Alat Perkusi
Tahun 4
Alat perkusi merupakan alatan muzik
Yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
❖ALAT PERKUSI BERPIC
❖ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC
ALAT PERKUSI BERPIC
Alat perkusi berpic ialah alat perkusi
yang boleh memainkan melodi
sesebuah lagu.
Glockenspiel Xylophone
ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC
Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi
yang menghasilkan bunyi satu ton sahaja.
LOCENG
➢Loceng merupakan segugusan loceng
kecil yang dipasang pada bingkai.
➢Bingkai berbentuk gelung diperbuat
daripada plastik dan loceng-loceng
logam kecil diikatkan pada bingkai
tersebut.
➢Loceng-loceng ini akan menghasilkan
bunyi yang halus dan nyaring apabila
digoncang.
CARA MEMAINKAN LOCENG
Cara memegang dan
memainkan loceng :
➢Masukkan empat jari ke dalam
gelong loceng dan genggam
bahagian yang tidak berloceng.
➢Loceng menghasilkan bunyi
apabila ia digoncang.
➢Genggam pemegang loceng
dengan tangan kiri @ kanan.
➢Kemudian ketuk pergelangan
tangan kiri dengan tangan kanan
yang menggenggam loceng.
KAYU TIKTOK
➢Diperbuat daripada kayu. Ia
mempunyai pemegang dan
sebatang pengetuk.
➢Tik-tok menghasilkan bunyi
yang tidak lanjut.
➢Bunyi yang dihasilkan daripada
bahagian kanan tik-tok tidak
sama dengan bunyi daripada
bahagian kiri.
CARA MEMAINKAN KAYU TIK TOK
Cara memegang dan
memainkan tik-tok
➢ Pegang tik-tok dengan
tangan kiri dan pengetuknya
dengan tangan kanan.
➢ Ketuk tik-tok pada bahagian
kiri dan kanannya secara
bergilir-gilir.
KASTANET
➢Diperbuat daripada kayu atau plastik.
➢Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.
CARA MAIN :
➢Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah
dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri / kanan. Ketuk
kastanet dengan hujung jari tangan kanan / kiri
KERINCING
➢Diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga.
➢Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada
bucunya.
➢Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk.
➢Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
CARA MAIN KERINCING
Pegang tali kerincing pada
talinya sebelah tangan dan
pemukulnya di tangan yang
sebelah lagi. Pastikan tangan
yang memegang tali kerincing
tidak menyentuh kerincing.
Kerincing boleh dimainkan
dengan cara mengetuk pada
lingkaran segitiganya dengan
pengetuk kerincing. Ketukan
boleh dilakukan juga di sebelah
luar kerincing atau dalam
kerincing.
MARAKAS
TAMBORIN
Sebuah gelung yang lazimnya diperbuat
daripada kayu atau plastik.
Di sekelilingnya terdapat ceper-
ceper besi kecil yang menghasilkan
bunyi apabila digoncang.
Terdapat dua jenis tamborin
1. tamborin berkulit
2. tamborin tanpa kulit.
CARA MEMAINKAN TAMBORIN
Tamborin dimainkan dengan dua
cara iaitu:
Pegang tamborin dengan
tangan kanan dan goyangkan ke
kiri dan ke kanan.
Pegang tamborin dengan
tangan kiri /kanan. Ketuk tepi
tamborin atau kulit tamborin
dengan hujung jari tangan kanan
/kiri.
Mari Kita Cuba
Mari Kita Cuba
Loceng
Marakas
Kayu tik
tok
Tamborin
Kastanet
Kerincing