The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1269-03-liyana, 2023-03-18 00:39:06

Tugasan 1 (BMMB1104)

Tugasan 1 (BMMB1104)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL, 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN Nama : NUR LIYANA BINTI MOHAMAD ROSLI Angka Giliran : No. K/P : 041011-02-0594 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Kumpulan/Unit : BAHASA MELAYU SK Nama Pensyarah : Tarikh Hantar : 18 MAC 2023 PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________ Tarikh :_______________ 2022252310038 DR. ARFAH BINTI AHAMAD 18 Mac 2023


ISI KANDUNGAN Bil Isi Kandungan Halaman 1. 1.0 Konsep Sastera. 1.2 Jenis, Bentuk dan Ciri. 1.2.1 Prosa Tradisional 1.2.2 Prosa Moden 1.2.3 Puisi Tradisional 1.2.4 Puisi Moden 1 - 5 2. 2.0 Fungsi Sastera 2.1 Alat Pendidikan 2.2 Alat Hiburan 2.3 Kritikan Sosial 2.4 Instrumen Perpaduan 6 - 7 3. 3.0 Manifestasi Akal Budi 3.1 Pantun 3.2 Syair 3.3 Seloka 3.4 Gurindam 8 - 13 4. 4.0 Kesimpulan 13 5. Sumber Rujukan 14


1 1.0 Konsep Sastera Kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan dengan menggunakan bahasa. Perkataan kesusasteraan diambil daripada perkataan asal Sanskrit iaitu susastera yang membawa maksud aksara atau buku yang indah (Siti Hajar, 2008). Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat (2005), telah mengatakan kesusasteraan bermaksud hasil seni karya atau karya tulisan sama ada dalam bentuk prosa atau puisi yang memiliki ciri-ciri keistimewaan tertentu dan digunakan dalam kitab-kitab. Menurut Siti Hajar (2008), telah berpendapat bahawa sastera mengandungi unsur-unsur yang saling berhubungan seperti isi kandungan yang terdiri daripada buah fikiran, perasaan, pengalaman, idea dan keyakinan. Seni sastera hasil daripada pengkarya yang mengandungi keupayaan mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia dikenali sebagai ekspresi dan ungkapan. Manakala bentuk yang digunakan terdiri daripada bermacam-macam ragam. Misalnya, ungkapan dalam bentuk suara dan bunyi-bunyian serta menggunakan bahasa sebagai medium bagi melahirkan ungkapan sastera. 1.2 Jenis, Bentuk Dan Ciri 1.2.1 Prosa Tradisional Menurut Azman Rahmat et al.(2022), telah , mengatakan prosa tradisional ialah hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa yang bertujuan bagi menyatukan falsafah pencipta dan penerima. Prosa tradisional terdiri daripada sastera rakyat dan sastera istana. Sastera Rakyat Naratif Bukan Naratif


2 Sastera Rakyat Jenis Mitos Lagenda Cerita Rakyat Bentuk Dan Ciri Cerita yang dianggap benarbenar berlaku serta suci. Mitos mengisahkan mengenai kejadian alam semesta, manusia, Binatang, tumbuhtumbuhan dan kejadian alam. Ciri-ciri mitos ialah dianggap benar-benar berlaku, kejadian yang pelik tetapi penting dan dianggap keramat serta memberi kesan kepada masyarakat yang terjadi di zaman lampau. Cerita yang diyakini benarbenar terjadi namun tidak dianggap suci. Ciri-ciri lagenda ialah komunikasi lisan yang berbentuk cerita yang diambil daripada kisah pahlawan atau tokoh. Namun lagenda tidak semestinya terjadi di zaman lampau tetapi berkaitrapat dengan masa silam. Manakala memiliki kesan dan tanda seperti kubur, binaan dan bentuk bumi . Cerita yang tidak dinggap benar-benar terjadi. Cerita rakyat hanya dijadikan sebagai sumber hiburan, memperlihatkan kebenaran dan memiliki moral atau sindiran. Terdiri daripada cerita binatang, cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita teladan. Ciri-ciri cerita rakyat ialah dituturkan atau diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain melalui kaedah lisan. Cerita ini dianggap sebagai hiburan mahupun pendidikan malah berlaku penambahan dalam cerita dan menjadi milik masyarakat Bersama. Contoh 1. Kisah Tasik Chini. 2. Cerita Keturunan Raja-raja Melayu. 1. Puteri Gunung Ledang. 2. Lagenda Mahsuri 1. Sang Kancil Menipu Gergasi 2. Bawang Putih Bawang Merah.


3 Sastera Istana Jenis Sastera UndangUndang Sastera Epik Sastera Panji Sastera Agama Bentuk dan Ciri Bahan Kajian mengenai sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Terbahagi kepada Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Dikenali sastera pahlawan yang bersifat sejagat. Sastera ini meniktikberatkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang cekap. Karya yang berkisarkan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Memberi tumpuan kepada cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam mendepani pelbagai cabaran dan tentangan. Contoh 1. Hukum Kanun Melaka. 2. Undang-Undang Pahang. 1. Hikayat Hang Tuah. 2. Hikayat Amur Hamzah. 1. Hikayat Cendawan Putih. 1. Hikayat Bulan Berbelah.


4 1.2.2 Prosa Moden 1.2.3 Puisi Tradisional Puisi tradisional dikategorikan kepada pantun, gurindam, syair dan seloka. Bentuk pantun boleh dilihat daripada bilangan baris dalam rangkap yang terdiri daripada dua, empat, enam, lapan, dua belas kerat serta pantun berkait. Jenis pantun dilihat melalui kandungan dan fungsinya. Ciri-cirinya dilihat melalui bilangan dalam rangkap. Misalnya, pantun empat kerat pembayang diletakkan pada baris satu dan dua dan maksud pada baris tiga dan empat. Bilangan perkataan setiap baris antara empat hingga enam patah perkataan manakala lapan hingga dua belas daripada suku kata diikuti. Gurindam pula memiliki bentuk yang terikat sama ada dua baris serangkap yang terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan diikuti dengan rima ‘a’,’a’. Menggunakan bahasa yang bernas dan seerius malah isi terkandung nasihat, pengajaran, kebenaran dan pernyataan perasaan cinta. Puisi tradisional syair mengandungi empat baris serangkap dan rima akirnya ‘a’,’a’,’a’,’a’ Manakala perkataan diantara 4 hingga 5 ialah patah Jenis Cerpen Novel Drama Bentuk dan Ciri Gabungan daripada cerita dan pendek dan menjadi alat bagi menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang malah merangkumi pengalaman, peribadi, realiti hidup dan imaginasi. Ciri-cirinya ialah sebuah cerita pendek sama ada rekaan atau kisah sebenar. Jumlah perkataan terdiri daripada 500-20000 patah. Kisah yang dibawakan hanya satu tema yang terperinci, plot dan watak yang terhad. Prosa rekaan panjang yang berkisar pada satu tema dan beberapa persoalan. Penceritaan yang mengisahkan sebahagian daripada kehidupan manusia pada sesuatu masa. Novel terdiri isi yang memaparkan perjuangan dalam kehidupan, konflik antara manusia, alam, keutuhan dan perasaan yang bercampur-baur. Penulis ingin menyampaikan mesej dan pemikiran dengan lakonan serta dialog. Unsur yang utama ialah skrip drama dan pementasan drama seperti tata rias, kostum dan bunyi serta cahaya. Contoh 1. Cerpen Seguluk Air karya Khadijah Hashim. 1. Cinta Gadis Rimba (1947) karya Ahmad Lutfi. 2. Jangan Bunuh Rama-Rama karya Noordin Hassan


5 perkataan dan suku kata terdiri daripada lapan hingga 12 bagi setiap baris. Lazimnya, digunakan bagi menyampaikan cerita, nasihat, pujian dan obor-obor. Seloka dikenali sebagai jenaka, gurau senda dan olokan. 1.2.4 Puisi Moden Sajak merupakan puisi moden yang lebih bebas dan terikat dengan matra, rima dan rentak. Dalam sajak aspek menjadi keutamaan ialah keberkesanan pengucapan perasaan dengan pemilihan dan penggunaan kata-kata yang terjalin antara satu sama lain berdasarkan makna dan irama (Azman Rahmat,2022). Sajak terbahagi kepada tujuh jenis iaitu Balada, Roman, Oda, Epigram, Himne, Elergi dan Satira. Sajak terdiri daripada lapan bentuk iaitu Distikon, Terset, Kuantrain, Kuintain, Sestet, Septet, Oktaf dan Sonata.


6 2.0 Fungsi Sastera Melayu 2.1 Alat Pendidikan Alat pendidikan digunakan untuk memberi pengajaran serta nasihat mahupun pesanan kepada masyarakat dengan menggunakan bahasa sastera yang indah. Hal ini berlaku kerana sastera terdiri daripada satu medium untuk mengajar masyarakat dengan unsur-unsur pengajaran dan moral, dalam masa yang sama digunakan untuk menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat supaya mengubah pemikiran ke arah yang lebih baik. Sebagaimana yang kita sedia maklum, cerita Sang Kancil dengan Buaya merupakan cerita popular kanak-kanak kerana ceritanya yang menghiburkan. Akan tetapi cerita ini juga dapat meninggalkan unsur kesan nilai, moral dan pengajaran yang baik kepada masyarakat. Sementelahan, nilai daripada watak Sang Buaya yang bekerjasama antara satu sama lain demi membantu Si Kancil menyeberangi sungai. Oleh hal yang demikian, masyarakat dapat menerapkan amalan tolong-menolong antara satu sama lain demi kesenangan Bersama. Manakala dari unsur pengajaran dapat dilihat melalui watak Si Kancil yang cerdik menipu Sang Buaya demi kepentingan diri sendiri. Hal ini, masyarakat dinasihatkan agar tidak menjadikan perbuatan menipu sebagai suatu budaya masyarakat kerana akan memberikan keburukkan kepada orang lain. 2.2 Alat Hiburan Hiburan diaplikasi dalam kehidupan penting agar karya sastera yang indah disamping memberi keseronokkan dapat dihasilkan. Hal ini timbul apabila karya yang dihasilkan berkebolehan membelai jiwa penyampai, pembaca atau pendengar. Begitu juga kata-kata yang diungkapkan memiliki unsur keindahan dan kelucuan malah seseuatu karya disampaikan mengikut irama dan nada yang tersusun mampu membawa keseronokan. Antaranya termasuklah cerita penglipurlara yang menarik minat dan disambut oleh masyarakat dahulu. Sekali gus cerita jenaka seperti Pak Kaduk turut memiliki unsur hiburan yang menyerlah. Walaupun cerita ini penuh dengan hiburan akan tetapi diselit juga pengajaran yang boleh diambil oleh masyarakat. Kesudahannya, masyarakat dahulu sedar bahawa raja tidak boleh terlibat dengan perbuatan yang tidak bermanfaat seperti berjudi.


7 2.3 Kritikan Sosial Sastera juga berperanan sebagai kritikan sosial kerana terdapat rakaman kehidupan masyarakat dahulu dengan membongkar kehidupan manusia dari sudut pandangan yang berlainan. Bukan itu sahaja, setiap perkara yang dijelaskan dalam sastera merupakan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan dengan memberi tumpuan kepada masyarakat, manusia dan kehidupan bahkan saling bergantung antara satu sama lain. Dengan itu, perkara ini mempengaruhi setiap perilaku dan tatasusila untuk menegur, menyampaikan mesej dan mengkritik. Sebagai contoh, Harga Sebuah Maruah karya Azizi Abdullah dan Titisan Darah Terakhir karya Adhyat Helmy memaparkan kelainan daripada aspek perjuangan. Sebagaimana karya Azizi Abdullah menunjukkan konsep perjuangan melalui akal dapat diambil dari petikan “tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang” manakala karya Adhyat Helmy memaparkan kosep perjuangan pengorbanan mempertahankan hak walaupun dengan darah dapat dipetik dari “biar darah kita kering di badan, namun sesekali menherh tidak sama sekali’. Najitahnya, setiap ulasan mengenai sesuatu sastera berbeza-beza pendapat yang dihasilkan. 2.4 Intrumen Perpaduan Sastera digunakan sebagai alat yang penting untuk melahirkan semangat kerjasama khususnya dalam kalangan masyarakat supaya usaha demi mewujudkan sebuah negara bangsa yang Bersatu-padu dapat dibina. Karya sasterawan negara telah mempamerkan unsur dan nilai-nilai positif dalam karya yang dihasilkan untuk membuka mata masyarakat mengenai kepentingan perpaduan antara satu dengan yang lain. oleh itu, semangat perpaduan dalam karya sama ada tersirat atau tersurat perlu diperkukuhkan agar semua pihak terutamanya pelajar dan belia pelbagai kaum boleh mengembangkan minat membaca. Perkara ini dilakukan untuk menjana keunggulan berfikiran dalam kalangan masyarakat supaya generasi yang seimbang dalam semua aspek seperti emosi, jasmani dan intelektual dillahirkan. Maka, generasi kini dapat memahami dan mengamalkan semangat perpaduan kaum demi negara yang harmoni. (Azman Rahmat, 2022)


8 3.0 Manifestasi Akal Budi Perbuatan, pemikiran dan sikap manusia merupakan cerminan akal budi. Manakala tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan diwakili oleh budi. Maka manisfestasi akal budi boleh dipaparkan dalam empat aspek iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup. (Azman Rahmat, 2022) 3.1 Pantun Pantun Nasihat. Jangan suka meratah kerang, Kerang dipanci menelan cuka, Jangan suka memfitnah orang, Orang benci tuhan pun murka. 3.1.1 Gaya Hidup Berdasarkan pantun berikut manifestasi akal budi boleh diambil dari aspek gaya hidup masyarakat yang suka memfitnah orang. Sebagaimana kita sedia maklum, perbuatan fitnah merupakan suatu perkara dibenci tuhan. Oleh itu, masyarakat tidak boleh menyebarkan sebarang maklumat tanpa mengetahui kesahihan daripada empunya cerita begitu juga masyarakat tidak boleh membuat andaian mengenai orang lain tanpa unsur periksa kerana akan membawa fitnah. Kesannya, masyarakat seperti ini akan disisih orang masyarakat lain bahkan fitnah tergolong dalam perbuatan dosa besar.


9 3.2 Syair Syair Bidasari [rangkap 1] Dengarkan tuan suatu Riwayat Raja di desa Negeri Kembayat Dikarang fakir dijadikan hikayat Supaya menjadi tamsil ibarat [rangkap 2] Ada raja suatu negeri Sultan Halifah akas bestari Asalnya baginda raja yang bahari Melimpah ngadil dagang senteri [rangkap 3] Hairan orang empunya temasya Baginda itulah raja perkasa Sangat tiada merasai susah Entah pada esok dan lusa [rangkap 4] Seri sultan raja bestari Setelah ia sudah beristeri Hamillah puteri permaisuri [rangkap 5] Beberapa lamanya dalam kerajaan Baginda duduk bersuka-sukaan Datanglah beroleh kedudukan Baginda meninggalkan takhta kerajaan [rangkap 6] Datanglah kepada suatu masa Melayanglah unggas dari angkasa Unggas gurda sangat perkasa Menjadi negeri rosak binasa


10 [rangkap 7] Datanglah menyambar suaranya bahana Gemparlah sekalian mulia dan hina Seisi negeri gundah-gelana Membawa diri kemana-mana. Sumber: Syair Bidasari karya Jamilah Hj Ahmad. 3.2.1 Pemikiran Berdasarkan syair, manifestasi akal budi yang boleh diambil dari aspek pemikiran iaitu masyarakat di Negeri Kembayat yang memiliki seorang raja yang tidak berpandangan jauh. Hal ini tercetus apabila masyarakat tidak mempunyai apa-apa persediaan yang rapi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku semasa negeri mereka ditimpa malapetaka. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat di negeri Kembayat di serang dengan burung Gurda akan tetapi raja tidak pernah menduga mengenai serangan itu kerana tidak pernah menghadapi sebarang kesusahan ketika pemerintahannya. 3.2.2 Pertuturan Dari aspek pertuturan, dapat dilihat masyarakat negeri itu memiliki seorang raja yang bijak, adil dan berbudi pekerti kepada semua orang termasuklah kepada pengembara, orang asing mahupun perantau. Dengan berbuat demikian, negeri Kembayat menjadi negeri yang maju dan disukai ramai. 3.2.3 Gaya Hidup aspek gaya hidup memperlihatkan kegagahan yang luar biasa pemerintahan raja sehingga menim. Hal ini berpunca daripada ketenangan baginda tidak memikirkan apa-apa kesusahan yang bakal dihadapi pada bila-bila masa sahaja malah baginda tidak pernah berdepan dengan apa-apa masalah dalam hidupnya bahkan negeri pemerintahanya turut tidak menghadapi sebarang bencana. Jelaslah bahawa, perilaku baginda yang berwibawa menjadikan negeri tersebut tidak pernah menghadapi kagagalan dan kecelakaan.


11 3.3 Seloka Seloka Pak Pandir Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar habis bertelanjang Mendenagr guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan dihujung Pak Pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan Orang bebrunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. 3.3.1 Pemikiran Manifestasi akal budi dalam seloka dapat dilihat dari aspek pemikiran iaitu masyarakat yang berfikiran negatif yang sering mendengar kata-kata orang sehingga perlu bergantung kepada pendapat orang lain. Kesannya, masyarakat tidak pandai berdikari malah pengetahuan akan sempit akibat daripada sikap menuruti kata-kata orang lain. 3.3.2 Pertuturan Aspek pertuturan menunjukkan masyarakat yang suka bercakap sombong. Misalnya, baris ke12 menunjukkan sikap Pak Pandir yang tidak mendatang manfaat dalam percakapannya. Kesudahannya, masyarakat seperti ini hanya memberitahu rancangannya kepada orang ramai tetapi tidak berusaha untuk berjaya.


12 3.3.3 Gaya Hidup Aspek gaya hidup memaparkan sikap masyarakat yang lebih mendahului orang luar daripada keluarga sendiri seperti Pak Pandir yang mengutamakan orang asing daripada keluarganya sehinggakan mereka terabai. Walau bagaimana sekalipun, masyarakat seharusnya mengutamakan keluarga dalam apa jua hal berbanding orang lain. Aspek perlakuan menunjukkan sikap masyarakat yang tidak bersungguh-sungguh diibaratkan melakukan sesuatu separuh jalan. Akhirnya, masyarakat Melayu akan dipandang tidak berdisiplin dan tidak akan melangkah kehadapan seperti masyarakat negara lain. 3.4 Gurindam Gurindam 12 [fasal 5]. Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, Sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang yang mulia, Lihatlah kepada kelakaun dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, Bertanya dan belajarlah tiada jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, Di dalam dunia mengambil bekal. Sumber: Gurindam 12 Pasal 5 karya Raja Ali. 3.4.1 Pemikiran Manifestasi akal budi gurindam dapat dilihat dari aspek pemikiran iaitu masyarakat yang bijaksana menunjukkan sikap sentiasa membuat persiapan awal bagi menghadapi apa jua situasi di masa akan datang supaya lebih tenang dan percaya diri. Dengan demikian, masyarakat yang tenang dan yakin untuk menghadapi segala cabaran hidup dapat dilahirkan.


13 3.4.2 Pertuturan Akal budi aspek pertuturan boleh dilihat dari segi masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan untuk menjalani kehidupan. Tegasnya, ilmu pengetahuan yang tinggi ialah perkara penting kerana tanpa ilmu hidup akan merana. 4.0 Kesimpulan Secara ringkasnya, sastera merupakan ungkapan peribadi manusia yang isinya berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan keyakinan dalam sesuatu gambaran yang boleh dirasai bagi membangkitkan keperibadian dengan menggunakan perantaraan bahasa. Oleh itu, seni karya yang dihasilkan memiliki pemikiran yang mendalam dan kreatif, perasaan yang halus dan ikhlas dan ekspresi yang jujur serta terhadap keadaan masyarakat suatu ketika dahulu bagi memberi kesedaran, nasihat atau pengajaran kepada generasigenerasi selepasnya.


14 Sumber Rujukan: Azman Rahmat et. al. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Azaman, C. (2020). Maksud Syair Bidasari. Blog Cikgu Azaman. http://blogcikguazaman.blogspot.com/2020/04/maksud-syair-bidasari.html Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2000). Kerusi: Puisi Tradisional , Sajak, Prosa Tradisional, Cerpen, Drama: Antologi Kesusasteraan Melayu sekolah menengah. Tingkatan 5. Percetakan Watan Sdn. Bhd. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Ikhwan Kalana. (2019, September 8). Konsep Kesusasteraan Melayu, Karya Saduran & Asli, Fungsi Sastera Melayu (Bahagian 1). YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=zf5FcVcUS4k Rehal, A. (2014, October 20). KESUSASTERAAN MELAYU. https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU Siti Hajar Abdul Azizi. (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn. Bhd.


15


Click to View FlipBook Version