersihan Diri

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
(a) Menunjukkan cara-cara membersihkan anggota badan
dengan betul;
(b) Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan badan;
(c) Menghuraikan cara-cara berdandan dan kepentingan
berdandan

PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui, proses menjaga kesihatan adalah satu proses yang
berterusan. Kita perlu menyedari dan mengamalkan langkah-langkah yang betul bagi
menjamin kesihatan diri yang optimum.
Pengenalpastian tabiat kebersihan diri yang asas adalah amat penting dalam
kehidupan seharian kita. Tabiat yang baik adalah pelindung yang utama bagi
menjamin kesihatan.

2.1 AMALAN KEBERSIHAN

Setiap orang perlu menjaga kesihatan diri sendiri. Badan yang sihat akan menjadikan
hidup kita lebih sempurna dan bahagia. Kebersihan adalah asas utama kepada
penjagaan kesihatan. Sekarang kita akan melihat amalan kebersihan ini dari beberapa
aspek seperti agama, ekonomi dan juga sosial (rujuk Jadual 2.1)

TOPIK 2 URUS DIRI W 27

Jadual 2.1: Amalan Kebersihan dari Aspek Agama, Ekonomi dan Sosial

No. Aspek Penerangan
1 Agama
Agama menekankan kebersihan diri, tempat tinggal dan
2 Ekonomi tempat kerja. Amalan hidup yang bersih ditekankan untuk
menjamin kesejahteraan hidup. Kebersihan diri juga
3 Sosial merupakan tuntutan utama apabila seseorang menghampiri
Tuhan.

Kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perladangan dan
perindustrian juga perlu mengutamakan kebersihan. Masalah
pencemaran alam perlu dikurangkan. Kesihatan yang
terganggu akan menjejaskan aktiviti ekonomi.

Dengan menjaga kebersihan diri, kita dapat mengelakkan
jangkitan penyakit, wabak penyakit dan menjaga
persekitaran alam. Taraf kesihatan akan dapat ditingkatkan.

2.1.1 Menama dan Melabel Anggota Badan

Murid-murid berkeperluan adalah murid-murid yang istimewa. Oleh itu
murid-murid harus tahu tentang setiap anggota badan supaya mereka
mengetahui yang mana satu tangan, kaki, muka dan sebagainya.

Rajah 2.1: Melabel anggota badan

28 X TOPIK 2 URUS DIRI

2.1.2 Menama dan Melabel Alat Penjagaan Diri
dan Fungsi

Jadual 2.2: Alat-alat Penjagaan Diri

No. Alat-alat Penjagaan Penerangan
1 Diri
Digunakan untuk menyikat rambut. Rambut perlulah
Sikat disikat dengan rapi agar kelihatan kemas dan
terurus. Bagi individu yang menghadapi masalah
seperti kutu, seharusnya tidak berkongsi sikat
dengan orang lain kerana dikhuatiri akan berjangkit.

2 Sabun Digunakan ketika mandi untuk membersihkan
badan supaya badan kita tidak berbau dan
sentiasa bersih dan segar.

3 Berus dan ubat Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan gigi.
gigi Gigi hendaklah sentiasa diberus tiga kali sehari

selepas makan dan sebelum tidur.

4 Ketika mandi kita hendaklah mencuci rambut
dengan syampu rambut yang sesuai agar rambut
kelihatan bersih, segar, berkilau dan mudah diurus.

Syampu rambut

TOPIK 2 URUS DIRI W 29

5 Lelaki atau perempuan perlu sentiasa menjaga
kebersihan muka atau wajah agar kelihatan bersih.
Jadi pembersih muka perlulah digunakan untuk
membersihkan muka agar segala kotoran dan
habuk dapat disingkirkan.

Pembersih muka

2.1.3 Cara-cara Membersihkan Setiap Anggota
Badan dengan Betul

Para pelajar sekalian, anda semua perlu mengetahui cara-cara
bagaimana perlu membersihkan anggota badan. Oleh kerana penularan
wabak COVID-19, maka proses pdpc perlu dijalankan secara simulasi
sahaja tanpa melibatkan sebarang sentuhan kulit dan alatan/ bahan
seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci rambut, memotong
kuku, mandi dan juga memberus gigi.
(a) Mencuci Tangan

Biasanya kita menggunakan tangan untuk menyentuh benda dan
memegang sesuatu ă tidak kira bersih atau kotor. Jadi kita mestilah
mencuci tangan dengan baik sebelum memegang makanan untuk
dimakan. Ini adalah untuk memastikan segala kekotoran di tangan
tidak bercampur dengan makanan yang kita akan makan.
Membersihkan tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas
makan dan mengeringkannya adalah satu amalan yang baik.

Rajah 2.2: Tangan mestilah dicuci sebelum menyentuh makanan

30 X TOPIK 2 URUS DIRI

b) Menjaga Kaki
Kaki kita digunakan untuk membawa kita ke sana dan ke mari. Ia
adalah anggota yang terletak di paras paling bawah sekali jika
dibandingkan dengan anggota-anggota yang lain. Kita perlu
menjaga kebersihan kaki dengan memakai alas kaki seperti kasut
dan selipar di mana sahaja kita berada. Kaki hendaklah dibasuh
dengan bersih dan dikeringkan. Cacing- cacing yang kita tidak
boleh nampak dengan mata kasar boleh memasuki tubuh badan
kita melalui kaki. Memakai stoking ketika memakai kasut amatlah
digalakkan untuk menjaga kebersihan kaki.

Rajah 2.3: Pakai kasut sebelum kita keluar untuk berjalan-jalan

(c) Mencuci Rambut
Berapa kalikah dalam seminggu kita mencuci rambut? Adakah kita
menggunakan syampu yang sesuai dengan rambut kita? Adakah
rambut kita selalu diberus? Memberus rambut setiap hari boleh
membaiki peredaran darah ke kulit kepala, leher dan bahu kita.
Semasa memberus atau menyikat, jangan tekan kulit kepala terlalu
kuat. Ini bertujuan untuk mengelakkan kerosakan kulit kepala.
Menggunakan syampu yang sesuai dapat menghilangkan minyak
yang berlebihan pada rambut dan habuk- habuk yang melekat di
rambut. Rambut eloklah dipotong pendek supaya senang diurus.
Mengurut kulit kepala juga dapat menolong menjadikan rambut kita
sihat.

TOPIK 2 URUS DIRI W 31

Rajah 2.4: Murid-murid perlu untuk mencuci rambut apabila mandi

(d) Memotong Kuku
Kecantikan kuku adalah bergantung kepada kesihatannya dan
cara bagaimana kita hendak menguruskannya. Kuku hendaklah
sentiasa pendek supaya kekotoran yang tersentuh tidak terkumpul
dalam kuku. Kebersihan kuku tangan hendaklah dijaga dengan rapi.
Kuku yang tidak cantik menggambarkan kesihatan diri yang kurang
baik.

Rajah 2.5: Elakkan jangkitan kuman dengan memastikan kuku sentiasa pendek

(e) Mandi
Mandi adalah satu cara untuk membersihkan tubuh badan. Kita
perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Apabila mandi,
pastikan setiap tempat terkena sabun dan selepas mandi pastikan
pula seluruh badan dikeringkan dengan tuala yang bersih. Perhatian
yang lebih harus diberikan terutamanya pada tempat-tempat yang
tersembunyi seperti ketiak, celah-celah jari, kulit kepala, telinga dan
sebagainya.

32 X TOPIK 2 URUS DIRI

Rajah 2.6: Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk kebersihan
diri

(f) Memberus Gigi
Kita perlu memberus gigi terutamanya selepas makan, sebelum
tidur dan selepas tidur. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan
makanan yang melekat dicelah-celah gigi.

Rajah 2.6: Ajar murid-murid anda untuk memberus gigi setiap hari

2.1.4 Kepentingan Menjaga Kebersihan Badan

Setiap individu bertanggungjawab terhadap kesihatannya sendiri.
Menjaga kesihatan diri tidak boleh diharapkan kepada orang lain.
Penjagaan kesihatan diri bukanlah setakat menjaga makan dan minum
supaya tidak lapar dan dahaga. Ia merangkumi penjagaan terhadap
seluruh anggota badan zahir dan batin. Ini termasuklah penjagaan
terhadap rambut, telinga, mata, gigi, badan dan sebagainya. Selain
daripada anggota badan, menjaga kebersihan pakaian seperti baju,
seluar, pakaian dalam, sarung kaki dan kasut juga amat penting.

TOPIK 2 URUS DIRI W 33

Penjagaan kesihatan diri bukanlah merupakan satu tanggungjawab
sementara waktu sahaja tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang
berterusan dengan tidak mengambil kira masa atau tempat. Ini bertujuan
untuk menjamin supaya kita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan
yang optimum. Oleh itu, tubuh badan kita hendaklah sentiasa bersedia
setiap masa menghadapi sebarang kemungkinan.

2.2 BERDANDAN

Berdandan adalah satu aktiviti yang sangat digemari terutamanya oleh
golongan wanita. Ia dapat memupuk dan mendidik diri kita agar sentiasa
suka kepada kebersihan dan menjaga penampilan diri agar kelihatan
sentiasa kemas, cantik dan segak. Apabila diri kita kelihatan kemas,
cantik dan segak ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri
seseorang individu itu untuk berhadapan dengan orang ramai.

2.2.1 Alat-alat Dandanan

Antara alat-alat dandanan yang sering digunakan ialah:
• Sikat;
• Bedak;
• Minyak wangi;
• Losen;
• Lipstik
(Perempuan
• Minyak
rambut; dan
Lain-lain
lagi.

2.2.2 Cara Menggunakan Alat Dandanan
dengan Betul

Murid-murid juga perlu menegtahu tentang cara menggunakan alat
dandanan dengan betul.
(a) Sikat hendaklah digunakan untuk menyikat rambut agar rambut

terurus dengan rapi dan kemas. Gunakan sikat yang bersesuaian
dengan individu. Diingatkan agar tidak menggunakan sikat yang
terlalu tajam giginya. Ini kerana ia boleh mencederakan kulit kepala.

34 X TOPIK 2 URUS DIRI

(b) Bedak terbahagi kepada dua iaitu bedak badan dan bedak muka.
Bedak badan selalunya berwarna putih, berbentuk serbuk dan
berbau wangi. Manakala bedak muka berbentuk padat, berwarna
coklat dan sebaginya (mengikut warna kulit) dan tidak berbau.
Bedak muka ini sering digunakan oleh golongan wanita. Bedak
badan digunakan sesudah mandi agar badan kita berasa sentiasa
segar dan selesa apabila hendak memakai baju.

2.2.3 Kepentingan Berdandan dan
Menjaga Kebersihan Diri

Seterusnya kita akan melihat pula kepentingan berdandan dan
menjaga kebersihan diri.

(a) Menjaga kesihatan
Berdandan dan menjaga kebersihan diri amat penting kerana ia
mempengaruhi kesihatan setiap individu. Jika kita tidak
mengamalkan gaya hidup yang sihat ini, pasti kita akan jatuh sakit
dan sekali gus tidak dapat menguruskan rumah tangga, suami,
anak-anak serta diri kita sendiri. Dengan ini keadaan atau suasana
akan menjadi tidak ceria dan memberangsangkan.

(b) Menjaga penampilan
Apabila kita berdandan dan menjaga kebersihan diri, sekali gus ia
dapat membentuk dan menjaga penampilan kita agar kelihatan
kemas, bersih dan terurus apabila berhadapan dengan orang
ramai. Di samping itu, penampilan diri perlu dititikberatkan kerana ia
dapat membina keyakinan diri dalam apa juga keadaan dan
situasi.

(c) Membina keyakinan diri
Kita akan sentiasa berasa yakin dan bermotivasi dalam melakukan
sebarang aktiviti dalam apa juga keadaan kerana kita sentiasa
berdandan dan menjaga kebersihan diri. Bukan sahaja memberi
keyakinan pada diri sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling
kita.

(d) Menjaga hubungan
Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mempunyai hubungan
baik sama ada dengan ahli keluarga sendiri mahupun dengan
masyarakat luar. Oleh yang demikian, faktor kebersihan diri amat
memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan. Ini kerana
sekiranya kita berada dalam keadaan yang tidak terurus dan
compang-camping sudah pasti kita akan disisihkan, ditertawakan
dan dihina; sekali gus ini menyebabkan orang tidak mahu

TOPIK 2 URUS DIRI W 35

berkawan dan mendampingi diri kita yang sentiasa dalam keadaan
berbau busuk dan kotor.

(e) Kelihatan cantik dan segak
Setiap manusia inginkan penampilan yang menarik. Jadi kita
seharusnya berusaha ke arah itu. Cantik dan segak adalah sifat-sifat
yang diinginkan oleh semua orang. Seharusnyalah kita sentiasa
menjaga kebersihan diri dan sentiasa berdandan agar kelihatan
cantik dan segak. Apabila kita sentiasa cantik dan segak maka
orang akan sentiasa memuji dan tertarik dengan kita dan sekali gus
ingin berdamping dengan kita.

36 X TOPIK 2 URUS DIRI

x Urus diri merupakan kemahiran asas yang sangat penting diajar kepada
murid-murid berkeperluan khas.

x Aspek kebersihan diri hendaklah menjadi fokus utama kerana murid-
murid khas tidak akan selama-lamanya bergantung pada orang lain
terutama ibu bapa untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan
dirinya seperti ke tandas, menggosok gigi, mandi dan sebagainya.

x Amalan kebersihan adalah penting bagi menjamin diri kita sentiasa
berada dalam keadaan kesihatan yang optimum.

x Murid-murid perlu diajar tentang cara-cara membersihkan anggota-
anggota badan seperti mencuci tangan, menjaga kaki, mencuci
rambut, memotong kuku, mandi dan juga memberus gigi.

x Pengajaran perlu dibuat secara amali kerana murid-murid khas lebih
mudah memahami melalui cara ini.

x Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat
dandanan dengan betul seperti cara menggunakan sikat serta
bedak.

x Kepentingan berdandan adalah seperti menjaga kesihatan, menjaga
penampilan membina keyakinan diri, menjaga hubungan dan juga
supaya kelihatan cantik dan segak.

x Hallahan, D. & Kauffman (2003). Exceptional Children: Introduction
To Special Education. Boston: Allyn and Bacon.

x Heward, W. (2003). Exceptional Children: An Introduction To Special
Education. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

TOPIK 2 URUS DIRI W 37

38 X TOPIK 2 URUS DIRI


Click to View FlipBook Version