The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tanggungjawab Kejiranan Menurut Islam (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 444syya, 2022-11-29 09:01:49

Tanggungjawab Kejiranan Menurut Islam (2)

Tanggungjawab Kejiranan Menurut Islam (2)

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

TANGGUNGJAWAB
KEJIRANAN
MENURUT
ISLAM

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
AHLI KUMPULAN

ISI, HURAIAN DAN CONTOH

CERPEN/SAJAK
KESIMPULAN
RUJUKAN
GANTT CHART

AHLI CIK RAHIMAH BINTI HALIM
KUMPULAN PENSYARAH PENGAJIAN


ISLAM

MIMI HAZIRA NUR DANIA BATRISYA NUR ALIA NURISYA
17DSK21F2070 17DSK21F2030 17DSK21F2048

NUR SHAFIQAH SYASYA FATINI 1
17DSK21F2066 17DSK21F2997

PENGENALAN

KEJIRANAN MENURUT ISLAM

Kejiranan adalah antara aspek sosial yang
pen­ting dalam usaha membina masyarakat
bersatu padu, harmoni dan sejahtera. Salah
satu daripada ajaran Islam yang amat penting
bagi menjamin kesejahteraan hidup
bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran.
Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup
seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu,
Islam telah menekankan kepentingan
menjalinkan hubungan dalam kalngan
masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik
dapat membentuk sifat saling membantu,
bekerjasama, saling menyayangi, menghormati
dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan
hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup
berjiran merupakan salah satu cara hidup
Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam
perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga
keselamatan diri dan harta benda. Hubungan
baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti
yang dituntut dalam agama.

Pada era globalisasi masa kini, konsep kejiranan
semakin pudar dan tidak diberikan perhatian
sewajarnya, lebih-lebih lagi dalam kalangan
masyarakat bandar. Justeru itu, tidak hairanlah
ramai yang tidak mengenali jirannya walaupun
tinggal sebelah menyebelah. Jika pun mengenali
tetapi ramai yang tidak merasakan kemesraan
berjiran apatah lagi perasaan untuk mengambil
berat tentang hal ehwal jiran. Kemesraan dan
keseronokan berjiran tidak terasa kerana aspek
interaksi yang positif dan membina diabaikan.
Pelbagai alasan diberikan seperti tidak mahu
jaga tepi kain orang, terlalu sibuk dan
sebagainya. Oleh itu , dalam e-folio ini akan
mendedahkan definisi kejiranan, konsep
kejiranan langkah-langkah memupuk semangat
kejiranan,kepentingan semangat kejiranan dan
hak-hak jiran.

2

TANGGUNGJAWAB KEJIRANAN DALAM ISLAM

MEMELIHARA
KEPENTINGAN
JIRAN

Setiap daripada kita wajib memelihara

kepentingan jiran. Sikap ini menandakan

hati yang bersih. Jika kita menjaga

kepentingan mereka umpamanya

memantau rumahnya ketika jiran

tetangga pulang ke kampung halaman

semasa musim perayaan atau cuti panjang

daripada diceroboh oleh pencuri dengan

memaklumkan jiran tersebut lalu terus

melaporkan kejadian tersebut kepada

pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat

baik kepada jiran dengan menjaga

kepentingan mereka. Bayangkan situasi

ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh

membantu kita kecuali Allah SWT.




Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti

debu-debu yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan

pertolongan Allah. Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya.

Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

‫َم ْن َاقَّر َع ْيَن ُم ْؤِم ِن َاَقَّر ُهللا َع ْيَنُه َيْو َم َاْلِق َياَم ِة‬

Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang
mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari

.”kiamat

3

MENGHORMATI
JIRAN DAN
PENGAMALAN
MEREKA
(KEHIDUPAN
MEREKA)





Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah
perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran
tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu
kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama
mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan
tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa
bahaya dan mudharat.


Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat
yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.


(Hadith sahih Riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).


Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu
melakukan maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat
Islam maka hendaklah didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat
dan teguran.


Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga
sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati
jiran dengan kebaikan dan kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat
Allah dan mencegah mereka dari melakukan maksiat ialah sebaik-baik
dakwah dan cara memuliakan mereka.



4

MEMBERIKAN PERTOLONGAN DAN MEMBANTU
JIRAN DALAM KESUSAHAN

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik
dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka
berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika
mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah
mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu.
Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai
tanda orang yang beriman.

Maksudnya: “Barang siapa yang melapangkan seorang Mukmin yang dalam kesusahan atau
menolong orang yang dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah”.[18]

Mengulas perkara yang sama Nabi Muhammad SAW mengingatkan umat Islam supaya
memulia dan menghormati jiran termasuk memualiakan mereka sebagaimana layanan kita
terhadap kaum kerabat kita sendiri. Ini selaras dengan sabda Baginda SAW:

‫َم ا َزاَل ِج ْبِرْيُل ُيْو ِص ْيِنى ِبالَجار َحَّتى َظ َنْنُت َأَّنُه َس ُيَوّرَثُه‬

Maksudnya: “Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran
sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.”[19]

Oleh itu, adalah satu kerugian besar kepada umat Islam dan masyarakat jika kita mengabaikan
dan tidak mempedulikan jiran yang di anggap sebagai harta yang bernilai tinggi itu.
Berbuat baik kepada jiran tidak terhad dengan hanya perkara-perkara yang disebutkan di
atas. Malahan hak jiran ke atas kita juga ialah mengurus dan mengiringi jiran kita yang
meninggal dunia hingga ke tanah perkuburan. Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW:

‫َأَّن َأَبا ُهَرْيَرَة َرِض َي ُهَّللا َع ْنُه َقاَل َقاَل َرُس وُل ِهَّللا َص ىَّل ُهَّللا َع َلْيِه َوَس َّلَم َم ْن َش ِه َد اْلَجَناَزَة َحَّتى ُيَص ِّلَي َفَلُه ِقيَراٌط َوَم ْن‬
‫َش ِه َد َحَّتى ُتْدَفَن َكاَن َلُه ِقيَراَط اِن ِقيَل َوَم ا اْلِق يَراَط اِن َقاَل ِم ْثُل اْلَجَبَلْيِن اْلَع ِظ يَم ْين‬

Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang
menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan maka baginya qirat dan sesiapa
yang menyaksikan sehingga dikebumikan maka baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang
dimaksudkan dengan dua qirat. Rasulullah menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.
[20]

5

MENJAGA

HATI JIRAN

Dasar ini memberi erti tidak boleh

sama sekali melakukan zina,

mencuri, mengutuk dan

mencampakkan sampah sarap ke

rumah jiran atau membuang perut

ikan di dalam longkang ketika

proses memasak sehingga bau

busuk melepasi hingga ke rumah

jiran, lalat dan langau yang datang

menghurung sampah sarap dan

perut ikan juga boleh menggangu

ketenteraman jiran . Jadi perbuatan

buruk terhadap jiran anda itu

amatlah salah. Leih dasyat lagi

apabilan terdapat jiran yang

sanggup melakukan zina atau

melakukan pencurian terhadap jiran

adalah sepuluh kali ganda lebih

buruk daripada melakukannya

kepada pihak lain. Hingga terdapat

sebuah hadith Rasulullah SAW

dalam riwayat Muslim r.a.

mengatakan bahawa: ‫ اَل َيْد ُخُل َاْلَجَّنَة َم ْن اَل يأَم ُن َجاُرُه ِئَقُه‬: ‫َوِفي ِرَواَيٍت ِلُم ْس ِلِم‬

Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim
dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang
yang tetangganya tidak aman kerana
gangguannya”.[16]
Betapa rugilah kita menjadi mukmin yang
beriman dan taat kepada Allah SWT dan
RasulNya untuk memasuki syurga ganjaran
yang paling hebat yang tidak tergambar
oleh fikiran kita, tetapi kita gagal
menjalankan KPI (Key Performance
Indicator) kerana hanya semata-mata
menyakiti hati jiran.

6

SAJAK
HIDUP
BERJIRAN

Jiran
Umpama ahli keluarga
Tidak mengira bangsa atau agama
Tanggungjawab berjiran sentiasa dilaksana
Ketika ketiadaanmu,rumahmu kujaga juga
Harta benda selamat hidup tenteram

Jiran
Umpama adik beradik
Hubungan akrab berpisah tiada
Cubit paha kiri paha kana terasa juga
Saat kecemasan segera membantu
Masalah ditangani bersama-sama

Jiran
Umpama sahabat
Biar tua mahupun muda
Suka dan duka ditanggung bersama
Bencana melanda tangan dihulur
Dugaan diatasi kebahagiaan menanti

Jiran
Umpama saudara mara
Tidak mengira di mana berada
Aktiviti kejiranan dilaksana sempurna
Hidup berjiran erat perpaduan

7

PANTUN

KEJIRANAN

Si dara bersimpuh menyulam tekat buat
teruna jadi bekalan jiran baik membawa

berkat hidup bermuafakat jadikan
amalan.



Petang hari duduk di bendang melihat
murai terbang berkawan tidak

sempurna iman seseorang jika jiran
dijadikan lawan.



Jangan mudah berputus asa hingga
termenung berduka lara jiran berbudi
kita berbahasa barulah hidup aman

sejahtera.



Biar di desa mahupun di kota amalkan
kerja berganding bahu jangan kerana
kemewahan kita jiran berlapar buat tak

tahu.

8

KESIMPULAN

Ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra

dengan masyarakat. Salah satu kumpulan manusia yang


memainkan peranan besar meningkatkan kebahagiaan keluarga

ialah jiran. “Hormatilah jiran kita, Di antara sesama kita”

Kata-kata emas ini telah dipetik dari media sosial dari

#salammuslim.

Kata-kata yang sangat menusuk kalbu manusia apabila si

pembaca membacanya kata-kata tersebut. Kita sebagai

seorang muslim haruslah menghormati jiran walaupun


apa pun yang terjadi kerana jiran merupakan orang yang

paling hampir dengan kita.

Oleh itu , janganlah kita menjadi seorang yang

berlagak sombong kerana apabila suatu hari nanti


kita berada dalam kesusahan, merekalah orang

pertama yang akan menolong kita. Bukan itu


sahaja, banyak hikmah yang kita akan perolehi jika

kita berbuat baik pada jiran antaranya kehidupan

kita akan semakin dipenuhi dengan keharmonian dan


kedamaian tanpa mengira kaum, bangsa ataupun

agama.

Dan akhir sekali, kerja yang berat akan menjadi

lebih ringan iaitu dengan adanya sifat prihatin


antara kita.

9

RUJUKAN

Konsep kejiranan dalam Islam
https://denaihati.com/tanggungjawab-
kepada-jiran-inilah-yang-wajib-kita-lakukan
https://www.youtube.com/watch?
v=WyVmhY73cUQ/hakdantanggungjawabjir
an//dalamislam
https://tzkrh.com/20176847
https://www.researchgate.net/publication/25
8383935..

10

PROJEK E-FOLIO

Carta Perbatuan
Pengurusan Masa

TUGAS /
PROSES SELASA- KHAMIS- SABTU- ISNIN-
KUPASAN
TOPIK
RA
BU JUMA
AT AHA
D SELA
SA
24/11-25/11 26/11-27/11 28/11- 29/11
22/11-23/11







PEMBAHAG
IAN TUGASAN





MENGUMP
UL DATA





MENGANAL
ISIS DATA





PENGHASILA
N E-FOLIO




PENGHAN
TARAN





11


Click to View FlipBook Version