The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KARTINA BINTI KHALID Moe, 2021-05-17 04:14:35

PdPr bersama Cikgu Tina: PSV T4- DEFINIS & JENIS BENTUK

DEFINISI & JENIS BENTUK

PdPr
Pendidikan Seni

Visual
Tahun 4 (PPKI)

bersama
Cikgu Tina





1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih
daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam
penghasilan karya seni yang bersifat realistik.

3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi
menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.

4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah
pandangan mata

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat
daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan
sebagainya.

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur
seni seperti warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan
atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria
penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan
cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

Contoh-contoh bentuk konkrit / 3D



Contoh-contoh bentuk ilusi / 2D




Click to View FlipBook Version