PdPr Bersama Cikgu Tina
Pendidikan Jasmani
Tahun 2 (PPKI)
Rekreasi & Kesenggangan
Permainan Tradisional Tarik Upih
Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang
dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih
pinang adalah pelepah atau "pangkal" daun pokok pinang.
Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke
tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari
pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk
menarik upih tersebut.
Alatan yang diperlukan: Upih pinang
CARA PERMAINAN
Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang
mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih.
Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa
saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh
itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.
Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau
perlumbaan.
Cara bermain:
1. Pastikan kamu menarik rakan sehingga ke garisan penamat.
2. Jangan turun dari upih semasa rakan sedang menarik upih
tersebut.
3. Kumpulan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang.
4. Tidak boleh sengaja meletakkan kaki di atas tanah bagi
penumpang.
5. Tidak dibenarkan berdiri semasa di atas upih.
6. Upih boleh digantikan dengan kanvas ataupon guni.
Kenangan zaman dulu-dulu.