The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

warna-120801221641-phpapp01

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KARTINA BINTI KHALID Moe, 2020-10-27 08:00:52

WARNA- cikgu tna

warna-120801221641-phpapp01

Pengenalan

• Unsur penting yang menjadikan dunia kita
nampak menarik dan bewarna warni.

• Ciptaan beraneka corak dan gaya dalam
semua seni tampak.

• Mempengaruhi perasaan serta keadaan
fikiran.

Jenis-Jenis Warna

a) Warna asas

• Dikenali sebagai warna utama.
• Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
• Tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-

warna lain.
• Warna paling hebat kuasanya.
• Sesuai untuk ciptaan logo dan poster.

Merah, biru kuning

b) Warna sekunder

• Dihasilkan dengan campuran dua warna asas.
• Kuasa warna sekunder sederhana, lebih kuat

daripada warna tertier tetapi lebih lemah
daripada warna asas.

Warna Campuran
Warna
Jingga
Hijau Merah + kuning
Ungu
Kunig + biru

Biru + merah

c) Warna tertier

• Campuran satu warna asas dengan warna
sekunder di sebelahnya.

• Menimbulkan kesan yang lembut dan dapat
mengurangkan kehebatan kuasa warna jika
digunakan bersama-sama warna asas dan
warna sekunder.

Warna Campuran warna
Kuning hijau Kunig + hijau
Kuning jingga Kuning + jingga
Merah jingga Merah + jingga
Merah ungu Merah + ungu
Biru ungu Biru + ungu
Biru hijau Biru + hijau

Warna Dan Alam Sekeliling

Warna Dan Budaya

Nilai Warna

1. Ton warna
• Kesan pancaran terang/ gelap sesuatu warna.
• Dihasilkan melalui camnpuran warna asal

dengan putih atau hitam mengikut kadar
yang tertentu.
• Warna lebih terang jika dicampurkan
dengan warna putih.
• Warna menjadi gelap apabila dicampurkan
dengan warna hitam.

• Jika menggunakan cat air, lebih air untuk
mendapatkan warna cerah.

• Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna
ditindihkan lapisan demi lapisan.

• Fungsi ton warna : mencipta ruang dan bentuk
tiga dimensi dalam seni tampak.

• Wujud pada alam sekeliling terutamanya di
kawasan bukit.

Ton warna



2. Warna kroma

• Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna.
• Dihasilkan dengan warna pengenapnya.
• Nisbah campuran dengan warna penggenap

akan menentukan nilai kuasanya.
• Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada

tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar.

• Menggambarkan kesan yang lebih pudar
daripada warna asalnya.

• Menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih
dan nostalgia (catan).





3. Warna neutral

• Pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya
terletak di antara putih dan warna hitam.

• Warna kroma campuran dua warna penggenap
dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna
baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna
asalnya.

• Contoh warna : perang, khaki, warna kulit,
kuning air, sawa matang, coklat dan sebagainya.

• Warna neutral tidak mempunyai kuasa langsung
tetapi amat berguna untuk menurunkan kuasa
warna-warna lain.

• Digunakan bersama-sama warna asas, kombinasi
warna penggenap dan warna-warna yang
berkontra untuk melembutkan kehebatan kesan
karya supaya kelihatan lebhih selesa dan tidak
menyakitkan mata.



Gubahan Warna

1. Sewarna
• Sewarna ialah kesan gubahan satu warna

dalam beberapa ton.
• Juga dikenal sebagai warna monokrom.
• Nilai warna akan terus meningkat jika

dicampurkan dengan warna hitam.
• Menimbulkan suasana yang harmoni dan

selesa walaupun agak bosan jika lama
dipandang.

• Menimbulkan gambaran ruang dan
perspektif dalam catan.

• Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman,
ubin dan perabot.

• Kesan sewarna wujud di alam sekeliling, pada
objek-objek alam dan buatan manusia.



2. Warna harmoni

Satu set atau kumpulan dua atau lebih warna yang
terletak bersebelahan satu sama lain pada roda warna.

Dikenali juga sebagai warna sekeluarga.

Menimbulkan suasana yang selesa tetapi menarik dan
seimbang.

Digunakan dalam ciptaan corak kain, fabrik hiasan
dalaman, kertas pembalut, kertas dinding dan
peralatan penggunaan harian.



3. Warna penggenap

• Warna-warna yang terletak

bertentangan antara satu sama lain

dalam roda warna.

Contoh pasangan warna
penggenap

• Menimbukan kesan kontra, getaran,
percanggahan dan pergerakan.

• Sesuai digunakan dalam ciptaaan seni
komunikasi seperti poster, ilustrasi,
pembungkusan, iklan, papan tanda,
simbol, logo dan sepanduk.

Suhu Warna

1. Warna panas
 Merah, ungu hingga kuning (roda warna).
 Warna paling panas : kuning, jingga dan merah.
 Contoh : Matahari dan api.
 Ada kehebatan warna, cahaya yang tinggi, suasana

bertenaga, cahaya kuat, harapan, garang dan dekat.
 Sesuai digunakan dalam catan yang bertema

peristiwa peperangan, pertandingan, perayaan dan
kemeriaan.
 Sesuai juga menunjukkan perasaan gembira,
bersemangat, bertenaga dan huru-hara.

2. Warna sejuk

• Hijau hingga ke unggu (roda warna).

• Warna paling sejuk : biru dan hijau.

• Contoh : air, laut, langit, tumbuhan, bukit dan
gunung.

• Menimbulkan suasana kesegaran, kelembutan
dan
kedamaian, tenang, aman, dingin, jauh, sedih
dan sunyi.



Warna sejuk Warna panas

Warna Bertindak

• Warna yang sama pada latar yang berlainan menimbulkan kesan
yang berbeza.

• Apabila warna menimbulkan kontra yang jelas/ ketara, tindakan
positif dihasilkan.

• Apabila dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir
sama, tindakan negatif dihasilkan.

• Penting dalam ciptaan karya seni grafik seperti logo, poster dan
corak untuk mendapatkan kesan-kesan tertentu.



Perspektif Warna

• Warna berubah mengikut suasana dan jarak.
• Objek yang dekat lebih jelas dan gelap warnanya.
• Objek yang jauh lebih lembut dan pudar warnanya.
• Olahan warna tertentu boleh menimbulkan kesan ruang, jarak dan

perspektif.
• Kesan perspektif akan lebih jelas kelihatan jika gubahan dibuat dalam

kesan sewarna atau warna harmoni.
• Perspektif warna juga wujud di alam sekeliling. Contohnya

pemandangan kawasan bukit, suasana waktu pagi dan senja.


Click to View FlipBook Version