BAHASA MUZIK
P ENGENALA N
Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara
yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik,
konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik,
dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara
tersebut seterusnya membaw a kepada kemahiran membaca, menulis,
menganalisis dan menilai karya muzik.
1. KONSEP-KONSEP MUZIK
1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti.
2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di baw ah
konsep-konsep utama tersebut.
Konsep Utam a Konsep Berkaitan
Ira ma
Me lodi Det ik
Meter
Ekspresi Teka nan
Te mpo
Corak irama
Tempoh masa (Nilai not)
Pic
Skel
Frasa
Har moni
Warna ton
Tekstur
Bentuk
Mud
Di na mi k
1
1.1 IRAMA
Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan
tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.
1.1.1 Detik
1.1.2 Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan
berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik.
Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik
seperti dalam carta 1, 2 dan 3.
Me ter
Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan
seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.
Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan
dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:
2346324
4448822
Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar.
Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik
berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya.
Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim
(a) Meter lazim
Meter 2 , 3 dan 4 dikenali sebagai meter lazim.
4 4 4
Dalam meter lazim duaan 2 , setiap bar mengandungi dua detik krocet ( q ).
4
Setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver ( q = e e ).
2
(b) Meter Tak Lazim
Meter 6 merupakan me ter tak lazim duaan. Setia p detik me mpuny ai
8
persamaan nilai masa tiga kuaver. Dalam sesuatu bar terdapat dua detik
asas yang dinotasikan sebagai q . q . Setiap krocet bertitik ( q . ) mew akili tiga
kuaver ( e e e ).
Contoh :
1.1.3 Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali
terdapatdetik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan
yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu
diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan
sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.
Contoh:
1.1.4 Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah
lagu. Sesetengah lagu boleg dicipta dalam tempo cepat, lambat atau
sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti
Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk
digit mengikut sukatan metronome dan ditulis seperti berikut:
q = 114 ; h = 80 ; q . = 60
3
1.1.5 Corak Iram a
Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun
menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata.
Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai
panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik
yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.
Contoh :
Pengumpulan not mengikut nilai perlu difahami bagi kekeliruan antara meter
6
seperti 3 da n 8 .
4
( a ) Corak Irama Rentak
Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk
mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah
lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau
dan Joget. Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti
berikut :
i) Rentak Mac
atau
ii) Rentak Waltz
4
iii) Rentak Inang
iv) Rentak Masri
v) Rentak Zapin
vi) Rentak Joget
vii) Rentak Sumazau
( b ) Corak Irama Ostinato
Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental
berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan
harmon i.
5
1.1.6 Tempoh Masa Dan Nilai Not
Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk
x e q h wseperti . Masa senyap ( period of silence ) dilambangkan
Carta 1 gdengan tanda rehat pelbagai bentuk seperti
Nama not Lambang Not Lambang Rehat Persamaan Nilai
Se mibrif Krocet
w
4 krocet
Minim h 2 krocet
Krocet q 1 krocet
Kuaver e ½ krocet
Nilai sesuatu not dapat dipanjangkan dengan meletakkan satu titik di tepi not tersebut.
Titik tersebut mew akili separuh daripada not asal.
Carta 2
Nama not Lambang Not Lambang Rehat Persamaan Nilai
Minim bertitik Krocet
h.
3 Krocet
Krocet bertitik q. 1½ krocet
6
Per kaitan nilai antara not dan tanda rehat dapat dilihat secara grafik seperti berikut.
Carta 3
Not & Tanda Perbandingan Nilai Masa
Rehat 4 bit
w
h
2 bit
q
1 bit
e 1bit
2
Ikon boleh digunakan untuk mew akili not dan tanda rehat.
Contoh : h boleh diw akili lambang
q boleh diw akili lambang
1.2 MELODI
Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun
atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek
yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic
dan not diubah.
Contoh melodi:
Lenggang Kangkung
7
1.2.1 Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau
bunyi rendah.
Contoh: Q
&q Pic tinggi
Pic rendah
Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar.
(i) Pergerakan
bertangga
(ii) Pergerakan
melo mp at
(iii) Pergerakan
mendatar
1.2.2 Skel
Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun
mengikut jeda tertentu dan mew ujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam
muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major
dan skel minor (harmonik).
(i) Skel Major
menaik
(ii) Skel minor
menaik
8
1.2.3 Fr as a
Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik
yang signifikan atau satu keratan lagu. Dalam penulisan skor muzik, frasa
ditanda dengan simbol berikut:
Co ntoh:
1.2.4 Harm oni
Har moni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau
lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri
daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan
ostinato.
Contoh :
1.2.5 Warna ton
Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh
sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan.
Contoh : - bunyi berat
i) Dram bes - bunyi ringan
ii) Kastanet
9
1.2.6 Tekstur
Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam
sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada
bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.
1.2.7 Bentuk
Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik.
Segmen muzik ini boleh terdir i daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-
segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk
sesebuah karya muzik.
1.3 EKSPRESI
Ekspresi adalah ber kaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan
oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat
disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.
1.3.1 Mud
Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu
dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud
lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.
1.3.2 Dinam ik
Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang
dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat
dan istilah seperti beransur lembut ( ) dan beransur kuat
( ).
10