The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KARTINA BINTI KHALID Moe, 2021-07-22 03:31:15

PdPr bersama Cikgu Tina- TEKNIK NYANYIAN

TEKNIK NYANYIAN

TEKNIK
NYANYIAN

• MUHAMMAD NURHAFIZI BIN ABU BAKAR SEDAK
• MUHAMMAD NAJMI BIN MUHD NOR AZMI
• MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN SHAHARUDDIN
• MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN NOOR AZMI
• MUHAMMAD AZLAN BIN AMIR
• ABDUL HALIM BIN ABDULLAH

START

ISI KANDUNGAN

1. TEKNIK MENYANYI
2. PERNAFASAN
3. SEBUTAN
4. POSTUR
5. RUJUKAN

TEKNIK MENYANYI

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam
konteks kurikulum Pendidikan Muzik,iaitu pada
peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari
sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan
kemahiran.

Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan
sumber utama yang boleh dihuraikan kepada
beberapa bahagian seperti berikut:

 a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang
dipelajari.

 b) Fizikal - pengawalan pernafasan dan mekanisma vokal
 c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan

penguasaan bahasa.
 d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi

muzik dan menghasilkannya semula.
 e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan

ekspresi dengan peka dan tepat.
 f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa

nyanyian dalam kumpulan.
 g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan fikiran

melalui nyanyian.

PERNAFASAN

Dengan pengurusan pernafasan yang baik,
seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti,
sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di
samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang
panjang dengan selesa.

Proses pernafasan melibatkan pengembangan
pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma.
Kemahiran mengawal pernafasan boleh dibina
melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan
semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan.
Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh
dijalankan.

Antaranya adalah seperti berikut:-
 a) Menghembus dan menarik nafas - Hembuskan semua

udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda
diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan
dan tenang.
 b) Bernafas secara cepat - Biasanya apabila kita terkejut,
kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan
seperti ini beberapa kali.
 c) Pernafasan staccato - Latihan ini dilakukan dengan
sebutan “ts” secara berulang-ulangsehingga murid dapat
merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat dalam
proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot
tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.
 d) Hiss/Hoo - Sambil menarik nafas secara perlahan,
angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan
hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.

 Contoh latihan:

hiss ss ss ss hiss

hoo hoo hoo hoo hoo

SEBUTAN

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ
yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut,
bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu
bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ
tersebut.

Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan
konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul
akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi
yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir
sesuatu perkataan perlu jelas.

Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui
latihan yang konsisten.

 Bentuk mulut bagi bunyi vokal: a, e, i, o, u.

POSTUR

Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara
yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi
dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut:

 Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki
direnggang sedikit.

 Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.

 Badan - belakang badan serta kepala
dalam keadaan lurus.

 Dada - dinaikkan.

 Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.

 Dagu - selari dengan lantai.

 Tangan - di sisi.

Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam
keadaan duduk adalah seperti berikut:

 Bahagian badan hingga kepala -
keadaannya sama seperti postur berdiri.

 Belakang badan - tidak bersandar.

 Punggung - terletak di tengah kerusi.

 Kaki - diletak di atas lantai dengan satu
kaki ke hadapan sedikit.

 Tangan - diletak di atas paha.

RUJUKAN


Click to View FlipBook Version