PENGAKAP KANAK-KANAK PPKI
TARIKH : 08 JULAI 2020
AKTIVITI : 1. BACAAN PERSETIAAN
PENGAKAP
2. MAKSUD ISTIADAT LAUNG AGUNG
3. TUJUAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
4. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG
AGUNG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi
dalam Istiadat PKK dan telah
digunakan di seluruh dunia. Ia
dilakukan oleh PKK untuk
menunjukkan bahawa mereka
telah membuat sehabis baik . Kata
penghargaan itu ditujukan khas
kepada pemimpin PKK atau Akela.
Tujuan:
• Tanda mula atau tamat sesuatu
perjumpaan
• Mengingati tradisi PKK
• Menghormati tetamu yang
datang ke PEK
• Melahirkan semangat
setiakawan,perpaduan & disiplin.
Cara Pelaksanaan:
1. Akela akan berteriak denag
perkataan ‘PEK’.Semua Pengakap Kanak-
Kanak (PEK) dikehendaki berdiri dan
senyap.
2. Akela teriak ‘PEK..PEK..PEK…’. PEK
menyahut seruan Akela (dengan
menyebut ‘P…E…K….’)dan berlari
mengelilingi Akela
3. III. Akela mendepakan tangan, PEK
berundur dan membuat bulatan dengan
berganding tangan.
4. Akela menurunkan tangan,semua PEK
turunkan tangan.
5. Akela mengangkat tangan
semula,semua PEK menjingkit kaki
6. Akela menurunkan tangan perlahan-
lahan,semua PEK mencangkung dan
teriak “AKELA,KITABUAT HABIS BAIK”
7. Pencabarbangun dan mencabar
dengan berkata “KAMU BUAT HABIS
BAIK?”
8. Sebaik pencabar habis
mencabar,semua PEK bangun tabik
hormat dan menyahut cabarandengan
berkata “KAMI BUAT HABIS BAIK”.
9. Akela membalas tabik hormat,semua
PEK turunkan tangan selepas Akela turun
tangan.
SEKIAN…